mp3

Sunday, 31 March 2013

kau hanya mimpi..




putaran tanpa henti,
sinar mentari semakin menjenggah,
mimpi kian beransur,
semakin jauh meniggalkan diriku,

bulan,
jangan pernah engkau pergi,
jangan pernah kau berlalu,
janga pernah biarkan mimpi ku ini pergi,

malam jangan pernah biarkan siang mengganti,
jangan pernah kau pancarkan sinaran mu,
tidak ku mahu siang menjenggah,
aku mahu terus bermimpi hingga puas angganku,

aku mahu terus bersamamu,
walau hanya dalam mimpi,
walau hanya dalam angan,
setiap detik rasa itu hadir,
membuatkan jiwa ku terasa tenang,
membuat hari ku ceria,

seketika sepi menjengah,
gurauan hanya tinggal kenangan,
membeku di kotak hati,
air mata tiada hentinya,
mengalir membasah pipiku,
hidupku sepi tanpa hadirmu,
gelak tawaku semakin pudar,

apabila sinar  mentari hadir,
baru ku tersentak dari anganku,
aku hanya mampu bersama mu hanya dalam mimpi,
karna kini kau hanya lah igauanku,
karna kini kau telah tiada selamanya…


writing by,RSA

No comments:

Post a Comment