Post Top Ad

Post Top Ad

Monday, 22 June 2015

Broadcast Journalism (Standupper)

Sebagai pelajar journalism (kewartawanan), kami bukan sahaja dilatih dengan pen dan kertas untuk menulis atau dengan keyboard atau keypad. Kami juga dilatih untuk berdiri di hadapan screen untuk bercakap. Hah entry kali ni nak cakap pasal pengalaman membuat 'standupper' atau laporan berdiri di lapangan kalau bahasa melayu nya lah. Untuk class Broadcast Journalism kali ni, agak lain sikit. Sebab kami sendiri diberi peluang untuk membuat standupper secara langsung. Fuhhh!


Ketaq lutut ni! dah lah nama aku termasuk dalam 1st round punya group. Mau tak nervous..Sebab yang lain belum buat lagi then kau antara yang terawal yang kene buat. At least kalau 2nd round ke, boleh juga tengok orang lain buat dulu kan.



Ewahhh masing masing kemain! 
Sebenarnya masa kelas sebelum ni, kami telah diarahkan oleh lecturer untuk berpakaian kemas dan make up lah sikit kan. Kata nak masuk screen kan! Harus lah..si jejaka pon gatai gatai sibuk pi touch up make up..Pakai bedak lipstick bagai! Well said...Kalau hangpa daripada industri ni, itu pekara biasa yang langsung tak pelik pon. Sebab pemberita yang lain memang pakai make up pon. Lelaki ke perempuan ke semua pakai. Sepanjang kau dalam office lah kena pakai sampai habis masa kerja. Kalau tak percaya pergi lah mana mana tv station then tengok broadcast journalist dia.



Kami disedikan beberapa script.. Cuma pilih sahaja. Tapi setiap seorang wajib baca 2 script. Which is in malay and english. 



Kami diberikan masa sekejap untuk membaca script. Biasa kan lidah tu dulu! kemudian dipanggil nama dan terus amik mic and diri depan camera. Jangan panic sangat. Kau boleh je baca script tu sebab akan ada seorang yang scrol script tu. Seorang lagi akan bertugas sebagai cameraman. So kerja ni memang dinilai secara individu tapi kami tetap memerlukan kerja berkumpulan. Intonasi dan sebutan adalah pekara pertama yang dinilai oleh lecturer kali ni.


Sementara menunggu turn kan..Selfie itu wajib!

Gambar kenangan setelah selesai tugasan.

Alhamdulillah...Semua berjalan lancar pada hari itu. Semua dapat selesaikan tugasan dengan baik. Tapi untuk tugasan kali ni, sayangnya, Pojie tak dapat join. Sebab masa ni dia dah di Europe. Europe trip dia. So kurang seorang.



Seorang pensyarah yang sangat berdedikasi dan tegas dengan tugasan beliau.
Siapa student journalism sahaja yang kenal benar siapa beliau. Sikap tegasnya memang terkenal di Fakulti MASSCOMM. 
Tapi beliau seorang yang sangat dihormati. Dah ramai wartawan terkenal hari ini yang telah berjaya beliau lahirkan hasil tunjuk ajar beliau. Pergi lah station mana pon..organisasi mana pon, pasti ada sahaja bekas student beliau. Pasti ada yang kenal beliau.
Aku bersyukur kerana berpeluang belajar dengan beliau untuk 2 semester. Hampir setahun. Lepas ni lagi 2 semester beliau akan bersara. So memang RUGI siapa yang tak belajar dengan beliau. Walaupun garang! we love you so much DR!













2 comments:

  1. Sedihnya tak dapat join assignment ni. The best ever for sure! Huhuhu - nasib baik ada gambar terselit haha

    ReplyDelete
  2. Hihi nasib masih ingatkan..walaupun gambar tampal..ehh dia lagi power..tak buat pon assignment standupper terus buat live kodd kat final project!

    ReplyDelete