Post Top Ad

Post Top Ad

Sunday, 1 November 2015

Sukan Antara Fakulti (SAF) UiTM 2015

Semester akhir benar benar menyentak waktu aku. Pada mulanya memang lah rasa seronok bila fikir dah nak habis belajar. Tapi sekarang aku dah berbelah bagi rasa ni. Rasa sedih pun ada juga. Aku akan tinggalkan semua dunia mimpi aku dan menghadapi dunia nyata. Apa yang aku lalui hari ini di U ni tak akan dapat aku rasa di tempat lain dah. Semuanya akan berubah.


Baru baru ni sudah berlangsung Sukan Antara Fakulti (SAF) 2015. SAF kali ni menjadi SAF terakhirbuat aku sebagai pelajar tahun akhir. Dah tiga siri SAF aku join. Tapi bagi aku kali ni lain sikit.

SAF siri pertama buat aku, aku hanya join larian. SAF siri kedua aku hanya join handball. Tapi untuk SAF terakhir ni aku join handball, larian, petanque. Untuk petanque aku join as player dan juga as manager. Pertama kali diberi peluang untuk menjadi manager yang menguruskan pasukan.

Aku bukan lah ahli SMF, tapi aku telah ditawarkan oleh President SMF untuk mengendalikan pasukan petanque untuk SAF kali ini. Aku rasakan ini peluang terbaik untuk aku cuba sesuatu yang baru. Selama ni aku hanya menjadi player sahaja.

Rupanya tidak semudah yang aku bayangkan. Pada mulanya aku ingat okay cuma pergi masa game, dan bayar elaun pemain sahaja. Rupanya…Dari awal pasukan aku menghadapi masalah.. Pemilihan pemain sahaja dah menghadapi masalah sehingga lah malam pendaftaran nama pasukan. Aku hampir menarik penyertaan. Sebab apa?. Last minute malam pendaftaran tu juga lah pasukan lelaki aku menarik diri. Satu pasukan 4 orang. Tiga daripada dorang tarik diri. Tinggal seorang je. Masa dorang text bagi tahu nak tarik diri atas urusan tertentu, aku dah ada depan meja pendaftaran. Kemudian, pasukan wanita pun 2 orang sahaja ada. Yang lain semua tarik diri. Apa perasaan aku masa nak mendaftar pasukan?. BLANK!

Masa tu semua manager berpecah, meja lain lain untuk pendaftaran. Aku dah sharp sharp blur apa nak buat.

Nasib baik masa tu aku nampak Amir Yazid (vice president SMF). Aku bincang dengan Amir macam mana ni. Kemudian kitaorang panggil Hakimi (President SMF). Lepas berbincang dengan urusetia pendaftaran tu, okay dia bagi kami peluang untuk hantar boring pendaftaran selewat lewatnya esok petangnya. Syukur! Kalau satu game tarik penyertaan, memang kena potong point 5 atau 10 markah. Banyak tu.

Endingnya, malam tu juga aku cari pasukan baru. Hentam sahaja! Semua manager pakat main. Manager futsal, manager petanque, manager bowling, manager berbasikal semua pakat daftar nama sebab nak selamatkan masscomm daripada hilang point.

Nak jadikan cerita, aku daftar nama aku as manager and as pemain juga! Sapu bersih…dia lah manager dia lah pemain…

Alhamdulillah pasukan yang last minute yang memang tak training selengkapnya ni, mampu ke pusingan seterusnya. Pasukan lelaki dan wanita layak ke suku akhir. Pada suku akhir, pasukan lelaki terkandas. Tapi pasukan wanita masih meneruskan perjuangan sampai ke separuh akhir dan memenangi tempat ketiga. Tahniah korang semua dah buat yang terbaik!









Ni hal pasukan handball pula. Memang gila lah team ni! Nampaknya ukhwah kami masih kuat macam setahun lepas kami berkenalan. Cuma SAF kali ni ada muka baru yang join. Keluarga lama masih kekal dalam pasukan. Gila nya masih sama. Sekejap masa berlalu. Setahun sudah berlalu. 

Walaupun ada muka baru kami semua memang satu kepala. Yang innocent baru tu semua jadi rosak melayan yang lama ni. Setiap malam kami training sama sama. Dekat 3 minggu juga. Setiap malam ada saja benda gila nak dibuat. Baik lelaki ke perempuan sama gilanya! Walaupun kami kalah diperingkat awal, tapi kami tetap okayy je hahaha! Kalah menang lain cerita janji kami nak enjoy da game. And kami memang dah terlebih enjoy!

Rindu nak lepak sama sama. Training sama sama. Training sampai terbaring tidur tengok bintang ramai ramai dekat court. Rindu nak lepak makan lepas game.



Kemudian, aku masuk larian. SAF lepas tak dapat join larian sebab jadual clash dengan game handball. Nampaknya stamina semakin hancusss!  Out! Hanya mampu hadiahkan Masscomm 5 point sahaja.


Hah ini satu hal...Aku tak main pun basketball tapi aku join ni pun sebab aku nak support abang aku King & nak support Khairi (handballmate aku).

**Penah pun sekali aku tengok game basketball live dekat universiti di Jakarta, Indonesia masa aku melawat kawan aku di sana.

Basketball game ade 3 hari. Dari first day tu memang aku datang semua game sampai lah habis. Aku tak pernah pun terlintas nak tengok basketball sebelum ni. Tapi bila sekali ni dah TERmasuk dalam dunia basketball, aku jadi minat terus. 


Ni lah team basketball Masscomm untuk SAF kali ni. King, Danny, Azim, Allyn, Syukry, Hakim, Nik, Khairi, Fahmi.

Sejujurnya, most of them, aku langsung tak pernah nampak muka dekat faculty. Aku fikir dorang ni import atau budak practical. Rupanya ada je dekat fac tu cuma ramai yang tak kenal dorang tak pernah pun nampak muka dorang bila aku tanya membe2 lain.

Tapi......Bukan nak cakap apa lah, dorang ni memang famous bila dekat court. Sana sini kenal dorang. Sampai aku jadi terdiam bila dorang duk sorak sorak nama dorang. Aii aku je ke yang tak kenal dorang walaupun satu fac. Orang fac lain boleh kenal. Okayy noob.

Sampai aku pergi kedai laptop nak install software, org kedai tu on lappy aku and alih alih tegur

"ehh kenal King ke?!"
"Kenal...kenapa?. Mana tau ni?"
"Ni wallpaper awak" (okayy aku lupa yang wallpaper aku gambar bawah ni)
"Awak tengok game masa tu duduk dekat mana?"
"Ade je dekat score board tu. Semua game saya tengok"
"Yeke? sy lah yang kalah dengan masscomm haritu"
"Hahaha yeke. Tak perasan lah"
"Ni Allyn, King, Azim power kodd main. Semalam kami training sama sama malam"
"Main dekat mana?"
"Pusat sukan. Memang kami budak budak basketball selalu je kumpul training sama sama. Tak kira fac mana. Senior dah habis study pun selalu turun. Ada dari Seremban semua turun. Ehh mana kenal King?"
"King abang saya lah. Tengok nama kami"
"Nama awak Raja ke?. Serius lah ur brother?"

"Iya. Hahaha tak lah. Abang angkat :)"

Tapi yang paling famous of course King & Allyn. Kira dah senior lah juga dalam game ni.

**Aku nampak Azim akan menyerlah lepas ni. Boleh lah gantikan Allyn lepas ni.

Allyn, King, Danny, Fahmi, Hakim pun dah nak habis. Tinggal Azim je next legasi.


"Rose among the thorn" LOL!


Tapi serius dorang ni semua memang baik walaupun baru je kenal 3 hari. Tak sombong langsung. Dah habis SAF pun still tegur kalau terserempak dekat fac.


My brotha, King.



Antara medal untuk pasukan Masscomm.  Petanque, Basketball, Kayak.



No comments:

Post a Comment