Post Top Ad

Post Top Ad

Wednesday 13 April 2016

Showdown The Movie Pentas Petaruhan Bakat

Bahang Showdown The Movie masih lagi terasa walaupun setelah seminggu ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia (bermula 7 April 2016).

Saat menyaksikan Showdown The Movie ini, sempat terlintas mengimbas kembali program realiti "SHOWDOWN" yang pertama kali ditayangkan pada tahun 2010.



Kini sudah hampir 6 tahun berlalu sejak pertama kali diperkenalkan.

Masih teringat saat juara musim pertama diumumkan oleh pengacara Hafiz Hatim pada tahun tersebut, Kumpulan Wakaka Crew telah menjuarai musim pertama pertandingan tersebut.


Showdown merupakan sebuah pertandingan pencarian bakat B-Boy yang paling berprestij di Asia Tenggara pada abad itu. Wakaka Crew telah memenangi wang tunai sebanyak RM50,000 sebagai ganjaran.


Wakaka Crew yang dianggotai oleh tujuh orang anak muda ketika itu, Wan, Alam, Ajim, Naz, Joe, L dan Harry, telah membuktikan kemampuan mereka sukar ditandingi sehingga bergelar juara Showdown 2010.


Sudah pasti yang paling menyerlah dan menjadi tumpuan ketika itu adalah, Alam. 


Alam mula melakar nama apabila muncul sebagai juara rancangan realiti tarian "So You Think, You Can Dance" selain, melalui drama Alam Story dan sebuah filem, Sayang You Can Dance. Penonton ketika itu mula mengenali Alam. Jadi tidak hairan jika Alam dikenali.

Kini, seorang lagi bakat baru dilahirkan daripada kumpulan tersebut, Ajim atau nama sebenar Azim Aris. 


Setelah lama menyepi akibat kecederaan, Ajim kembali mengetengahkan bakatnya bukan sahaja dalam bidang tarian atau "street dance" tetapi juga dalam bidang lakonan.

Ajim merupakan salah seorang peneraju utama yang memegang watak sebagai Zak daripada Kumpulan "Battle Crew" di dalam filem "Showdown The Movie 2016".

Walaupun berasal dari Kuala Lumpur, Ajim dilihat tidak kekok membawa wataknya sebagai Zak yang memintanya untuk bercakap menggunakan loghat Penang sepenuhnya ketika filem tersebut.
.

Mungkin ramai yang kurang mengenali Ajim sebelum ini dalam industri lakonan, tapi sebenarnya Ajim juga aktif dalam dunia lakonan. Ajim turut membintangi filem Sayang You Can Dance (bersama Alam), filem untuk 3 hari serta beberapa drama dan termasuk teater.


Program realiti Showdown bukan sahaja merupakan platform untuk melahirkan B-Boy dalam industri tarian tetapi juga menjadi batu loncatan untuk memberi peluang kepada peserta untuk mengasah bakat dalam menceburi bidang lakonan terutama watak yang menawarkan berkaitan tarian.

Sebagai bukti hasil acuan program realiti tersebut, Showdown The Movie telah menggunakan sepenuhnya khidmat kretiviti peserta showdown sendiri bagi menghasilkan filem tersebut.

Filem seperti ini dilihat membuka peluang baru kepada pencari bakat untuk mencuba khidmat peserta showdown. Selain dapat memperkenalkan bakat tarian yang dimiliki, mereka juga dapat menceburi dunia lakonan yang baru buat mereka. 

No comments:

Post a Comment