Post Top Ad

Post Top Ad

Thursday, 23 June 2016

Alam Percintaan Dahulu vs Kini

Mungkin hampir semua orang pernah melalui fasa percintaan. Lagi lagi zaman bercouple tu. Zaman zaman sekolah. Biasalah kadang kadang kita ni suka suka je.

Tapi bila dah masuk U, dah masuk alam bekerja baru kita sedar banyak dah berubah alam percintaan kita ni kan?.

Mungkin dulu kau rasa cinta tu lah segalanya. Apa pun semua hang pi tolak tepi sebab kemaruk sangat dengan bercinta. Bahagia lah kononya. Wanita terbahagia di dunia. Cehh!

Tapi bila zaman zaman tu dah berlalu, baru korang akan sedar, bukan itu yang patut dikejar sampai semua pi tolak tepi. Lagi lagi bila dah masuk alam pekerjaan.

Bila usia dah meningkat, banyak faktor yang menyebabkan kau meletakkan cinta tu bukan lagi sebagai pekara pertama. Faktor usia telah mengubah gaya hidup korang.

Antaranya...

1) Cari Masa Untuk Bersama


Kalau dulu zaman muda mudi, zaman tak fikir apa, tahu enjoy je, mungkin kalau boleh setiap hari korang nak berjumpa, nak dating. Tengok wayang lah, itu lah ini. Melepak dekat mall. Padahal duit pun 10 ringgit je dalam pocket itu pon mak ayah bagi, ada hati nak belanje girlfriend ehh!


Tapi bila kau dah matang, dah bekerjaya ni, kau akan lebih fikir macam mana nak cari duit nak survive dengan hidup kau. Dating tu tolak tepi dulu. Ada masa terluang baru lah make a call, "jum dinner. Jum lunch". Tak adanya berjanji janji. Semuanya secara spontan. Kadang kadang tu berapa lama tak jumpa! Tapi sekali dapat jumpa, walaupun 10 minit je, dah cukup buat seseorang tu rasa berharga sangat saat tu. Iya lah, si dia kerja pun untuk cari duit nak halal kan kau. Tak pun untuk si dia belajar hidup kan?. So, terutamanya perempuan, jangan jadi seorang yang kuat complain! belajar lah berdikari walaupun si dia tak ada di sisi selalu nak teman.


2) Belajar Menghargai

Photo Credit to www.123rf.com

Kalau dulu zaman tak matang tu, sikit sikit nak merajuk nak sentap bila tak ada night wish lah, morning wish lah...Selalu berharap text text sweet sepanjang masa.


Tapi bila kau dah sampai tahap matang, kau akan faham kalau si dia tak wish tu semua, kadang kadang bukan sebab lupa kau ke apa, tapi bila dah penat seharian bekerja, beraktiviti, time tu, phone entah ke mana pun dah tak sedar. Balik dah letih, terus terlelap. Boleh jadi masa drive pon dah terlelap sebab letih sangat fizikal dan mental. Tapi jauh dalam hati dia, percaya lah, si dia memang beterima kasih dan bersyukur sangat sebab kau memilih dia. Kau yang selalu ada di sisi dia tak kira macam mana pun perangai dia. Sebab tu dia tak ada masa nak cari lain. Nak tengok phone pon pemalas atau tak ada masa ini kan pula nak mencari lain. Memang tidak lah! Sebaiknya, kau lah yang memainkan peranan kalau kau kurang busy berbanding dia. Wish simple pon dah cukup "Goodnight. Rest well my dear". Weyh simple je pun. Walaupun dia tak reply, at least dia tahu kau masih fikirkan dia, setiap kali kau bangun dan nak tidur dia lah orang terakhir dalam fikiran kau. For sure bila dia baca dia akan tersenyum :) sebab kau sangat memahami kerjaya dia.


3) Saling Mendoakan



Photo Credit to www.shutterstock.com


Bukan lah nak cakap zaman jahil. Tapi kalau dulu zaman budak budak, kau pun kadang kadang lupa nak berdoa untuk perhubungan korang. Kekonon hastag #tilljannah je memanjang. Happy Anny lah...Kemain! Hanyut terus...


Tapi bila kau dah makin meningkat usia, kau akan sedar, semuanya milik ALLAH. Tak perlu nak luahkan apa apa pun, kalau kau berdoa, dah cukup sebenarnya. Bila dia jauh atau tak ada dengan kau, cukup kau berdoa agar ALLAH sampai kan rindu kau dekat dia. Berdoa supaya dia pun rasa apa yang kau rasa. Semoga ALLAH lindungi setiap langkah dia, dan semoga ALLAH lindungi perhubungan korang berdua. Setiap kali berdoa terutama ketika dalam sujud akhir solat tu, berdoa agar ALLAH pertemukan jodoh korang berdua. "Jika dia tertulis di Luh Mahfuz sejak azali lagi sebagai jodohku ya ALLAH, rapatkan lah hati kami. Wujudkan rasa sayang antara kami dan peliharalah hubungan kami dengan keredhaanmu. Jika dia tidak tertulis di Luh Mahfuz sebagai jodohku sejak azali lagi, pisahkan lah hati kami. Hilangkan rasa sayang dan cinta antara kami sebaik baiknya. Jauhkan lah daripada segala kebencian. Amin". InsyaALLAH, ALLAH akan jagakan hati dia dan dia untuk kita.



No comments:

Post a Comment