Post Top Ad

Post Top Ad

Saturday, 14 January 2017

Berjaya Tioman Resort, Tioman Island

Berjaya Tioman Resort.

Bercakap soal Berjaya Tioman Resort pula, sudah pasti ramai yang mengetahui, resort bertaraf 4 bintang ini merupakan antara resort terbaik yang terdapat di Pulau Tioman ini.
Sepanjang 3 hari 2 malam menginap di Berjaya Tioman Resort ini, saya dan rakan media yang lain sangat berpuas hati dengan kemudahan yang disediakan di sini. 
Rasanya, jika diberi peluang untuk ke sini lagi, pasti ramai yang tidak akan melepaskan peluang tersebut. Bukan sahaja bersemperna dengan Tioman Island Clean Up Day (TICD), tapi pada sepanjang masa. 
Terdapat 268 buah bilik yang ditawarkan di Tioman Beach Resort ini yang dilengkapi dengan segala kemudahan termasuklah penghawa dingin, television, peti sejuk, peti keselamatan dan sebagainya. Pendek kata, serba lengkap!
Terdapat enam jenis chalet disediakan, antaranya ialah standard chalet, standard quad chalet, superior chalet, deluxe chalet, deluxe triple chalet dan juga junior suite. Harga yang ditawarkan pula adalah berbeza mengikut jenis bilik dan musim. Mungkin harga yang ditawarkan adalah lebih tinggi apabila musim cuti. Jadi anda harus merancang awal percutian bagi mendapatkan harga yang lebih murah!
Semasa TICD 2016 berlangsung, saya dan rakan media menginap di deluxe chalet iaitu bilik yang sangat luas dan selesa. Pemandangan di luar bilik pula sangat menarik kerana berhadapan dengan pantai. Memang bersesuaian sangat lah kepada mereka yang mahukan suasana yang nyaman dan tenang. 







Layanan yang diberikan oleh housekeeping juga sangat baik. Di mana setiap kali kami pulang ke bilik, pasti, ruangan kami telah siap dikemas rapi oleh mereka. Selain itu, kami turut diberikan kejutan dengan tersedianya hadiah seperti bunga dan coklat di atas katil setiap kali selepas proses pembersihan. Saya sangat memuji cara Berjaya Tioman Resort menjaga penggunjung resort mereka.

Kemudahan Bilik
1- Twin bed yang besar
2- Ruang tamu kecil terdapat sofa dan meja kopi.
3- Balkoni dan dua kerusi santai
4- Aircond
5- Peti keselamatan
6- Hairdryer
7- TV flat screen
8- Wardrobe yang luas
9- Meja Makan

Kemudahan Tandas.
1- Bathtub dan shower
2- Toiletries yang lengkap
3- Tuala mandi dan tuala lap muka.

Kemudahan Resort.
1- Kolam renang dewasa dan kanak-kanak
2- Gym
3- Restoran Sri Nelaya dan Matahari
4- Beach bar
5- Sunken pool bar
6- Fortune courtyard (tempat lepak dan chill out)
7- 18 Hole golf course
8- WIFI di lobby dan restoran.
9- Spa
10- Game room

Selain daripada melakukan aktiviti laut, pengunjung juga boleh melakukan aktiviti seperti bermain golf, jungle trekking yang hanya terletak di belakang Berjaya Tioman Resort, ke spa di Spice Garden Spa yang turut terletak di dalam kawasan Berjaya Tioman Resort.



Selain di Tioman, Berjaya turut mempunyai lagi beberapa cawangan di serata dunia ini termasuk di London, Sri Lanka, Vietnam dan banyak lagi. 

Jadi, membuat keputusan untuk menginap di Berjaya Group adalah satu keputusan yang tepat dan pastinya memuaskan hati.











4 comments: