Post Top Ad

Post Top Ad

Friday, 13 January 2017

Taman Burung, Kuala Lumpur (Bird Park, Kuala Lumpur)

Taman Burung Kuala Lumpur merupakan antara tempat yang wajib dilawati di Kuala Lumpur. Tidak kira bagi pelancong dari dalam mahupun luar negara. 

Taman Burung ini  merupakan yang terbesar di Malaysia. Pelbagai jenis spesis burung terdapat di sini. Yang lebih menarik, pengunjung akan dapat merasai sendiri pengalaman mendekati burung-burung yang terdapat di sini secara langsung tanpa sebarang halangan kerana ia dibiarkan bebas berkeliaran.
Bagi kemudahan para pelancong terutama dari luar negara bas pelancong iaitu bas hop on hop off telah memilih Taman Burung Kuala Lumpur sebagai salah satu destinasi hentiannya. Oleh itu, pelancong boleh berhenti dan meluangkan masa untuk melawat Taman Burung Kuala Lumpur tanpa bimbang dan ragu bagaimana mahu ke sana.

Tempat seperti ini adalah sangat sesuai untuk dilawati oleh keluarga pada musim cuti sekolah seperti sekarang. Ibu bapa boleh membawa anak-anak ke sini dengan tujuan pembelajaran dan pada masa yang sama boleh meluangkan masa dengan aktiviti berkeluarga. Pasti anak-anak akan teruja untuk melihat dan mengenali dengan lebih dekat spesis – spesis burung yang terdapat di sini.





Pengunjung tidak perlu khuatir, walaupun burung-burung di sini lepas bebas, namun, ianya masih diawasi oleh pekerja di sini. Jadi, tidak akan terjadi sebarang perkara yang tidak diingini. Burung – burung yang lepas bebas juga adalah daripada spesis yang jinak dan tidak merbahaya.

Yang paling menarik perhatian saya ketika lawatan ke sini adalah burung dari spesis merak! Burung ini sangat menawan dan menarik ketika ia mengembangkan ekornya. Amat sesuai kepada para jurugambar yang mahu mengambil gambar yang bercirikan kesenian.

Setelah penat berjalan sambil menikmati keindahan, pengunjung bolehlah mengalas perut atau menghilangkan dahaga di kiosk - kiosk yang terdapat di sini. Selain itu, terdapat juga sebuah restoran yang diberi nama Hornbill Restoran & Kafe untuk para pengunjung menikmati hidangan yang disediakan setelah penat berjalan.

Selain itu, terdapat juga persembahan burung yang dipersembahkan 2 kali sehari  di zon 4 pada jam 12.30 tengahari dan 3.30 petang. Pengunjung berpeluang melihat gelagat dan aksi yang dipersembahkan oleh burung-burung yang terlibat untuk persembahan ini. Pastinya ia menarik perhatian!

Masa lawatan untuk taman burung ini adalah bermula pada jam 9 pagi sehingga jam 6 petang dan dibuka pada setiap hari termasuk cuti umum.

Mengenai harga tiket pula, pengunjung boleh memasuki taman burung dengan harga RM27 seorang dewasa (bagi pemegang mykad), RM50 seorang dewasa (bukan pemegang mykad), RM13 seorang kanak-kanak (pemegang mykid) dan RM41 seorang kanak-kanak (bukan pemegang mykid).


Jangan lepaskan peluang untuk membawa anak-anak anda ke taman burung Kuala Lumpur!


 







No comments:

Post a Comment