Post Top Ad

Post Top Ad

Saturday, 15 April 2017

Jika Kamu Mencintai Seseorang

Melalui penulisan bukan sahaja memberi ruang kepada penulis untuk berkongsi pengalaman atau luahan serta coretan peribadi. Tetapi sudah tiba masa untuk setiap penulis menyedari bahawa, melalui penulisan juga kamu mampu berdakwah secara tidak langsung.Sebagai contoh, entry saya sebelum ini Jihad Melalui Lensa Berdakwah bukan lah bermakna kamu harus menulis mengenai agama sahaja tetapi cukup lah, jika kamu menulis sesuatu yang baik untuk bacaan umum. Biarpun ia sekadar coretan ringkas, namun setidaknya, ia menjadi bahan bacaan yang baik. Insha Allah.

So, coretan yang aku mahu kongsikan untuk entry kali ini, adalah mengenai "Jika kamu mencintai seseorang".

Kerana kamu mencintai seseorang tidak bermakna kamu harus meluahkan isi hatimu. Cinta yang indah adalah melalui "DOA". Sebagai seorang wanita, kamu harus memiliki rasa malu itu. Ia...Benar, kerana Nabi Muhammad SAW juga dilamar oleh seorang wanita, iaitu Siti Khadijah.

Ada yang mengatakan, sebaiknya kamu luahkan sahaja apa yang terpendam di dalam hatimu itu, namun, tidak semua harus diluahkan melalui kata-kata. Pada mulanya aku tidak berapa setuju dengan kata-kata itu. Tapi setelah usia semakin meningkat, aku mulai bersetuju dengan peganggan itu.

Meluahkan...Tidak bermakna hanya melalui kata-kata atau petah bicara yang harus diluahkan terhadap manusia. Tetapi, luahan yang terindah adalah sebenar-benarnya, melalui DOA.

Jadi, jika kamu mencintai seseorang dalam diam, adalah lebih indah jika kamu meluahkan melalui DOA kepada Allah. Kerana, hati setiap makhluk itu adalah secara mutlak milikNYA. Hanya Allah yang mampu merubah hati insan tersebut. Berdoa lah, supaya, hati insan tersebut juga terbuka kepada kamu. Terakhir, "Tahajjud". Insha Allah. Allah akan memberi petunjuk terbaik kepada setiap insan.

Ingat...Hati manusia itu dipegang oleh Allah.

"Tidak semestinya kita akan berjodoh dengan seseorang yang kita doa, boleh jadi, sebaliknya, kamu berjodoh dengan seseorang yang mendoakan kamu". 


Amati, bait bait lirik lagu ini. Sangat bertepatan dengan maksudku.



Ku pendamkan perasaan ini
Ku rahsiakan rasa hati ini
Melindungkan kasih yang berputik
Tersembunyi di dasar hati


Ku pohonkan petunjuk Illahi
Hadirkanlah insan lah sejati
Menemani kesepian ini
Mendamaikan sekeping hati


Oh tuhanku
Berikanlah ketenangan abadi
Untukku menghadapi
Resahnya hati ini
Mendambakan kasih
Insan yang kusayang


Dihati ini
Hanya tuhan yang tahu
Dihati ini
Aku rindu padamu


Tulus sanubari
Menantikan hadirmu
Hanyalah kau gadis pilihanku


Kerana batasan
Adat dan syariatMenguji kekuatan
Keteguhan iman
Insan yang berkasih…





No comments:

Post a Comment