Post Top Ad

Post Top Ad

Tuesday 3 October 2017

Sukan Para ASEAN ke-9 Kuala Lumpur 2017 (Kem Renang Malaysia)

Baru baru ini telah berakhirnya Sukan Sea ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9 yang menyaksikan Malaysia menjadi tuan rumah untuk edisi kali ini. Berikut beberapa "laporan peribadi" saya mengenai kem renang para negara di Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017. (Kerana saya bertugas untuk cover acara renang sepanjang Sukan Para ASEAN 2017)



********************************************************************
Perenang negara, Lim Carmen, menambah pungutan pingat buat kem renang negara pada hari keempat saingan (21 Sept) apabila berjaya merangkul pingat emas tunggal negara dalam acara 50 meter gaya bebas S8 di Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil sebentar tadi.

(PHOTO CREDIT TO BERITA HARIAN)
Carmen mencatat rekod masa terbaru (36.48) saat bagi mendahului saingan dalam acara tersebut. Catatan masa itu sekali gus mengatasi rekod masa peribadinya yang dicipta pada tahun 2015 di Singapura (39.14) saat. Manakala, perenang Thailand, Thingbai Chaisawas di tempat kedua (39.56) saat dan Nor Aimah dari Indonesia (41.28) saat di tempat ketiga. 

Sebelum itu, Carmen telah terlebih dahulu menghadiahkan pingat perak buat negara dalam acara 100 meter kuak dada S8 (1.42.07) saat di belakang pemenang pingat emas dari Indonesia, Gusmalayanti (1.42.57) saat dan perenang Thailand, Wilasini Wongnonthap (1.46.51) saat untuk pingat gangsa. 

Manakala, bagi aksi pembukaan pagi ini, menyaksikan perenang senior negara, Zul Amirul Sidi, menutup karier nya dengan merangkul pingat perak dalam acara 100 meter kuak dada S5 dengan catatan masa (1.41.84) saat. Beliau gagal mempertahankan pingat emas dan rekod masa miliknya yang dicipta pada tahun 2008 ketika Sukan Para ASEAN 2008 di Korat, Thailand. 

Bagaimana pun, rekod masa tersebut masih menjadi miliknya apabila perenang Vietnam, Vo Thanh Tung yang memenangi pingat emas hanya mencatat masa (1.26.77) saat dan seorang lagi perenang negara, Jamery Siga untuk pingat gangsa (1.46.80) saat. 

Kem renang negara diceriakan lagi dengan tambahan pingat perak oleh Ting Jin Ping (1.12.12) saat dalam acara 100 meter kuak dada S14, di belakang pemegang rekod terbaru, Muhammad Bejita dari Indonesia (1.03.60) saat dan Chuvong Jirachot dari Thailand di tempat ketiga (1.15.25) saat. 

Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil menyaksikan Muhammad Bejita memperbaharui rekod acara tersebut dengan mengatasi rekod masa (1.12.30) saat yang dipegang oleh perenang Singapura, Benson Tan Eng Kiong yang dicipta pada 2015 di Sukan Para ASEAN ke-8 di Singapura. 

Cabaran sengit di Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil menyaksikan perenang negara, Muhammad Nur Syaiful mengakhiri cabaran dalam acara 50 meter gaya bebas S5 di tempat kedua untuk pingat perak dengan catatan masa (34.78) saat, hanya dibezakan dengan (0.28) saat dibelakang pemenang pingat emas dari Vietnam, Vo Thanh Tung (34.50) saat dan Mulyadi dari Indonesia pingat gangsa (40.64) saat. 

Pingat terakhir kem renang negara untuk hari keempat diperolehi melalui dua perenang muda negara, Anas Zul Amirul dan Mohd Adib Iqbal dalam acara penutup iaitu acara 50 meter gaya bebas S14. 


Anas memperolehi pingat perak dengan catatan masa (27.33) saat dan Adib untuk pingat gangsa (27.59) saat. Manakala, Muhammad Bejita memenangi pingat emas dengan (25.98) saat. 

Hari keempat di Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil masih menyaksikan kem renang Indonesia menguasai saingan, dengan pungutan 13 pingat emas secara keseluruhan daripada 22 acara yang dipertandingkan hari ini. 

Selain itu, hari ini turut menyaksikan 12 lagi rekod baru dicipta melalui Laura Aurelia Dinda dalam acara 50 meter gaya bebas S5 (40.48) saat, Jendi Pangabean dalam acara 100 meter kuak dada S9 (1.06.54) saat, Suriansyah dalam acara 100 meter kuak dada S7 (1.23.69) saat, Syuci Indriani dalam acara 50 meter gaya bebas S14 (30.32) saat, Marinus Melianus dalam acara 50 meter gaya bebas S13 (27.03) saat, Sapia Rumbaru dalam acara 50 meter gaya bebas S10 (32.95) saat, Musa Mandan Karuba dalam acara 50 meter gaya bebas S10 (25.60) saat, Toh Wei Soong dalam acara 50 meter gaya bebas S7 (29.79) saat,Trinh Thi Bich Nhu dalam acara 50 meter gaya bebas S7 (37.43) saat, Lim Carmen dalam acara 50 meter gaya bebas S8 (36.48) saat, Muhammad Bejita dalam acara 50 meter gaya bebas S14 (25.98) saat, Muhammad Bejita dalam acara 100 meter kuak dada S14 (1.03.60) saat dan Von Thanh Tung dalam acara 100 meter kuak dada S5 (1.26.77) saat. 

Manakala, perenang Vietnam, Thanh Tung Vo mengekalkan catatan masa peribadinya dalam acara 50 meter gaya bebas S5 (34.50) saat seperti yang dicatat pada tahun 2011.

Untuk hari keempat, Indonesia masih mendominasi pungutan pingat di Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil dengan 34 pingat emas, 13 perak, 11 gangsa diikuti oleh Vietnam (15-19-13), Thailand (7-10-21), Malaysia (6-13-8), Myanmar (6-6-5), Singapura (4-7-3), Fillipina (2-3-5), Laos (0-1-2) dan Cambodia (0-1-0).

Esok (22 Sept) merupakan hari terakhir acara renang yang bakal berlangsung untuk Sukan Para ASEAN 2017, diharap kem renang Malaysia akan mencapai sasaran awal 10 pingat emas keseluruhan. 


No comments:

Post a Comment