Post Top Ad

Post Top Ad

Monday 2 October 2017

Sukan Para ASEAN ke-9 Kuala Lumpur 2017 (Kem Renang Malaysia)

Baru baru ini telah berakhirnya Sukan Sea ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9 yang menyaksikan Malaysia menjadi tuan rumah untuk edisi kali ini. Berikut beberapa "laporan peribadi" saya mengenai kem renang para negara di Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017. (Kerana saya bertugas untuk cover acara renang sepanjang Sukan Para ASEAN 2017)

********************************************************************

Pasukan renang Malaysia memperbaiki persembahan pada hari ketiga (19 Sept) apabila memenangi tiga pingat emas, dua pingat perak dan tiga pingat gangsa daripada 15 acara yang dipertandingakan di Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil hari ini.


Tiga pingat emas disumbang kemenangan oleh Anas Zul Amirul Sidi dalam acara 100 meter gaya bebas S14, seterusnya disusuli oleh Yoong Chung Wei dalam acara 50 meter gaya kupu kupu S14 dan Jamery Siga dalam acara 50 meter gaya kupu kupu S5.

(PHOTO CREDIT TO UTUSAN)
Sementara itu, dua pingat perak  pula dimenangi oleh Jamery Siga dalam acara 200 meter gaya bebas S5 dan Julius Jaranding dalam acara 100 meter gaya bebas S12. 


Manakala, tiga pingat gangsa adalah melalui Chan Zhi Weng Zadrian dalam acara 100 meter gaya bebas S14, Wong Tien Yu James dalam acara 100 meter kuak dada dan Muhammad Nur Syaiful dalam acara 50 meter rama rama S5.  


Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil juga menyaksikan Anas berjaya mencatat rekod baru dalam acara 100 meter gaya bebas s14 dengan catatan masa (55.79) saat disusuli oleh perenang Singapura, Benson Tan (1.01.38) saat. Ia sekali gus menebus kekecewaan Anas semalam apabila gagal meraih pingat dalam acara 200 meter gaya bebas S14 dan hanya menamatkan saingan di tempat keenam. 

(PHOTO CREDIT TO MALAY MAIL)

"Saya bersyukur dengan pencapaian saya pada hari ini dengan memenangi pingat emas sekali gus mencatat rekod baru. Ayah lah yang menjadi sumber kekuatan dan inspirasi kepada saya untuk terus melakukan yang terbaik.


Saya hadiahkan pingat emas ini buat ayah kerana dia lah idola saya" tambah perenang yang berasal daripada Negeri Sembilan itu. 

(PHOTO CREDIT TO BERITA HARIAN)

Bapa Anas, Zul Amirul Sidi, yang juga merupakan perenang para negara sejak tahun 2002 lagi, nyata sangat berbangga dengan pencapaian anak sulungnya itu dalam saingan Para ASEAN kali ini.


"Saya turut menyimpan impian, sebelum saya bersara, saya mahu melihat Anas berjaya dalam karier nya sebagai atlet renang para negara dan hari ini, Anas telah memenuhi impian saya" tambah Zul Amirul.


Sukan Para ASEAN ke-9 ini merupakan pentas terakhir buat Zul Amirul sebelum beliau bersara daripada arena renang negara. Beliau menamatkan saingan pada hari ini dalam acara 50 meter kupu kupu s5. Namun, penyertaannya dibatalkan kerana masalah permulaan. 


Bagaimana pun, menurut Zul Amirul, dua orang lagi anak beliau, Amirul Rasul, 11 dan Amirul Ashraf, 9, kini mengikut jejak langkahnya dan Anas apabila menjadi perenang pelapis bagi pasukan Negeri Sembilan. 

No comments:

Post a Comment