Post Top Ad

Post Top Ad

Monday, 2 October 2017

Sukan Para ASEAN ke-9 Kuala Lumpur 2017 (Kem Renang Malaysia)

Baru baru ini telah berakhirnya Sukan Sea ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9 yang menyaksikan Malaysia menjadi tuan rumah untuk edisi kali ini. Berikut beberapa "laporan peribadi" saya mengenai kem renang para negara di Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017. (Kerana saya bertugas untuk cover acara renang sepanjang Sukan Para ASEAN 2017)



********************************************************************

Kecederaan belakang tidak menghalang penerjun negara, Jamery Siga daripada menghadiahkan kontinjen Malaysia pingat emas dalam acara 50 meter gaya kupu kupu S5 di Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil sebentar tadi (19 Sept).

(PHOTO CREDIT TO THE STAR)

“Saya mengalami kecederaan belakang sejak dua bulan lalu dan kini masih dalam proses pemulihan. Namun, dengan merangkul pingat emas ini, ia sudah tentu memberi satu kepuasan buat saya kerana mampu menebus kembali kekecewaan sebelum ini” menurut perenang yang berasal dari Limbang, Sarawak itu.

Jamery mencatat masa (40.16) saat dalam saingan tersebut seterusnya diikuti oleh perenang Myanmar, Maung Maung Soe (49.11) saat untuk pingat perak dan seorang lagi perenang negara, Muhammad Nur Syaiful (55.91) yang berpuas hati dengan pingat gangsa.



Sebelum itu, Jamery terlebih dahulu menghadiahkan kontinjen Malaysia pingat perak dalam acara pembukaan, 200 meter gaya bebas S5 dengan catatan masa (3.12.45) saat dibelakang perenang Vietnam, Vo Thanh Tung (2.59.17) saat yang memenangi pingat emas dan Danh Hoa di tempat ketiga (3.12.75) saat dengan pingat gangsa.

“Sebenarnya semasa acara pembukaan sebentar tadi, saya agak kurang berpuas hati dengan pencapaian saya kerana saya yakin mampu melakukan catatan yang lebih baik sekai gus berhasrat untuk memenangi pingat emas dalam acara 200 meter gaya bebas S5 tersebut. Namun akibat beberapa faktor saya tidak dapat melaksanakan tugasan dengan lebih baik” tambah Jamery.

Menurut Jamery, selain masalah sakit belakang, beliau juga menghadapi rintangan ketika di dalam kolam renang dan ketika saat permulaan untuk terjunan. Ia, jelas sedikit sebanyak merencatkan aksinya dan gagal memenangi pingat emas yang menjadi buruannya sebelum ini.

Dua pingat yang dimenanginya didedikasikan buat keluarganya yang kini di Sarawak kerana tidak dapat menyaksikannya di Bukit Jalil.

“Saya menghadiahkan pingat emas dan perak ini kepada keluarga yang selama ini sudah banyak berkorban dan memberi sokongan tanpa henti kepada saya. Mereka tidak dapat hadir menyaksikan saya di sini kerana berada di Sarawak. Saya juga tidak mahu menyusahkan mereka untuk datang jauh ke sini” tambah Jamery.

(PHOTO CREDIT TO THE STAR)

1 comment: