Post Top Ad

Post Top Ad

Tuesday 7 November 2017

07:46:00

Tioman Island Conservation Day 2017 (TICD 2017)


Sudah menjadi aktiviti wajib tahunan, kini TICD 2017 (Tioman Island Conservation Day 2017) kembali lagi untuk tahun ketujuh penganjurannya. TICD 2017 bermula pada 20 Oktober sehingga 22 Oktober 2017.

Rasanya tidak perlu lagi diperkenalkan tujuan utama TICD dianjurkan, kerana sudah sedia maklum, TICD dianjurkan bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai kepentingan memulihara dan memeliharan bumi terutamanya alam sekitar dan hidupan laut.

Seperti tahun tahun sebelumnya, kempen TICD akan mengambil hidupan laut sebagai tema setiap tahun, dan tahun 2017 menyaksikan ikan pari (stringray) sebagai tema tahunan dan masih meneruskan misi dengan “Together for Planet Earth”.



TICD 2017 menunjukkan petanda positif di mana pada tahun ini seramai 130 orang penyelam dari Malaysia dan Singapura telah turut serta dalam misi kali ini berbanding hanya 108 orang penyelam pada TICD edisi 2016 lalu.



Tidak kurang sambutan daripada pengamal media, penganjur serta wakil dari Tourism Malaysia (30 orang) yang turut memberi sokongan, ia termasuk dari media mainstream dan media elektronik, bersama dalam usaha membantu mempromosikan kempen tahunan ini.

Malah, usaha murni ini turut mendapat sokongan daripada pihak Reef Check Malaysia, Jabatan Taman Laut, PADI Project Aware serta 7 operator penyelam dari Malaysia dan Singapura.

Selain itu, TICD 2017 turut mendapat tajaan daripada Syarikat Sport Toto Malaysia Sdn Bhd, Cosway Malaysia, Victorinox Swiss Army Timepieces Malaysia, RadioShack Malaysia Julie’s Biscuits, Kenny Rogers Roasters Malaysia, Tourism Malaysia dan Cataferry Sdn Bhd.





TICD 2017 masih meneruskan misi membina dan membawa struktur nurseri ke dasar laut oleh para penyelam bagi tujuan mengalakkan lagi pertumbuhan terumbu karang. Tahun ini menyaksikan sebanyak 5 struktur nurseri  dibina dengan bantuan rakan media dan diselia oleh para penyelam (1 struktur nurseri berbentuk piramid, 1 tiang gol dan 3 struktur meja nurseri yang bersaiz kecil).







Pada masa sama, peserta turut serta dalam aktiviti menanam pokok kelapa di sekitar kawasan Hotel Berjaya Tioman dalam usaha memelihara dan memulihara alam sekitar.  Sebanyak 40 buah pokok kelapa telah berjaya ditanam.  







Selain itu, peserta turut menjalankan aktiviti pembersihan di sekitar kawasan Hotel Berjaya Tioman terutama  sekali di sekitar kawasan berhampiran laut bagi memastikan tiada sisa sampah yang ditinggalkan dalam misi memelihara keindahan dan kebersihan alam sekitar.






Jika sebelum ini ramai ada yang tidak sedar akan kepetingan “menjaga bumi”, namun program TICD ini telah memberi pendedahan, kesedaran dan pendidikan kepada kami, bahawa setiap antara kita mampu memainkan peranan penting dalam menjaga bumi walaupun sebelum ini dilihat sebagai remeh tindakkan tersebut.

Jadi, kepada sesiapa yang berniat untuk menyertai misi mejaga bumi, TICD adalah satu permulaan yang baik untuk anda. Walaupun ia tidak akan menampakkan hasil dalam tempoh terdekat, namun, ia memastikan satu pulangan terbaik buat bumi dalam jangka masa panjang.















Tahniah buat Kumpulan Berjaya terutamanya Kumpulan Berjaya Tioman Resort kerana berjaya mewujudkan program murni seperti TICD ini. Sebesar terima kasih juga buat Mr. Michael Tan, bekas pengurus besar Berjaya Tioman Resort kerana beliau merupakan pencetus kepada idea wujudnya kempen TICD ini.  Diharap, usaha ini mampu diteruskan untuk tahun seterusnya

Peserta turut diberi peluang melihat secara dekat hasil daripada projek TICD sebelum ini. Di mana kami diberi kesempatan untuk snorkeling berhampiran di Pulau Renggis.





07:34:00

Perkhidmatan Cataferry ke Pulau Tioman (TICD 2017)




Teringin nak merasai pengalaman menaiki feri serupa di dalam kapal terbang? CATAFERRY merupakan pilihan terbaik tak tipu memang AWESOME feri CATAFERRY ni. Tengok sendiri dalam gambar2 ni. Paling penting, seat paling selesa macam gini perjalanan lama pun tak terasa sebab selesa je duduk. 



1) Seat yang besar dan selesa (tempat kaki luas)
2) Dilengkapi penghawa dingin (indoor)
3) Ruangan penyimpanan beg yang luas (ala ala macam dalam flight)






4) Tersedia cafe
5) Toilet yang bersih dan selesa
6) Ada TV (jadi tak ada lah boring sangat duduk lama2 kan)





Bayaran pula berbeza mengikut destinasi dan kelas tempat duduk. .
.
•Standard seat from Jeti Tanjung Gemok ke Kampung Tekek (RM 65)
•Premium seat (RM110)
Perjalanan mengambil masa 1 Jam 45 Minit untuk tiba di Jeti Tekek.


Terdapat 4 hentian :

-Kampung Paya
-Kampung Genting
-Kampung Air Batang
-Kampung Tekek





06:27:00

Trip ke Jepun (Tokyo, Osaka, Kyoto, Nara) Program JENESYS

Pasti ramai yang menyimpan impian untuk melawat ke negara matahari terbit, Jepun kan?. Secara jujur, Jepun menjadi antara destinasi impian saya sejak dulu lagi. Kata orang, ini rezeki terpijak, di mana saya telah berpeluang untuk menjejakkan kaki ke nagara berteknologi tinggi itu pada 27 Febuari sehingga 7 March lalu.

Walaupun berpeluang berada di sana selama 9 hari, namun saya boleh kata kan, memang tidak cukup masa tersebut untuk meneroka bumi Jepun ni yang memang besar! Jika diberi peluang, saya pasti akan kembali ke sana semula.

Pertama sekali saya ingin menguncapkan terima kasih kepada pihak penganjur kerana telah memberi peluang kepada saya dan 19 orang lagi rakan media dan tourism untuk menyertai trip kali ini.

Trip 9 hari ini telah membawa kami meneroka ke destinasi menarik di Jepun seperti di Tokyo, Kyoto, Nara dan Osaka. Dari empat destinasi yang dituju ini, kami dapat melihat daripada kecanggihan teknologi tinggi yang dimiliki di Jepun sehinggalah beradaban dan kehidupan tradisional warga Jepun.

Perjalanan kami bermula pada 27 Februari. Setelah menempuh perjalanan selama 6 jam di atas pesawat, akhirnya kami tiba di Lapangan Terbang Narita, Tokyo pada sekitar jam 6 pagi dengan suhu pada ketika itu sekitar 5 darjah Celsius.

Setibanya, kami disambut oleh koordinator yang bertugas untuk menyelia kami sepanjang program berjalan. Kami telah dibawa menaki bas khas yang dikongsi bersama dengan kumpulan dari Singapura dan Brunei ke hotel penginapan kami untuk hari pertama di Tokyo, iaitu Hotel Emion Tokyo Bay.



Hotel bertaraf 4 setengah bintang ini nyata tidak mengecewakan kerana cukup selesa dengan ruangan konduksif dan besar sesuai untuk sehingga enam orang dalam satu bilik. Besar kan?!. Dengan pemandangan diluar beranda yang juga menyamankan mata melihat.

Kami diberi masa beberapa jam untuk berehat sebentar dan menyiapkan diri sebelum meneruskan program kami.

Sekitar jam 3 petang, kami diarahkan untuk bersiap sedia semula dan dibawa ke Funabori Tower yang terletak tidak jauh dari hotel penginapan untuk sesi orentasi dan taklimat mengenai program yang bakal dijalankan selama kami di sini.





Setelah selesai sesi orentasi dan taklimat, kami dibawa ke Restoran Tsukiji Uemura yang terletak di aras bawah Funabori Tower untuk makan malam. Selesai sahaja makan malam, kami menaiki semula bas dan pulang semula ke Hotel Emion Tokyo Bay untuk merehatkan diri.

Pada hari kedua bermula lah perngembaraan kami di bumi matahari terbit ini. Banyak perbezaan yang saya dapat lihat dan pelajari di negara Jepun ini. Antara yang menarik perhatian saya ketika berada di Jepun ini adalah kecanggihan teknologi yang dimiliki. Sesungguhnya Jepun sudah tidak asing lagi apabila bercakap soal teknologi.

Semasa program berjalan, kami, para peserta berpeluang menaiki Shinkansen Nozomi Bullet Train dari Tokyo ke Kyoto. Apa yang menakjubkan? perjalanan sejauh 515 Kilometer hanya mengambil masa selama dua jam sahaja! Laju kan? Memang canggih teknologi di Jepun ni.








Setelah menempuh perjalanan selama dua jam, kami tiba di Kyoto. Untuk malam kedua pula, kami menginap di Lake Biwa Otsu Price Hotel, Kyoto. Serius memang cantik pemandangan di sekitar hotel ini. Kerana betul betul berhadapan dengan Tasik Biwa. Tasik Biwa merupakan tasik yang terbesar di Jepun!


Pandangan dari tingkap bilik saya.





Rasa tidak perlu lagi diceritakan mengenai kecanggihan teknologi yang memang sudah sinonim dengan negara Jepun. Jadi, untuk lawatan kali ini, saya ingin berkongsi beberapa tempat lawatan yang lebih tradisional yang masih lagi dititik beratkan di negara tersebut.

Tempat paling menarik perhatian saya, sudah pasti, di perkampungan Hino Town Koka City yang terletak di daerah Kyoto. 

Selain itu, kami telah di bawa melawat ke beberapa buah tample utama yang menjadi perhatian para pelawat setiap kali melawat ke negara matahari terbit tersebut. 

Antara tempat wajib dilawati sudah pasti, Osaka Castle yang terletak di daerah Osaka. Untuk maklumat lanjut mengenai bayaran masuk ke Osaka Castle Museum ini, boleh lihat di sini : bayaran tiket masuk


Osaka Castle ini pada dahulu nya merupakan sebuah istana yang sangat terkenal di Jepun. Namun, kini sudah bertukar wajah menjadi sebuah muzium. Di sini, anda dapat melihat peninggalan warisan seperti tinggalan artifak dan banyak lagi barangan sejarah yang berharga. Selain daripada itu, anda berpeluang mempelajari dengan lebih lanjut kisah pemerintahan di negara tersebut. 

Paling menarik perhatian saya ketika berada di dalam Osaka Castle ini adalah, pameran screen 3D yang disediakan. Kisah penceritaan mengenai sejarah tersebut menjadi semakin menarik dengan effect screen 3D yang seolah olah REAL! Agak leka juga melayan penceritaan tersebut.



Sayangnya, ada beberapa kawasan yang melarang pelawat untuk mengambil gambar.

Soal pergerakkan pula, pelawat diberi dua pilihan, sama ada untuk bergerak menggunakan lif atau pun menggunakan tangga. Menurut saya, lebih cepat menggunakan tangga. Mungkin kerana saya melawat pada hujung minggu, oleh itu, keadaan terlalu sesak dan agak lambat jika mahu menunggu giliran lif. 

Sudah semestinya, spot paling menarik di tingkat paling atas Osaka Castle ini. Anda dapat melihat pemandangan yang luas dari atas. selain itu, terdapat juga sebuah kedai souvenirs yang disediakan. 






Selain itu daripada kemegahan Castle tersebut, di sini, pelawat juga boleh menghabiskan masa bersama dengan bersantai di sekitar Osaka Castle Park. Kalau mahu lebih menarik, mugkin anda boleh melawat ke sini semasa musim bunga sakura. Pasti sangat cantik untuk bergambar. 




Terdapat juga beberapa buah kedai souvenirs serta kedai makan yang tersedia di sekitar Osaka Castle Park ini serta terdapat juga booth pameran pakaian tradisional dan ala ala samurai yang disediakan untuk pelawat sewa pakaian tersebut dan bergambar.





Seterusnya, kami telah dibawa melawat ke Saidai-ji Temple yang berada di Nara. 

Yang menarik di Saidai-ji Temple pula, adalah, upacara "Ochamori Shiki". Apa itu "Ochamori Shiki" ?. "Ochamori Shiki" merupakan acara meminum teh hijau yang telah diamalkan sejak 750 tahun yang lalu di Jepun. 

Upacara ini diadakan di Saidiji Temple, Nara yang dihidangkan bersama manisan (berbentuk seperti biskut manis). 


Bekas besar digunakan bagi tujuan mengeratkan hubungan kerana semua orang mampu berkongsi dalam satu masa. Ia merupakan tradisi yang masih lagi diamalkan sehingga ke hari ini. Tidak lengkap sekiranya datang ke Saidaiji Temple tapi tidak mencuba sendiri tradisi meminum teh ini! 


Jika mengikut masyarakat tempatan, acara meminum teh ini diadakan 3 kali pada bulan Januari setiap tahun. Tapi kami bertuah kerana diberi kesempatan untuk mencuba sendiri pengalaman tersebut.

Meriah rasanya dapat bersama-sama minum menggunakan balang yang besar tu, dikongsi bersama. Kata orang, keriangan dikongsi bersama! 


Fuhh memang sedap dapat rasa green tea yang memang raw & pure terus dari Jepun! 

Kepada yang tidak tahan dengan rasa green tea, manisan berbentuk biskut itu sangat membantu untuk meneutral kan rasa. Menurut penjaga temple tersebut, manisan tersebut adalah mahal harganya jika dijual di luar. Jadi kami beruntung kerana diberikan secara percuma oleh pihak temple. 

Walaupun Jepun terkenal dengan kecanggihan teknologi mereka, namun, adat tradisi masih terus diamalkan di sini. Kagum!

Kami ke temple yang seterusnya iaitu ke Kiyomizu-dera Temple yang berada di Nara. Kiyomizu-dera Temple ini merupakan temple favourite saya so far semasa lawatan ke semua temple. Mungkin kerana kedudukannya yang berada di atas bukit, jadi anda dapat mencuci mata melihat pemandangan. Tambahan pula, terdapat terlalu banyak kedai souvenirs yang berhampiran dengan temple ni. 


TUNGGU SAMBUNGAN PADA ENTRY PART 2..........





(sila tekan)

P/S : Kepada sesiapa yang mahu mendapatkan perkhidmatan pakej pelancongan daripada agensi pelancongan yang dipercayai, boleh lah lawati ke lawan web PAKEJ PERCUTIAN JEPUN 2018 (TOKYO 6H4M) daripada Agensi pelancongan ARBA Travel

Sebuah agensi yang menawarkan pakej pelancongan ke serata destinasi menarik termasuk ke Jepun dengan harga yang berpatutan dan itinerary yang menarik. Selain dari Korea, China, New Zealand, Hong Kong, Australia, Maldives, Thailand, Vietnam, Balkan, Turki dan negara-negara Eropah juga terdapat dalam senarai destinasi yang ditawarkan oleh ARBA Travel. 

Manakala, Pulau Perhentian, Sabah dan Pulau Langkawi antara destinasi dalam negara yang ditawarkan oleh ARBA Travel.

Sebagai bukti ARBA Travel merupakan agensi pelancongan yang dipercayai, ARBA Travel telah dinobatkan dinobatkan sebagai ‘Top 30 SME in Malaysia’ pada 2017 oleh SME Corp Malaysia. ARBA Travel juga satu-satunya ‘Travel Agency’ Malaysia yang pernah memenangi anugerah berprestij tersebut daripada 1.2 juta SME di Malaysia!

Dengan rekod syarikat yang sangat baik, tiada lagi keraguan untuk memilih ARBA Travel sebagai agensi pelancongan pilihan anda!

Untuk maklumat lanjut mengenai pakej pelancongan yang ditawarkan, boleh hubungi mereka di :

Talian : +603-89577573

Alamat : ARBA Travel & Tours

ARBA Travel & Tours Sdn Bhd

16-2, Jalan Dagang SB 4/2,

Taman Sungai Besi Indah,

43300, Seri Kembangan,

Selangor, Malaysia



Laman Sosial :

Instagram : ARBA Travel

Facebook : ARBA Travel