Post Top Ad

Post Top Ad

Wednesday, 30 May 2018

Gema Gegar Vaganza

Program realiti Gema Gegar Vaganza musim kedua nampaknya telah pun melaburkan tirai sekitar dua minggu lalu iaitu pada 12 Mei 2018.


Program yang mengetengahkan konsep berbentuk hiburan yang mendidik rohani ini nampaknya masih mendapat sambutan yang baik daripada para penonton apabila masih diteruskan sehingga musim kedua.

Program Gema Gegar Vaganza pertama kali diperkenalkan adalah pada tahun lalu (2017)dan nampaknya memberi impak yang positif terhadap industri nasyid tanah air. Jika sekitar tahun 2000, industri nasyid benar-benar mendapat perhatian dan sambutan daripada umum, dengan Kumpulan Lagenda seperti Raihan menjadi "batchmark" kepada kejayaan industri nasyid di tanah air suatu ketika dahulu, namun, seiring dengan perubahan masa, industri nasyid nampaknya semakin kurang mendapat perhatian (kecuali daripada golongan pengikut tegar genre nasyid).

Dengan kewujudan Program Gema Gegar Vaganza ini, sedikit sebanyak telah memberi sinar baru buat industri nasyid di tanah air hari ini, apabila umum mula memberi perhatian semula kepada genre nasyid. Dengan penyertaan daripada kumpulan kumpulan terkenal nasyid seperti kumpulan Hijjaz, UNIC, Mirwana, Saujana serta peserta solo, Hafiz Hamidun (bekas ahli UNIC), Wani, Bienda, Azmi (Caliph Busker), Ezam (EYE) pada musim pertama (GGV 2017) telah menaikkan ranting program tersebut sehingga diluar jangkaan. Ini dapat dilihat melalui kehadiran penonton ke CIDB sangat ramai bagi menonton secara langsung program tersebut.


Nampaknya genre nasyid telah lama dirindui oleh pengikut mereka. Kemunculan Program Gema Gegar Vaganza ini dijadikan sebagai "pengubat rindu" selain memberi peluang kepada penyanyi nasyid dan penyanyi kerohanian untuk terus bekarya kerana masih diterima baik oleh umum.


Kumpulan UNIC muncul sebagai juara bagi Program Gema Gegar Vaganza musim pertama. diikuti tempat kedua oleh Kumpulan Hijjaz, ketiga Kumpulan Mirwana, keempat Azmi, Kelima Hafiz Hamidun dan keenam Kumpulan Saujana.


Dilihat, musim pertama Program Gema Gegar Vaganza ini telah didominasi oleh peserta berkumpulan. Namun, sebaliknya untuk musim kedua. Di mana, peserta solo pula mendominasi kedudukan carta teratas.


Juara bagi musim kedua pula dimenangi oleh Fitri Haris (bekas ahli UNIC), manakala temapt kedua oleh Adeep Nahar (bekas ahli The Fabulous Cats), ketiga Awi Rafael, keempat Kumpulan Inteam, kelima Heliza & Hazwani Helmi dan keenam Kumpulan Brothers.


Selain finalis, Farah Asyikin, Mestica, Rabitha dan Deevotes turut serta bagi musim kedua ini.


Sekali lagi, Program Gema Gegar Vaganza telah mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada penonton. Jika musim pertama diadakan di CIDB, bagi musim kedua pula, telah diadakan di Bukit Jalil bagi memenuhi kehadiran penonton yang lebih ramai.


Walaupun adakalanya, Program Gema Gegar Vaganza ini terpalit dengan kontrolversi seperti pemilihan lagu, namun, ia tidak terlalu banyak menganggu perjalanan program tersebut. Syabas pihak ASTRO di atas penganjuran Program Gema Gegar Vaganza ini. Sebuah program yang agak unik dan jarang ada di dalam industri hiburan tanah air hari ini (GGV telah diadaptasi oleh program GV iaitu Gegar Vaganza yang juga dianjurkan oleh pihak ASTRO. Namun GV mengetengahkan genre muzik biasa. Manakala, GGV mengetengahkan genre nasyid dan kerohanian).


Menurut pengalaman saya sendiri, sebagai penonton dan pengikut setia Program Gema Gegar Vaganza dari musim pertama sehingga kedua, program ini benar benar memberi satu enviroment yang berbeza daripada program realiti yang lain. Konsep program realiti mungkin sama, namun enviroment yang diberi itu lain.

Dalam program ini, dilihat sangat mementingkan ukhwah sesama manusia dan juga Maha Pencipta. Tidak kira dalam kalangan peserta mahupun para penonton. Terjalin satu ikatan ukhwah yang sangat utuh.


Diharap, pihak ASTRO dapat meneruskan Program Gema Gegar Vaganza ini untuk musim seterusnya.

































1 comment: