Post Top Ad

Post Top Ad

Friday 13 January 2017

Tioman Island Clean-Up Day 2016

Hari Pembersihan Tioman (Article from Santai Travel Magazine)

Teks : Raja Sheril Ameera
Terima kasih : Berjaya Hotel Group

Baru-baru ini saya berpeluang menyertai trip ke Pulau Tioman bersempena program Tioman Island Clean-Up Day (TICD) 2016anjuran Berjaya Group. TICD pertama kali dianjurkan adalah pada tahun 2011 dan tahun ini merupakan tahun keenam penganjurannya.


TICD 2016 ini diadakan adalah bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan penjagaan hidupan laut serta dalam misi mengekalkan kecantikan laut. Bertepatan dengan tema TICD 2016 iaitu "Together For Planet Earth", Pengurus Berjaya Tioman Resort, Encik Sonny  Gan, berharap, kempen ini dapat mencapai objektif utamanya bagi membantu menyelamatkan bumi dari sifat rakus manusia.

Seperti tahun sebelumnya, penganjuran TICD 2016 mendapat sambutan yang memberangsangkan terutamanya daripada para penyelam dan rakan media. Seramai 112 orang penyelam telah menyertai TICD 2016 kali ini. Selain daripada rakan media masa, Berjaya Group turut menjemput beberapa rakan blogger dan wakil daripada Tourism Malaysia bagi menjayakan kempen TICD 2016 ini. Program ini dianjurkan selama tiga hari iaitu bermula 21 Oktober 2016 sehingga 23 Oktober 2016 yang lalu. Wakil dari Reef Check, Shark Saver dan Jabatan Taman Laut juga menghadirkan diri sebagai tanda sokongan terhadap program TICD 2016 ini .

Setelah menempuh perjalanan hampir enam jam dari Kuala Lumpur, saya dan rakan media laintiba di Berjaya Tioman Resort. Hilang segala penat sebaik mendarat di Pulau Tioman. Kemudahan yang disediakan oleh pihak Berjaya Tioman Resort juga benar-benar memuaskan dari segi fasiliti sehinggalah layanan yang diberikan. Seperti tahun-tahun sebelumnya, aktiviti utama para penyelam skuba adalah untuk melakukan penanaman terumbu karang dan memindahkan terumbu karang sedia ada di meja nurseri yang telah dibina oleh para penyelam yang menyertai TICD 2016 ini. Projek ini telah dimulakan sejak tahun lalu lagi dengan memulakan satu projek “Shelter in the sea” yang bernilai RM200,000.


67 batang paip konkrit telah ditanam di antara Berjaya Tioman Resort dan Pulau Rengis bertujuan untuk memberi perlindungan kepada hidupan marin sebaik sahaja batu karang mula berkembang. Pada TICD tahun ini, disediakan kawasan yang lebih besar dan konduksif untuk batu karang dan hidupan laut ini. Dengan semangat dan kerjasama yang ditunjukkan oleh para penyelam, pihak Berjaya Group telah memutuskan untuk terus menganjurkan TICD ini bagi tahun berikutnya. 

Pujian harus diberikan kepada pihak Berjaya Group terutamanya kumpulan Berjaya Tioman Resort kerana mengambil inisiatif menganjurkan TICD pada setiap tahun dalam usaha menyelamatkan bumi.



























No comments:

Post a Comment