********************************************************************
Kem renang negara menamatkan saingan Sukan Para ASEAN ke-9 Kuala Lumpur 2017 di kedudukan ketiga secara keseluruhan dengan pungutan keseluruhan 9 pingat emas, 17 pingat perak dan 10 pingat gangsa di Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil sebentar tadi (22 Sept).
Manakala, pasukan Indonesia dilihat cemerlang di tempat pertama bagi acara renang pada Sukan Para ASEAN ke-9 Kuala Lumpur 2017 ini dengan menyaksikan mereka memperolehi 39 emas, 13 perak dan 12 gangsa secara keseluruhan.
Pasukan Indonesia dilihat mendominasi Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil sejak hari pertama (18 Sept) sehingga hari keempat (22 Sept) acara dipertandingkan dengan mencipta 35 rekod baru perlawanan.
Guntur dan Muhammad Bejita menjadi tunjang utama kejayaan pasukan Indonesia apabila masing masing berjaya memunggut 5 pingat emas peribadi secara keseluruhan pada termasya kali ini.
Vietnam meletakkan mereka di kedudukkan kedua dengan 15 pungutan pingat emas, 22 perak dan 16 gangsa secara keseluruhan.
Vietnam kelihatan kurang menyerlah pada edisi kali ini berbanding ketika di Singapura dua tahun lalu, di tempat pertama dengan pungutan pingat 19 emas, 22 perak dan 21 gangsa.
Diikuti oleh pencabar, Thailand di tempat keempat (7 emas, 11 perak, 22 gangsa), Myanmar di tempat kelima (7 emas, 7 perak, 6 gangsa), Singapura di tempat ke enam (4 emas, 7 perak, 3 gangsa), Fillipina di tempat ketujuh (3 emas, 3 perak, 5 gangsa), Laos di tempat kelapan (0 emas, 1 perak, 2 gangsa) dan Cambodia di kedudukan terakhir (0 emas, 1 perak, 1 gangsa).
Anderson Anak Jamba dilihat menjadi hero negara apabila berjaya menghadiahkan 2 pingat emas buat negara pada hari terakhir saingan dalam acara 150 meter Individual Medley SM4 (3.22.21) saat dan 50 meter kuak lentang S4 (52.06) saat.
Dalam acara 150 meter Individual Medley SM4 turut menyaksikan Anderson cemerlang dengan memperbaharui rekod 12 tahun yang dipegang oleh perenang negara, Wong Chee Kin yang dicipta pada tahun 2005 ketika di Manila lalu.
Selain itu, pingat emas terakhir negara hadir melalui Fraidden Dawan dalam acara 200 meter Individual Medley SM10 dengan catatan masa (2.30.67) saat. Ia merupakan rekod terbaru acara tersebut mengatasi rekod yang diciptanya sendiri pasa tahun 2011 ketika di Solo, Indonesia.
(Photo credit to THE STAR )
Kem renang Indonesia cemerlang dengan memperbaharui 35 rekod baru, Malaysia (6 rekod baru), Vietnam (5 rekod baru), Singapuran dan Myanmar masing masing (2 rekod baru) dan Fillipina (1 rekod baru).
Pingat terakhir kem renang negara dihadiahkan oleh gandingan perenang muda Anas Zul Amirul, Mohd Adib Iqbal, Ting Jin Ping dan Yoong Chung Wei dalam acara akhir 4x100 meter Medley S14 (4.38.92) saat, di belakang gandingan dari Indonesia Daniel Nugroho, Irfan Septiana, Kevin Ode Natama, Muhamad Bejita (4.27.14) saat untuk pingat emas dan gandingan dari Thailand, Chuvong Jirachot, Kaewtrakunpongsup, Maneeratdej, Mongkol Chaicvanwi (5.18.01) saat untuk pingat gangsa.
caiyok kak!! tak bosan do blog kau kak, best je baca dngn cara penulisan dhsjsksk 💪🏻💪🏻
ReplyDeletehahaha terima kasih ya! penulisan sempoi je tak suka formal sangat nanti bosan pula =)
Delete