Post Top Ad

Post Top Ad

Tuesday 3 October 2017

08:20:00

Sukan Para ASEAN ke-9 Kuala Lumpur 2017 (Kem Renang Malaysia)

Baru baru ini telah berakhirnya Sukan Sea ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9 yang menyaksikan Malaysia menjadi tuan rumah untuk edisi kali ini. Berikut beberapa "laporan peribadi" saya mengenai kem renang para negara di Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017. (Kerana saya bertugas untuk cover acara renang sepanjang Sukan Para ASEAN 2017)



********************************************************************
Perenang negara, Lim Carmen, menambah pungutan pingat buat kem renang negara pada hari keempat saingan (21 Sept) apabila berjaya merangkul pingat emas tunggal negara dalam acara 50 meter gaya bebas S8 di Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil sebentar tadi.

(PHOTO CREDIT TO BERITA HARIAN)
Carmen mencatat rekod masa terbaru (36.48) saat bagi mendahului saingan dalam acara tersebut. Catatan masa itu sekali gus mengatasi rekod masa peribadinya yang dicipta pada tahun 2015 di Singapura (39.14) saat. Manakala, perenang Thailand, Thingbai Chaisawas di tempat kedua (39.56) saat dan Nor Aimah dari Indonesia (41.28) saat di tempat ketiga. 

Sebelum itu, Carmen telah terlebih dahulu menghadiahkan pingat perak buat negara dalam acara 100 meter kuak dada S8 (1.42.07) saat di belakang pemenang pingat emas dari Indonesia, Gusmalayanti (1.42.57) saat dan perenang Thailand, Wilasini Wongnonthap (1.46.51) saat untuk pingat gangsa. 

Manakala, bagi aksi pembukaan pagi ini, menyaksikan perenang senior negara, Zul Amirul Sidi, menutup karier nya dengan merangkul pingat perak dalam acara 100 meter kuak dada S5 dengan catatan masa (1.41.84) saat. Beliau gagal mempertahankan pingat emas dan rekod masa miliknya yang dicipta pada tahun 2008 ketika Sukan Para ASEAN 2008 di Korat, Thailand. 

Bagaimana pun, rekod masa tersebut masih menjadi miliknya apabila perenang Vietnam, Vo Thanh Tung yang memenangi pingat emas hanya mencatat masa (1.26.77) saat dan seorang lagi perenang negara, Jamery Siga untuk pingat gangsa (1.46.80) saat. 

Kem renang negara diceriakan lagi dengan tambahan pingat perak oleh Ting Jin Ping (1.12.12) saat dalam acara 100 meter kuak dada S14, di belakang pemegang rekod terbaru, Muhammad Bejita dari Indonesia (1.03.60) saat dan Chuvong Jirachot dari Thailand di tempat ketiga (1.15.25) saat. 

Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil menyaksikan Muhammad Bejita memperbaharui rekod acara tersebut dengan mengatasi rekod masa (1.12.30) saat yang dipegang oleh perenang Singapura, Benson Tan Eng Kiong yang dicipta pada 2015 di Sukan Para ASEAN ke-8 di Singapura. 

Cabaran sengit di Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil menyaksikan perenang negara, Muhammad Nur Syaiful mengakhiri cabaran dalam acara 50 meter gaya bebas S5 di tempat kedua untuk pingat perak dengan catatan masa (34.78) saat, hanya dibezakan dengan (0.28) saat dibelakang pemenang pingat emas dari Vietnam, Vo Thanh Tung (34.50) saat dan Mulyadi dari Indonesia pingat gangsa (40.64) saat. 

Pingat terakhir kem renang negara untuk hari keempat diperolehi melalui dua perenang muda negara, Anas Zul Amirul dan Mohd Adib Iqbal dalam acara penutup iaitu acara 50 meter gaya bebas S14. 


Anas memperolehi pingat perak dengan catatan masa (27.33) saat dan Adib untuk pingat gangsa (27.59) saat. Manakala, Muhammad Bejita memenangi pingat emas dengan (25.98) saat. 

Hari keempat di Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil masih menyaksikan kem renang Indonesia menguasai saingan, dengan pungutan 13 pingat emas secara keseluruhan daripada 22 acara yang dipertandingkan hari ini. 

Selain itu, hari ini turut menyaksikan 12 lagi rekod baru dicipta melalui Laura Aurelia Dinda dalam acara 50 meter gaya bebas S5 (40.48) saat, Jendi Pangabean dalam acara 100 meter kuak dada S9 (1.06.54) saat, Suriansyah dalam acara 100 meter kuak dada S7 (1.23.69) saat, Syuci Indriani dalam acara 50 meter gaya bebas S14 (30.32) saat, Marinus Melianus dalam acara 50 meter gaya bebas S13 (27.03) saat, Sapia Rumbaru dalam acara 50 meter gaya bebas S10 (32.95) saat, Musa Mandan Karuba dalam acara 50 meter gaya bebas S10 (25.60) saat, Toh Wei Soong dalam acara 50 meter gaya bebas S7 (29.79) saat,Trinh Thi Bich Nhu dalam acara 50 meter gaya bebas S7 (37.43) saat, Lim Carmen dalam acara 50 meter gaya bebas S8 (36.48) saat, Muhammad Bejita dalam acara 50 meter gaya bebas S14 (25.98) saat, Muhammad Bejita dalam acara 100 meter kuak dada S14 (1.03.60) saat dan Von Thanh Tung dalam acara 100 meter kuak dada S5 (1.26.77) saat. 

Manakala, perenang Vietnam, Thanh Tung Vo mengekalkan catatan masa peribadinya dalam acara 50 meter gaya bebas S5 (34.50) saat seperti yang dicatat pada tahun 2011.

Untuk hari keempat, Indonesia masih mendominasi pungutan pingat di Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil dengan 34 pingat emas, 13 perak, 11 gangsa diikuti oleh Vietnam (15-19-13), Thailand (7-10-21), Malaysia (6-13-8), Myanmar (6-6-5), Singapura (4-7-3), Fillipina (2-3-5), Laos (0-1-2) dan Cambodia (0-1-0).

Esok (22 Sept) merupakan hari terakhir acara renang yang bakal berlangsung untuk Sukan Para ASEAN 2017, diharap kem renang Malaysia akan mencapai sasaran awal 10 pingat emas keseluruhan. 


06:15:00

Sukan Para ASEAN ke-9 Kuala Lumpur 2017 (Kem Renang Malaysia)

Baru baru ini telah berakhirnya Sukan Sea ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9 yang menyaksikan Malaysia menjadi tuan rumah untuk edisi kali ini. Berikut beberapa "laporan peribadi" saya mengenai kem renang para negara di Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017. (Kerana saya bertugas untuk cover acara renang sepanjang Sukan Para ASEAN 2017)



********************************************************************

Saingan sengit dalam acara 100 meter kuak dada SB13 menyaksikan perenang negara, Julius Jaranding menamatkan saingan di tempat kedua dengan pingat perak (01.20. 51) saat dibelakang perenang Indonesia, Marius Melianus Yowei yang merangkul pingat emas acara tersebut dengan disusuli perenang Vietnam, Nguyen Van Hanh (01.22.33) saat untuk pingat gangsa. 


Musuh tradisi Julius, Marius mengakhiri saingan dengan memperbaharui rekod peribadinya (1.14.57) saat mengatasi rekod yang dicatatnya pada tahun 2015 di Singapura. 

Berakhirnya acara 100 meter kuak dada SB13 tersebut, menandakan berakhir sudah persaingan Julius pada Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur tahun ini. 

Julius mengutip keseluruhan 3 pingat perak dalam acara berbeza iaitu, acara 50 meter kuak dada SB13 pada hari pertama persaingan (18 Sept), 100 meter gaya bebas S12 pada hari kedua persaingan (19 Sept) dan yang terakhir sebentar tadi (100 meter kuak dada SB13).

Walaupun kurang berpuas hati dengan pencapaian peribadinya pada Sukan Para ASEAN tahun ini, Julius terpaksa akur dengan pencapaiannya kerana sudah melakukan yang terbaik sepanjang termasya dwitahunan itu. 

"Secara peribadi, sejujurnya saya kurang berpuas hati dengan pencapaian saya pada termasya tahun ini kerana saya yakin mampu melakukan lebih baik. Tetapi terpaksa akur kerana tiada rezeki saya tahun ini untuk memenangi sebarang pingat emas.

"Walaupun sedikit kecewa tahun ini, namun, saya belum berhasrat untuk bersara dalam arena renang ini" tambah Julius.

Bagi Julius, selagi mampu berada di tiga teratas dan masih berpeluang menyumbang pingat, beliau akan bersedia berkhidmat buat negara. Oleh itu, beliau masih tidak memikirkan isu persaraan buat masa ini. 

Monday 2 October 2017

10:22:00

Sukan Para ASEAN ke-9 Kuala Lumpur 2017 (Kem Renang Malaysia)

Baru baru ini telah berakhirnya Sukan Sea ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9 yang menyaksikan Malaysia menjadi tuan rumah untuk edisi kali ini. Berikut beberapa "laporan peribadi" saya mengenai kem renang para negara di Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017. (Kerana saya bertugas untuk cover acara renang sepanjang Sukan Para ASEAN 2017)

********************************************************************

Perenang negara, Fraidden Dawan memenangi pingat emas dalam acara 400 meter gaya bebas S10 di Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil pada Termasya Sukan Para ASEAN ke-9 Kuala Lumpur sebentar tadi. 

Fraidden merekodkan masa (4.48) saat iaitu mengatasi rekod peribadinya sebelum ini (4.55) saat yang dicatat pada tahun 2015 dalam termasya dwitahunan sama di Singapura. 

Fraidden mengatasi pencabar terdekatnya, Tangkilisan Steven Sualang dari Indonesia untuk pingat perak dengan catatan masa (5.01) saat, manakala untuk pingat gangsa dimenangi oleh perenang dari Thailand Punsiri Suphat yang mencatat masa (5.20)saat. 

(PHOTO CREDIT TO SPORT247)

Kemenangan pada hari ini merupakan catatan terbaik peribadi beliau dalam acara tersebut setelah mencatat masa (4.50) saat sebelum ini pada Sukan Para Asia 2010 di Guangzhou, China. 

Selain itu, Fraidden menyatakan, ia adalah pingat emas peribadinya yang dipertahankan sejak tahun 2009 lagi. 

Fraidden menyatakan, ia bukan sesuatu yang mudah untuk dilakukan dalam usaha mempertahankan pingat emas tersebut untuk lima kali berturut turut sejak 2009.

Anak jati Bintulu, Sarawak itu mula mewakili negara pada edisi 2005 di di Manila, Filipina

"Untuk termasya Sukan Para ASEAN ke-9 ini, saya sudah berusia 30 tahun. Sudah pasti faktor usia sedikit sebanyak menjadi cabaran utama saya kerana beberapa pencabar lain adalah lebih muda berbanding saya.

"Jadi saya perlu mengerah lebih tenaga untuk mencapai sasaran pingat emas saya kali ini" kata anak jadi Sarawak itu. 

Bagaimana pun, Fraidden masih belum boleh berpuas hati dengan pencapaiannya setakat ini kerana masih mempunyai dua lagi acara yang bakal disertainya pada 22 September ini. 

Fraidden akan turun dalam acara 200 meter gaya bebas S10 dan acara 50 meter kuak dada S10. 

(PHOTO CREDIT TO UTUSAN)

********************************************************************

Fraidden mengakhiri saingan Termasya Sukan Para ASEAN dengan pencapaian cemerlang apabila berjaya  memungut keseluruhan 2 pingat emas dan 1 pingat gangsa dalam acara 400 meter gaya bebas S10 (emas), 200 meter individu medley (emas) , 50 meter kuak lentang S10 (gangsa).


"Fraidden Dawan dan Mohd Adib Iqbal menunjukkan prestasi terbaik mereka iaitu diluar jangkaan sepanjang Sukan Para ASEAN kali ini.........." Jurulatih, Li Xin Xin. 




10:04:00

Sukan Para ASEAN ke-9 Kuala Lumpur 2017 (Kem Renang Malaysia)

Baru baru ini telah berakhirnya Sukan Sea ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9 yang menyaksikan Malaysia menjadi tuan rumah untuk edisi kali ini. Berikut beberapa "laporan peribadi" saya mengenai kem renang para negara di Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017. (Kerana saya bertugas untuk cover acara renang sepanjang Sukan Para ASEAN 2017)



********************************************************************

Kecederaan belakang tidak menghalang penerjun negara, Jamery Siga daripada menghadiahkan kontinjen Malaysia pingat emas dalam acara 50 meter gaya kupu kupu S5 di Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil sebentar tadi (19 Sept).

(PHOTO CREDIT TO THE STAR)

“Saya mengalami kecederaan belakang sejak dua bulan lalu dan kini masih dalam proses pemulihan. Namun, dengan merangkul pingat emas ini, ia sudah tentu memberi satu kepuasan buat saya kerana mampu menebus kembali kekecewaan sebelum ini” menurut perenang yang berasal dari Limbang, Sarawak itu.

Jamery mencatat masa (40.16) saat dalam saingan tersebut seterusnya diikuti oleh perenang Myanmar, Maung Maung Soe (49.11) saat untuk pingat perak dan seorang lagi perenang negara, Muhammad Nur Syaiful (55.91) yang berpuas hati dengan pingat gangsa.



Sebelum itu, Jamery terlebih dahulu menghadiahkan kontinjen Malaysia pingat perak dalam acara pembukaan, 200 meter gaya bebas S5 dengan catatan masa (3.12.45) saat dibelakang perenang Vietnam, Vo Thanh Tung (2.59.17) saat yang memenangi pingat emas dan Danh Hoa di tempat ketiga (3.12.75) saat dengan pingat gangsa.

“Sebenarnya semasa acara pembukaan sebentar tadi, saya agak kurang berpuas hati dengan pencapaian saya kerana saya yakin mampu melakukan catatan yang lebih baik sekai gus berhasrat untuk memenangi pingat emas dalam acara 200 meter gaya bebas S5 tersebut. Namun akibat beberapa faktor saya tidak dapat melaksanakan tugasan dengan lebih baik” tambah Jamery.

Menurut Jamery, selain masalah sakit belakang, beliau juga menghadapi rintangan ketika di dalam kolam renang dan ketika saat permulaan untuk terjunan. Ia, jelas sedikit sebanyak merencatkan aksinya dan gagal memenangi pingat emas yang menjadi buruannya sebelum ini.

Dua pingat yang dimenanginya didedikasikan buat keluarganya yang kini di Sarawak kerana tidak dapat menyaksikannya di Bukit Jalil.

“Saya menghadiahkan pingat emas dan perak ini kepada keluarga yang selama ini sudah banyak berkorban dan memberi sokongan tanpa henti kepada saya. Mereka tidak dapat hadir menyaksikan saya di sini kerana berada di Sarawak. Saya juga tidak mahu menyusahkan mereka untuk datang jauh ke sini” tambah Jamery.

(PHOTO CREDIT TO THE STAR)

09:47:00

Sukan Para ASEAN ke-9 Kuala Lumpur 2017 (Kem Renang Malaysia)

Baru baru ini telah berakhirnya Sukan Sea ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9 yang menyaksikan Malaysia menjadi tuan rumah untuk edisi kali ini. Berikut beberapa "laporan peribadi" saya mengenai kem renang para negara di Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017. (Kerana saya bertugas untuk cover acara renang sepanjang Sukan Para ASEAN 2017)

********************************************************************

Pasukan renang Malaysia memperbaiki persembahan pada hari ketiga (19 Sept) apabila memenangi tiga pingat emas, dua pingat perak dan tiga pingat gangsa daripada 15 acara yang dipertandingakan di Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil hari ini.


Tiga pingat emas disumbang kemenangan oleh Anas Zul Amirul Sidi dalam acara 100 meter gaya bebas S14, seterusnya disusuli oleh Yoong Chung Wei dalam acara 50 meter gaya kupu kupu S14 dan Jamery Siga dalam acara 50 meter gaya kupu kupu S5.

(PHOTO CREDIT TO UTUSAN)
Sementara itu, dua pingat perak  pula dimenangi oleh Jamery Siga dalam acara 200 meter gaya bebas S5 dan Julius Jaranding dalam acara 100 meter gaya bebas S12. 


Manakala, tiga pingat gangsa adalah melalui Chan Zhi Weng Zadrian dalam acara 100 meter gaya bebas S14, Wong Tien Yu James dalam acara 100 meter kuak dada dan Muhammad Nur Syaiful dalam acara 50 meter rama rama S5.  


Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil juga menyaksikan Anas berjaya mencatat rekod baru dalam acara 100 meter gaya bebas s14 dengan catatan masa (55.79) saat disusuli oleh perenang Singapura, Benson Tan (1.01.38) saat. Ia sekali gus menebus kekecewaan Anas semalam apabila gagal meraih pingat dalam acara 200 meter gaya bebas S14 dan hanya menamatkan saingan di tempat keenam. 

(PHOTO CREDIT TO MALAY MAIL)

"Saya bersyukur dengan pencapaian saya pada hari ini dengan memenangi pingat emas sekali gus mencatat rekod baru. Ayah lah yang menjadi sumber kekuatan dan inspirasi kepada saya untuk terus melakukan yang terbaik.


Saya hadiahkan pingat emas ini buat ayah kerana dia lah idola saya" tambah perenang yang berasal daripada Negeri Sembilan itu. 

(PHOTO CREDIT TO BERITA HARIAN)

Bapa Anas, Zul Amirul Sidi, yang juga merupakan perenang para negara sejak tahun 2002 lagi, nyata sangat berbangga dengan pencapaian anak sulungnya itu dalam saingan Para ASEAN kali ini.


"Saya turut menyimpan impian, sebelum saya bersara, saya mahu melihat Anas berjaya dalam karier nya sebagai atlet renang para negara dan hari ini, Anas telah memenuhi impian saya" tambah Zul Amirul.


Sukan Para ASEAN ke-9 ini merupakan pentas terakhir buat Zul Amirul sebelum beliau bersara daripada arena renang negara. Beliau menamatkan saingan pada hari ini dalam acara 50 meter kupu kupu s5. Namun, penyertaannya dibatalkan kerana masalah permulaan. 


Bagaimana pun, menurut Zul Amirul, dua orang lagi anak beliau, Amirul Rasul, 11 dan Amirul Ashraf, 9, kini mengikut jejak langkahnya dan Anas apabila menjadi perenang pelapis bagi pasukan Negeri Sembilan. 
08:45:00

Sukan Para ASEAN ke-9 Kuala Lumpur 2017 (Kem Renang Malaysia)

Baru baru ini telah berakhirnya Sukan Sea ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9 yang menyaksikan Malaysia menjadi tuan rumah untuk edisi kali ini. Berikut beberapa "laporan peribadi" saya mengenai kem renang para negara di Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017. (Kerana saya bertugas untuk cover acara renang sepanjang Sukan Para ASEAN 2017)




********************************************************************

Sukan Para Asean  Kuala Lumpur 2017 menyaksikan atlet anak beranak iaitu Zul Amirul Sidi (bapa) dan Anas Zul Amirul Sidi (anak) berkongsi pentas  yang sama dalam misi membawa nama negara dalam termasya dwitahunan itu.


(PHOTO CREDIT TO WEB RASMI KUALA LUMPUR 2017)

Pada saingan hari keempat (21 Sept), menyaksikan Zul Amirul Sidi meraih pingat perak dalam acara 100 meter kuak dada S5 dengan catatan masa (1.14.84) saat dibelakang pemenang pingat emas, Vo Thanh Tung (1.26.77) saat dari Vietnam dan seorang lagi perenang negara Jamery Siga untuk pingat gangsa (1.46.80) saat.

Zul Amirul meluahkan rasa berpuas hati dengan kemenangannya sebentar tadi  walaupun sekadar meraih pingat perak dalam acara terakhirnya itu, kerana menurut beliau, walaupun sudah 17 tahun dalam arena renang para negara, beliau tidak pernah lagi gagal menyumbang pingat buat skuad negara.

“Walaupun tidak meraih pingat emas dan sekadar pingat perak, saya tetap bersyukur dan rasa berpuas hati dengan pencapaian saya kali ini. Saya mula menjadi atlet renang para negara ketika berusia 23 tahun dan sejak itu, saya belum pernah lagi gagal menyumbang pingat buat negara dalam mana mana kejohanan ini termasuk Sukan Para ASEAN dan Sukan Para Asia.

“Ia sesuatu yang sukar dilakukan ketika usia mula meningkat dan prestasi tenaga semakin menurun namun, saya berasa bangga dengan diri sendiri apabila, masih mampu menyumbang pingat buat negara” katanya.

Sebentar tadi, Zul Amirul turut menyatakan hasratnya untuk bersara dari arena renang para negara setelah tamat saingan Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017 tersebut. Peningkatan usia menjadi salah satu faktor beliau mahu mengundurkan diri dari arena renang para negara selain mahu memberi laluan kepada pelapis muda seperti anaknya sendiri, Anas.

“Saya rasa, sudah tiba masanya untuk saya bersara daripada arena renang  kerana tenaga saya sudah tidak di tahap terbaik lagi kerana faktor usia. Selain itu, saya turut mahu memberi laluan kepada atlet pelapis negara dalam misi membawa nama Malaysia.

“Saya membuat keputusan ini setelah yakin dengan kemampuan anak saya (Anas) untuk meneruskan legasi saya. Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017 ini merupakan pentas pertama buat Anas dan dia telah membuktikan bahawa dia mampu meneruskan legasi saya sebagai perenang para negara”  tambah Zul Amirul.

Menurut Zul Amirul lagi, ia bukan lah keputusan yang drastik dilakukan, kerana beliau sudah lama memikirkan untuk bersara sebelum ini, namun, Anas meminta nya untuk terus kekal  menjadi atlet renang para negara sehingga mereka berdua berpeluang bersaing pada satu pentas yang sama.

Dengan menyaksikan mereka beraksi bersama pada Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017, menandakan impian dua beranak itu sudah tercapai dan tidak lagi menjadi masalah buat Zul Amirul meneruskan hasratnya untuk bersara.

Tambahan pula, menurut Zul Amirul, kontraknya akan tamat tidak lama lagi iaitu pada penghujung Disember tahun ini (2017), malah beliau tidak berhasrat untuk menyambung kontraknya itu sebaliknya mahu pulang ke kampung halamannya di Negeri Sembilan untuk berehat dan menumpukan sepenuh perhatian kepada keluarga.

Jika sebelum ini, Anas telah menyumbang pingat emas dalam acara 100 meter gaya bebas S14, pingat perak dalam acara 4x100 meter berpasukan, hari ini sekali lagi Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil menyaksikan beliau menyumbang pingat perak buat negara dalam acara 50 meter gaya bebas S14 (21 Sept).

“Ia merupakan petada positif buat permulaan karier Anas. Saya berharap dia akan melakukan lebih baik lagi selepas tamatnya Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017 ini. Oleh itu, sekarang adalah masa terbaik buat saya untuk mengundurkan diri” tambah Zul Amirul.
(CREDIT PHOTO TO STADIUM ASTRO.COM)




07:10:00

Sukan Para ASEAN ke-9 Kuala Lumpur 2017 (Kem Renang Malaysia)

Baru baru ini telah berakhirnya Sukan Sea ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9 yang menyaksikan Malaysia menjadi tuan rumah untuk edisi kali ini. Berikut beberapa "laporan peribadi" saya mengenai kem renang para negara di Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017. (Kerana saya bertugas untuk cover acara renang sepanjang Sukan Para ASEAN 2017)




********************************************************************


Kem renang negara menamatkan saingan Sukan Para ASEAN ke-9 Kuala Lumpur 2017 di kedudukan ketiga secara keseluruhan dengan pungutan keseluruhan 9 pingat emas, 17 pingat perak dan 10 pingat gangsa di Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil sebentar tadi (22 Sept).


Manakala, pasukan Indonesia dilihat cemerlang di tempat pertama bagi acara renang pada Sukan Para ASEAN ke-9 Kuala Lumpur 2017 ini dengan menyaksikan mereka memperolehi 39 emas, 13 perak dan 12 gangsa secara keseluruhan.

Pasukan Indonesia dilihat mendominasi Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil sejak hari pertama (18 Sept) sehingga hari keempat (22 Sept) acara dipertandingkan dengan mencipta 35 rekod baru perlawanan.

Guntur dan Muhammad Bejita menjadi tunjang utama kejayaan pasukan Indonesia apabila masing masing berjaya memunggut 5 pingat emas peribadi secara keseluruhan pada termasya kali ini.

Vietnam meletakkan mereka di kedudukkan kedua dengan 15 pungutan pingat emas, 22 perak dan 16 gangsa secara keseluruhan.

Vietnam kelihatan kurang menyerlah pada edisi kali ini berbanding ketika di Singapura dua tahun lalu, di tempat pertama dengan pungutan pingat 19 emas, 22 perak dan 21 gangsa.

Diikuti oleh pencabar, Thailand di tempat keempat (7 emas, 11 perak, 22 gangsa), Myanmar di tempat kelima (7 emas, 7 perak, 6 gangsa),  Singapura di tempat ke enam (4 emas, 7 perak, 3 gangsa), Fillipina di tempat ketujuh (3 emas, 3 perak, 5 gangsa), Laos di tempat kelapan (0 emas, 1 perak, 2 gangsa) dan Cambodia di kedudukan terakhir (0 emas, 1 perak, 1 gangsa).

Anderson Anak Jamba dilihat menjadi hero negara apabila berjaya menghadiahkan 2 pingat emas buat negara pada hari terakhir saingan dalam acara 150 meter Individual Medley SM4 (3.22.21) saat dan 50 meter kuak lentang S4 (52.06) saat.



Dalam acara 150 meter Individual Medley SM4 turut menyaksikan Anderson cemerlang dengan memperbaharui rekod 12 tahun yang dipegang oleh perenang negara, Wong Chee Kin yang dicipta pada tahun 2005 ketika di Manila lalu.

Selain itu, pingat emas terakhir negara hadir melalui Fraidden Dawan dalam acara 200 meter Individual Medley SM10 dengan catatan masa (2.30.67) saat. Ia merupakan rekod terbaru acara tersebut mengatasi rekod yang diciptanya sendiri pasa tahun 2011 ketika di Solo, Indonesia.


(Photo credit to THE STAR )

Cabaran di Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil menyaksikan persaingan sengit pada termasya dwitahunan itu apabila menyaksikan 49 rekod acara diperbaharui daripada 84 acara dipertandingkan (18-22 Sept).

Kem renang Indonesia cemerlang dengan memperbaharui 35 rekod baru, Malaysia (6 rekod baru), Vietnam (5 rekod baru), Singapuran dan Myanmar masing masing (2 rekod baru) dan Fillipina (1 rekod baru).

Pingat terakhir kem renang negara dihadiahkan oleh gandingan perenang muda Anas Zul Amirul, Mohd Adib Iqbal, Ting Jin Ping dan Yoong Chung Wei dalam acara akhir 4x100 meter Medley S14 (4.38.92) saat, di belakang gandingan dari Indonesia Daniel Nugroho, Irfan Septiana, Kevin Ode Natama, Muhamad Bejita (4.27.14) saat untuk pingat emas dan gandingan dari Thailand, Chuvong Jirachot, Kaewtrakunpongsup, Maneeratdej, Mongkol Chaicvanwi (5.18.01) saat untuk pingat gangsa.