Post Top Ad

Post Top Ad

Showing posts with label REVIEW. Show all posts
Showing posts with label REVIEW. Show all posts

Monday, 28 May 2018

02:14:00

ARBA Travel

Ramai yang menyimpan impian untuk ke destinasi pilihan, namun, tidak semua antara kita mampu untuk menguruskan sendiri trip pelancongan ke destinasi pilihan kerana kekurangan ilmu pengetahuan atau pun tiada masa untuk membuat persiapan sendiri. Tapi dengan wujudnya agensi pelancongan pelancongan di negara ini, anda tidak perlu risau lagi untuk merealisasikan impian tersebut!

Kewujudan agensi pelancongan adalah bertujuan untuk membantu anda untuk menguruskan perjalanan ke destinasi agar berjalan lancar selain menyediakan pakej yang menarik sebagai pilihan sepanjang trip berjalan. 

Tetapi yang menjadi kerisauan dalam memilih agensi pelancongan adalah kerap kali berlaku penipuan oleh agensi pelancongan yang dipilih. Tindakkan segelintir pihak tidak bertanggungjawab tersebut sedikit sebanyak telah merencatkan kepercayaan umum terhadap agensi pelancongan. Kata orang "kerana nila setitik, rosak susu sebelangga".

NAMUN! tidak semua agensi pelancongan tidak bertanggungjawab dan terlibat dengan penipuan atau scam ini! Oleh itu, pemilihan agensi pelancongan yang bertauliah dan dipercayai adalah SANGAT PENTING bagi mengelakkan sebarang kesulitan. 

Di sini, saya perkenalkan, sebuah agensi pelancongan yang dipercayai dan mendapat pengiktirafan, iaitu Syarikat Pelancongan ARBA Travel. Tidak perlu risau, anda boleh semak sendiri latar belakang dan rekod syarikat ini sebagai rujukan sebelum anda memilih ARBA Travel sebagai pilihan agensi pelancongan anda. 


Kepada sesiapa yang mahu mendapatkan perkhidmatan pakej pelancongan daripada agensi pelancongan yang dipercayai, boleh lah lawati ke lawan web rasmi di ARBA Travel

Sebuah agensi yang menawarkan pakej pelancongan ke serata destinasi menarik termasuk ke Jepun, Korea, China, New Zealand, Hong Kong, Australia, Maldives, Thailand, Vietnam, Balkan, Turki dan negara-negara Eropah juga terdapat dalam senarai destinasi yang ditawarkan oleh ARBA Travel dengan harga yang berpatutan dan itinerary yang menarik. 

Manakala, Pulau Perhentian, Sabah dan Pulau Langkawi antara destinasi dalam negara yang ditawarkan oleh ARBA Travel.




Sebagai bukti kredabiliti ARBA Travel merupakan agensi pelancongan yang dipercayai, ARBA Travel telah dinobatkan dinobatkan sebagai ‘Top 30 SME in Malaysia’ pada 2017 oleh SME Corp Malaysia. ARBA Travel juga satu-satunya ‘Travel Agency’ Malaysia yang pernah memenangi anugerah berprestij tersebut daripada 1.2 juta SME di Malaysia!

Dengan rekod syarikat yang sangat baik, tiada lagi keraguan untuk memilih ARBA Travel sebagai agensi pelancongan pilihan anda!


Untuk maklumat lanjut mengenai pakej pelancongan yang ditawarkan, boleh hubungi mereka di :

Talian : +603-89577573

Alamat : ARBA Travel & Tours


ARBA Travel & Tours Sdn Bhd
16-2, Jalan Dagang SB 4/2,
Taman Sungai Besi Indah,
43300, Seri Kembangan,
Selangor, Malaysia

Laman Sosial :
Instagram : ARBA Travel

Facebook : ARBA Travel



Friday, 31 March 2017

10:17:00

Mudah bersama JONLIVIA HOTPANTS


Sebaik sahaja pulang dari Jepun, memang pekara pertama yang terlintas untuk dilakukan adalah untuk bersenam! Hahaha mana tidaknya, sudah puas di negara orang berbulan madu dengan segala makanan yang tersedia. Semua dimakannya tanpa bersenam di sana. Jadi, apabila pulang ke Malaysia, haruslah kembali ke rutin harian yang lebih sihat.


Bagi seorang yang practical, saya amat meminati sesuatu yang serbaguna. Kerana itulah JONLIVIA HOTPANTS telah menjadi pilihan saya. Saya telah menjadikan JONLIVIA HOTPANTS sebagai salah satu koleksi pakaian saya, kerana ia mudah untuk disuai padankan atau mix and match


JONLIVIA HOTPANTS direka khas dengan empat lapisan pada struktur seluarnya selain daripada dua lapisan strap pada pinggul yang menjadikan JONLIVIA HOTPANTS ini tidak mudah koyak atau kembang walaupun setelah dicuci berkali kali. Jadi tidak menjadi masalah jika dipakai berulang kali. 

Selain daripada digunakan untuk bersenam seperti berjogging atau ke gym,



JONLIVIA HOTPANTS juga sangat sesuai digunakan untuk bersiar-siar dengan gaya fesyen yang disukai. Lihat sahaja gambar di bawah ni. Sesuai digunakan untuk gaya casual juga. Memang sporting betul rekaan yang dihasilkan!


Siapa kata hotpants hanya sesuai digunakan untuk bersenam kan...!

Dah alang alang tu, sambil bergaya, sambil membakar lemak! Kalau dah di tahap paling malas lah, untuk bersenam, gunakan sahaja JONLIVIA HOTPANTS ini untuk bersiar siar dalam kehidupan seharian. Terus bakar lemak sekali tanpa bersenam hahaha!


Satu lagi yang saya paling suka mengenai JONLIVIA HOTPANTS ini adalah...Fuhhh memang lain daripada hotpants yang lain, sebab bonusnya, JONLIVIA HOTPANTS ini direka khas, dengan terdapatnya pocket di bahagian belakang pinggang seluar! Iya ada pocket!


So, mudah lah nak simpan handphone ke, kunci kereta ke dalam pocket tu. Selalunya nak berjogging tu, memang tidak lah nak dibawanya beg kan. Dah tu kunci kereta nak letak mana?. Ini lah yang menariknya mengenai JONLIVIA HOTPANTS ini yang tak ada pada hotpants lain. 


Selain daripada itu, pada bahagian pinggang pula, pengguna boleh menariknya sehingga paras atas pusat. Ini memberi lebih keselesaan kepada pengguna. Secara jujur, setelah saya sendiri cuba pakai JONLIVIA HOTPANTS, saya memang amat berpuas hati dengan rekaan, kemasan, dan fungsi pelbagai guna hotpants ini. 





Memang saya suggestkan kepada anda untuk mendapatkan JONLIVIA HOTPANTS yang tengah letops di pasaran ni!


Macam mana nak dapatkan? Senang je...Sila layari 

untuk melihat produk produk keluaran mereka yang terkini!






Monday, 30 January 2017

20:57:00

Grand Margherita Hotel, Kuching, Malaysia

Mahu ke Kuching, Sarawak tapi tak tahu nak stay di hotel mana???


Hah sini saya suggest kan Hotel Margherita, Kuching yang terletak tidak jauh dari Waterfront, Kuching. Memang betul2 berhadapan dengan tugu kucing yang terkenal tu. Bersebelahan pula dengan waterfront. Memang mudah!




Dengan 12 jenis bilik yang tersedia : 
1) Deluxe King
2) Deluxe Twin
3) Superior King
4) Superior Twin
5) Junior Suite (Renovated)
6) Executive Deluxe King
7) Executive Deluxe Twin
8)Executive Deluxe King (Renovated)
9) Executive Deluxe Twin (Renovated)
10) Junior Studio
11) Executive Studio
12) Junior Suite


Macam gambar di atas, saya menginap di bilik jenis "Superior Twin".


Ruangan bilik yang luas dan konduksif memberi keselesaan kepada pengunjung untuk menginap di hotel ini. Sesuai juga untuk yang berkeluarga.







Hiasan bilik yang sederhana dan simple menyamankan mata yang melihat. Tak adalah rasa semak sangat dengan decor yang sarat kan!

Selain itu, setiap bilik terdapat kemudahan WiFi percuma, kemudahan bilik mandi seperti bathtub, hairdryer, telefon IDD, safebox, TV, penghawa dingin, mini bar dan meja kerja bagi memudahkan pengunjung untuk membuat kerja. Ohhh......Khidmat layanan hotel pula adalah 24 jam seminggu. 

Pengunjung juga berpeluang bersarapan pagi di cafe hotel.


Hotel bertaraf 4 bintang ini turut menyediakan kemudahan lain, termasuk kolam renang di aras bawah hotel beserta dengan kemudahan gym, 4 buah restaurant, dan satu lobby bar yang juga terletak di aras bawah hotel berhadapan dengan kolam renang.



Kedudukan yang strategik ini menjadikan hotel ini menjadi pilihan para pengunjung yang mahu bermalam di Kuching, Sarawak. 

Selain bersebelahan dengan Waterfront, hotel ini juga terletak berhadapan dengan Riverside Hotel. 

Hanya mengambil masa dalam 5 minit sahaja untuk ke kedai kedai yang menjual cenderamata di hadapan Waterfront. Senang cerita, memang mudah lah kedudukan hotel di tengah bandar ni. Harga yang ditawarkan pula adalah berpatutan namun, berubah ubah mengikut musim seperti musim cuti mungkin harganya lebih tinggi berbanding hari biasa. 

Berikut :

AddressJalan Tunku Abdul Rahman, 93748 Kuching, Sarawak, Malaysia

Wednesday, 14 December 2016

00:32:00

Pascucci Café

Pascucci Café merupakan tempat minum yang ideal kepada pengemar kopi tegar. Pelbagai menu utama yang berasakan biji kopi disediakan di sini. Daripada kopi, jus dan juga makanan western dihidangkan di sini.

9 November yang lalu, kafe Itali terbesar ini telah merasmikan pembukaan cawangan baru nya yang terletak di Menara Hap Seng 2, Kuala Lumpur.  Pascucci Café telah memiliki 200 cawangan kafe di 20 buah negara termasuk empat di Malaysia iaitu di Menara Hap Seng 2, Menara LGB, Sunway Pyramid dan di Tropicana City Mall.






Rakan media telah dipanggil untuk tujuan memperkenalkan dan mempromosi kafe tersebut. Semasa perasmian tersebut, kami berpeluang mencuba pelbagai menu yang terdapat di Pascucci Café ini terutamanya hidangan kopi yang disediakan sebagai menu utama.


Antara menu yang saya berpeluang mencuba adalah Americano coffee. 
Memang tidak dinafikan, ia merupakan antara Americano yang terbaik pernah saya cuba setakat ini. Jadi, saya mencadangkan agar pengemar kopi tegar di luar sana untuk datang ke Pascucci Café ini bagi merasai sendiri kenikmatan biji kopi yang dihidangkan di setiap cawangan Pascucci Café ini. 






Monday, 14 November 2016

18:59:00

Xierra Thermal Pants


Walaupun badan saya ni bersaiz kecil, tapi tak bermakna saya tak ambil berat tentang kesihatan diri atau tak terfikir untuk bersenam. Tak kira besar mana, bagai mana rupa bentuk badan pun, seseorang itu harus lah tetap menjaga kesihatan diri terutamanya dengan bersenam.

Sebagai seorang wartawan, terutamanya wartawan travel, saya sangat memerlukan penjagaan kesihatan diri yang sempurna demi melaksanakan tugasan saya. Stamina haruslah sentiasa berada di tahap terbaik!

Jadi kecil atau besar bukanlah alasan untuk tidak bersenam!

Baru baru ini saya telah menggunakan Xierra Thermal Pants sebagai support saya ketika bersenam.



 Xierra Thermal Pants telah direka khas menggunakan fabrik neothermal yang mampu membantu memerangkap haba dengan lebih cepat. Cara ini mampu membantu membuang lemak di peha, pinggul dan perut secara efektif.

Memang akan berpeluh lebih banyak lah. Ehhh...tapi jangan risau! Walaupun berpeluh dengan kuantiti yang banyak, tapi tak akan ada kesan di luar seluar ni. Jadi tak lah nampak dah lencun tu hahaha (Kering dan selesa di bahagian luar).

Selain itu, Xierra Thermal Pants menjadi pilihan saya kerana design dan colournya yang menarik! iaitu dark purple. Jahitan yang kemas dan berkualiti tinggi juga membuatkan pelanggan merasa tertarik untuk mendapatkan Xierra Thermal Pants sebagai koleksi. Terutama kepada kaki gym tu, jangan lupa dapatkan Xierra Thermal Pants by www.xierra.com

Harga yang ditawarkan pula sangat berpatutan iaitu hanya RM 139.00 sahaja!



Malah, selebriti tempatan seperti Fara Fauzana dan Jihan Musa juga mempercayai kualiti Xierra Thermal Pants ni. Mereka turut menggunakan Xierra Thermal Pants ketika bersenam. Jadi tiada alasan untuk anda tidak mempercayai kualiti Xierra Thermal Pants ini.

Sambil bersenam, menjaga kesihatan diri, anda juga berpeluang memenangi wang tunai bernilai RM 1,000 ringgit secara TUNAI! mudah sahaja dengan menyertai cabaran Xierra Thermal Pants lose weight.


Caranya mudah, anda hanya perlu
1. Like page Xierra
2. Share post ini (pastikan setting public)
3. Upload gambar before & after di FB anda dengan caption bagaimana Xierra Thermal Pants mengubah gaya hidup sihat anda & hashtag #xierraweightlosschallenge (pastikan setting public)
4. Gambar peserta WAJIB memegang Xierra Thermal Pants (sebagai bukti pembelian)
.
PEMENANG akan di pilih pada bulan JANUARI. Transformasi TERBAIK & caption paling menyentuh hati akan dipilih sebagai pemenang!

Jangan lepaskan peluang untuk menyertai contest tersebut!



Untuk maklumat lanjut :
Whatsapp: 010-847 2611
Instagram: @xierra.official

Saturday, 29 October 2016

19:52:00

Banana Chocolate, Banane Munch

Sebagai seorang traveller, saya pastinya suka kan sesuatu yang mudah dan ringkas. Ini termasuklah makanan pilihan.

Selalunya kalau nak pergi travel tu memang tak lepas lah daripada bawa makanan ringan atau pun orang panggil kudapan. Aii maklumlah, dalam perjalanan nak ke destinasi yang dituju confirm akan lapar punya, so mesti lah nak ada back up alas perut!

Hah! mehh sini nak kenalkan produk baharu yang menjadi pilihan saya untuk dibawa travel bersama. Iaitu "BANANE MUNCH" kerepek pisang yang disaluti coklat. Pehhh memang power lah rasanya!

Photo credit to Neyra

Bersesuaian dengan tagline nya "Feel the happyness in each bite". Confirm confirm lah akan rasa happy, betul tak tipu...Siapa je tak happy kan kalau dapat makanan hahaha lagi pula coklat memang akan membangkitkan rasa happy kepada si pemakannya!

Dari segi packaging nya, memang BANANE MUNCH ni mudah dibawa sebab dipack dengan kotak yang bersize kecik dan ringan. Tapi isi nya tetap mantap!

Ramuan yang terdapat di dalam BANANE MUNCH ini termasuk lah :
-coklat susu (gula, lemak sayuran, serbuk whey powder, koko, susu tepung skim, pengemulsi, letin soya, vanilin,) kerepek pisang (pisang dan garam).

Produk keluaran tempatan ini dikeluarkan oleh NUNOS Legacy Sdn Bhd yag beroperasi di Pusat komersial Arena Bintang, Seksyen U5, Shah Alam, Selangor.

Kepada sesiapa yang mahu mendapatkan BANANE MUNCH ni boleh lah follow social media BANANE MUNCH ni di

Facebook : BANANE MUNCH HQ
Instagram : BANANE MUNCH
Talian : +6012-808 8804

Pasti terasa nikmat coklat pisangnya di setiap gigitan!

Okayy nak pergi order for next trip! Kena bawa banyak banyak ni sebagai back up huhuhu!



Boleh dapatkan dengan harga RM7.50 sekotak

Tuesday, 30 August 2016

12:13:00

Sea & Saw Cafe, Johor Bahru


Sejujurnya saya bukan lah jenis yang suka kan tempat tempat makan yang berkonsepkan hipster ni. Saya ke sini pun kerana menuruti sahaja pilihan rakan semperna reunion kami setelah enam tahun berpisah. Walaupun hanya bertiga hahaha!


Okayy back to the main topic, cafe cafe hipster bukan lah sesuatu yang asing lagi dalam kalangan anak muda hari ini . Malah selain di sekitar Ipoh, di Bandaraya Johor Bahru juga kelihatan semakin ditumbuhi dengan cafe cafe hipster seperti cendawan tumbuh ewahh!

Tapi saya tidak rasa ralat langsung dengan pilihan cafe kali ini. Memang sesuai sangat untuk sesiapa yang mahu chill kan diri. Cafe yang terletak di atas bukit di sekitar Straits View ini menjanjikan konsep kedai yang sangat class dan relax.

Sebaik melangkah turun daripada kereta sahaja, mata saya terus tertarik dengan keadaan sekeliling kedai yang disajikan. Terdapat outdoor dan indoor. Kalau kamu mahu menghirup udara, boleh lah chill di luar. Terutama pada sebelah malam. Ala ala konsep candle light dinner yang diiringi persembahan busking. Menarik kan?!.


Itu baru cerita di luar, sekarang masuk pula ke dalam cafe. Fuhh.... sekali lagi saya terus jatuh cinta dengan hiasan konsep cafe ini. Bila duduk tu memang rasa tenang je. Di dalam lebih privacy berbanding di luar. Tapi kalau nak borak tak ingat dunia tu, better chill di luar lah hahaha.

Konsepnya agak simple, tapi ia bermain dengan susunan yang kemas membuatkan pelanggan rasa selesa dan rasa tidak semak apabila berada di dalam cafe.
















Melihat kepada menu pula, menu yang ditawarkan berkonsepkan western food. Bercakap mengenai harga pula, biasalah, harga harga hipster hahaha tapi bagi saya berbaloi lah kerana makanan yang dihidangkan tidak mengecewakan. Banyak lagi menu yang ditawarkan.

Squid ink seafood spaghetti 

hot chocolate

Fish and chip & ice blanded mocha 

Sesuai untuk sesiapa yang suka sangat OOTD tu, boleh lah penuhi instagram anda dengan berposing di setiap sudut di cafe ini!

Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar, Tunku Aminah dan Che Puan Khaleeda pun pernah chill di sini tau! Jadi tak silap lah tempat ni sesuai untuk anda singgah :)