TRAVEL
21:29:00
KL SKY TOUR
Article credit to : Santai Travel Magazine
Writer : Sheril Ameera
Photo credit : Santai Travel Magazine & Sheril Ameera
KL SKY TOUR merupakan satu tarikan baharu yang disediakan di
Taman Tasik Titiwangsa oleh Cempaka Helicopter Coperation SDN BHD yang
beroperasi secara rasminya bermula 28 Ogos 2016. Pastinya pengalaman menaiki
helicopter secara peribadi menjadi idaman semua orang. Kini, ia bukan lah sesuatu yang mustahil
dengan adanya KL SKY TOUR ini.
Pengunjung tempatan dan pelancong asing kini berpeluang
merasai pengalaman berbeza dengan menikmati panorama Bandaraya Kuala Lumpur
terus dari ruang udara. Pasti bakal menjadi satu pengalaman yang tidak akan
dapat dilupakan.
Menurut Pengerusi Cempaka Helicopter Coperation SDN BHD,
Datuk Zakaria Abdul Rahman, inisiatif ini diambil bagi berkongsi pengalaman
kepada pengunjung tempatan dan pelancong asing merasai sendiri pengalaman
berada di udara sambil disajikan dengan pemandangan sekitar Bandaraya Kuala
Lumpur.
Pengunjung boleh memilih pakej yang disediakan mengikut
kemampuan. Empat pakej disediakan oleh pihak Cempaka Helicopter Coperation SDN
BHD dengan harga dan kawasan lawatan yang berbeza. Berikut senarai pakej yang
disediakan :
The KL Express
|
The City Explorer
|
The Jungle Escape
|
The City Indulgence
|
RM198/PAX
|
RM448/PAX
|
RM960/PAX
|
RM1388/PAX
|
Tidak termasuk GST
|
Tidak termasuk GST
|
Tidak termasuk GST
|
Tidak termasuk GST
|
Sekurang-kurangnya 3 penumpang
|
Sekurang-kurangnya 3 penumpang
|
Sekurang-kurangnya 3 penumpang
|
Sekurang-kurangnya 3 penumpang
|