Post Top Ad

Post Top Ad

Tuesday 3 October 2017

Sukan Para ASEAN ke-9 Kuala Lumpur 2017 (Kem Renang Malaysia)

Baru baru ini telah berakhirnya Sukan Sea ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9 yang menyaksikan Malaysia menjadi tuan rumah untuk edisi kali ini. Berikut beberapa "laporan peribadi" saya mengenai kem renang para negara di Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017. (Kerana saya bertugas untuk cover acara renang sepanjang Sukan Para ASEAN 2017)



********************************************************************

Saingan sengit dalam acara 100 meter kuak dada SB13 menyaksikan perenang negara, Julius Jaranding menamatkan saingan di tempat kedua dengan pingat perak (01.20. 51) saat dibelakang perenang Indonesia, Marius Melianus Yowei yang merangkul pingat emas acara tersebut dengan disusuli perenang Vietnam, Nguyen Van Hanh (01.22.33) saat untuk pingat gangsa. 


Musuh tradisi Julius, Marius mengakhiri saingan dengan memperbaharui rekod peribadinya (1.14.57) saat mengatasi rekod yang dicatatnya pada tahun 2015 di Singapura. 

Berakhirnya acara 100 meter kuak dada SB13 tersebut, menandakan berakhir sudah persaingan Julius pada Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur tahun ini. 

Julius mengutip keseluruhan 3 pingat perak dalam acara berbeza iaitu, acara 50 meter kuak dada SB13 pada hari pertama persaingan (18 Sept), 100 meter gaya bebas S12 pada hari kedua persaingan (19 Sept) dan yang terakhir sebentar tadi (100 meter kuak dada SB13).

Walaupun kurang berpuas hati dengan pencapaian peribadinya pada Sukan Para ASEAN tahun ini, Julius terpaksa akur dengan pencapaiannya kerana sudah melakukan yang terbaik sepanjang termasya dwitahunan itu. 

"Secara peribadi, sejujurnya saya kurang berpuas hati dengan pencapaian saya pada termasya tahun ini kerana saya yakin mampu melakukan lebih baik. Tetapi terpaksa akur kerana tiada rezeki saya tahun ini untuk memenangi sebarang pingat emas.

"Walaupun sedikit kecewa tahun ini, namun, saya belum berhasrat untuk bersara dalam arena renang ini" tambah Julius.

Bagi Julius, selagi mampu berada di tiga teratas dan masih berpeluang menyumbang pingat, beliau akan bersedia berkhidmat buat negara. Oleh itu, beliau masih tidak memikirkan isu persaraan buat masa ini. 

No comments:

Post a Comment