Post Top Ad

Post Top Ad

Tuesday, 7 November 2017

06:09:00

Home Visit Di Hino-Town, Kyoto, Japan

Pasti ramai yang menyimpan impian untuk melawat ke negara matahari terbit, Jepun kan?. Secara jujur, Jepun menjadi antara destinasi impian saya sejak dulu lagi. Kata orang, ini rezeki terpijak, di mana saya telah berpeluang untuk menjejakkan kaki ke nagara berteknologi tinggi itu pada 27 Febuari sehingga 7 March lalu.

Semasa dalam program ini, saya dan rakan rakan berkesempatan ke Hino-Town yang terletak di Kyoto.


Program ini menjadi antara program favourite saya, di mana kami telah diberi peluang untuk "home visit" di homestay yang disediakan.

Jika selama ini kami dibesarkan dengan cerita cartoon popular Jepun, Doraemon, tapi kali ini kami diberi peluang untuk merasai sendiri keadaan rumah seperti dalam cartoon Doraemon itu. Bagai impian menjadi realiti hahaha!

Ketika home visit tersebut, kami telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan diikuti beberapa keluarga. Satu keluarga dibahagikan kepada tiga sehingga empat orang peserta.



Awal awal lagi kami telah dimaklumkan bahawa kebanyakkan dariapada keluarga angkat kami (Ayah dan Ibu) langsung tidak boleh berbahasa English. Fuhhh...Masa tu dah agak panik juga lah. Iyalah, satu satunya bahasa pengantara yang kami boleh berkomunikasi masa tu. Muka relax je, tapi dalam hati dah panik macam mana nak bercakap ni? macam mana nak faham ni?.

Setelah dibahagikan kepada keluarga angkat masing masing, kami dibawa pulang ke "rumah kami" yang masing masing terletak tidak jauh daripada dewan ketibaan (tempat kami berkumpul).

Ini lah rumah keluarga angkat saya. 

Kami disambut dengan baik sekali oleh keluarga kami. Saat itu saya dan tiga lagi rakan telah bersama keluarga "Kazuhiro Komori".


Pekara pertama yang mengejutkan kami saat itu adalah, rupa rupanya ayah angkat kami iaitu Mr.Kazuhiro boleh berbahasa melayu! Iya, ayah kami boleh bercakap bahasa melayu. Walaupun tidak berapa fasih, tapi boleh dikatakan banyak perkataan yang dia boleh cakap. Itu memang bonus buat kami sebab dapat keluarga Mr.Kazuhiro ni. Selain itu, Mr.Kazuhiro juga boleh berbahasa English dengan sangat fasih. Jadi kumpulan saya memang tidak menghadapi sebarang masalah bahasa untuk berkomunikasi saat itu. Siap bonus boleh cakap bahasa melayu lagi! (Kecuali ibu kami iaitu isteri Mr.Kazuhiro sahaja tidak boleh berbahasa English mahupun bahasa Melau hanya boleh bertutur dalam bahasa Jepun sahaja. Tapi tidak menjadi masalah kerana ayah kami boleh tolong translate kan).

Sepanjang beberapa jam program home visit ini berjalan, kami telah mengambil peluang untuk mengenali kehidupan masyarakat Jepun secara lebih dekat.

Kami sempat duduk berbual dan berkongsi pengalaman serta bertukar kisah budaya antara dua negara, Malaysia dan Jepun.


Sekarang kami tahu bagaimana Mr.Kazuhiro mampu berbahasa Melayu, rupanya beliau pernah menetap di Sabah, Malaysia suatu ketika dahulu selama lebih tiga tahun semasa beliau menjalankan perniagaan di sana. No wonder! Perbualan kami menjadi semakin menarik, kerana Mr.Kazuhiro pernah melawat bebeapa lagi tempat di Malaysia seperti Sabah, Kuala Lumpur, Penang, Ipoh. Belian dan isteri sempat menyatakan hasrat untuk kembali melawat Malaysia tidak lama lagi kerana sangat merindui saat di Malaysia.

Setelah selesai sesi perkongsian, ibu kami Mrs.Kazuhiro mengajak kami ke dapur untuk belajar memasak beberapa makanan rutin mereka sekeluarga di Jepun. Memang excited! Yelah, selama ni tahu beli di kedai dan makan je. Kali ni kami sendiri berpeluang untuk cuba masak!






Antara menu yang kami sempat belajar daripada Mrs.Kazuhiro adalah memasak tauhu serta nasi sakura. Masing masing pun berebut rebut ingin mencuba sendiri. Hasilnya memang tidak mengecewakan! (Nak kata masing masing pandai memasak lah ni hahaha). Selesai sahaja memasak, makanan dihidangkan dan kami sekeluarga duduk makan bersama.

Selesai sahaja makan, Mr.Kazuhiro membawa kami melawat rumah beliau dan sekitar kawasan kampung.






Antara yang menarik perhatian saya di Jepun ni adalah, bentuk rumah rumah mereka sangat unik! setiap rumah berbeza dari segi seni bina nya.

Sepanjang kami melawat kawasan kampung tersebut, kami juga dapat melihat dan berhenti di beberapa buah tokong.









Udara yang nyaman serta pemandangan yang indah benar benar menenagkan kami untuk menikmati hari hari di kampung tersebut.












Rasanya setengah hari tu memang tidak cukup sebenarnya. Tapi nak buat macam mana. Kami terpaksa beralih ke program seterusnya.

Kami berkumpul semula di dewan ketibaan. Masing masing mula lah berkongsi pengalaman mereka sebentar tadi, rupanya setiap kami melakukan aktiviti yang berbeza mengikut keluarga angkat masing masing.

Ada yang berpeluang mengenakan kimono dan memepelajari adat tradisional mereka, belajar membuat sushi dan macam macam lagi aktiviti bersama keluarga.








Menurut beberapa rakan, memang ada antara keluarga mereka langsung tidak boleh berbahasa english. Pada mulanya memang mereka menghadapi masalah berkomunikasi namun, setelah beberapa jam bersama, mereka dapat menyesuaikan diri. Ternyata bahasa bukan penghalang. Akhirnya, mereka dapat berkomunikasi walaupun sekadar dengan bahasa isyarat. Peluang yang sekejap diberikan ini ternyata, mampu mewujudkan perasaan kasih sayang antara kami, peserta dan keluarga angkat. Layanan yang diberikan adalah sangat baik walaupun kami orang asing. Terima kasih semua.

Program home visit ini memang sangat menarik dan bagus jika diteruskan tapi satu cadangan agar program ini dapat memberi lebih banyak masa untuk peserta dan keluarga angkat. Contohnya, seperti memberi peluang kepada kami untuk bermalam. Mungkin akan lebih banyak yang dapat dipelajari.

Sayonaraaaa......










Jepun merupakan negara ketiga yang pernah saya sertai program homestay. Jika sebelum ini saya pernah mempunyai pengalaman homestay di Indonesia dan di Malaysia. Kesemua negara ini mempunyai keunikkan nya yang tersendiri.


Jika anda berminat untuk menyertai program homestay ini, boleh email ke :

inakataiken@omi-hino.jp

Atau layari :


P/S : Kepada sesiapa yang mahu mendapatkan perkhidmatan pakej pelancongan daripada agensi pelancongan yang dipercayai, boleh lah lawati ke lawan web ARBA Travel

Untuk maklumat lanjut mengenai pakej pelancongan yang ditawarkan, boleh hubungi mereka di :

Talian : +603-89577573

Alamat : ARBA Travel & Tours

ARBA Travel & Tours Sdn Bhd
16-2, Jalan Dagang SB 4/2,
Taman Sungai Besi Indah,
43300, Seri Kembangan,
Selangor, Malaysia

Laman Sosial :
Instagram : ARBA Travel
Facebook : ARBA Travel



Tuesday, 3 October 2017

08:20:00

Sukan Para ASEAN ke-9 Kuala Lumpur 2017 (Kem Renang Malaysia)

Baru baru ini telah berakhirnya Sukan Sea ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9 yang menyaksikan Malaysia menjadi tuan rumah untuk edisi kali ini. Berikut beberapa "laporan peribadi" saya mengenai kem renang para negara di Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017. (Kerana saya bertugas untuk cover acara renang sepanjang Sukan Para ASEAN 2017)



********************************************************************
Perenang negara, Lim Carmen, menambah pungutan pingat buat kem renang negara pada hari keempat saingan (21 Sept) apabila berjaya merangkul pingat emas tunggal negara dalam acara 50 meter gaya bebas S8 di Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil sebentar tadi.

(PHOTO CREDIT TO BERITA HARIAN)
Carmen mencatat rekod masa terbaru (36.48) saat bagi mendahului saingan dalam acara tersebut. Catatan masa itu sekali gus mengatasi rekod masa peribadinya yang dicipta pada tahun 2015 di Singapura (39.14) saat. Manakala, perenang Thailand, Thingbai Chaisawas di tempat kedua (39.56) saat dan Nor Aimah dari Indonesia (41.28) saat di tempat ketiga. 

Sebelum itu, Carmen telah terlebih dahulu menghadiahkan pingat perak buat negara dalam acara 100 meter kuak dada S8 (1.42.07) saat di belakang pemenang pingat emas dari Indonesia, Gusmalayanti (1.42.57) saat dan perenang Thailand, Wilasini Wongnonthap (1.46.51) saat untuk pingat gangsa. 

Manakala, bagi aksi pembukaan pagi ini, menyaksikan perenang senior negara, Zul Amirul Sidi, menutup karier nya dengan merangkul pingat perak dalam acara 100 meter kuak dada S5 dengan catatan masa (1.41.84) saat. Beliau gagal mempertahankan pingat emas dan rekod masa miliknya yang dicipta pada tahun 2008 ketika Sukan Para ASEAN 2008 di Korat, Thailand. 

Bagaimana pun, rekod masa tersebut masih menjadi miliknya apabila perenang Vietnam, Vo Thanh Tung yang memenangi pingat emas hanya mencatat masa (1.26.77) saat dan seorang lagi perenang negara, Jamery Siga untuk pingat gangsa (1.46.80) saat. 

Kem renang negara diceriakan lagi dengan tambahan pingat perak oleh Ting Jin Ping (1.12.12) saat dalam acara 100 meter kuak dada S14, di belakang pemegang rekod terbaru, Muhammad Bejita dari Indonesia (1.03.60) saat dan Chuvong Jirachot dari Thailand di tempat ketiga (1.15.25) saat. 

Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil menyaksikan Muhammad Bejita memperbaharui rekod acara tersebut dengan mengatasi rekod masa (1.12.30) saat yang dipegang oleh perenang Singapura, Benson Tan Eng Kiong yang dicipta pada 2015 di Sukan Para ASEAN ke-8 di Singapura. 

Cabaran sengit di Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil menyaksikan perenang negara, Muhammad Nur Syaiful mengakhiri cabaran dalam acara 50 meter gaya bebas S5 di tempat kedua untuk pingat perak dengan catatan masa (34.78) saat, hanya dibezakan dengan (0.28) saat dibelakang pemenang pingat emas dari Vietnam, Vo Thanh Tung (34.50) saat dan Mulyadi dari Indonesia pingat gangsa (40.64) saat. 

Pingat terakhir kem renang negara untuk hari keempat diperolehi melalui dua perenang muda negara, Anas Zul Amirul dan Mohd Adib Iqbal dalam acara penutup iaitu acara 50 meter gaya bebas S14. 


Anas memperolehi pingat perak dengan catatan masa (27.33) saat dan Adib untuk pingat gangsa (27.59) saat. Manakala, Muhammad Bejita memenangi pingat emas dengan (25.98) saat. 

Hari keempat di Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil masih menyaksikan kem renang Indonesia menguasai saingan, dengan pungutan 13 pingat emas secara keseluruhan daripada 22 acara yang dipertandingkan hari ini. 

Selain itu, hari ini turut menyaksikan 12 lagi rekod baru dicipta melalui Laura Aurelia Dinda dalam acara 50 meter gaya bebas S5 (40.48) saat, Jendi Pangabean dalam acara 100 meter kuak dada S9 (1.06.54) saat, Suriansyah dalam acara 100 meter kuak dada S7 (1.23.69) saat, Syuci Indriani dalam acara 50 meter gaya bebas S14 (30.32) saat, Marinus Melianus dalam acara 50 meter gaya bebas S13 (27.03) saat, Sapia Rumbaru dalam acara 50 meter gaya bebas S10 (32.95) saat, Musa Mandan Karuba dalam acara 50 meter gaya bebas S10 (25.60) saat, Toh Wei Soong dalam acara 50 meter gaya bebas S7 (29.79) saat,Trinh Thi Bich Nhu dalam acara 50 meter gaya bebas S7 (37.43) saat, Lim Carmen dalam acara 50 meter gaya bebas S8 (36.48) saat, Muhammad Bejita dalam acara 50 meter gaya bebas S14 (25.98) saat, Muhammad Bejita dalam acara 100 meter kuak dada S14 (1.03.60) saat dan Von Thanh Tung dalam acara 100 meter kuak dada S5 (1.26.77) saat. 

Manakala, perenang Vietnam, Thanh Tung Vo mengekalkan catatan masa peribadinya dalam acara 50 meter gaya bebas S5 (34.50) saat seperti yang dicatat pada tahun 2011.

Untuk hari keempat, Indonesia masih mendominasi pungutan pingat di Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil dengan 34 pingat emas, 13 perak, 11 gangsa diikuti oleh Vietnam (15-19-13), Thailand (7-10-21), Malaysia (6-13-8), Myanmar (6-6-5), Singapura (4-7-3), Fillipina (2-3-5), Laos (0-1-2) dan Cambodia (0-1-0).

Esok (22 Sept) merupakan hari terakhir acara renang yang bakal berlangsung untuk Sukan Para ASEAN 2017, diharap kem renang Malaysia akan mencapai sasaran awal 10 pingat emas keseluruhan.