Post Top Ad

Post Top Ad

Monday 26 February 2018

Pusat Pemborong Pakaian di Kuala Lumpur, Malaysia

Selepas bercerita mengenai pusat pemborong pakaian di negara orang, entry kali ini mengenai pusat pemborong pakaian yang terletak di Malaysia pula, iaitu di Hang Tuah, Kuala Lumpur.

Kurang sikit modal kan nak dikeluarkan kalau bershopping dekat dekat ni. Tak perlu sampai ke HCMC atau ke Jakarta. Jimat duit flight.

Pusat pemborong yang dimasudkan sudah pastilah, Kenangan Whole City yang terletak di Jalan Hang Tuah, Kuala Lumpur. Alaaa dah pasti orang KL mesti dah familiar dengan KWC ni. Sebab antara tempat yang famous untuk borong pakaian.


Yang besar ni bangunan baru KWC yang dilengkapi dengan aircond.



Pelbagai jenis barangan borong anda boleh dapatkan di sini termasuk pakaian, alat solek dan macam macam lagi. Jika dibandingan perbandingan harga barangan di Pusat Pemborong Tanah Abang, Jakarta dan Ho Chi Minh, Vietnam, mungkin di sini harga lebih tinggi sedikit untuk beberapa jenis barangan. Tapi sebenarnya okayy lah juga sebab anda tidak perlu mengeluarkan modal flight untuk ke Indonesia dan Vietnam kan?. 

Mungkin jika anda adalah perniaga yang berskala besar atau pemilik butik, adalah digalakkan untuk terus ke Vietnam atau Jakarta kerana perbandingan harga. Tapi kalau anda hanya mahu membeli dalam skala yang kecil atau untuk tujuan pakai sendiri, adalah digalakkan untuk datang sahaja ke Kenanga Whole City (KWC), Kuala Lumpur ini.

Selain jualan secara borong, anda juga boleh mendapatkan barangan secara harga secara "satu satu" atau beli secara berasingan. 

Untuk cara ke KWC ini, anda boleh menaiki train monorel di KL Nu Mall, terus ke station Hang Tuah. 


No comments:

Post a Comment