Ada Apa di “Sebalik Tabir” Semasa Saya Backpacker (4 hari 3 malam) Ke Krabi & Hatyai Thailand?
Repost from www.saudari.com
Sambungan daripada part 1 Pengalaman backpacker ke Krabi & Hatyai (Part
Repost from www.saudari.com
Sambungan daripada part 1 Pengalaman backpacker ke Krabi & Hatyai (Part
KRABI (HARI KETIGA)
Pada
hari ketiga di Krabi, seawal jam 8.00 pagi saya dan rakan-rakan telah menunggu
di lobby hotel untuk dijempt ke destinasi untuk aktiviti yang seterusnya.
Aktiviti
kami pada hari ini adalah berkayak, dengan bayaran sebanyak 400 Bath (RM 40).
Jadi
perbelanjaan saya kini, RM 486.71.
Perjalanan
hari ini lebih lama berbanding semalamnya, dalam 30 minit juga perjalanan baru
tiba di Ao Tha Lane Bay.
Pakej
hari ini bermula jam 8.00 pagi sehingga 12.30 tengahari.
Bagi
saya aktiviti hari ini juga sangat berbaloi!
Kerana
dengan bayaran yang bergitu murah, kamu boleh menikmati pemandangan yang cantik
dan paling penting berkayak sepuasnya sehingga penat!
Sebelum
tu, kami disuruh untuk tulis nama dulu dalam buku peserta dan diberikan air
mineral dan life jacket setiap seorang.
So tak ada alasan tak cuba!
.Bersyukur
melihat keindahan alam ciptaan Tuhan.
Dah
puas tu, balik semula ke jeti.
Syukur
juga cuaca yang sangat elok pada hari tu.
Tapi
bila dah tengahari tu ombak dah mula kuat, air dah mula pasang, memang susah
nak dayung and control dekat 500 meter terakhir sebelum sampai ke jeti.
Memang
kena kerjasama untuk dayung supaya nak melawan arus tu.
Sampai
sahaja di jeti, kami membersihkan diri di tempat yang disediakan (terdapat 3
shower terbuka disediakan).
Kemudian
kami dihidangkan dengan buah-buahan sebagai alas perut sebelum pulang ke hotel
semula.
Sekali lagi saya memang
sarankan untuk memilih pakej ni sebab memang puas hati!
Oh
lupa, sebelum ke aktiviti berkayak ni, saya dan Wahida telah check out dari
Ascot Hotel.
Sebelum
tu sempat lah tumpang barang-barang di hotel Pojie tinggal, di Hotel Good Will
dulu.
Hotel
kali ni lebih simple berbanding hotel sebelum ini iaitu Ascot Hotel.
Kalau
bagi pendapat peribadi saya sendiri, saya lebih memilih Ascot Hotel kerana
sangat selesa berbanding hotel 3 Bees Guesthouse ni.
Hotel ni juga memang
kurang selesa, keadaan yang….
Ok saya tak sarankan sangat lah untuk memilih
hotel ni (Untung satu malam sahaja tinggal).
Ascot
Hotel, adalah terbaik.
Seperti
biasa, dah penat tu check in, terus naik bilik rehat dulu. Lagi pun tak boleh
keluar petang tu sebab hujan. So kena tunggu malam juga baru boleh keluar.
Berhenti
sahaja hujan, kami pon turun jalan-jalan di Ao Nang Beach sambil mencari
souvenir untuk dibawa balik.
Malam
ni merupakan malam terakhir kami di Krabi. So, jum nikmati malam terakhir ni
dengan cuci mata sepuasnya.
Sedih
sebenarnya nak tinggalkan Krabi sebab rasa sekejap sangat dan belum puas lagi.
Malam
terakhir ni kami lebih banyak bersantai sahaja. Lagipun Krabi ni mati cepat
malam. Dalam pukul 11 dah start nak tutup.Ditambah
pula malam tu hujan. So agak terbatas juga pergerakkan kami.
Tak
lengkap lah kalau ke Thailand tapi tak merasa diurutkan?.
So, malam ni kami
semua pergi berurut. Tuah kami, malam tu kami dapat offer sebab ramai yang
buat.
Untuk
urutan kaki dan satu badan adalah dengan harga yang sama iaitu 200 Bath atau RM
20 sahaja untuk sejam.
Memang
terbaik!
Lega
rasanya dapat berurut lepas puas beraktiviti. Kira RM 20 tu halal lah sebab
memang berbaloi.
Tiba
masa untuk mencari sesuatu untuk dibawa pulang.
Dah
penat berjalan sampai ke hujung, perut dah lapar, malas lah nak berjalan. So
kami amek tuk-tuk untuk ke kedai makan. Bayaran tuk-tuk seperti biasa 30 Bath
setiap seorang. Bermakna kami bayar RM 9.
So far, perbelanjaan
saya sudah RM515.17.
Malam
ni kami decide nak makan pure tomyam dari Thailand. So, kami memilih Ausana
Thai Food & Seafood.
Memang
puas rasanya bila dapat nikmati makanan-makanan Thailand yang sebenar. Tomyam
nya memang pedas!
Harga
makanan di kedai ni juga berpatutan. Memang boleh sangat lah makan di sini. Yang
penting HALAL!
Tapi
untuk dinner malam ni saya tak ingat berapa sebab, Pojie yang belanja kami.
Yelah, esok pagi-pagi kami dah nak balik. Thank you Fawzy.
Habis
sahaja makan, saya dan Wahida balik ke hotel dan berkemas sebelum tidur.
Krabi (Hari keempat)
Jam
11 pagi, van yang pada hari pertama hantar kami tu pun datang jemput kami untuk
pulang ke Hatyai.
HATYAI (HARI KEDUA)
Setelah menempuh 5 jam perjalanan, kami tiba di Hatyai.
Maka, bermula lah episode duka ku ewah!
Ni lah sebab saya kata di awal tu, jangan pilih agensi van kami ni.
Sebab kami diturunkan di tepi jalan di mana pun kami tak tahu.
Yang saya ingat kawasan tu berhampiran dengan station bas tambang.
Pak cik! Kami bayar untuk dihantar sampai ke agensi kamu semula tau!
Masa ni memang pengalaman yang tak best, saya dan Wahida dah mula naik angin dengan driver tu tak faham bahasa English kemudian kertas bayaran kami dia sengaja tak nak pulang kan bila kami mintak semula.
Saya masih control lagi, tapi Wahida dah naik angin, saya cuba rilex kan dia sekejap sebab fikir tu tempat orang je.
Dah agak bertekak, driver tu pun jalan je dengan kertas resit kami!
Kami ni dah terpinga-pinga tak tahu apa.
Dah agak kecoh masa tu, kebetulan ada warung tepi jalan dan kebetulan lagi seorang yang tengah makan tu sapa kami “kakak kenapa?” untung sahaja ada orang yang boleh cakap melayu dan Thailand!
Wahida pun terangkan kepada pemuda tu apa dah jadi, kemudian pemuda tu pun terangkan semula kepada driver tu untuk pulangkan resit kami.
Tapi driver tu memang biadap!
Dia jalan je!
Kami pun, “tak apa dia nak blah…Aku ade simpan lagi satu resit sebenarnya” nasib baik saya masih simpan resit pembayaran masa pergi.
So, boleh saya refer balik, mana agensi tu! (sorry bab ni memang emosi sikit).
Sebab tu orang kata, segala resit, bukti pembayaran ke apa semua simpan sebaik mungkin.
Jadi hal macam ni, boleh rujuk semula.
Datang pula seorang mak cik ni, tukang masak warung tu, tegur kami.
Mak cik ni pun boleh cakap melayu.
So, dia nak tengok resit tu, kemudian dia dan pemuda tadi nasihatkan kami untuk ke agensi tu dengan menaiki tuk-tuk sebab lebih selamat memandangkan kami berdua perempuan.
Mak cik tu pun tahankan kami tuk-tuk dan dia bagi resit kami kepada driver tu dan bawa kami ke agensi tersebut.
Sampai sahaja di agensi tu, saya pula naik angin, mana tidaknya, bila kami tanya kenapa driver tu berhenti kan kami di tepi jalan, dia pun buat-buat tak faham dengan muka yang menyakitkan hati, dia terus arahkan kami untuk jalan kaki sendiri ke depan tu cari agensi Sri Maju tu.
Tuhan je tau macam mana rasa tahan marah masa tu sebab nak lebih-lebih tu kawasan dia. Ada yang tak balik nanti.
Saya dan Wahida pun tarik beg dan terus jalan je.
Decide untuk cari sendiri mana agensi Sri Maju tu.
Cara kami nak cari?
Ni satu tips, kalau sampai je mana-mana at least, snap lah gambar kawasan tu sikit atau record video lagi bagus.
Daripada gambar dan video tu lah kami refer balik check kawasan mana kami lalu masa hari pertama tu.
Kami teringat, agensi tu bersebelahan dengan main CIMB di situ. So, kami jadikan CIMB tu sebagai penunjuk arah walaupun tak tahu lah kami ni di area mana.
Mula lah seorang kiri, seorang kanan, terus, belok (jalan ikut kaki je).
Kami ada berbaki lagi 2 jam sebelum bas balik KL sampai.
Tapi kami saja jalan kaki tak ambik public transport sebab nak save budget katanya.
Dah belok kiri, kanan, satu lagi penunjuk arah kami, dekat dengan station kereta api.
Kami pun cari station kereta api.
Yang tak tahannya, tak sedar diri tengah sesat, boleh pula sambil tu tengok fun fair, berjalan cari makanan, cari surat khabar Thailand(souvenir wajib aku kalau ke mana-mana, sebagai wartawan, aku jadikan surat khabar sebagai koleksi peribadi).
So, selagi tak jumpa masa tu, memang tak akan gerak lah.
Paling gila, sempat lagi….
Tak takut hilang betul masing-masing.
Sepatutnya kami kejar masa.
Sampai di station minyak, kami tanya orang tempatan dekat situ, CIMB area mana, untung orang tu pandai cakap English.
Dah dekat dengan kawasan tu, saya dan Wahida pun decide nak try naik motor sapu tepi jalan tu.
Saja nak try lagipun dah terasa beg ni berat dari tadi berpusing je.
Saja nak try lagipun dah terasa beg ni berat dari tadi berpusing je.
Saya dah habiskan RM 545.71 setakat ini.
Kami tiba di di agensi Sri Maju dengan selamat akhirnya!
Berbaki sejam sahaja lagi sebelum bas sampai. Terus lepak sekejap.
Untung di agensi ni ada Wifi.So, relax lah sekejap.
Dah ok sikit saya tanya pasal van kami tadi, masa ni lah baru kami tahu van tu ulat ticket dari agensi lain.
Kemudian kami dinasihatkan lain kali untuk ambik dari agensi ni juga.
Menurut tauke Sri Maju tu, memang ramai dah kena tipu.
Dorang turunkan di tepi jalan supaya kami terlepas bas atau tak jumpa agensi sepatutnya, so kami akan beli ticket bas yang baru dengan agensi mereka pula.
Sayang sekali…
Sheril dan Wahida masih bijak lagi.
Dan macam kata Pojie “nasib baik korang ni hati kental…”
Dapat perempuan hati lembut mau menangis tepi jalan kalau kena macam kami.
Tapi saya selalu cakap “benda boleh settle….”
Alhamdulillah semua nya selamat walaupun dari awal datang ada je benda tak kena.
Tapi akhirnya pasti kami boleh survive.
Sementara tunggu bas datang, Wahida sempat lah jalan di sekitar kawasan tu untuk tengok makanan-makanan yang dijual, tapi tak beli sebab macam tak percaya je halalnya.
So, setakat tengok je lah.
Tepat jam 7 malam, bas kami tiba.
Oh, jangan lupa, sebelum tu kami setiap seorang kena bayar tambahan 15 Bath atau RM 1.50 untuk bayar duit insuran.
WAJIB!
Ticket balik dari Hatyai ke Pudu pula RM 50.
So jumlah perbelanjaan saya kini RM 597.21
KL-JB
Setelah menempuh perjalanan selama 8 jam, kami pun tiba dengan selamat di Pudu Sentral.
Saya pula terus ke TBS pagi tu, terus beli tiket bas balik ke JB dengan harga RM 36.
So saya dah belanjakan RM 633.21 untuk keseluruhan perjalanan 4 hari 3 malam.
5 jam perjalanan, baru lah saya selamat tiba di Larkin.
Sangat meletih kan!
Perjalanan selama 24 jam sehari.
Apa yang saya belajar daripada perjalanan saya kali ini, walaupun pelbagai dugaan kami lalui sehingga lah nak balik, tapi pengalaman ni sangat berharga bagi saya dan rakan-rakan saya.
Kata orang, “jauh perjalanan, luas permandangan”.
Banyak benda yang kami belajar.
Lepas ni, hati kena lagi sado lah kalau untuk next trip!
Entry kali ini saya tujukan khas buat travel partners saya, Wahida dan Pojie, terima kasih untuk pengalaman yang sangat awesome ni!
No comments:
Post a Comment