Post Top Ad

Post Top Ad

Friday 2 January 2015

Cinta yang buta atau manusia yang buta?


Bila dorang ni buka cerita soal hati..soal cinta..taktau kenapa aku teringatkan Ilham..Am...rakan sekolah aku masa form six dulu..

Dia antara insan istimewa yang pernah aku kenal dalam hidup aku..ok lah biar aku terus terang..dia classmate aku dulu..dia merupakan seorang yang cacat penglihatan..yess atau buta..

Walaupon dia buta..tapi aku rasa dia sangat genius..sebab apa? Sebab dia one of the best student UPK dekat Johor..and dia tu memang macam google begerak..tanya lah apa pon..ada saja jawapan dia..sampai cikgu pon selalu tanya dia kalau cikgu tak sure dengan jawapan..semua dia boleh jawap..buku tu dah macam hafal satu buku teks! Hebaaattt..

Dalam class aku ade tiga orang classmate buta..Tapi Am yang paling rapat dengan aku..masa aku form six, umur dia dah lebih tua, tak silap dia dah 23 masa tu..

Ok back to apa yang aku nak cuba shared kan..

Percaya atau tidak..lelaki istimewa ini pernah meluahkan rasa hati dia dekat aku..rupanya selama tempoh kami berkawan, dia mengaku yang dia ada hati pada aku..

Terkejut atau tak..itu kenyataan..

Tapi kenapa aku? Dan aku tak ready untuk dengar pengakuan dia saat tu..Tapi dia dah mengaku..so....

Aku hanya mampu diam bila dia luahkan dulu..Apa ni Am?! Kita kan kawan..Weyh! Aku ni nakal sangat di zaman sekolah aku dulu! Aku lah kaki sakat sana sini..kaki nganjing..lengkap segala nakal!

"Am...kenapa Meera?. Am tak nampak Meera..Macam mana Am nak tau Meera?.Kan ramai lagi"


"Tak perlu lihat rupa..Kalau kita suka kan orang tu, kita tengok hati dia..Am memang tak nampak Meera..Tapi Am kenal hati Meera..Sudah cukup untuk Am kenal Meera..Tak apa..Am faham..Kalau Meera tak terima Am..jangan risau..Kita masih kawan macam biasa kan?"


Speechless..yess...

Aku tau dia ikhlas..tapi aku juga sedar..aku tak mampu jadi yg terbaik...aku belum cukup baik untuk menerima kekurangan dia tu..dan aku kene jujur..aku selama ni hanya menganggap dia kawan aku je..yang pasti aku jujur dengan dia yang aku hanya nak berkawan..bukan kerana kekurangan dia semata aku menolak dia..tapi sedar lah wahai diri..diri sendiri masih tak mampu membimbing diri sendiri ini kan mahu membimbing orang lain..



"Am...Meera hargai perasaan kat Meera..Terima kasih kerana ikhlas menilai Meera..Am lelaki paling jujur..Menilai melalui mata hati dan bukan mata kasar yang sering menipu....."





No comments:

Post a Comment