Post Top Ad

Post Top Ad

Saturday 9 April 2016

Bring it on Showdown The Movie!


Showdown The Movie telah pun 4 hari ditayangkan di seluruh pawagam di Malaysia. Filem ini telah memberi nafas baru dalam industri perfileman di Malaysia, di mana filem ini merupakan filem pertama yang mengetengahkan konsep tarian jalanan atau “street dance”. 

Walaupun ada yang mengatakan filem ini meniru filem luar negara, "Step Up", tapi tiada masalah bagi saya jika boleh mendatangkan kebaikkan dan kemajuan dalam industri kan?. Maknanya industri perfileman kita semakin berani dan maju! Tahniah kepada production, kerana berani membuat kelainan!. 


Sebuah filem yang diterajui oleh pelakon pelakon baru yang sebelum ini tidak mempunyai pengalaman berlakon, namun mampu membawakan watak dengan bergitu baik dan berkesan. Tahniah!

Jalan penceritaan yang agak bersahaja dan tidak meleret itu ternyata tidak membosankan para penonton. Penceritaan secara langsung dan jelas.

Aksi aksi yang ditayangkan juga sangat menarik terutamanya ketika di pentas akhir (climax of the film), gabungan pelbagai elemen tarian yang dipaparkan termasuk tarian nusantara, ternyata mengagumkan. Di sini, dapat dilihat, para pelakon memang bekerja keras untuk menghasikan filem ini. So guys, lets support our local!


Filem ini juga dilihat telah menyatukan kembali Bboy Bboy di Malaysia bagi memberi pergerakkan terbaik.


Kumpulan Battle Crew yang datang dari Pulau Pinang ini telah dianggotai oleh Kimi (leader), Zak, Faiz, Badak, Niki dan Hadi. Kepelbagaian karakter antara watak juga telah menghidupkan lagi penceritaan filem ini. 




Apa lagi guys, jom ke pawagam terdekat dan saksikan filem SHOWDOWN THE MOVIE!


Tak rugi!




No comments:

Post a Comment