Post Top Ad

Post Top Ad

Friday 9 December 2016

Ninjago The Ride, Legoland, Johor

Ninjago The Ride merupakan tarikan baharu yang terdapat di Taman Tema Legoland, Johor, Malaysia. Ninjago The Ride merupakan yang pertama di Asia setakat ini.

Pengurus Besar LEGOLAND® Malaysia Resort, Mark Germyn, Pengunjung bakal merasai sendiri pengembaraan berdefinasi tinggi 4Dimensi seperti di alam ninja sebenar di siri televisyen Ninjago.

Dengan pelaburan hampir RM40 juta, pihak Taman Tema Legoland, Malaysia berharap dapat menarik lebih ramai pengunjung pada masa akan datang.

Rakan media berpeluang mencuba sendiri Ninjago The Ride ini semasa majlis perasmian yang berlangsung pada November lalu. Train kereta api yang dilengkapi dengan dimensi yang berkonsepkan ninja ini benar-benar menarik untuk dicuba terutamanya untuk kanak-kanak.

Pengunjung berpeluang menjadi empat jenis ninja ketika dalam perjalanan sepanjang permainan Ninjago The Ride tersebut, iaitu, Ninja Kai (Kuasa Api), Ninja Cole (Kuasa Bumi), Ninja Zane (Kuasa Ais) dan Ninja Jay (Kuasa Kilat).


Pelancaran Ninjago The Ride di Taman Tema Legoland, Malaysia, telah disempurnakan Ketua Pengarah Tourism Malaysia Datuk Seri Mirza Mohammad Taiyab. Beliau turut berharap, agar tarikan baharu ini mampu membantu sektor pelancongan dan meningkatkan ekonomi negara. 




No comments:

Post a Comment