Post Top Ad

Post Top Ad

Tuesday 27 February 2018

Everland, Seoul, Korea

Kepada peminat theme park, anda digalakkan untuk datang ke Everland, Seoul, Korea. Memang rugi kalau tidak singgah ke sini! Kira tempat wajib dilawati juga lah kalau dah datang bercuti ke Seoul, Korea Selatan ni.


Salah satu sebab TERsampai ke theme park ni, bila tengok K-Idol dalam sebuah rancangan theme park. Terpengaruh terus untuk ke sini sebab nampak macam menarik je.

Kali ini untuk ke sini, saya hanya berdua sahaja dengan adik saya, parents tak ikut sebab macam tak sesuai untuk orang tua katanya hahaha! (trip ke Korea ini merupakan family trip) Ok back to the main point...

Kami memulakan perjalanan bermula dari Myeongdong kerana hotel penginapan kami di sana. 


Kami memulakan dari Station Myeongdong terus ke Station Gangnam. 

Ok ni unlce Robert. Sempat berkenalan masa tunggu train di station. Dia excited sebab dia kata pernah beberapa kali ke Malaysia hahaha sambil sambil tu dia share lah pasal Korea.

Setibanya di Station Gangnam, anda kena turun dan keluar dari station tersebut untuk ke bus station terdekat. Sebab untuk ke Everland, anda kena sambung perjalanan mengunakan bas pula tak ada train ya. Kalau kurang pasti arah untuk keluar (exit), boleh lah ringan ringankan mulut untuk bertanya. Karang salah exit lagi susah.

Keluar sahaja exit, jalan sikit memang akan terus nampak bas station tersebut. Tak jauh pun nak jalan kaki. Bus station tersebut berdekatan dengan butik pakaian "Giordano".


Berhadapan dengan kedai "Innisfree" dan "Tour De Cafe"


Nanti nampak lah banyak banyak bas, ramai ramai orang beratur di situ. Jangan risau, senang je bas nya, memang dah terang terang tulis di board "Everland". Nombor bas pula, 5002. Jangan naik nombor lain pula! Kalau was was tak pasti, tanya lah lagi ya..


Perjalanan mengambil masa sekitar 40-50 minit untuk tiba di Everland. Jadi, make sure dapat seat lah. Kalau tidak memang mereput lah berdiri dalam bas hahaha!

Disebabkan perjalanan yang lama, anda digalakkan untuk bergerak awal pagi. Takut tak puas je nanti nak habiskan permainan di sana nanti. Juga digalakkan untuk pergi weekdays. Elakkan weekend ya!

Setibanya di hentian di sana, sekali lagi anda kena tukar bas. Kena naik shuttle bus khas Everland. Percuma je. Tak jauh pun. Dalam 5 minit je untuk tiba di pintu masuk Everland. 

Ohh...Satu lagi, jangan lupa bawa passport dan kad t-money ya sebab kalau tunjuk dua tu masa beli tiket masuk akan dapat diskaun untuk foreigners.




Apa lagi, jum lah serbu dalam! Antara yang menjadi tarikan utama di Everland ni adalah roller coster nya. Iaitu T-Express. WAJIB CUBA! 


Dah lah tak warm up apa lagi, adik terus ajak naik T-Express tu first. Turun je memang blur je. Kepala naik teleng sebab lawan angin kuat sangat. Memang superb! Baru baru ni, pelakon Nabila Huda ada post dia ride T-Express ni untuk program Projek Theme Park 2018 di ASTRO. 


Ini semua propa je. Muka sebelum naik. Turun lain hahaha! 






Memang seronok berada di dalam theme park ni. Ada pelancong yang kata Everland lagi best berbanding Lotte World. Tapi, terpulang kepada masing masing. 

Ohh kepada ibu bapa yang nak bawa anak anak kecil ke sini, make sure perhatikan anak anak sebaiknya sebab kebanyakkan permainan di sini memang agak berbahaya yang sesuai dengan dewasa. 

Untuk balik pula, pergi ke tempat tunggu bas yang sama. Naik juga bas 5002. Pengalaman masa balik tak dapat seat, jadi sepanjang 45 minit tu lah kami berdiri. Hahahaha memang barai sebab rasa macam naik roller coster juga, dengan jalan berliku liku. Naik jatuh jatuh masing masing hahaha turun je bas tangan semua merah sebab grip pemegang kuat sangat. 

Apa pun, Everland memang terbaik! WAJIB dikunjungi kalau ke Seoul. 

Satu hari tu kami habiskan masa di Everland sahaja. Sebab memang mengambil masa seharian di sana. 

























1 comment:

  1. Bestnyaa. Masa ni pergi waktu weekdays ke weekend ye? Sebab macam tak ramai orang. Btw, how's Seoul? Boleh repeat lagi? ��

    ReplyDelete