Post Top Ad

Post Top Ad

Thursday, 10 November 2016

21:58:00

Tioman Island Clean-Up Day (TICD) (Part 1)



Baru baru ini saya berpeluang menyertai trip ke Pulau Tioman besemperna dengan Tioman Island Clean-Up Day (TICD). TICD bukan lah kali pertama diadakan. Malah, ini merupakan tahun keenam penganjurannya.


TICD merupakan satu kempen kesedaran mengenai penjagaan hidupan laut yang melibatkan divers dan penduduk tempatan terutamanya.

Seperti tahun tahun sebelumnya, penganjuran TICD mendapat sambutan memberangsangkan terutamanya daripada divers dan rakan media.

TICD 2016 menyaksikan seramai hampir 120 orang diver dari Malaysia dan Singapura telah mengambil bahagian dalam acara tahunan ini.

Fuhhh...Boleh tahan meriah TICD tahun ni dengan penyertaan yang agak ramai tu!

Dimeriahkan lagi dengan rakan media yang dijemput khas dari Kuala Lumpur. Selain mainstream media (Santai Travel Magazine, The Sun Daily Newspaper, 1twenty80 Magazine), pihak penganjur iaitu Berjaya Group, turut membawa blogger blogger dan media online (K-Network Media, Malaysiafoodies.com, www.ieyra.com, malaysiabackpackers.com, uw.com dan www.yazidizzat.com) dan wakil daripada Tourism Malaysia (TM) membantu dalam mempromosi kempen TICD ini.


So, biarlah saya bercerita bagi pihak media terlebih dahulu. Perjalanan kami pihak media bermula pada 20 October 2016 (Khamis), di mana kami berpeluang menginap semalaman di Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur.












Sangat selesa! Okayy pasal hotel ni, akan direview di entry yang lain.

Kami diberikan setiap satu bilik, masa check in pula bermula jam 3.00 petang. Manakala jam 3.00 pagi pula kami dikejutkan oleh WAKE UP CALLLLLLLL!!! hahaha!

Sebenarnya ramai juga yang tak sempat nak tidur malam tu sebab masing masing check in pon dah lewat malam selepas waktu kerja. So sempat juga lah menikmati berehat sementara di bilik hotel yang disediakan. Terima kasih pihak Berjaya. Memaang selesa bilik yang diberikan.

Jam 4.00 pagi kami mula berkumpul di Lobby Hotel bagi meet & greet beserta sedikit briefing mengenai TICD ni.


Kami turut dibekalkan dengan breakfast ringkas.

Dalam jam 5.00 pagi kami semua mula menaiki bas dan meneruskan perjalanan ke Tanjong Gemok Jetty. Sepanjang perjalanan memang sunyi sepi lah. Yalah, masing masing hentam tidur! Kumpul energy untuk bekerja nantinya.

Bila hari dah cerah tu, baru lah suasana bas mula bising sikit sebelum kami berhenti breakfast di kedai berdekatan. Perut dah berisi, badan dah segar, mula lah suasana excited tu!


Setelah menempuh perjalanan hampir 6 jam tu, kami tiba di Tanjong Gemok Jetty dengan selamatnya!




Sementara menunggu feri, masa ni lah kami ambil peluang untuk berkenalan sesama kami. Yalah, masa di lobby hotel, muka masing masing pon masih sembam, nak bebual pon terasa malas lagi. Ni dah mula fresh, baru lah kami mula berkenalan dan bergambar.






Ohh tak lupa! masing masing ligat post gambar mengenai TICD ni. Sebab ada contest gambar sehingga jam 2 petang hari tersebut. Siapa menang, akan ada hadiah menarik menanti!



GAMBAR GAMBAR CREDIT TO SEMUA MEDIA YANG TERLIBAT: Santai Travel Magazine, The Sun Daily Newspaper, 1twenty80 Magazine, K-Network Media, Malaysiafoodies.com, www.ieyra.com, malaysiabackpackers.com, uw.com dan www.yazidizzat.com, Tian, Wayne, Berjaya Group (semua yang telah berkongsi gambar. Tak ingat dah nak credit satu satu sebab dah banyak sangat gambar). TERIMA KASIH!



06:31:00

HOMESTAY SAGIL, Homestay terbaik di Malaysia

Ketenangan kehidupan desa menjadi impian warga kota yang mahu merasai suasana dan keindahan kehidupan kampung. Lawatan anjuran Kementerian Pelancongan Negeri Johor kali ini telah membawa agensi pelancongan dan rakan media ke Homestay Sagil, di Muar, Johor.




Program “Yok Santai Homestay Sagil” ini bertujuan untuk memperkenalkan satu lagi lokasi yang yang menjadi tumpuan para pelancong tidak kira untuk pelancong dari dalam atau luar negara.

Homestay Kampung Sagil ini merupakan salah satu homestay yang mendapat pengikhtirafan daripada Kementerian Pelancongan Negeri Johor sebagai salah satu homestay yang berpotensi untuk dimajukan.

Kampung Sagil, Muar, Johor ini dilihat masih lagi mengekalkan suasana dan kehidupan desa yang pastinya menjadi tumpuan para pengunjung yang mahukan kehidupan kampung yang sebenar.

Lokasi yang tidak bergitu jauh daripada Bandaraya Johor Bahru ini memudahkan pengunjung terutamanya daripada Johor Bahru untuk datang singgah menginap di sini.

Ternyata, Kampung Sagil ini, mempunyai kelebihan yang tersendiri berbanding dengan kampung lainnya sehingga layak terpilih menjadi salah satu homestay pilihan di Negeri Johor kerana kampung ini turut terkenal dengan produk-produk IKS (Industri Kecil dan Sederhana) yang dilihat mempunyai potensi besar untuk dikomersialkan.

Antara produk IKS yang terkenal di Kampung Sagil ini termasuk lah perusahaan cendawan,



pembuatan ais krim, pembuatan tempe, kuih-kuih tradisional dan kerepek. Selain itu, turut menjadi sumber rezeki di kampung ini, iaitu penternakan kerbau dan angsa,






serta penanaman betik yang diusahakan sendiri oleh penduduk kampung.




Pengunjung yang menginap di Homestay Kampung Sagil ini berpeluang berkungjung ke lokasi yang mengusahakan IKS ini dan merasai sendiri hasil seperti tempe,









kuih-kuih, kerepek dan ais krim terus daripada tempat pembuatan.







Ais krim homemade terbaik!



Klasik betul cara pembuatannya




Selain itu, pengunjung turut diberi peluang untuk mencuba sendiri proses pembuatan yang akan dipantau oleh pengusaha IKS tersebut.

Selain daripada itu, keunikan yang terdapat di Kampung Sagil ini, pengunjung boleh melibatkan diri secara langsung dengan aktiviti kampung seperti gogoh ikan dan angsa yang terkenal di kampung ini.







Aktiviti ini telah menjadi sebagai satu tradisi di kampung ini sebagai salah satu cara untuk mengeratkan perhubungan antara penduduk kampung.

Pasti ramai pengunjung yang tidak pernah merasai pengalaman mengogoh ikan dan angsa. Namun, jika anda menginap di Homestay Kampung Sagil ini, anda berpeluang mencuba sendiri dan merasai pengalaman yang sukar dilupakan tersebut.

Harga yang ditawarkan sangat berpatutan, di mana setiap homestay hanya dikenakan bayaran sebanyak RM 80 sahaja semalam. Keadaan rumah setiap homestay yang sangat bersih dan selesa, jadi tiada alasan untuk anda tidak menginap di Homestay Kampung Sagil, Muar, Johor ini.


Rumah memang besar dan selesa! Terutama toilet memang bersih. Itu paling penting ya.






Hahaha tak sempat nak snap gambar, dah bersepah!


Terim kasih mak untuk layanan terbaik yang diberikan sepanjang kami di sana. Jasa mu akan dikenang selalu.


Diharapkan dengan usaha Kementerian Pelancongan Negeri Johor bersama agensi pelancongan dan rakan media mampu membantu meningkatkan ekonomi negara melalui industri pelancongan.