Ketenangan kehidupan desa menjadi impian warga kota yang
mahu merasai suasana dan keindahan kehidupan kampung. Lawatan anjuran Kementerian
Pelancongan Negeri Johor kali ini telah membawa agensi pelancongan dan rakan
media ke Homestay Sagil, di Muar,
Johor.
Program “Yok Santai Homestay Sagil” ini bertujuan untuk memperkenalkan
satu lagi lokasi yang yang menjadi tumpuan para pelancong tidak kira untuk
pelancong dari dalam atau luar negara.
Homestay Kampung
Sagil ini merupakan salah satu homestay
yang mendapat pengikhtirafan daripada Kementerian Pelancongan Negeri Johor
sebagai salah satu homestay yang
berpotensi untuk dimajukan.
Kampung Sagil, Muar, Johor ini dilihat masih lagi mengekalkan
suasana dan kehidupan desa yang pastinya menjadi tumpuan para pengunjung yang
mahukan kehidupan kampung yang sebenar.
Lokasi yang tidak bergitu jauh daripada Bandaraya Johor
Bahru ini memudahkan pengunjung terutamanya daripada Johor Bahru untuk datang
singgah menginap di sini.
Ternyata, Kampung Sagil ini, mempunyai kelebihan yang tersendiri
berbanding dengan kampung lainnya sehingga layak terpilih menjadi salah satu homestay pilihan di Negeri Johor kerana
kampung ini turut terkenal dengan produk-produk IKS (Industri Kecil dan
Sederhana) yang dilihat mempunyai potensi besar untuk dikomersialkan.
Antara produk IKS yang terkenal di Kampung Sagil ini
termasuk lah perusahaan cendawan,
pembuatan ais krim, pembuatan tempe, kuih-kuih tradisional dan kerepek. Selain itu, turut menjadi sumber rezeki di kampung ini, iaitu penternakan kerbau dan angsa,
serta penanaman betik yang diusahakan sendiri oleh penduduk kampung.
pembuatan ais krim, pembuatan tempe, kuih-kuih tradisional dan kerepek. Selain itu, turut menjadi sumber rezeki di kampung ini, iaitu penternakan kerbau dan angsa,
serta penanaman betik yang diusahakan sendiri oleh penduduk kampung.
Pengunjung yang menginap di Homestay Kampung Sagil ini
berpeluang berkungjung ke lokasi yang mengusahakan IKS ini dan merasai sendiri hasil
seperti tempe,
kuih-kuih, kerepek dan ais krim terus daripada tempat pembuatan.
Selain itu, pengunjung turut diberi peluang untuk mencuba sendiri proses pembuatan yang akan dipantau oleh pengusaha IKS tersebut.
Ais krim homemade terbaik!
Klasik betul cara pembuatannya
Selain itu, pengunjung turut diberi peluang untuk mencuba sendiri proses pembuatan yang akan dipantau oleh pengusaha IKS tersebut.
Selain daripada itu, keunikan yang terdapat di Kampung Sagil
ini, pengunjung boleh melibatkan diri secara langsung dengan aktiviti kampung
seperti gogoh ikan dan angsa yang terkenal di kampung ini.
Aktiviti ini telah menjadi sebagai satu tradisi di kampung ini sebagai salah satu cara untuk mengeratkan perhubungan antara penduduk kampung.
Aktiviti ini telah menjadi sebagai satu tradisi di kampung ini sebagai salah satu cara untuk mengeratkan perhubungan antara penduduk kampung.
Pasti ramai pengunjung yang tidak pernah merasai pengalaman
mengogoh ikan dan angsa. Namun, jika anda menginap di Homestay Kampung Sagil
ini, anda berpeluang mencuba sendiri dan merasai pengalaman yang sukar
dilupakan tersebut.
Harga yang ditawarkan sangat berpatutan, di mana setiap
homestay hanya dikenakan bayaran sebanyak RM 80 sahaja semalam. Keadaan rumah
setiap homestay yang sangat bersih dan selesa, jadi tiada alasan untuk anda
tidak menginap di Homestay Kampung Sagil, Muar, Johor ini.
Rumah memang besar dan selesa! Terutama toilet memang bersih. Itu paling penting ya.
Hahaha tak sempat nak snap gambar, dah bersepah!
Terim kasih mak untuk layanan terbaik yang diberikan sepanjang kami di sana. Jasa mu akan dikenang selalu.
Salam. Homestay ni masih beroperasi ke?
ReplyDeleteSalam. Ya masih lagi
Deletemcm mne nk cntc homestay nie
ReplyDelete