sheril-ameera.blogspot

Post Top Ad

Post Top Ad

Sunday, 17 March 2024

23:41:00

Tioman Island Clean-Up Day (TICD) (Part 4)

WAKE UP CALLLLLL!!!!

Seawal jam 5.00 pagi kami telah dikejutkan oleh wake up call hahaha memang liat nak bangun!

Hari kedua ni, kami semua memakai tshirt rasmi TICD. Sebenarnya memang dah tak sabar nak pakai dari semalamnya hahahaha!

Okayy...Nak bagi tahu...Morning view kami MEMANG AWESOME BRO!

Terus lupa yang kami pukul 5.00 pagi dah dikejut. Tapi bila nampak view yang kami nampak, terus lupa mengantuk semua weyh!


Kami memulakan hari dengan breakfast di Shahzan Villa









23:06:00

Nafas Baharu


 Bismillah...

Nampaknya sudah bergitu lama aku menyepi dalam penulisan blog ini. Sehingga terlupa kali terakhir aku menulis di blogspot ini...

'Menyepi' kerana sibuk dengan tugasan hakiki sebagai seorang ibu.

Namun kini, kembali mencari nafas baharu dalam penulisan.


Passion terhadap penulisan tidak pernah mati walaupun pernah menyepi sebelum ini. Namun, masih meneruskan penulisan dalam lapangan lainnya.


Kini bergelar Penolong Pemasaran di salah sebuah syarikat di Johor Bahru, yang juga menagih penulisan dalam tugas harian.


DNA penulisan tidak mudah dileraikan.


InshaALLAH akan kembali aktif menulis selepas ini. Namun, mungkin dengan gaya yang berbeza.


Wednesday, 18 July 2018

02:50:00

Suunah Kekabu Resort Hotel

Tempahan bilik penginapan adalah salah satu elemen penting dalam konsep percutian. Ada yang sempoi, suka je dengan bilik yang berkonsep backpackers. Tapi mungkin ia sesuai dengan golongan yang masih bujang. Berlainan dengan golongan yang telah berkeluarga. Pastinya ia sudah tidak sesuai lagi terutamanya keluarga yang mempunyai ahli yang ramai. Jadi, pemilihan bilik penginapan adalah penting bagi keselesaan.

Pada graduasi saya yang lalu di UiTM Shah Alam, saya dan keluarga telah memilih Suunah Kekabu Resort Hotel sebagai pilihan untuk penginapan kami sekeluarga.


Biasalah bila musim graduasi je, mesti kebanyakkan hotel dan homestay dah full booking. Sebenarnya, nak pendekkan cerita, saya buat last minute preparation, kira lewat tempah hotel lah. Dah kebanyakkannya full. Sampai, salah seorang kenalan saya, dia suggestkan Suunah Kekabu Resort Hotel kepada saya. Secara jujur, saya tak pernah dengar lagi Sunnah Kekabu Resort Hotel ni walaupun dah 3 tahun duduk di Shah Alam...

Dah panik tak ada tempat tinggal (dah lah bawa family)...Saya pun secepatnya terus google Suunah Kekabu Resort Hotel. My first impression terus "YES!".


Saya agak tertarik bila tengok bilik yang disediakan. SANGAT BESAR! Memang sesuai untuk pilihan keluarga! Sumbat lah berapa ramai pun korang nak dalam bilik tu.

Saya dan keluarga memilih family room. Di mana, terdapat 2 katil king dan 1 katil queen. Boleh masuk untuk 5 orang sekali gus. Dan biliknya SANGAT SELESA! Walaupun sumbat ramai ramai tapi masih selesa untuk bergerak. Tak lah sempit sempit.







Selain itu, keadaan bilik yang bersih termasuk bilik air memang menjadi keutamaan. Kemudahan lain termasuk set televisyen, peti sejuk, almari dan seterika juga disediakan di ruangan khas.

Satu lagi keunikkan yang menarik perhatian saya di Suunah Kekabu Resort Hotel adalah konsep hiasan yang diketengahkan, iaitu menggunkan hiasan kayu. Rasa macam di rumah kampung pun ada juga! Rumah kampung di tengah bandar Shah Alam hahaha!

Harga bilik pula tertakluk kepada musim atau bergantung kepada portal percutian yang menguruskan booking.

Suunah Kekabu Resort Hotel turut menyediakan ruangan majlis untuk tempahan. Sebarang maklumat lanjut boleh terus ke page Facebook Suunah Kekabu Resort Hotel.


Alamat : 
Pusat Perdagangan Suri Puteri, Persiaran Jubli Perak, Seksyen 20, Shah Alam
Shah Alam, Malaysia
Hubungi : 
016-229 4463

Monday, 28 May 2018

02:14:00

ARBA Travel

Ramai yang menyimpan impian untuk ke destinasi pilihan, namun, tidak semua antara kita mampu untuk menguruskan sendiri trip pelancongan ke destinasi pilihan kerana kekurangan ilmu pengetahuan atau pun tiada masa untuk membuat persiapan sendiri. Tapi dengan wujudnya agensi pelancongan pelancongan di negara ini, anda tidak perlu risau lagi untuk merealisasikan impian tersebut!

Kewujudan agensi pelancongan adalah bertujuan untuk membantu anda untuk menguruskan perjalanan ke destinasi agar berjalan lancar selain menyediakan pakej yang menarik sebagai pilihan sepanjang trip berjalan. 

Tetapi yang menjadi kerisauan dalam memilih agensi pelancongan adalah kerap kali berlaku penipuan oleh agensi pelancongan yang dipilih. Tindakkan segelintir pihak tidak bertanggungjawab tersebut sedikit sebanyak telah merencatkan kepercayaan umum terhadap agensi pelancongan. Kata orang "kerana nila setitik, rosak susu sebelangga".

NAMUN! tidak semua agensi pelancongan tidak bertanggungjawab dan terlibat dengan penipuan atau scam ini! Oleh itu, pemilihan agensi pelancongan yang bertauliah dan dipercayai adalah SANGAT PENTING bagi mengelakkan sebarang kesulitan. 

Di sini, saya perkenalkan, sebuah agensi pelancongan yang dipercayai dan mendapat pengiktirafan, iaitu Syarikat Pelancongan ARBA Travel. Tidak perlu risau, anda boleh semak sendiri latar belakang dan rekod syarikat ini sebagai rujukan sebelum anda memilih ARBA Travel sebagai pilihan agensi pelancongan anda. 


Kepada sesiapa yang mahu mendapatkan perkhidmatan pakej pelancongan daripada agensi pelancongan yang dipercayai, boleh lah lawati ke lawan web rasmi di ARBA Travel

Sebuah agensi yang menawarkan pakej pelancongan ke serata destinasi menarik termasuk ke Jepun, Korea, China, New Zealand, Hong Kong, Australia, Maldives, Thailand, Vietnam, Balkan, Turki dan negara-negara Eropah juga terdapat dalam senarai destinasi yang ditawarkan oleh ARBA Travel dengan harga yang berpatutan dan itinerary yang menarik. 

Manakala, Pulau Perhentian, Sabah dan Pulau Langkawi antara destinasi dalam negara yang ditawarkan oleh ARBA Travel.




Sebagai bukti kredabiliti ARBA Travel merupakan agensi pelancongan yang dipercayai, ARBA Travel telah dinobatkan dinobatkan sebagai ‘Top 30 SME in Malaysia’ pada 2017 oleh SME Corp Malaysia. ARBA Travel juga satu-satunya ‘Travel Agency’ Malaysia yang pernah memenangi anugerah berprestij tersebut daripada 1.2 juta SME di Malaysia!

Dengan rekod syarikat yang sangat baik, tiada lagi keraguan untuk memilih ARBA Travel sebagai agensi pelancongan pilihan anda!


Untuk maklumat lanjut mengenai pakej pelancongan yang ditawarkan, boleh hubungi mereka di :

Talian : +603-89577573

Alamat : ARBA Travel & Tours


ARBA Travel & Tours Sdn Bhd
16-2, Jalan Dagang SB 4/2,
Taman Sungai Besi Indah,
43300, Seri Kembangan,
Selangor, Malaysia

Laman Sosial :
Instagram : ARBA Travel

Facebook : ARBA Travel



Tuesday, 27 February 2018

04:01:00

Everland, Seoul, Korea

Kepada peminat theme park, anda digalakkan untuk datang ke Everland, Seoul, Korea. Memang rugi kalau tidak singgah ke sini! Kira tempat wajib dilawati juga lah kalau dah datang bercuti ke Seoul, Korea Selatan ni.


Salah satu sebab TERsampai ke theme park ni, bila tengok K-Idol dalam sebuah rancangan theme park. Terpengaruh terus untuk ke sini sebab nampak macam menarik je.

Kali ini untuk ke sini, saya hanya berdua sahaja dengan adik saya, parents tak ikut sebab macam tak sesuai untuk orang tua katanya hahaha! (trip ke Korea ini merupakan family trip) Ok back to the main point...

Kami memulakan perjalanan bermula dari Myeongdong kerana hotel penginapan kami di sana. 


Kami memulakan dari Station Myeongdong terus ke Station Gangnam. 

Ok ni unlce Robert. Sempat berkenalan masa tunggu train di station. Dia excited sebab dia kata pernah beberapa kali ke Malaysia hahaha sambil sambil tu dia share lah pasal Korea.

Setibanya di Station Gangnam, anda kena turun dan keluar dari station tersebut untuk ke bus station terdekat. Sebab untuk ke Everland, anda kena sambung perjalanan mengunakan bas pula tak ada train ya. Kalau kurang pasti arah untuk keluar (exit), boleh lah ringan ringankan mulut untuk bertanya. Karang salah exit lagi susah.

Keluar sahaja exit, jalan sikit memang akan terus nampak bas station tersebut. Tak jauh pun nak jalan kaki. Bus station tersebut berdekatan dengan butik pakaian "Giordano".


Berhadapan dengan kedai "Innisfree" dan "Tour De Cafe"


Nanti nampak lah banyak banyak bas, ramai ramai orang beratur di situ. Jangan risau, senang je bas nya, memang dah terang terang tulis di board "Everland". Nombor bas pula, 5002. Jangan naik nombor lain pula! Kalau was was tak pasti, tanya lah lagi ya..


Perjalanan mengambil masa sekitar 40-50 minit untuk tiba di Everland. Jadi, make sure dapat seat lah. Kalau tidak memang mereput lah berdiri dalam bas hahaha!

Disebabkan perjalanan yang lama, anda digalakkan untuk bergerak awal pagi. Takut tak puas je nanti nak habiskan permainan di sana nanti. Juga digalakkan untuk pergi weekdays. Elakkan weekend ya!

Setibanya di hentian di sana, sekali lagi anda kena tukar bas. Kena naik shuttle bus khas Everland. Percuma je. Tak jauh pun. Dalam 5 minit je untuk tiba di pintu masuk Everland. 

Ohh...Satu lagi, jangan lupa bawa passport dan kad t-money ya sebab kalau tunjuk dua tu masa beli tiket masuk akan dapat diskaun untuk foreigners.




Apa lagi, jum lah serbu dalam! Antara yang menjadi tarikan utama di Everland ni adalah roller coster nya. Iaitu T-Express. WAJIB CUBA! 


Dah lah tak warm up apa lagi, adik terus ajak naik T-Express tu first. Turun je memang blur je. Kepala naik teleng sebab lawan angin kuat sangat. Memang superb! Baru baru ni, pelakon Nabila Huda ada post dia ride T-Express ni untuk program Projek Theme Park 2018 di ASTRO. 


Ini semua propa je. Muka sebelum naik. Turun lain hahaha! 






Memang seronok berada di dalam theme park ni. Ada pelancong yang kata Everland lagi best berbanding Lotte World. Tapi, terpulang kepada masing masing. 

Ohh kepada ibu bapa yang nak bawa anak anak kecil ke sini, make sure perhatikan anak anak sebaiknya sebab kebanyakkan permainan di sini memang agak berbahaya yang sesuai dengan dewasa. 

Untuk balik pula, pergi ke tempat tunggu bas yang sama. Naik juga bas 5002. Pengalaman masa balik tak dapat seat, jadi sepanjang 45 minit tu lah kami berdiri. Hahahaha memang barai sebab rasa macam naik roller coster juga, dengan jalan berliku liku. Naik jatuh jatuh masing masing hahaha turun je bas tangan semua merah sebab grip pemegang kuat sangat. 

Apa pun, Everland memang terbaik! WAJIB dikunjungi kalau ke Seoul. 

Satu hari tu kami habiskan masa di Everland sahaja. Sebab memang mengambil masa seharian di sana. 

























Monday, 26 February 2018

12:08:00

Dromana Beach & Rosebud Beach, Australia

Hey guys, Brighton Beach (Bathing Box), memang popular dalam kalangan pelancong, tapi tahu tak, ada satu lagi pantai di sekitar Victoria juga yang seakan akan seperti Brighton Beach. Ya! sebab ada Bathing Box juga. Tak tahu lah mana satu yang klon hahaha! Tempat ini juga merupakan tempat wajib dilawati di Melbourne, Australia.

Tapi mungkin sebab tempat ni kurang popular dalam kalangan pelancong kerana kedudukannya yang agak jauh dari Melbourne City. Iaitu sekitar sejam lebih untuk sampai. Kena drive sendiri sebab tak ada public transport.

Pantai yang dimaksudkan adalah Dromana Beach, Victoria. Pantai ini terletak di kawasan Rosebud. Kawasan Rosebud ini agak terkenal dalam kalangan penduduk setempat sebab sepanjang perjalanan menuju ke Rosebud memang terdapat banyak pantai. 

Antara yang popular sudah semestinya Rosebud Beach itu sendiri, terdapat juga Dromana Beach, Mt Martha dan banyak lagi....Sepanjang perjalanan memang dikelilingi lautan. Tunggu next entry! Di kawasan Rosebud juga anda berpeluang melihat kecantikkan dan kemewahan kawasan perumahan pantai macam dalam filem filem omputih tu. Haii....Seronoknya hidup hari hari mengadap pantai!


Related image
Credit photo to : flickr.com

Image result for dromana beach rosebud australia HD
Credit photo to : Beach Stays

Related image
Credit photo to : domain.com.au

Credit photo to :  YPA Estate Agents

Mungkin ada yang kurang selesa berada di tempat yang ramai orang seperti di Brighton Beach, jadi boleh lah ke Dromana Beach untuk dapatkan feel yang sama. Di Dromana ni boleh je mandi. Menjadi antara spot paling best untuk terjun lah! 

Tapi masa ni saya tak mandi sebab baru je tukar pakaian, lepas mandi di Rosebud Beach. Ke Rosebud Beach kemudian baru ke Dromana Beach.

Ini pula di Rosebud Beach. Tak payah cakap lah...Air air pantai di Australia ni memang semuanya jernih jernih! Tapi sebelum mandi tu pastikan selamat dan dibenarkan untuk mandi ya. Elakkan kena kutu air. Jangan main bedal je!













10:55:00

Brighton Beach (Bathing Box), Australia

Entry kali ini, cuma nak kongsi cara untuk ke Brighton Beach (Bathing Box), Australia, memang senang sangat! Disebabkan saya stay di area Noble Park, Victoria, saya memulakan perjalanan dari Station Noble Park :

1) Station Noble Park ➡️ 2) Station Flinders Street (satu train je (via City Loop) laluan ke Pakenham). 



Kalau rasa confius, nak mula kan journey dari main station, Station Southern Cross, boleh je tapi tetap kena ke Station Flinders Street juga. Teruskan perjalanan ke  3)Station Brighton Beach (laluan ke Sandrigham). 


Turun di Station Flinders Street kemudian, tukar ke platform 13. Memang straight akan ke Station Bringhton Beach tu. 


Akan ada 3 Station Bringhton : North Bringhton, Middle Brighton & Brighton Beach, berhenti je terus di Station Brighton Beach!! Kalau anda turun di station Brighton lain, memang akan lagi pening sebab kena berjalan kaki di kawasan perumahan. 

Turun je, keluar dari gate station tu, belok ke kanan nanti nampak kedai massage belok ke kanan lagi, lintas laluan train tu atau pun lalu lah laluan perjalan kaki bawah tu untuk lintas je. Kemudian jalan je terus. 

Straight je. Sepanjang jalan tu memang dah nampak laut. Jangan takut sesat. Ikut je laut tu. Kena jalan kaki lah dalam 15 minit juga!




Okayy ini kira mak kepada segala bathing box ni lah. Kira wajib lah amek gambar di depan rumah design Aussie ni. Kena beratur kejap lah sebab masing masing taknak lepaskan peluang bergambar di bathing box ni sebagai tanda kenangan pernah ke Brighton Beach. 













Brighton Beach merupakan tarikan tempat yang wajib dikunjungi jika ke Melbourne, Australia. Jadi jangan lepaskan peluang untuk ke sini!

Sebaiknya pergi pada sebelah petang sebab suasana yang sungguh nyaman dan tenang. Memang khayal kalau dah duduk sini melihat keindahannya.



sheril-ameera.blogspot