Pengalaman jadi cerita..tu la yang aku manfaatkan daripada pengalaman aku..hari tu aku nekad nak jadikan surat antara aku dan banduan ni sebagai speech aku untuk persuasive speech untuk subjek effective speaking..entah kenapa aku ni maberiya sangat la kan nak bercakap pasal banduan segala..aku rasa aku minat membaca artikel2 ni semua..sekadar bahan bacaan tak salah kan..sekurangnya aku blaja daripada pembacaan aku tentang dunia yg berbeza dengan kehidupan normal aku..
Paling best bila speech aku untuk haritu mendapat markah paling tinggi dalam kelas untuk persuasive speech..alhamdulilah..penuh semangat aku menyampaikan..bak YB menyampaikan propaganda hahaha!
speech aku ni actually last minute punya buat..esok nak present, malam tu baru la sebok nak perah otak nak mengarang..saje nak buat ayat sendiri kali ni..tapi ada la aku ambil fakta dari sumber2 bacaan aku..seronok bila buat tajuk yg aku suka..
*tapi ni adalah skrip asal..tapi bila baca aku dah ubah2..tapi tak sempat nak ubah dekat sini..nanti da ubah aku upload entry lain kayy!
"KIKIS PANDANGAN SERONG MASYARAKAT TERHADAP GOLONGAN BANDUAN"
Assalamualaikum
dan salam sejahtera kepada Puan Bariah Ismail,Penjaga masa yang dihormati dan
saudara serta saudari yang hadir pada hari ini.Berdirinya saya di sini pada
hari ini adalah untuk berkongsi sedikit informasi.Tajuk saya pada hari ini
adalah kikis pandangan serong masyarakat terhadap banduan.Banduan..Apa yang
terlintas di fikiran anda apabila mendengar gelaran itu?.Sudah pasti pelbagai
jawapan yang muncul di fikiran anda
bukan?.Ya..Apa jua jawapan anda adalah tidak salah.Kerana kita manusia terlahir
dengan pandangan dan pendapat yang berbeza.Cuma yang membezakan pendapat kita
adalah kebenaran atau kesilapan sesuatu jawapan itu.
Sebelum
saya melanjutkan bicara saya yang seterusnya,adalah lebih baik saya mengenalkan
dahulu definasi atau siapa itu si banduan.Seperti anda semua ketahui,banduan
adalah seseorang yang telah disabitkan di makahmah atas sesuatu kesalahan yang
mereka lakukan.Setelah ditetapkan hukuman,mereka akan dihantar ke penjara untuk
menghabiskan sisa hukuman mereka di sana.Terdapat dua jenis kategori jenayah
iaitu jenayah kolar biru dan jenayah kolar putih.Jenayah kolar biru adalah
jenayah yang berat seperti membunuh,merogol,dadah dan sebagainya.Manakala
jenayah kolar putih pula merupakan jenayah yang melibatkan kelas atasan biasanya
seperti pecah amanah dan rasuah.Apa jua jenis jenayah yang mereka lakukan
adalah hal kedua.Yang utama di sini adalah,mereka semua tetap mendapat hukuman
atas kesalahan mereka.
Tetapi
pada hari ini,apa yang ingin saya ketengahkan di sini adalah,saya ingin memujuk
anda semua selaku masyarakat supaya tidak terus memandang hina terhadap
golongan ini.Dapat dilihat dengan jelasnya masyarakat pada hari ini sering
melontarkan tomahan terhadap golongan banduan ini.Langsung tidak memikirkan
kesannya terhadap si banduan itu.Terus memandang mereka seperti parasit.Tahukah
anda semua para hadirin dan hadirat..Dengan layanan masyarakat seperti ini
sebenarnya akan menjadi salah satu faktor penyumbang kepada kegagalan golongan
tersebut kembali menjalani hidup sebagai individu yang bebas. Tersepit dengan
situasi tersebut dan cabaran hidup di luar yang sukar ditangani menyebabkan ada
antara mereka kembali kepada cara hidup lama yang menghumban semula mereka ke
penjara buat kali seterusnya.
keadaan
ini berlaku juga akibat keengganan orang ramai memberi ruang atau peluang kedua
kepada bekas banduan menempatkan diri dalam masyarakat.Masyarakat harus faham
bahawa bekas banduan telah menebus kesalahan melalaui hukuman yang mereka
jalani di penjara.Jika undang-undang telah membenarkan mereka menjalani
kehidupan sebagai seorang manusia yang bebas, mengapa kita pula harus menyekat
peluang kedua mereka untuk membetulkan haluan hidup?.Fikir-fikirkan lah saudari
serta saudara.
Siapa
kata banduan ini langsung tidak berguna? Para banduan juga telah dibekalkan
persediaan bagi berdepan cabaran hidup sebenar apabila bebas kelak.Tempoh
berada di dalam tahanan bukan saja kesempatan untuk membetulkan jalan songsang
yang dilalui sebelum ini, bahkan peluang melengkapkan diri dengan kemahiran untuk
dimanfaatkan."Kalau macam tu bolehlah buatkan sepasang kasut untuk
saya.." itulah titah permintaan Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah yang
berkenan menerima menghadap bekas banduan, Salleh Talib di Istana Iskandariah
pada tahun 2006 yang lepas.Salleh Talib merupakan banduan yang paling lama
menerima hukuman penjara di negara ini.Iaitu selama 30 tahun 11 bulan atas
kesalahan rompakkan bersenjata pada tahun 1976.Sepanjang Salleh dalam
tahanan,dia telah mendalami ilmu pembuatan kasut.Anda sendiri lihat..Jika Raja
Muda Perak sendiri tidak memandang enteng terhadap si banduan,mengapa harus
kita?.Sebenarnya banduan ini ada kebolehan tersendiri, namun mereka memerlukan
bimbingan dan pendedahan agar ia dapat dimanfaatkan dengan cara yang betul
apabila mereka menjalanai hidup sebagai manusia bebas di luar nanti.Masyarakat
lah yang menjadi pembimbing kepada mereka sebenarnya.
Ayuh
saudara saudari..beri lah ruang dan peluang kepada si banduan ini untuk
meneruskan kehidupan.Beri peluang kepada mereka.Jika benar mereka
bersalah,hukuman akan mengadili mereka jika tidak di dunia..Hukuman akhirat
pasti menanti mereka.Saya cuma memujuk anda untuk tidak terus memandang negatif
terhadap golongan ini.Saya akhiri perbicaraan kita pada hari ini dengan rakaman
video ini..Dan ini merupakan situasi sebenar yang saya lalui sebelum ini.Semoga
menjadi renungan kepada kita yang masih mampu menikmati kehidupan di luar
ini.Minta dijauhi..Assalamualaikum.
*okayy sebenarnya ni slide show
No comments:
Post a Comment