1)Mengapakah anda memilih keusahwanan daripada segi perkhidmatan iaitu produksi bakat seni seperti filem,bakat lakonan serta nyanyian sebagai kerjaya pilihan utama anda dan apakah kelayakkan yang harus dimiliki oleh setiap tenaga kerja yang bernaung di bawah organisasi produksi anda?.
Kami mula terlibat dalam bidang keusahawanan bermula dengan wujudnya Playground Production. Produksi kami dibina atas dasar adanya minat dalam bidang ini. Minat kami tercetus bermula daripada bidang teater yang membawa kami ke peringkat yang lebih tinggi iaitu industri filem. Antara bakat lakonan yang produksi kami miliki adalah seperti Syamil dan Iedil Putra. Mereka mula menceburi bidang lakonan teater dan lakonan televisyen sejak kecil lagi. Bermula daripada minat, kami membuat keputusan untuk bergerak sendiri dalam industri ini. Di sini lah, bermulanya Playground Production yang membawa kami ke dalam bidang keusahawanan daripada segi perkhidmatan. Kami mula mengumpulkan bakat-bakat yang ada dan memulakan perniagaan. Sebenarnya idea untuk mewujudkan perniagaan ini bermula daripada kelompok rakan-rakan seperjuangan yang mempunyai minat yang sama iaitu minat dalam bidang lakonan. Contohnya seperti saya dan Redza Minhat, kami mula berkawan sejak kami masih belajar di MMU iaitu lebih 15 tahun yang lalu. Saat itu hanya saya dan Redza yang bermula dalam bidang teater ini sehingga lah kami menemui bakat-bakat baru seperti Iedil,Syamil,Sherry,Megat dan Farah.Dari segi kelayakkan pula, produksi kami melihat dari dua segi iaitu dari segi bakat dan kelayakkan akademik. Dari segi bakat kami mencari tidak kira samada untuk di hadapan kamera atau di belakang kamera sebagai krew produksi yang paling penting mereka mempunyai minat dalam industri ini. Itu lebih utama daripada kelayakkan akademik. Seperti dilihat, tujuh daripada tenaga kerja utama kami tidak memiliki kelayakkan dalam bidang seni. Seperti saya sendiri, saya memiliki latar belakang kejuruteraan, Redza Minhat pula merupakan seorang pekerja bank, manakala Iedil pula mendapat pendidikan dalam bidang perubatan dan Farah berlatar belakangkan pendidikan undang-undang. Berbeza dengan Syamin dan Sherry. Hanya mereka yang mendapat pendidikan dalam bidang “performance art” dan kesemua kami merupakan graduan lepasan luar negara. Syamin memulakan kerjaya beliau dengan sedikit tawaran lakonan dan penulisan skrip. Tetapi beliau bekerja sepenuh masa sebagai Public Relation (PR) namun, kini beliau sudah sepenuhnya melibatkan diri dalam perniagaan ini. Sherry merupakan seorang yang paling beruntung dalam produksi kami kerana sekembalinya beliau dari Melbourne,Australia setelah menamatkan pelajarannya, beliau mula mempraktikkan pendidikan yang diterima dalam bidang seni ini dan mencari makan dengan bakat yang beliau miliki.
2) Apakah teknik pemasaran yang anda gunakan untuk mempromosikan perniagaan anda?.
Dari segi promosi, ia bergantung kepada jenis pekhidmatan dan produk yang kami tawarkan kerana produksi kami menawarkan pelbagai jenis perniagaan. Bercakap mengenai perkhidmatan, produksi kami menyediakan perkhidmatan penulisan skrip bagi teater,televisyen dan filem. Langkah pertama kami membuat “Film Review”. Di mana, kami membuat perbincangan dengan team produksi, jika idea yang diutarakan adalah baik, kami akan menghantar idea tersebut kepada produksi lain yang mahu membeli idea kami itu. Semua produksi akan lalui proses tersebut. Proses tersebut dipaggil “Skil Development”. Bagi teknik pemasaran di televisyen pula, ia lebih mudah kerana produksi televisyen itu sendiri akan membuat promosi untuk telemovie itu sendiri dengan cara mengambil trailler daripada produksi kami untuk tujuan promosi. Cara ini akan mudah menarik minat penonton. Namun, produksi kami juga akan membuat promosi melalui sosial media seperti Facebook, Twitter dan Instagram untuk membantu proses promosi. Sebaliknya untuk perniagaan filem pula, ia lebih sukar kerana industri filem ini luas. Kami harus melihat di pasaran mana kami mahu menjual filem kami samada industri tempatan atau antarabangsa. Selepas itu, kami juga harus menentukan samada mahu memasarkan dalam pasaran secondary atau primary profit. Jika primary profit, ia lebih mudah kerana ia dijual terus kepada pawagam. Kuntungan boleh dilihat terus melalui penjualan tiket wayang itu sendiri. Manakala untuk secondary profit pula, ia dikira melalui penjualan DVD di kedai-kedai cakera padat. Cara lain pula, jika Astro atau TV3 mahu membeli hak pemilikkan (Copyright) bagi tujuan penayangan, selalunya berlaku pada musim perayaan, mereka akan membayar kepada produksi kami. Itu bagai mana kami menjual perkhidmatan dan produk kami dalam bidang perniagaan. Contohnya produk terbaru kami filem “Terbaik Dari Langit”, jika produksi lain mahu membuat “Terbaik Dari Langit” dua, mereka boleh membeli hak pemilikan daripada kami atau Astro Show. Jika mahu mendapatkan pasaran antarabangsa pula, kami haruslah melalui beberapa fasa. Cara paling mudah dengan menyertai “Filem Festival”. Kami akan menghantar karya terbaik kami untuk pertandingan yang disediakan sama ada kecil atau besar pertandingan itu bergantung kerana banyak pertandingan yang dibuka. Contohnya produksi di United State (US), mereka ada produksi yang akan membeli filem-filem dari Asia kemudian filem itu akan ditayangkan di US. Itu merupakan salah satu cara kami mempromosikan perniagaan kami. Selain itu kami juga ada mengikuti promosi seperti di Jom Heboh dan festival-festival. Tapi kami lebih selesa dengan cara membuat “talk”. Seperti minggu lalu kami dijemput untuk membuat “talk” mengenai perniagaan kami dengan tajuk “Broadcast in business” di UiTM Puncak Perdana yang turut dihadiri oleh pelajar UiTM Shah Alam dan UiTM Puncak Alam. Tujuan utama kami membuat “talk” adalah untuk memberi kesedaran dan pendedahan bahawa penyiaran juga merupakan salah satu cabang perniagaan. Cara ini juga merupakan sebahagian daripada prosess pemasaran kami.
3) Bagi memiliki sebuah perniagaan yang kukuh dalam industri ini,sudah pasti anda memerlukan bantuan daripada banyak pihak, sehubungan dengan itu, pihak manakah yang banyak membantu anda terutama daripada segi kewangan dan bimbingan?.
Bagi memulakan sesebuah perniagaan biasanya seseorang usahawan itu harus menggunakan wang simpanan sendiri terlebih dahulu sebagai modal permulaan. Tapi selalunya akan ada dua sumber modal untuk perniagaan iaitu seperti saya beritahu sebentar tadi, pertama adalah sumber kewangan sendiri dan kedua adalah pinjaman kewangan daripada institusi kewangan seperti bank. Bagi syarikat produksi kami, kami menggunakan kedua dua sumber kewangan tersebut.Dari segi bantuan bimbingan dalam perniagaan kami pula, rakan-rakan yang berpengalaman sering menjadi sumber rujukkan kami. Seperti produksi kami sendiri, kami memiliki seorang rakan iaitu Nadita yang merupakan pelakon dalam filem kami sendiri “Terbaik Dari Langit” merupakan pengarah filem “Bunohan”. Dengan beliau juga kami banyak belajar. Manakala, dalam industri pula, kami menjadikan Syarikat Produksi Feature Floor sebagai contoh dalam empayar perniagaan kami. Produksi tersebut telah bertapak dalam bidang keusahawanan filem ini sejak 5 tahun lalu. Jadi kami menjadikan mereka sebagai contoh untuk memajukan lagi perniagaan kami.Menurut pendapat pelakon produksi mereka pula, Iedil Putra :Selain itu kami juga membuat pemantauan dengan membuat perbincangan semula hasil-hasil kerja yang dihasilkan. Dari segi kewangan pula, bahagian “set up bolder” pula, mereka akan pergi ke festival untuk mendapatkan geran. Melalui geran, kami akan mendapat duit sebagai sumber kewangan. Sebagai contoh produksi kami akan terus ke ASTRO. Kami menyediakan dalam lima idea,lalu kami bentangkan kepada pihak ASTRO, setelah mendengar perbentangan kami,mereka akan memilih satu idea terbaik dan mereka akan sediakan modal untuk produksi kami hasilkan filem yang mereka mahukan.
4) Dalam apa jua bidang kerjaya, sudah pasti seseorang itu akan menghadapi cabaran dalam laluan mereka bagi memperoleh kejayaan. Anda juga pasti tidak dapat mengelakkan diri daripada melalui fasa tersebut, jadi apakah cabaran yang anda lalui sepanjang anda memulakan perniagaan sehingga hari ini?.
Kami masih baru dalam bidang keusahawanan ini, baru kira-kira dua tahun, jadi kami masih belum mempunyai tapak perniagaan yang stabil. Selalunya cabaran utama adalah “cash flow” sumber kewangan. Ini bukan sekadar budjet, kerana budjet boleh dikawal, tetapi ini mengenai cara penggunaan kewangan itu. Pengaliran kewangan itu. Kerana “cash flow” datang daripada pihak pelanggan. Kalau pelanggan bayar lambat macm mana?. Oleh itu, kami harus memastikan pihak kami mempunyai tunai yang mencukupi untuk bayar kepada pihak lain. Contohnya, kamu bekerja dengan kami, kemudian kerja kamu semua sudah selesai, dan kami berjanji untuk bayar pada hari terakhir bekerja, ataupun seminggu kemudian, jadi macam mana kami mahu bayar jika pihak pelanggan kami membayar tiga bulan kemudiannya. Kerana itu kami memerlukan “back up money” untuk membayar pekerja kami. Oleh itu, perancangan “cash flow” adalah sangat penting bagi memastikan dana yang dimiliki mencukupi. Kami harus berhati-hati dalam pemilihan projek. Jika kami masih menghadapi masalah ini,kami akan membuat pinjaman atau mendapatkan geran. Dalam sesebuah perniagaan, memang tidak dapat lari daripada dua pekara ini. Cabaran lain “retailing talent”. Itu merupakan antara cabaran utama dalam perniagaan kami, di mana kami harus memastikan kami bekerja dengan orang yang terbaik. Selain itu, produksi kami mengamalkan prinsip selalu mencabar diri sendiri dan merubah diri untuk terus memberikan yang terbaik setiap masa. Pada masa yang sama, kami sebagai perniagaan yang kecil, kami tidak boleh mengambil telalu banyak projek dalam satu masa. Kerana kami harus menjaga orang yang bekerja dengan kami. Sebagai contoh, dari segi pembayaran, kalau kami bayar lambat kepada orang yang kami bekerja, mereka akan hilang kepercayaan kepada produksi kami.
5) Berapa lamakah tempoh wujudnya produksi ini?.
Perniagaan kami baru sahaja bertapak dalam industri ini iaitu baru dua tahun. Dua tahun ini kami baru mendaftar sebagai syarikat Sendirian Berhad SND. Sebelum ini kami bergerak sebagai syarikat enterprise juga selama dua tahun. Sewaktu di bawah enterprise, kami lebih fokus kan perniagaan kami daripada segi perkhidmatan dalam teater. Dari situ lah terlahirnya projek “Disko Baldi” iaitu rancangan hiburan utama kami sebelum ini. Projek Disko Baldi bermula selari dengan kewujudan Playground Production. Kalau kewujudan sebenar Playground Production adalah semasa Teater Aroma. Pada masa itu, hanya saya (Tuan Faisal), Redza Minhat dan Megat sahaja yang terlibat dalam produksi ini. Terwujudnya produksi kami sebenarnya tidak dirancang, kerana saat itu lebih kepada persatuan orang-orang yang minat teater yang mahu berkary.
6) Bagaimanakah cara pengurusan yang diamalkan dalam produksi anda?.
Cara pengurusan (work culture)Kami berpegang kepada “work hard, play hard”. Masa sibuk, kami memang akan sibuk sampai kadang-kadang kami tidak sempat tidur. Selalunya semasa “shooting” (pengembaraan) kami akan selalu tidak tidur. Letih mana pon, kami akan tetap teruskan sebab itu stamina adalah sangat penting. Seperti saya, selalunya saya akan pulang ke rumah awal dan tidur awal dalam pukul 11 atau 12 malam. Keesokkan paginya pukul 4 pagi saya akan bangun semula dan mulakan kerja. Selalunya pagi saya akan semak semua email, tengahari saya akan mulakan mesyuarat. Diselitkan dengan temu ramah seperti sekarang ni. Kalau waktu tidak sibuk, kami akan duduk santai bersama. Saat itu kami berinteraksi dan mula membincangkan idea-idea untuk projek seterusnya agar perniagaan kami boleh terus berkembang. Kami juga akan buat “post-mortem” projek terdahulu. “Post-mortem” adalah sangat penting,tapi sekarang banyak post-mortem yang kami tangguh kerana tidak mempunyai masa.
7) Adakah produksi anda ada menjalankan tanggungjawab sosial kepada masyarakat?.
Kami ada mejalankan tanggungjawab sosial contohnya seperti mengadakan “talk” di UiTM baru-baru ini. Mengadakan “talk” seperti itu merupakan salah satu tanggungjawab sosial dalam perniagaan kami. Ketika memberi “talk” kami tidak mengharapkan apa-apa bayaran. Kerana niat utama kami pergi adalah untuk memberi inspirasi. Kami rasa,kami hanya mahu berkongsi pengalaman yang kami lalui. Kerana bagi kami untuk berada di mana kami berada hari ini adalah sangat sukar. Seperti saya, saya bermula sebagai seorang “Engineer” selama 10 tahun sebelum saya bertemu dengan “passion” saya yang sebenar seperti hari ini. Apa yang saya lalui sepanjang tempoh yang lama itu adalah tidak mudah. Jadi saya mahu orang lain untuk “short cut” dalam mencari “passion” sebenar mereka dalam kehidupan. Cari, kejar dan buat terus. Terutama generasi kamu, kamu selalunya akan dapat tau “passion” pilihan kamu lebih awal berbanding generasi kami. Lagipon keluarga generasi sekarang lebih sifat terbuka dan lebih stabil. Seperti di zaman kami,keluarga kami masih lagu “struggle”. Kerana itu kita boleh lihat, generasi hari ini, di usia 20 an sudah memiliki perniagaan mereka sendiri.
8)Apa jua bidang yang diceburi, sudah pasti akan ada seseorang yang menjadi teladan dan idola kepada mereka untuk memulakan dan meneruskan bidang yang diceburi. Jadi siapakah idola dalam produksi ini?.
Produksi menjadikan Of vergen, Ridcard Branson sebagai idola dalam perniagaan kami kerana vergen ada pelbagai produk seperti “tune air”, tune muzik, “talk”. Seperti Playground Production, kami ada menyediakan perniagaan perkhidmatan dari segi muzik, teater, drama dan filem. Tapi baru-baru ini, Playground Production ada cadangan untuk mengeluarkan buku pula. Tidak lama lagi juga, InsyaAllah, kepada produk muzik, kami akan tampil dengan single solo pertama kami bersama team produksi “Disko Baldi”. Kami akan mula membuat “recording” pada akhir tahun ini. Jadi kami akan mula berjinak jinak dalam muzik pula. Semua yang terlibat dalam media kami akan cuba kerana kami cuba percaya pada kekuatan kami. Tapi saat ini, fokus utama kami tetap kepada filem dan drama televisyen.
9) Apakah objektif produksi anda?.
Objektif produksi kami, kami tidak akan berhenti dalam dunia hiburan ini. Kami akan terus memberikan perkhidmatan terbaik dalam teater, drama tv, filem dan muzik. Kami cuma memerlukan bakat yang terbaik di sekeliling dalam misi memajukan perniagaan kami. Sudah tentu kami mempunyai sasaran yang tinggi, bukan sekadar pasaran tempatan. Alhamdulillah, projek pertama produksi kami telah mendapat pengiktirafan antarabangsa.Sebenarnya ia dalam perancangan lima tahun mendatang kami, tetapi rezeki memihak kami lebih awal.
10) Apakah isu semasa yang anda boleh perkatakan menenai industri filem pada hari ini? dan apakah pesanan anda kepada pendatang baru yang mahu menceburi bidang ini?.
Isu televisyen sekarang adalah komersial dah semakin berkurangan kerana penonton sudah beralih kepada digital. Contohnya, komercial dulu orang akan beri budjet dalam 500 ribu atau 1 juta untuk 30 saat. Tapi sekarang mereka hanya beri 500 ribu sahaja. Kalau isu filem pula “interm of audience” la. Penonton sudah tidak menonton filem sangat sebab filem yang disediakan kebanyakkan hari ini adalah sama sahaja. Tetapi saya tidak cakap, apa yang ada sekarang patut tidak ada.Hanya “genre” yang ada sekarang sama sahaja. Kita perlukan kepelbagaian . Kepelbagaian tu penting dalam industri filem. Jadi itu isu yang harus diambil tau. Tetapi untuk ketengahkan isu ini harus ada dua pihak yang terlibat iaitu satu filem “maker”, satu pihak lagi adalah penonton. Penonton nak tengok benda best. Jadi filem “maker” kene buat benda best dulu baru penonton nak tengok. Tapi kalau filem maker nak buat benda best, kene ade duit dulu. Jadi macam mana nak “plan cycle”. Jadi apa yang saya boleh katakana kita kena berjanji kumpulan filem “maker” harus ada visi untuk membuat filem yang berkualiti dan penonton akan “support” filem “maker” yang telah berjanji untuk menghasilakn hasil yang terbaik. “That’s the only way to break the cycle” .Pesanan daripada produksi kami “Goes beyond the production and find the dream. Find what make you happy and you switch in and you pegang kuat-kuat just go. The right word is easy. Then gonna be challenge bound on whatever. Hopefully when you do that you akan jumpe org sekeliling you yang turut akan sama passion yang nak kerja happy yang nak capai your dream then you kejar tu sama-sama. Pentingnya kawan-kawan, bila you separuh jalan, kawan-kawan you akan “Hey! Kau ingat tak kau nak ape?”. Kalau mudah bosan,that’s mean itu bukan your passion in first place. Kalau your passion you tidak akan biar kan. The biggest things you jangan bagi orang cakap supaya you tinggalkan your dream. Not even yourself. Thats the most important things”.
No comments:
Post a Comment