Post Top Ad

Post Top Ad

Thursday 5 February 2015

Seharian bersama Redza Minhat, Tuan Faisal, Iedil Putra.


Sekali sekala join event yang dianjurkan oleh pihak fac, seronok juga. Sebenarnyaevent ni dianjurkan oleh pelajar Broadcast semester 3. Mereka menjemput semua pelajar masscomm untuk join event mereka. Hah confirm confirm lah aku nak join bila tau ada abang Redza Minhat. Minat sangat dekat Redza Minhat. Cuma selama ni belum berpeluang untuk berjumpa face-to-face dengan dia. Siapa taknak jumpa hero 'Filem Kill' kan.  Jadi bila ada peluang macam ni, rebut lah. Sepantas kilat aku register nama.

Talk kali ni mengenai 'Broadcast to business'.

Banyak perkongsian yang dikongsikan oleh Redza Minhat dan sahabatnya Tuan Faisal. Banyak input yang kami perolehi walaupon cara penyampaiannya agak santai dan bersahaja. Siapa kata golongan muda lemah dalam menyampaikan sesuatu info?. No.. mereka berdua sangat berfikiran jauh dan banyak memberi inspirasi kepada kami, iaitu golongan muda seperti kami untuk terus berusaha mencapai apa yang kami impikan.

Tak perlu lah aku tulis keselurahan pengisian talk ni. Tapi bagi sesiapa yang join, memang  tak rasa rugi.


Pagi tu dalam pukul 8 pagi kami berkumpul dia fac. Disediakan 2 buah bas untuk bawa kami ke UiTM Puncak Perdana. Sebab talk ni diadakan di sana. Kami digabungkan. UiTM Shah Alam, UiTM Puncak Perdana, UiTM Puncak Alam.

"Pesanan daripada produksi kami “Goes beyond the production and find the dream. Find what make you happy and you switch in and you pegang kuat-kuat just go. The right word is easy. Then gonna be challenge bound on whatever. Hopefully when you do that you akan jumpe org sekeliling you yang turut akan sama passion yang nak kerja happy yang nak capai your dream then you kejar tu sama-sama. Pentingnya kawan-kawan, bila you separuh jalan, kawan-kawan you akan “Hey! Kau ingat tak kau nak ape?”. Kalau mudah bosan,that’s mean itu bukan your passion in first place. Kalau your passion you tidak akan biar kan. The biggest things you jangan bagi orang cakap supaya you tinggalkan your dream. Not even yourself. Thats the most important things”.

(Tuan Faisal, 2014)

Seriously Redza Minhat thankyou for keep inspiring me!

 "If you love something, you will make time for it" 

"Dream big..Because it free..But give a big impact!" 

"Stop caring about what people think of you"

 "If you keep quitting,you'll end up doing nothing" 

"Never satisfy with yourself eventhough people satisfy with your work" 

(Redza Minhat,2014)

(Tuan Faisal & Redza Minhat merupakan person yang sangat friendly. Tak lokek untuk senyum, luang masa untuk kami semua bergambar, sorang sorang mereka melayan)

Dalam dua minggu selepas talk tersebut, aku berpeluang untuk berurusan dengan Encik Tuan Faisal lagi sekali. Di mana kali ini aku pergi untuk memenuhi kehendak assingment aku. Iaitu under subject 'Feature Writing'. 

Aku memilih 'PLAYGROUND PRODUCTION' iaitu company yang dimiliki oleh Encik Tuan Faisal dan Redza Minhat. Dengan bantuan abang ngah, aku dapat contact Encik Tuan Faisal. 

Contact, deal elok elok.

Encik Tuan Faisal memang seorang yang sangat baik. Mana tidak nya.. Dengan alasan tertentu aku terpaksa dua kali juga postpone appointment untuk interview beliau. Tapi tetap sudi juga melayan aku selepas tu. Pulak dah, kali ketiga ni janji pukul berapa, pukul berapa aku sampai. Sebab salah naik train. Ok memang agak dah lewat sangat aku sampai. Sampai kan waktu pejabat Encik Tuan Faisal dah habis. Sebab kan tau dah lambat, aku call Encik Tuan Faisal. Inform kalau aku lambat dan masih otw. Tapi Encik  Tuan Faisal cakap tak apa dia tunggu je aku.

Terima kasih Encik!


Sampai saja di office, kami dipelawa masuk. Memang berpusing block block juga mencari sebab officenya tak tulis Playground Production. Aku lupa dah apa board depan tu. So kami cari ikut no block yang diberi.

Dah masuk bilik Encik Tuan Faisal, kami agak kurang selesa sebab macam sempit rasanya. Sebab ramai sangat. Kami berempat. Encik Tuan Faisal, aku, widat, ainul.

Encik Tuan Faisal pon tengok kami macam still tercungap cungap penat, terus nak interview, so Encik Tuan Faisal pon ajak kami pergi minum dekat kedai bawah tu. Ok juga memang penat rushing sebenarnya. 

Turun saja dari pintu office tu, tiba tiba ada yang tegur Encik Tuan Faisal dari jauh. Dari car park. Disebabkan aku ni rabun, aku pusing tengok pon blur je aku nampak. So aku pusing semula. Kejap lagi Widat cakap dekat aku "weyh Sheril! Tu kan Iedil Putra yang kau minat sangat tu?" Iyekee? Aku pusinh, tenung betul betul. Haah la tu Iedil! Ohh my! Tetibe 'fangirling' aku terkeluar hahaha memang lah aku nak jumpa. Haritu time wedding abang ngah dekat Putrajaya Iedil datang, tapi aku boleh tak perasan! Padahal aku yang beriya suruh abang ngah jemput iedil.

(Iedil bekerja dalam satu team dengan abang ngah untuk realiti show 'jetlag' untuk TV9 dulu sebelum 'kekoreakekita').


Encik Tuan Faisal pon dengar yang aku nak amek gambar dengan Iedil, kejap lagi Encik Tuan Faisal pergi dekat iedil, cakap cakap, kejap lagi iedil pon turun daripada kereta, join kami minum. Hehehe agak seram juga. Sebab muka iedil ni macam sombong. Tapi sebenarnya tidak. Iedil sangat baik and friendly orangnya. Dia biasa biasa saja. Bersahaja. So kami lepak berlima.

**rezeki tak diduga namanya.

Interview berjalan dengan lancar pada petang tu walaupon aku agak nervous sebenarnya. Macam tak biasa saje kan inteeview orang. Tapi kali ni of course rasa lain sikit. Mana tidaknya. Artis yang kau minat duduk sebelah kau. Lepak minum dengan kau. Gila tak nervous. Tapi mula mula saja lah. Dah lama sikit,dah ok. 


Interview yang sangat bersahaja dan santai. Terbaik!


Yang paling best, aku dapat penuhi impian kawan aku. Di mana dia merupakan peminat iedil. Memang peminat tegar la. 24/7 twitter dia pasal iedil. Aku pon tak paham. Aku sempat tweet kalau aku ada dengan iedil putra, kejap lagi dia dm aku minta untuk aku call dia. Dia nak sangat cakap dengan iedil. Sebenarnya dia kawan sekolah aku dulu. Yang dah lebih 8 tahun rasanya tak jumpa. Kami hanya berhubung melalui social network. Selapas aku berpindah sekolah. Aku sendiri tak ada nombor dia. So, aku suruh lah dm nombor dia. 

Aku terus call dia dan pass kan phone aku pada iedil. Dorang cakap lah sekejap. Aku sempat record call dorang, so simpan lah kau iqa call record tu. Play lah sampai lebam! At least, aku dapat penuhi impian kawan aku selama ni. Hopefully kau dapat jumpa dia nanti ya qa. Satu kepuasan bila dapat penuhi impian seseorang kan. Terutama orang tu kawan kita.

As conclusion, kalau nak berurusan dengan production ni memang senang. Sebab mereka memang sangat santai dan humble.Alhamdulillah.


(Interview ni seminggu sebelum Filem 'Terbaik Dari Langit' keluar dekat wayang)






No comments:

Post a Comment