8 Perkara Yang Saya Pelajari Selepas Memilih Untuk Menjadi Backpacker.
Repost from www.saudari.com
Remaja hari ini dilihat semakin advance. Mungkin ibu bapa akan cakap “mak/ayah pun pernah muda…” tapi ibu bapa hari ini juga harus sedar bahawa masa itu berubah. Walaupun kalian pernah muda tetapi zaman yang dilalui adalah sangat berbeza.
Memilih
untuk menjadi backpacker juga merupakan salah satu tindakkan yang semakin
menjadi ikutan anak muda pada hari ini. Tidak kira daripada golongan wanita
atau lelaki. Seolah-olah telah menjadi satu trend bagi mereka. Namun, hanya
mereka yang tegar sahaja yang akan mengekalkan minat dan hobi mereka ini.
Sebenarnya
banyak pekara yang perlu kamu persiapkan sebelum kamu memilih untuk menjadi
backpacker. Ya benar, backpacker itu mudah dan ringkas tetapi tetap ada
persiapan yang harus disediakan sebelum memulakan sesuatu tindakkan.
Semua
yang perlu kamu perlu tahu untuk menjadi backpacker.
Backpacker
ini dilihat mempunyai kumpulan pengikutnya tersendiri. Antara medium yang kamu
boleh rujuk untuk melihat perkembangan mereka adalah seperti di twitter di @backpackingMY
Kumpulan
ini dilihat sangat aktif di twitter selain di blog-blog peribadi.
Pojiegraphy / Via Pojiegraphy.com
Mereka saling bertukar info dan pengalaman backpacker masing-masing.
Memahami lokasi pilihan adalah sesuatu yang sangat penting
bagi mengelakkan kerumitan nanti. Make sure kamu tahu lokasi-lokasi yang mahu
dituju di sana nanti.
So,
di sini beberapa persediaan yang perlu kamu lakukan sebelum menjadi backpacker.
1.Destinasi pilihan
Pekara
paling utama sebelum menjadi backpacker adalah pastikan kamu telah mempunyai
destinasi pilihan. Dalam kepala dah list down kan.
Setelah
memilih destinasi pilihan percutian kamu baru lah kamu membuat sedikit research
mengenai tempat tersebut.
Travel / Via Aarp
Terutama
tempat hotel penginapan. Adalah
digalkkan untuk memilih hotel atau tempat tinggal yang berada jauh daripada
kelab malam atau lorong-lorong yang gelap. Lagi bagus kalau tempat penginapan
berada di tengah bandar. Kemudian, jangan lupa memberitahu kepada ahli keluarga
atau kenalan kawasan tempat tinggal kamu, bagi memudahkan mereka untuk mencari
kamu jika sesuatu berlaku.
Oh
satu tips di sini, make sure kamu telah save
nombor kecemasan seperti balai polis di kawasan tempat penginapan kamu bagi
membolehkan kamu menghubungi mereka saat kecemasan.
Memahami culture mereka juga adalah penting bagi
mengelakkan tindakkan yang boleh menyinggung kaum mereka di sana.
Satu
lagi tips di sini, bagi mereka yang baru mahu berjinak-jinak dalam dunia
backpacker ni adalah digalakkan memilih destinasi pilihan yang mudah penggunaan bahasanya.
Penggunaan
bahasa adalah sangat penting!
Bahasa / Via Jessica Lippe
Kalau
boleh kamu digalakkan memilih destinasi yang mampu berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris
atau bahasa rumpun dengan baik.
Menurut
pengalaman saya ke Thailand, adalah agak sukar penggunaan bahasanya kerana
kebanyakkan mereka di sana tidak menguasai Bahasa Inggeris walaupun sedikit.
Seperti pemandu saya, mereka langsung tidak mampu memahami Bahasa Inggeris
apatah lagi bahasa melayu.
Kami terpaksa berkomunikasi menggunakan bahasa
isyarat. Sudah tentulah mesej nya hanya sampai 10% je. Saat itu saya sesat dan
tak jumpa hotel, itu memang sesuatu yang mencabar bagi saya untuk berkomunikasi
dengan pemandu ketika itu.
Oleh
itu, saya sarankan untuk kamu ke negara seperti Indonesia atau negara Eropah
yang fasir berbahasa inggeris.
2.Kesihatan
Sebelum
memulakan perjalanan pastikan kamu telah membuat persediaan fizikal dan mental. Paling penting persediaan fizikal.
Checklist
diri sendiri dulu sama ada diri tu berada dalam keadaan kesihatan yang baik atau
tidak untuk mulakan perjalanan!.
Adalah
sangat tidak digalakkan untuk travel dengan keadaan diri yang tidak sihat
kerana kamu bakal berdepan dengan kerumitan nanti.
Walau
bagaimanapun, kepada yang sihat, kamu tetap digalakkan untuk membawa bekalan
ubatan bagi persediaan.
Ok selepas dua pekara
penting tu, kamu juga harus membuat checklist seperti berikut :
3.Pakaian
Penyediaan
pakaian yang perlu dibawa juga adalah sangat penting sebelum memulakan langkah.
Pakaian yang mahu disediakan adalah berbeza
mengikut destinasi yang mahu dituju kerana keperluannya adalah tidak sama.
Contohnya
pakaian di negara sejuk dan negara yang kering cuacanya sudah tentu berbeza.
4. Makanan
Adalah
lebih baik kamu membawa sedikit bekalan makanan. Terutamanya ke destinasi yang
kamu tidak pernah pergi. Bagi saat kecemasan, pasti sangat berguna!
Selain
itu, kalau boleh bawa lah makanan tambahan seperti vitamin bagi mengekalkan
stamina kamu ketika mengembara.
Setelah
menetapkan destinasi pilihan, kamu haruslah menyediakan bajet yang mencukupi
bagi menampung perbelanjaan di sana nanti. Bajet dari segi tempat penginapan,
pengangkutan, makanan dan paling penting bajet untuk saat kecemasan juga harus
diketepikan lebih awal. Duit saat kecemasan adalah sangat penting!
Checklist
yang terakhir, make sure kamu sudah mempunyai duit tukar mengikut negara yang
mahu dituju (jika kamu memilih destinasi luar negara). Menyediakan duit tukar
adalah sangat penting kerana kebiasaannya, sampai sahaja di airport atau bas
station, kamu mesti akan membayar duit teksi atau pengangkutan lain untuk ke
destinasi penginapan.
So agak leceh sebenarnya kalau dah sampai baru nak cari
money changer, buat nya kalau tak ada money changer atau tutup, hah naya!
6. Passport
Hah
ini satu lagi pekara paling utama yang perlu diberi perhatian! Jangan dah
seronok rancang itu ini dalam kepala sekejap lagi esok nak fly baru perasan
yang rupanya passport dah expired date. Ingat bukan sehari dua expired,
sekarang ni lagi 6 bulan dah expired.
So rajin-rajin lah selalu check expired date passport kamu.
Jangan jadi hal percutian
kamu semua burn sebab pasal passport.
Ehh tak ada passport mana boleh nak keluar kan! (kalau kamu merancang percutian
ke luar negara).
7. Kamera, buku nota dan
peta (map) & kompas
Tiga
benda ni adalah wajib dibawa setiap kali percutian terutama yang mengamalkan
backpacker. Apa guna melabur duit banyak-banyak kalau kamu tak mampu nak merakam dan menyimpan pengalaman kamu
itu sebagai kenangan hidup kan?.
So, kamera adalah benda yang sangat penting.
Semua benda, manusia dan keadaan akan berubah juga suatu hari nanti. Tapi hanya
gambar yang akan kekal selamanya. So boleh lah nanti tunjuk dekat anak cucu
pengalaman kamu.
Buku
nota sudah pasti wajib. Sebab sebagai backpacker mereka akan selalu mencatat.
Dari permulaan perjalanan sehingga lah balik semula.
Semua destinasi,
perbelanjaan, peristiwa, pengalaman pasti elok dicatat. Terutama kepada mereka
yang memiliki blog sendiri, sudah pasti nota-nota yang dicatat ini sangat
membantu mereka untuk menulis semula untuk entry di blog mereka untuk dikongsi
bersama pembaca.
Kita ni manusia, kalau tak dicatat kadang-kadang lupa.
Lagi-lagi kalau ke banyak destinasi. Mahu semua bercampur aduk nanti.
Dua
lagi benda yang kadang-kadang kita anggap remeh dan lupakan. Walaupun teknologi
dah maju, ada waze lah apa lah, tapi sebenarnya penggunaan peta dan kompas masih
sangat relaven.
Kalau gadget kamu habis bateri, tak ada line atau rosak tiba-tiba,
memang dah tak guna lah. Tetap mencari peta dan kompas juga. Lagipun peta ni
lebih besar. So, labih senang.
Ehhem! Perempuan dah boleh start belajar baca
peta dan kompas rasanya sebab ramai perempuan yang tak berapa reti baca peta
dan kompas. Kompas juga boleh digunakan untuk memcari arah kiblat. Itu sangat
penting.
8. Travel partner
Ada
yang memilih untuk backpacker secara solo tapi ada juga yang memilih untuk
pergi bersama kawan. Itu terpulang kepada keselesaan masing-masing. Tapi bagi
saya, adalah lebih baik kamu travel bersama kawan sebab lebih memudahkan urusan
berbanding secara sendirian.
Tapi
untuk memilih kawan tu biarlah pilih kawan yang betul-betul ada minat yang sama
dan boleh melayan kerenah masing-masing. Jangan seorang satu kepala je nak kena
ikut, susah nanti. Silap –silap boleh bergaduh sebab bila kita pergi travel ni,
perlukan kesabaran yang sangat tinggi sebab kadang-kadang tu banyak halangan
yang tak diduga kita nak tempuh. Kalau jenis tak sabar memang akan nak marah
je.
Tambahan, travel berkumpulan adalah lebih selamat berbanding secara solo.
No comments:
Post a Comment