5 Sebab Sebenar Kenapa Gadis Remaja Terjangkit Dengan Virus Kpop
REPOST FROM www.saudari.com
Mengapa artis KPOP menjadi pilihan anak muda pada hari ini?
Ayuh kita semak sebab artis KPOP menjadi pilihan remaja kini :
Ungkap
sahaja perkataan ‘KPOP’ sudah pasti ramai yang mula tidak keruan terutama
gadis-gadis remaja di luar sana.
Fenomena KPOP semakin menjadi jadi sejak
kebelakangan ini.
Ada yang sanggup berhabis demi memenuhi minat mereka.
Wang dan
tenaga seolah-olah tidak menjadi masalah kepada kumpulan pengemar KPOP ini.
Selain
itu, dapat dilihat juga, media cetak di negara ini turut menukar strategi
pemasaran mereka daripada majalah hiburan tanah air kepada majalah yang
mengetegahkan artis-artis Korea.
Bukan soal memartabatkan artis luar tetapi
sebagai medium, syarikat percetakkan perlu memasang strategi searus dengan
permintaan pembaca.
Strategi ini lah yang bakal menentukan untung ruginya
sesebuah syarikat tersebut.
Kemunculan
artis-artis KPOP juga dilihat bak ‘cendawan tumbuh’ pada hari ini.
Terutamanya artis
berkumpulan.
Seperti artis kesayangan Syarikat SM Entertaiment, Kumpulan EXO
dilihat telah menjadi satu fenomena dalam dunia pengemar KPOP apabila mula
menjadi kegilaan para peminat sejak penubuhan mereka pada tahun 2012.
Kehebatan
mereka tidak dapat disangkal lagi apabila EXO berjaya menjadi artis KPOP
terlaris pada tahun 2013 apabila album mereka berjaya terjual 740.000 cetakkan
hanyak dalam waktu tiga bulan sahaja.
Kejayaan mereka ini membuktikan mereka
berjaya memecahkan rekod 12 tahun yang lalu yang dipegang oleh Kumpulan ciptaan
SM Entertaiment juga iaitu Kumpulan G.O.D pada tahun 2001 dengan jualan album
sebanyak 700.000 cetakkan.
Namun, kini dipercayai, album Kumpulan EXO telah
mencecah lebih 1 juta cetakkan. Satu kejayaan baru dalam dunia KPOP.
Tahniah
EXO!
Mengapa artis KPOP menjadi pilihan anak muda pada hari ini?
Ayuh kita semak sebab artis KPOP menjadi pilihan remaja kini :
G.O.D / Kama Studio Via Kpopstarz
EXO / SM Entertainment Via Vcpost
1. Rupa
Tidak perlu bercakap soal bakat
terlebih dahulu kerana saya yakin, artis KPOP ini diminati kerana rupa yang
mereka miliki.
Siapa tidak tertarik dengan rupa yang comel dan kacak, bukan?.
Apabila memiliki rupa yang menarik, bakat menjadi syarat kedua.
Artis KPOP pada hari ini dilihat
memiliki bentuk rupa yang comel tidak kira daripada golongan artis lelaki atau
wanita.
Benar, ada antara mereka melakukan
pembedahan plastik bagi memiliki wajah yang menarik, namun, ada antara mereka
yang tidak melakukan pembedahan plastik dan mengekalkan wajah asal mereka.
Dengan sedikit make-up sudah mampu
menyerlahkan kekacakkan dan kecantikkan yang mereka miliki.
Antara artis KPOP lelaki yang memiliki
raut wajah yang kacak ialah Siwon daripada Kumpulan Super Junior, T.O.P
daripada Kumpulan BigBang, Jaejoong daripada Kumpulan JYJ, Kris bekas anggota
Kumpulan EXO, dan Jonghyun daripada Kumpulan CN Blue dan pelakon K-Drama, Lee
Dong Wook.
Lee Dong Wook / Via Allabtkpopanddramas
Manakala artis KPOP wanita yang memiliki raut wajah yang comel dan
cantik ialah Jessica bekas anggota Kumpulan Girl Generation, Sandara Park
anggota Kumpulan 2NE1, Nana daripada Kumpulan After School dan ramai lagi.
2. Bakat
Setelah bercakap soal rupa, barulah
layak bercakap soal bakat.
Tidak dinafikan artis KPOP ini memiliki bakat yang
besar.
Bakat mereka bukan sahaja terserlah daripada segi nyanyian tetapi juga
daripada segi tarian, lakonan dan pengacaraan.
Rupa, alunan suara dan ketangkasan
mereka beraksi di atas pentas dan di skrin televisyen menjadikan mereka layak
dijadikan idola oleh kumpulan pengemar mereka.
KPOP memang terkenal dengan artis yang
memiliki bakat tarian yang hebat ketika beraksi.
Selain mampu menghasilkan
music video yang menarik, ketajaman dan ketangkasan aksi mereka menjadi tarikan
utama bukan sahaja untuk pengemar wanita tetap mampu menarik minat remaja
lelaki.
Pengemar daripada golongan lelaki mula
meminati KPOP apabila mereka melihat aksi berstamina artis-artis KPOP ketika membuat
persembahan.
Antara artis yang memiliki gerak tari yang kemas iaitu Kumpulan
InfinIte, Kumpulan EXO, Kumpulan Girls Generation dan Kumpulan BTS.
Selain itu,artis KPOP juga memiliki
bakat lakonan dan pengacaraan.
Telah terbukti, kini ramai artis KPOP yang mula
menempatkan diri dalam dunia lakonan dan pengacaraan.
Ternyata mereka ini terserlah dalam
pelbagai bidang.
Kebolehan yang dimiliki mereka ini menjadikan mereka ikon
kepada remaja di seluruh dunia pada hari ini.
3. Gaya
Sentuhan gaya artis KPOP juga sangat
terserlah dari segi pemakaian dan gaya rambut mereka.
Untuk soal gaya, dua syarikat gergasi
KPOP iaitu SM Entertaiment dan YG Entertaiment sangat terkenal kerana dua
syarikat ini telah melahirkan artis KPOP yang mempunyai citarasa gaya yang
sangat baik.
Artis kelahiran Syarikat YG
Entertaiment, G-Dragon daripada Kumpulan BigBag kini menjadi ikon bagi gaya
rambut apabila dilihat menjadi antara artis yang kerap mengubah fesyen
rambutnya.
G-Dragon dilihat sering memperkenalkan gaya rambut yang agak unik
daripada segi pemotongan rambut dan pemilihan warna rambut.
Manakala artis kelahiran Syarikat SM Entertaiment yang
kini bergerak secara sendiri, Kris, bekas anggota Kumpulan EXO pula dipilih
sebagai antara ikon fasyen artis KPOP dan digelar ‘airport fashion’ oleh beberapa pengkritik fasyen.
Kris dilihat
sering muncul dengan gaya pemakaian yang menarik dan unik. Memiliki ketinggi
yang mencecah lebih daripada 193 cm menjadikan beliau tiada masalah untuk
mengayakan fasyen yang terbaik.
Kris (Wuyifan) / Via baekh-yeol.tumblr.com
4. Kesungguhan
Jika kamu bukan lah daripada kumpulan
penggemar KPOP, pasti kamu tidak akan tahu bagaimana artis KPOP ini memulakan
langkah mereka untuk bergelar ‘idol’.
Tidak semudah yang disangkakan.
Artis
KPOP yang terkenal hari ini tidak lah memperoleh kejayaan dengan sekelip mata.
Pelbagai kepayahan yang terpaksa mereka lalui sejak pertama mereka masuk ke
syarikat untuk bergelar artis.
Setiap artis mempunyai kontrak yang
perlu dipersetujui.
Apa sahaja tindakkan mereka akan terikat dengan kontrak
yang telah mereka tanda tangani.
Ini termasuk, ada antara mereka yang tidak
dibenarkan pulang ke rumah bergantung kepada jadual mereka.
Ada antara mereka
yang tidak berpeluang pulang ke rumah hampir tiga sehingga empat tahun kerana
terlalu sibuk dan terikat dengan jadual karier mereka.
Bayangkan keadaan kamu
di tempat mereka jika empat tahun tidak pulang bertemu dengan keluarga dan
rakan-rakan yang membesar bersama kamu sebelum ini.
Jauh daripada keluarga sudah pasti
menjadi detik yang paling sukar dalam hidup mereka untuk meneruskan perjuangan.
Perasaan rindu tidak dapat disembunyikan lagi apabila ramai artis KPOP mula
membatalkan kontrak mereka dan pulang ke pangkuan keluarga.
Tahun 2014 dan 2015 menyaksikan tahun
kemurungan buat Kumpulan EXO apabila tiga anggota kumpulan tersebut mula
menarik diri dan berniat membatalkan kontrak mereka.
Kris mejadi anggota
pertama yang meninggalkan Kumpulan EXO yang diikuti oleh Luhan dan yang terbaru
Tao. Ketiga mereka merupakan anggota EXO-M (EXO mandarin).
Mereka membuat
keputusan untuk keluar dan memfailkan pembatalan kontrak di makhamah dan pulang
ke pangkuan keluarga.
Sehingga hari ini keputusan kes masih tergantung dan
mereka bertiga kini giat bergerak secara solo.
Berikutan jadual latihan mereka pula,
kesemua mereka harus mengikuti pelbagai kelas termasuk kelas nyanyian dan
tarian.
Mereka berlatih hampir seharian.
Jadual rehat mereka pula bergantung
kepada kepantasan mereka menghabiskan pembelajaran mereka pada hari itu.
Ada
antara mereka hanya mempunyai tiga jam sahaja waktu tidur sehari. Bergitu lah
rutin harian mereka sebagai pelatih.
Kesungguhan dan ketabahan yang mereka
tunjukkan telah mengajar peminat mereka untuk tidak mudah berputus asa dan
terus berusaha untuk mengapai impian mereka walau sesukar mana pun.
5. Rancangan realiti
Kebanjiran rancangan realiti yang
dipertontonkan oleh stesen televisyen Korea menjadikan ramai yang berminat
untuk menonton cerita Korea.
Ya benar, di negara kita juga mempunyai beberapa
rancangan realiti.
Namun, rancangan realiti yang dipertontonkan adalah kurang.
Antara rancangan realiti Korea yang
mendapat perhatian pada hari ini seperti The
Return Of Superman yang memaparkan realiti kehidupan seorang ayah yang
menjaga anak-anak tanpa bantuan seorang isteri.
Rancangan realiti ini semakin
terkenal selepas kehadiran pasangan kembar tiga iaitu Daehan, Minguk dan Manse.
The Triplets, Daehan, Minguk,Manse / Via Soompi
Rancangan realiti ini dilihat berjaya
menarik minat pengemar KPOP bukan sahaja pada peringkat usia remaja malah ibu
bapa di negara kita turut mengemari rancangan tersebut.
Selain itu, rancangan realiti seperti
EXO Showtime yang memaparkan kehidupan harian kumpulan terkenal tersebut
mendapat perhatian penggemar KPOP.
Kedekatan yang ditayangkan menjadikan
peminat berasa dekat dan mengenali artis kesayangan mereka dengan lebih dekat.
Di dalam rancangan tersebut menyaksikan dua belas anggota mereka mempamerkan
diri mereka yang sebenarnya.
Jadi tidak
hairan penggemar KPOP merasakan mereka telah mengenali artis kesayangan mereka
secara mendalam.
Selain itu, artis KPOP dilihat tidak
sombong dan sangat mesra peminat apabila bertemu dengan peminat mereka.
Keramahan mereka ini menjadikan mereka disayangi oleh peminat.
Maka, dengan kelebihan yang dimiliki
di industri Korea tidak hairan lah KPOP mampu menjadi fenomena di seluruh dunia
pada hari ini.
No comments:
Post a Comment