Post Top Ad

Post Top Ad

Thursday 15 September 2016

Festival Citrawarna Kuala Lumpur 2016

Festival Citrawarna kembali! Jom pakat ramai ramai ke festival tahunan ni!

Festival Citrawarna Kuala Lumpur telah mula diperkenalkan buat pertama kalinya pada tahun 1999 bertujuan untuk mempromosi dan meraikan kesenian, warisan, budaya dan alam semulajadi serta keunikan Malaysia melalui persembahan lampu, muzik, tarian dan bunga api yang memukau di waktu malam.

Sesebuah negara dikenali kerana budaya dan keunikan adat yang dimiliki, oleh itu, untuk Festival wajib tahunan anjuran Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia ini telah membawa kelainan kali ini dengan mempersembahkan tema “Mitos Dan Kisah Rakyat”. Keunikkan tema tahun ini tercetus melalui kepelbagaian mitos dan kisah rakyat yang dimiliki oleh setiap negeri di negara ini.

Masyarakat Malaysia selama ini hidup di dalam kelompok masyarakat yang berbeza serta adat dan kebudayaan yang pelbagai. Ini merupakan satu elemen penting dan menarik yang harus diketengahkan.

Kepercayaan yang pelbagai ini menjadi satu tarikan dan keunikan yang harus dipersembahkan kepada masyarakat bukan sahaja masyarakat tempatan malah kepada pelancong asing. Kelainan Festival Citrawarna Kuala Lumpur 2016, kali ini akan membawa penonton mengenali dan merasai sendiri persitiwa mitos dan lagenda setiap negeri di Malaysia dengan lebih dekat.

13 buah negeri dalam Malaysia akan memperkenalkan dan mempersembahkan kisah-kisah mitos dan lagenda negeri masing-masing sebagai identiti negeri mereka.

Berikut, antara kisah mitos dan lagenda yang akan dipersembahkan oleh setiap negeri :

• Kedah - Merong Mahawangsa
• Pahang – Lagenda Tasik Chini
• Selangor – Upu Chendera
• Negeri Sembilan – Sang Kelembai
• Johor – Puteri Gunung Ledang
• Terengganu – Bukit Puteri
• Melaka – Hang Tuah
• Perlis – Jentayu
• Kelantan – Cik Siti Wan Kembang
• Pulau Pinang – Iktisyaf (Pertemuan)
• Perak – Anak Panah Perak
• Sabah – Huminodun Puteri Nabahu
• Sarawak - Tugau



Selain itu, Festival Citrawarna Kuala Lumpur 2016, turut mempersembahkan persembahan khas dengan menampilkan persembahan daripada Kaum Cina, India, Siam dan turut disertai oleh persembahan daripada Kaum Orang Asli.

Festival Citrawarna Kuala Lumpur 2016 ini akan berlangsung secara rasminya bertempat di Dataran Merdeka pada 24 September 2016 bermula jam 4.30 petang sehingga jam 11 malam yang didahului dengan segmen pertama iaitu Chillax Zone yang akan berlangsung selama dua hari bermula dari 24 September (Sabtu) sehingga 25 September 2016 (Ahad).

Bagi Chillax Zone, pelbagai aktiviti menarik bakal disediakan iaitu termasuklah Buskers, Photowall, Coffe Corner, KL Food Truck Fiesta, permainan rakyat, pameran dan jualan oleh rakan-rakan kerjasama strategik Citrawarna Kuala Lumpur 2016 seperti Starbuck Malaysia, Green Life Landscape, LanBaharin Kuala Lumpur, Josh Lee Fragrances, Teratak Spa, Che Din Food, Gaya Travel dan MaTIC FM.

Pengunjung akan dipersembahkan dengan mitos dan kisah rakyat pada segmen kedua yang akan berlangsung pada 25 september 2016 (Ahad) akan bermula pada jam 8.00 malam dengan diikuti oleh persembahan artis-artis tempatan seperti Ayda Jebat, Datin Alyah, Drama Band, Aweera, Sissy Iman dan Payslip.

Bagi festival julung kalinya ini, pihak terlibat akan menyediakan kemudahan perkhidmatan LRT yang dilanjutkan sehingga jam 1.00 pagi pada 25 September 2016 kepada para pengunjung.

Inisiatif yang diambil oleh pihak Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia ini diharap dapat menarik lebih ramai jumlah pelancong tempatan dan juga pelancong asing untuk datang melancong ke negara ini secara tidak langsung dapat mengenali budaya, adat dan kebudayaan masyarakat Malaysia.


Article credit to : Santai Travel Magazine
Writter : Sheril Ameera
Photo Credit to : Anas Alias

No comments:

Post a Comment