Post Top Ad

Post Top Ad

Saturday, 14 January 2017

Agro Wisata Gunung Mas, Bogor, Indonesia

Agro Wisata Gunung Mas yang terletak di Puncak Bogor di ketinggian 800-1200 meter dari aras laut ini merupakan pengeluar teh yang terbesar di Asia Tenggara. Selain daripada terkenal dengan penghasilan teh, Agro Wisata Gunung Mas ini juga turut mengeluarkan hasil biji kopi yang turut di eksport ke negara lain.

Suhu di sini pula merupakan sekitar 12-22 darjah calcium, ini menjadikan kebun teh ini sentiasa nyaman kepada pengunjung untuk beristirehat setelah seharian sibuk dengan kehidupan kota yang penuh sesak.
Sambil menikmati kehijauan puncak gunung teh yang besar dan nyaman ini, pengunjung turut berpeluang melakukan aktiviti seperti berkuda di hamparan kebun teh, tea walk ataupun berjalan-jalan di kebun teh. Selain itu, pengunjung turut berpeluang melihat sendiri proses menghasilkan teh tersebut secara langsung.

Serta pengunjung turut berpeluang menginap di kawasan homestay di sekitar kebun teh tersebut. Aktiviti seperti ini adalah sangat sesuai untuk aktiviti berkeluarga.




Harga tiket masuk ke sini pula hanya serendah 15.500 Rupiah sahaja. Terdapat juga kedai cenderamata dan galeri teh di sini!

Di sini disediakan empat jenis penginapan iaitu 4 buah bilik standard, 2 unit bungalow, 10 unit penginapan pangrango serta 21 unit pondokan yang turut tersedia ruang sebaguna, ruang kerja dan ruang seminar yang mampu memuatkan sehingga 200 orang pengunjung dalam satu masa.

Tahap ketersampaian untuk ke Agro Wisata Gunung Mas ini pula adalah mudah kerana tidak jauh dari Kota Jakarta dan perkebunan teh ini terletak di permulaan dari arah menuju ke Bogor, Indonesia.

Suasana nyaman, panorama hijau yang mengasikkan serta berpeluang melihat sendiri kehidupan masyarakat di sana termasuk berpeluang melihat sendiri perumahan dan kehidupan pekerja di kebun teh tersebut. Maka, tiada alasan untuk anda tidak singgah ke Agro Wisata Gunung Mas ini jika anda ke Bogor, Indonesia.







Berikut, alamat dan nombor yang boleh dihubungi jika anda bercadang untuk ke sini:

Perkebunan Teh Agrowisata Gunung Mas
Jalan Raya Puncak Km. 87 Cisarua Bogor 16750
Telp. 0251-8252501/8250356
Fax. 0251-8254803
email wa_gunungmas@yahoo.com


2 comments: