Taman Burung Kuala Lumpur merupakan antara tempat wajib dilawati di Kuala Lumpur. Tidak kira bagi pelancong atau pengunjung dalam negara.
Taman Burung Kuala Lumpur merupakan yang terbesar di Malaysia. Pelbagai jenis spesis burung terdapat di sini. Yang lebih menarik, pengunjung akan merasai sendiri pengalaman mendekati burung-burung yang terdapat di sini secara langsung tanpa sebarang halangan kerana di sini burung-burung tersebut dibiarkan bebas berkeliaran.
Kenderaan pelancong iaitu Bas Hop On Hop Off juga telah memilih Taman Burung Kuala Lumpur sebagai salah satu hentiannya. Jadi pelancong boleh berhenti dan meluangkan masa melawati Taman Burung Kuala Lumpur tanpa risau bagaimana mahu ke sana.
Tempat seperti ini adalah sangat sesuai terutamanya ketika cuti sekolah seperti sekarang. Ibu bapa boleh membawa anak-anak ke sini dengan tujuan pembelajaran dan pada masa yang sama boleh meluangkan masa dengan aktiviti berkeluarga seperti ini. Pasti anak-anak akan teruja untuk melihat dan mengenali dengan lebih dekat spesis burung yang terdapat di sini.
Jangan risau, walaupun burung-burung di sini dilepaskan bebas, namun, masih diawasi oleh pekerja Taman Burung ini. Jadi, tidak akan terjadi sebarang kemalangan. Burung yang dibebaskan juga adalah daripada spesis jinak dan tidak berbahaya.
Yang paling menarik perhatian saya ketika lawatan ke sini adalah burung dari sepsis Merak! Burung ini sangat menawan dan menarik ketika ia mengembangkan ekornya. Amat sesuai kepada para jurugambar yang mahu mengambil gambar yang bercirikan kesenian.
Setelah penat berjalan sambil mencuci mata, pengunjung bolehlah mengalas perut atau membasahkan tekak di kedai makanan yang terdapat di dalam ini. Terdapat juga kedai runcit di sini.
Selain itu, terdapat juga birdshow yang dipersembahkan di Zon 4 pada jam sekitar 12.30 tengahri dan 3.30 petang iaitu dua kali sehari. Pengunjung berpeluang melihat gelagat dan aksi yang dipersembahkan oleh burung-burung yang terdapat di sini. Pastinya menarik perhatian!
Masa lawatan pula, Taman Burung ini dibuka pada setiap hari bermula jam 9 pagi sehingga jam 6 petang.
Mengenai harga tiket pula, pengunjung boleh memasuki Taman Burung ini dengan harga RM27 seorang dewasa (bagi pemegang MyKad), RM50 seorang dewasa (bukan pemegang MyKad), RM13 seorang kanak-kanak (pemegang MyKid) dan RM41 seorang kanak-kanak (bukan pemegang MyKid).
No comments:
Post a Comment