Post Top Ad

Post Top Ad

Monday, 10 August 2015

03:09:00

8 Perkara Yang Saya Pelajari Selepas Memilih Untuk Menjadi Backpacker

8 Perkara Yang Saya Pelajari Selepas Memilih Untuk Menjadi Backpacker.

Repost from www.saudari.com




Remaja hari ini dilihat semakin advance. Mungkin ibu bapa akan cakap “mak/ayah pun pernah muda…” tapi ibu bapa hari ini juga harus sedar bahawa masa itu berubah. Walaupun kalian pernah muda tetapi zaman yang dilalui adalah sangat berbeza.

Memilih untuk menjadi backpacker juga merupakan salah satu tindakkan yang semakin menjadi ikutan anak muda pada hari ini. Tidak kira daripada golongan wanita atau lelaki. Seolah-olah telah menjadi satu trend bagi mereka. Namun, hanya mereka yang tegar sahaja yang akan mengekalkan minat dan hobi mereka ini.

Sebenarnya banyak pekara yang perlu kamu persiapkan sebelum kamu memilih untuk menjadi backpacker. Ya benar, backpacker itu mudah dan ringkas tetapi tetap ada persiapan yang harus disediakan sebelum memulakan sesuatu tindakkan.

Semua yang perlu kamu perlu tahu untuk menjadi backpacker.
Backpacker ini dilihat mempunyai kumpulan pengikutnya tersendiri. Antara medium yang kamu boleh rujuk untuk melihat perkembangan mereka adalah seperti di twitter di  @backpackingMY


Kumpulan ini dilihat sangat aktif di twitter selain di blog-blog peribadi. 



Pojiegraphy / Via Pojiegraphy.com

Mereka saling bertukar info dan pengalaman backpacker masing-masing.

So, di sini beberapa persediaan yang perlu kamu lakukan sebelum menjadi backpacker.

1.Destinasi pilihan

Pekara paling utama sebelum menjadi backpacker adalah pastikan kamu telah mempunyai destinasi pilihan. Dalam kepala dah list down kan.
Setelah memilih destinasi pilihan percutian kamu baru lah kamu membuat sedikit research mengenai tempat tersebut.

 Travel / Via Aarp

Memahami lokasi pilihan adalah sesuatu yang sangat penting bagi mengelakkan kerumitan nanti. Make sure kamu tahu lokasi-lokasi yang mahu dituju di sana nanti.

Terutama tempat hotel penginapan. Adalah digalkkan untuk memilih hotel atau tempat tinggal yang berada jauh daripada kelab malam atau lorong-lorong yang gelap. Lagi bagus kalau tempat penginapan berada di tengah bandar. Kemudian, jangan lupa memberitahu kepada ahli keluarga atau kenalan kawasan tempat tinggal kamu, bagi memudahkan mereka untuk mencari kamu jika sesuatu berlaku.

Oh satu tips di sini, make sure kamu telah save nombor kecemasan seperti balai polis di kawasan tempat penginapan kamu bagi membolehkan kamu menghubungi mereka saat kecemasan.

Memahami culture mereka juga adalah penting bagi mengelakkan tindakkan yang boleh menyinggung kaum mereka di sana.

Satu lagi tips di sini, bagi mereka yang baru mahu berjinak-jinak dalam dunia backpacker ni adalah digalakkan memilih destinasi pilihan yang mudah penggunaan bahasanya.
Penggunaan bahasa adalah sangat penting!

Bahasa / Via Jessica Lippe

Kalau boleh kamu digalakkan memilih destinasi yang mampu berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris atau bahasa rumpun dengan baik.

Menurut pengalaman saya ke Thailand, adalah agak sukar penggunaan bahasanya kerana kebanyakkan mereka di sana tidak menguasai Bahasa Inggeris walaupun sedikit. Seperti pemandu saya, mereka langsung tidak mampu memahami Bahasa Inggeris apatah lagi bahasa melayu. 

Kami terpaksa berkomunikasi menggunakan bahasa isyarat. Sudah tentulah mesej nya hanya sampai 10% je. Saat itu saya sesat dan tak jumpa hotel, itu memang sesuatu yang mencabar bagi saya untuk berkomunikasi dengan pemandu ketika itu.

Oleh itu, saya sarankan untuk kamu ke negara seperti Indonesia atau negara Eropah yang fasir berbahasa inggeris.


2.Kesihatan

Sebelum memulakan perjalanan pastikan kamu telah membuat persediaan fizikal dan mental. Paling penting persediaan fizikal.

Checklist diri sendiri dulu sama ada diri tu berada dalam keadaan kesihatan yang baik atau tidak untuk mulakan perjalanan!.

Adalah sangat tidak digalakkan untuk travel dengan keadaan diri yang tidak sihat kerana kamu bakal berdepan dengan kerumitan nanti.

Walau bagaimanapun, kepada yang sihat, kamu tetap digalakkan untuk membawa bekalan ubatan bagi persediaan.


Ok selepas dua pekara penting tu, kamu juga harus membuat checklist seperti berikut :


3.Pakaian

Penyediaan pakaian yang perlu dibawa juga adalah sangat penting sebelum memulakan langkah. Pakaian yang mahu disediakan adalah berbeza mengikut destinasi yang mahu dituju kerana keperluannya adalah tidak sama.

Contohnya pakaian di negara sejuk dan negara yang kering cuacanya sudah tentu berbeza.


4. Makanan

Adalah lebih baik kamu membawa sedikit bekalan makanan. Terutamanya ke destinasi yang kamu tidak pernah pergi. Bagi saat kecemasan, pasti sangat berguna!

Selain itu, kalau boleh bawa lah makanan tambahan seperti vitamin bagi mengekalkan stamina kamu ketika mengembara.


5.Bajet


Peta Duit / Via Businessbvi

Setelah menetapkan destinasi pilihan, kamu haruslah menyediakan bajet yang mencukupi bagi menampung perbelanjaan di sana nanti. Bajet dari segi tempat penginapan, pengangkutan, makanan dan paling penting bajet untuk saat kecemasan juga harus diketepikan lebih awal. Duit saat kecemasan adalah sangat penting!

Checklist yang terakhir, make sure kamu sudah mempunyai duit tukar mengikut negara yang mahu dituju (jika kamu memilih destinasi luar negara). Menyediakan duit tukar adalah sangat penting kerana kebiasaannya, sampai sahaja di airport atau bas station, kamu mesti akan membayar duit teksi atau pengangkutan lain untuk ke destinasi penginapan. 

So agak leceh sebenarnya kalau dah sampai baru nak cari money changer, buat nya kalau tak ada money changer atau tutup, hah naya!


6. Passport

Hah ini satu lagi pekara paling utama yang perlu diberi perhatian! Jangan dah seronok rancang itu ini dalam kepala sekejap lagi esok nak fly baru perasan yang rupanya passport dah expired date. Ingat bukan sehari dua expired, sekarang ni lagi 6 bulan dah expired. 

So rajin-rajin lah selalu check expired date passport kamu. 

Jangan jadi hal percutian kamu semua burn sebab  pasal passport. Ehh tak ada passport mana boleh nak keluar kan! (kalau kamu merancang percutian ke luar negara).


7. Kamera, buku nota dan peta (map) & kompas



Tiga benda ni adalah wajib dibawa setiap kali percutian terutama yang mengamalkan backpacker. Apa guna melabur duit banyak-banyak kalau kamu tak mampu nak merakam dan menyimpan pengalaman kamu itu sebagai kenangan hidup kan?. 

So, kamera adalah benda yang sangat penting. Semua benda, manusia dan keadaan akan berubah juga suatu hari nanti. Tapi hanya gambar yang akan kekal selamanya. So boleh lah nanti tunjuk dekat anak cucu pengalaman kamu.

Buku nota sudah pasti wajib. Sebab sebagai backpacker mereka akan selalu mencatat. Dari permulaan perjalanan sehingga lah balik semula. 

Semua destinasi, perbelanjaan, peristiwa, pengalaman pasti elok dicatat. Terutama kepada mereka yang memiliki blog sendiri, sudah pasti nota-nota yang dicatat ini sangat membantu mereka untuk menulis semula untuk entry di blog mereka untuk dikongsi bersama pembaca. 

Kita ni manusia, kalau tak dicatat kadang-kadang lupa. Lagi-lagi kalau ke banyak destinasi. Mahu semua bercampur aduk nanti.

Dua lagi benda yang kadang-kadang kita anggap remeh dan lupakan. Walaupun teknologi dah maju, ada waze lah apa lah, tapi sebenarnya penggunaan peta dan kompas masih sangat relaven. 

Kalau gadget kamu habis bateri, tak ada line atau rosak tiba-tiba, memang dah tak guna lah. Tetap mencari peta dan kompas juga. Lagipun peta ni lebih besar. So, labih senang. 

Ehhem! Perempuan dah boleh start belajar baca peta dan kompas rasanya sebab ramai perempuan yang tak berapa reti baca peta dan kompas. Kompas juga boleh digunakan untuk memcari arah kiblat. Itu sangat penting.



8. Travel partner

Ada yang memilih untuk backpacker secara solo tapi ada juga yang memilih untuk pergi bersama kawan. Itu terpulang kepada keselesaan masing-masing. Tapi bagi saya, adalah lebih baik kamu travel bersama kawan sebab lebih memudahkan urusan berbanding secara sendirian. 

Tapi untuk memilih kawan tu biarlah pilih kawan yang betul-betul ada minat yang sama dan boleh melayan kerenah masing-masing. Jangan seorang satu kepala je nak kena ikut, susah nanti. Silap –silap boleh bergaduh sebab bila kita pergi travel ni, perlukan kesabaran yang sangat tinggi sebab kadang-kadang tu banyak halangan yang tak diduga kita nak tempuh. Kalau jenis tak sabar memang akan nak marah je. 

Tambahan, travel berkumpulan adalah lebih selamat berbanding secara solo.






Sunday, 9 August 2015

14:49:00

Review Filem To The Fore



This time aku nak review pasal Filem ''To The Fore'' sebuah filem mandarin yang mula ditayangkan di pawagan seluruh Malaysia bermula 6 August 2015.


Ini bukan lah kali pertama aku menonton filem berbahasa mandarin atau filem cina. Boleh dikatakan kerap juga aku menonton filem cina di wayang. Jangan risau, subtitle kan ada.

Ok back to the main point. To The Fore merupakan sebuah filem yang mengentengahkan erti persahabatan dan impian.

Sebuah filem yang melibatkan beberapa buah gabungan production yang hebat. Filem ini juga melibatkan beberapa buah negara seperti Beijing, Itali, Switzeland, Korea dan banyak lagi. Scenary memang cantik lah sebab tidak hanya tertumpu kepada satu tempat sahaja.

Filem ini dibintangi oleh tiga orang hero iaitu Eddie Peng Yu-Yan (Ming), Shawn Dou Xiao (Tian) & Choi Siwon (Ji-Won).


Left (Tian, Ming, Ji-Won)


Filem ini berkonsepkan sukan. Sukan berbasikal menjadi motif utama filem ini.

Ming, Tian dan Ji-Won tiga orang yang datang daripada berbeza latar belakang dan memiliki personaliti yang sangat berbeza. Mereka bertemu dalam satu kem pemilihan Pasukan Radiant, sebuah pasukan yang baru ditubuhkan dalam misi mengejar kejuaraan.

Mereka bertiga mula menjadi sahabat sejak pemilihan tersebut. Ji-Won seorang yang memiliki personaliti yang lebih matang berbanding Tian dan Ming. Ji-Won juga lebih senior dan lebih arif di atas track berbanding Tian dan Ming. Ji-Wong banyak menjadi penasihat kepada Tian dan Ming kerana Ji-Wong lebih berpengalaman. Dia juga dipilih untuk menerajui Pasukan Radiant. Kekuatan, kepantasan dan disiplin yang dimiliki oleh Ji-Wong telah menjadikan dia sebagai pelumba akhir atau sprinter untuk pasukan.

Manakala Tian pula, memiliki personaliti yang agak cool dan pendiam . Tian dilihat kurang bercakap dan lebih suka menjadi pemerhati. Pada mulanya, Tian adalah seorang yang sukar untuk didekati. Tian dipilih untuk menerajui di tengah Pasukan Radiant.

Ming pula memiliki personaliti yang berbeza dengan Tian. Ming seorang yang periang (childish), peramah dan outspoken. Ming dilihat lebih banyak main-main dalam pasukan. Tetapi Ming tidak pernah mengecewakan pasukan, kerana Ming merupakan seorang yang memiliki keyakinan diri yang tinggi walaupun kadang-kadang over confident. Ming juga dilihat sering menukar plan Pasukan Radiant di saat akhir ketika di track. Namun, setiap kali pertukaran yang dilakukan, tidak pernah mengecewakan dalam usaha membantu pasukan menjuarai kemenangan. Ming mengambil posisi di second last sebagai back up kepada Ji-Wong. Ming selalu berpegang kepada "Jika memiliki keyakinan diri, ayuh lakukan". Walaupun dalam beberapa perlawanan Ming menghadapi kemalangan yang serius, namun, Ming dilihat tidak pernah berputus asa dan meneruskan perlumbaan dalam keadaan yang cedera.

Ji-Wong dilihat lebih banyak menguruskan urusan pasukan berbanding Ming dan Tian. Ming yang terkenal dengan nakalnya, kerap menganggu Tian. Tidak kira ketika di tempat mereka bekerja, di sesi latihan termasuk lah soal wanita pilihan. Dalam filem ini, Tian dan Ming telah meminati wanita yang sama iaitu Shiyao lakonan Wang Luodan.Shiyao juga merupakan pelumba basikal bagi pasukan wanita.

Tian dan Ming dilihat sering bersaing sesama sendiri dalam usaha merebut hati Shiyao. (di sini diselitkan banyak babak yang melucukan) Akhirnya salah seorang menjadi pilhan Shiyao. Siapakah?. Kena tengok sendiri filem ni.

Walaupun hanya seorang menjadi pilihan gadis yang mereka rebutkan, namun, ikatan persahabatan mereka tidak pernah terganggu dan bermasalah. Tian dan Ming masih mesra dan rapat seperti biasa.

Sedang kemenangan demi kemenangan menjadi milik Pasukan Radiant, pasukan ini terpaksa dibubarkan kerana kekurangan dana untuk meneruskan misi mereka.

Di sini bermula segala konflik antara mereka. Setelah menamatkan kontrak dengan Pasukan Radiant, tiga sahabat ini dipisahkan. Pengurus pasukan, Li lakonan Andrew Lin telah mencari pasukan baru untuk mereka. Sebelum Li bekerja sebagai penyelia kilang setelah membubarkan pasukan.

Ji-Wong, Ming dan Tian menanda tanggani kontrak dengan pasukan yang berbeza. Mereka bertiga menjadi rebutan banyak pasukan kerana ketiga-tiga mereka memiliki kekuatan masing-masing yang berbeza.

Ji-Won

Ming

Tian

Untuk perlumbaan seterusnya, Ji-Wong, Tian dan Ming akan hadir sebagai musuh di track.

Walaupun berbeza pasukan, persahabatan mereka masih baik seperti sebelumnya. Ming dan Ji-Wong silih berganti menjuarai perlumbaan. Namun, nasib berbeza menimpa Tian. Tian tidak pernah berpeluang menaiki podium sejak bersama pasukan baru. Tian mula merasa sedih dan down apabila melihat dua sahabatnya itu silih beganti menaiki podium kejuaraan.

Setelah berada di atas, Ming dilihat semakin liar. Ming menjadi seorang yang pemarah. Setiap kesilapan dan kekalahan pasti akan menjadi punca pergaduhan dengan rakan sepasukan sehingga suatu hari Ming terlibat dengan pergaduhan besar bersama pasukan kerana kalah. Akibat pergaduhan tersebut, Ming telah digelar "Pelumba Setan" oleh media.

Ji-Wong pula masih seperti biasa. Ji-Wong masih mengekalkan sifat professional nya dan sering menasihati Ming. Walaupun mereka bermusuh di track, tapi mereka masih baik seperti biasa di luar track.

Melihat keakraban dan populariti yang diraih Ji-Wong dan Ming, Tian merasa rendah diri dan tidak layak untuk bersaing dengan mereka.Pada satu majlis PC, Ming telah mendekati Tian sebelum meninggalkan Tian sebentar untuk PC, sekembalinya Ming, dia melihat Tian telah meninggalkan tempat tersebut.



Ming berusaha mencari Tian di jalan sekitar. Ming melihat Tian sedang bejalan di tengah hujan sendirian. Ming keluar daripada keretanya dengan membawa payung dan menyapa Tian. Walaupun Ming memiliki kereta, namun Ming tetap memilih untuk jalan bersama Tian dalam hujan. Di situ terlihat, Ming tidak langsung membezakan populariti yang dimilikinya kini dengan Tian. Ming tetap menganggap Tian sebagai sahabat.

Pasukan Radiant

Sehingga konflik semakin memuncak, akibat pergaduhan, Ming telah digantung daripada sukan berbasikal selama 9 bulan. Di saat ini, hubungan Ming dan Shiyao mula bermasalah kerana terlibat skandal. Ming mula down dengan keadaan dirinya pada ketika itu.

Tian pula semakin tertekan dengan posisi dirinya dalam pasukan apabila dia mula mendapat amarah akan digantikan dalam pasukan jika tidak meningkatkan prestasinya. Tian semakin gigih menjalani latihan dalam keadaan yang tertekan. Sehingga suatu hari Tian berjaya menjuarai banyak perlumbaan. Namun kejuaraannya meragukan Ji-Won kerana Ji-Won dan Ming merupakan handalan yang sukar ditandingi. Sebagai bekas rakan sepasukan, Ji-Won juga sudah tahu kemampuan Tian. Sehingga lah satu hari sebaik tiba di garisan penamat, Tian pengsan dan di bawa ke hospital. Tian disahkan mengambil dadah untuk stamina dan menambah denyutan jantungnya.

Ji-Won pula semakin merindui Ming untuk kembali ke track. Berbeza dengan Ji-Won, dia dilihat bermasalah dengan pengurus pasukannya. Ji-Won akhirnya keluar daripada pasukan apabila mendapat tahu pengurusnya merasuah dalam pertandingan bagi memenangi perlumbaan. Akibat rasuah tersebut, telah menyebabkan sahabat baiknya, Ming terlibat pergaduhan dan digantung 9 bulan. Ji-Won yang mengamalkan 'fair play' merasakan dirinya telah dikhianati.

Tian menjadi peneman setia Shiyao semasa hubungan Ming dan Shiyao bermasalah.

Namun, Tian telah menghilangkan diri setelah berita pengambilan dadah dia tersebar. Tian meninggalkan semuanya tanpa pesan.

Suatu hari Shiyao pula terlibat dalam kemalangan semasa perlumbaan kieren yang disertainya. Shiyao mengalami cedera parah dan terpaksa menerima hakikat, dia tidak lagi mampu berjalan apatah lagi mengayuh. Semasa perlumbaan, Ming telah datang dan menyaksikan Shiyao dalam keadaan cedera. Ming telah membawa Shiyao ke hospital dan Ming telah mengambil keputusan untuk mendermakan tendon tulangnya kepada Shiyao. Keputusan yang dibuatnya telah memadamkan masa depannya kerana Ming juga tidak mampu berlumba lagi dengan keadaan kakinya yang kini bertongkat.

Apa yang terjadi kepada Ji-Won, Tian, Ming, Shiyao pada akhirnya?. So pergi lah panggung terdekat, bayar RM 15, grab your pop corn and enjoy your movie!


"I never thought, winning can bring so much pressure"



(Sorry lah dah jadi aku cerita bukan review!)



















Sunday, 2 August 2015

13:53:00

Persediaan untuk menjadi backpacker


“The world is a book, and those who do not travel read only one page”

Hidup ni hanya sekali, so kenapa kita nak habiskan perjalanan hidup kita dengan tanpa berbuat sesuatu kelainan untuk diri kan?.

 Travel mungkin satu cara untuk kita keluar melihat dunia baru dan mencari sesuatu yang tidak pernah kita temui dalam kehidupan kita sebelum ini.

Oh first of all, soalan pertama daripada kenalan mesti…

"Macam mana kau boleh lepas? macam mana nak dapat permission pergi travel sendiri ni...lagi –lagi perempuan..macam mana nak cakap dengan parents?"

So here some tips, mana tahu boleh diguna pakai.



Pengalaman travel as backpacker bukan lah semudah yang disangkakan. Tapi tidak juga seteruk yang dibayangkan!


1.Buat research



Kepada sesiapa yang baru berniat untuk mencuba kali pertama menjadi backpacker adalah digalakkan untuk membuat ‘research’ terlebih dahulu mengenai destinasi yang kamu mahu tuju. 

Yang paling penting, kamu sudah ada target destinasi yang tepat.

 Jangan sekejap berubah-rubah sebab susah nanti asik nak kene tukar ‘tajuk research’ je. 

Make sure kamu kaji lah sedikit mengenai kawasan destinasi tersebut seperti di mana lokasi airport, tempat tinggal kamu nanti (hotel), tempat makan (paling penting!), tempat lawatan yang paling menarik.

Takut kalau tak buat research terlebih dahulu, mahu huru-hara segala plan kan! 

So rajin-rajin kan lah diri melawat blog-blog backpacker untuk mendapatkan beberapa tips berguna. 




Blog merupakan medium paling mudah untuk kita membuat rujukan mengenai sesebuah percutian.


2.Bajet

Bila dah buat research baru lah boleh tahu, berapa bajet yang harus dikeluarkan untuk percutian kamu. 

Dari hotel, pengangkutan, makanan dan paling penting, duit masa kecemasan harus disediakan juga! 

Well, kita tak tahu apa akan jadi walaupun selepas kita yakin kita dah buat well preparation kan.

Untuk tempat penginapan tak kira lah hotel/ hostel/ homestay/ chalet ke, yang penting kamu memilih yang terbaik. 

As backpacker, sebenarnya lebih kepada ‘cukup lah sekadar ada’

Backpacker selalunya akan mencari tempat penginapan yang paling murah!

Backpacker ni lebih ringkas dan mudah.

 Kalau di Krabi memang famous dengan penginapan di hostel dan hotel murah. Walaupun murah, tapi hotel di sini boleh dikategorikan sebagai selesa!.




Kepada sesiapa yang baru mahu memulakan langkah sebagai backpacker, aku rasa, Thailand merupakan antara detinasi terbaik.

 Kerana percutian di Thailand seperti Krabi menawarkan percutian bajet. Sangat berpatutan kepada kamu.


3. Solo backpacker atau bersama geng?



Ada sesetengah memilih untuk backpacker secara solo ada juga mencari teman untuk backpacker bersama. 

Masing-masing ada kelebihan dan kekurangannya.

Untuk solo backpacker memang sesuatu yang sangat mencabar kerana kamu harus melalukan segalanya secara sendirian. 

Benda kecil pun tak boleh terlepas pandang ok! 

Contohnya, pasal nak masuk toilet pon kena bawa segala barang-barang segala bag sebab tak ada orang boleh tengokkan. Nak suruh orang lain hmmm faham-faham lah segala risiko.

 Tapi yang bestnya, kamu boleh belajar berdikari. Segala kemungkinan dihadapi sendirian. 

Bila dah balik tu, dah berjaya backpack solo, pehhh kepuasan pasti dirasai!

Untuk nak backpacker bersama kawan atau berkumpulan, benda paling penting adalah make sure, dapat kawan yang memang satu kepala! 




Bukan apa, kalau dapat kawan yang tak berapa nak ngam nanti payah sebab sepanjang percutian harus bersama mereka.

 Semasa macam ni lah kawan tu nak jaga kita, kita nak jaga kawan kita. 

Saling menjaga. Jangan lah dapat kawan yang nak kene ikut kepala dia je nanti. Yang paling penting melalui pengalaman aku as backpacker, as partner, korang kene lah give and take.

 Contohnya, jangan lah berkira sangat.

 Kalau naik transport macam tuk tuk ke “ehh tak apa, aku bayar” 
kalau pergi makan “malam ni aku bayar”
 atau “Tak ada duit kecil lah, pinjam dulu boleh?”. 

Cuba sekali sekali tawarkan macam tu. Baru lah rasa susah senang sama-sama sepanjang percutian.

 Nanti tak adalah orang serik dengan kita kan?.


4. Barang yang perlu dibawa

Nama pun backpacker, so jangan lah bawa berderet-deret luggage pulak, terutama perempuan!. (Tengah cakap dengan cermin ni) 

Perempuan dan barangan yang banyak memang tak dapat dipisahkan. 

Tapi cuba kali ini bawa hanya yang perlu sahaja

Utamakan yang penting terlebih dahulu.



 Bawa pakaian yang mencukupi dan DIPERLUKAN sahaja. Pandai-pandai lah bajet berapa helai. 

Tapi kalau aku, memang tak lah nak tukar baju banyak kali. Pakai je banyak kali selagi tak ada bau dan tak kotor hahaha sebab tahu tak bawa baju banyak.

 Kasut dan selipar adalah wajib bawa dua-dua. 

Kasut tu jangan lah pula kasut heels. Kamu tu nak meneroka banyak tempat, so bagusnya bawa sneakers atau kasut sukan je. Selesa dan mudah. Tak melecet. 

Selipar pun wajib sebab ada masanya nak kena guna. Macam time nak main air dekat pantai jangan lah pula pakai kasut, dah lah itu one and only je kamu bawa, karang basah lencun, apa pun tak boleh.

Selain itu, ubat-ubatan pun adalah sangat penting! 

Terutama kepada sesiapa yang ada semput tu. Inhaler adalah nyawa anda! Bukan senang nak tiba-tiba cari ubatan di kawasan yang kamu sendiri tak familiar. Panadol dan minyak angin ok pack sekali.

Hah paling penting, bawa lah sedikit bekalan makanan! Roti pon jadi lah. 

Dalam keadaan kecemasan pasti sangat berguna!.

Yang terakhir….Paling penting dan sangat tak bermakna percutian kamu kalau tak ada. 

Sudah pasti kamera dan buku nota! 






Siapa je yang pergi bercuti dan tak nak merakamkan detik indah tu kan. So kamera adalah sangat penting untuk perjalanan kamu. 

Adalah tidak lengkap jika kamu as backpacker tapi tiada buku nota. Sebab kamu pasti akan catat semua pengalaman kamu. Daripada perjalanan sehingga lah ke bajet. Semua adalah penting untuk dicatat bagi membuat postmortem di akhir perjalanan nanti.


5. Duit tukar

Duit pasti lah keperluan paling utama yang harus dibawa!

 So make sure before memulakan perjalanan, kamu dah tukar duit di money changer.

 Adalah lebih baik tukar di negara sediri terlebih dahulu. 

Kalau rasa rate di negara sendiri agak mahal, at least tukar juga walaupun amount yang sikit. 

Sebab sampai-sampai mesti dah nak kena guna sikt duit untuk teksi ke kan?. So kena lah ada sedikit duit tukar.

CREDIT PHOTO TO : www.pojiegraphy.com






12:20:00

5 Sebab Sebenar Kenapa Gadis Remaja Terjangkit Dengan Virus Kpop

5 Sebab Sebenar Kenapa Gadis Remaja Terjangkit Dengan Virus Kpop


REPOST FROM www.saudari.com





Ungkap sahaja perkataan ‘KPOP’ sudah pasti ramai yang mula tidak keruan terutama gadis-gadis remaja di luar sana.

 Fenomena KPOP semakin menjadi jadi sejak kebelakangan ini. 

Ada yang sanggup berhabis demi memenuhi minat mereka.

Wang dan tenaga seolah-olah tidak menjadi masalah kepada kumpulan pengemar KPOP ini.

Selain itu, dapat dilihat juga, media cetak di negara ini turut menukar strategi pemasaran mereka daripada majalah hiburan tanah air kepada majalah yang mengetegahkan artis-artis Korea. 

Bukan soal memartabatkan artis luar tetapi sebagai medium, syarikat percetakkan perlu memasang strategi searus dengan permintaan pembaca. 

Strategi ini lah yang bakal menentukan untung ruginya sesebuah syarikat tersebut.


Kemunculan artis-artis KPOP juga dilihat bak ‘cendawan tumbuh’ pada hari ini. 

Terutamanya artis berkumpulan.

 Seperti artis kesayangan Syarikat SM Entertaiment, Kumpulan EXO dilihat telah menjadi satu fenomena dalam dunia pengemar KPOP apabila mula menjadi kegilaan para peminat sejak penubuhan mereka pada tahun 2012.

 Kehebatan mereka tidak dapat disangkal lagi apabila EXO berjaya menjadi artis KPOP terlaris pada tahun 2013 apabila album mereka berjaya terjual 740.000 cetakkan hanyak dalam waktu tiga bulan sahaja.

 Kejayaan mereka ini membuktikan mereka berjaya memecahkan rekod 12 tahun yang lalu yang dipegang oleh Kumpulan ciptaan SM Entertaiment juga iaitu Kumpulan G.O.D pada tahun 2001 dengan jualan album sebanyak 700.000 cetakkan. 

Namun, kini dipercayai, album Kumpulan EXO telah mencecah lebih 1 juta cetakkan. Satu kejayaan baru dalam dunia KPOP.

 Tahniah EXO!

Mengapa artis KPOP menjadi pilihan anak muda pada hari ini?

Ayuh kita semak sebab artis KPOP menjadi pilihan remaja kini : 

G.O.D / Kama Studio Via Kpopstarz

EXO / SM Entertainment Via Vcpost


1.    Rupa
  
Tidak perlu bercakap soal bakat terlebih dahulu kerana saya yakin, artis KPOP ini diminati kerana rupa yang mereka miliki.

 Siapa tidak tertarik dengan rupa yang comel dan kacak, bukan?. 

Apabila memiliki rupa yang menarik, bakat menjadi syarat kedua.

Artis KPOP pada hari ini dilihat memiliki bentuk rupa yang comel tidak kira daripada golongan artis lelaki atau wanita.

Benar, ada antara mereka melakukan pembedahan plastik bagi memiliki wajah yang menarik, namun, ada antara mereka yang tidak melakukan pembedahan plastik dan mengekalkan wajah asal mereka.

 Dengan sedikit make-up sudah mampu menyerlahkan kekacakkan dan kecantikkan yang mereka miliki.

Antara artis KPOP lelaki yang memiliki raut wajah yang kacak ialah Siwon daripada Kumpulan Super Junior, T.O.P daripada Kumpulan BigBang, Jaejoong daripada Kumpulan JYJ, Kris bekas anggota Kumpulan EXO, dan Jonghyun daripada Kumpulan CN Blue dan pelakon K-Drama, Lee Dong Wook.

Lee Dong Wook / Via Allabtkpopanddramas

Manakala artis KPOP wanita yang memiliki raut wajah yang comel dan cantik ialah Jessica bekas anggota Kumpulan Girl Generation, Sandara Park anggota Kumpulan 2NE1, Nana daripada Kumpulan After School  dan ramai lagi.

2. Bakat

Setelah bercakap soal rupa, barulah layak bercakap soal bakat. 

Tidak dinafikan artis KPOP ini memiliki bakat yang besar. 

Bakat mereka bukan sahaja terserlah daripada segi nyanyian tetapi juga daripada segi tarian, lakonan dan pengacaraan.

Rupa, alunan suara dan ketangkasan mereka beraksi di atas pentas dan di skrin televisyen menjadikan mereka layak dijadikan idola oleh kumpulan pengemar mereka.

KPOP memang terkenal dengan artis yang memiliki bakat tarian yang hebat ketika beraksi.

 Selain mampu menghasilkan music video yang menarik, ketajaman dan ketangkasan aksi mereka menjadi tarikan utama bukan sahaja untuk pengemar wanita tetap mampu menarik minat remaja lelaki.

Pengemar daripada golongan lelaki mula meminati KPOP apabila mereka melihat aksi berstamina artis-artis KPOP ketika membuat persembahan. 

Antara artis yang memiliki gerak tari yang kemas iaitu Kumpulan InfinIte, Kumpulan EXO, Kumpulan Girls Generation dan Kumpulan BTS.

Selain itu,artis KPOP juga memiliki bakat lakonan dan pengacaraan. 

Telah terbukti, kini ramai artis KPOP yang mula menempatkan diri dalam dunia lakonan dan pengacaraan.

Ternyata mereka ini terserlah dalam pelbagai bidang. 

Kebolehan yang dimiliki mereka ini menjadikan mereka ikon kepada remaja di seluruh dunia pada hari ini.


3. Gaya

Sentuhan gaya artis KPOP juga sangat terserlah dari segi pemakaian dan gaya rambut  mereka.

Untuk soal gaya, dua syarikat gergasi KPOP iaitu SM Entertaiment dan YG Entertaiment sangat terkenal kerana dua syarikat ini telah melahirkan artis KPOP yang mempunyai citarasa gaya yang sangat baik.

Artis kelahiran Syarikat YG Entertaiment, G-Dragon daripada Kumpulan BigBag kini menjadi ikon bagi gaya rambut apabila dilihat menjadi antara artis yang kerap mengubah fesyen rambutnya. 

G-Dragon dilihat sering memperkenalkan gaya rambut yang agak unik daripada segi pemotongan rambut dan pemilihan warna rambut.

Manakala artis kelahiran Syarikat SM Entertaiment yang kini bergerak secara sendiri, Kris, bekas anggota Kumpulan EXO pula dipilih sebagai antara ikon fasyen artis KPOP dan digelar ‘airport fashion’ oleh beberapa pengkritik fasyen. 

Kris dilihat sering muncul dengan gaya pemakaian yang menarik dan unik. Memiliki ketinggi yang mencecah lebih daripada 193 cm menjadikan beliau tiada masalah untuk mengayakan fasyen yang terbaik.

Kris (Wuyifan) / Via baekh-yeol.tumblr.com


4.   Kesungguhan

Jika kamu bukan lah daripada kumpulan penggemar KPOP, pasti kamu tidak akan tahu bagaimana artis KPOP ini memulakan langkah mereka untuk bergelar ‘idol’.

Tidak semudah yang disangkakan. 

Artis KPOP yang terkenal hari ini tidak lah memperoleh kejayaan dengan sekelip mata. 

Pelbagai kepayahan yang terpaksa mereka lalui sejak pertama mereka masuk ke syarikat untuk bergelar artis.

Setiap artis mempunyai kontrak yang perlu dipersetujui. 

Apa sahaja tindakkan mereka akan terikat dengan kontrak yang telah mereka tanda tangani.

 Ini termasuk, ada antara mereka yang tidak dibenarkan pulang ke rumah bergantung kepada jadual mereka.

 Ada antara mereka yang tidak berpeluang pulang ke rumah hampir tiga sehingga empat tahun kerana terlalu sibuk dan terikat dengan jadual karier mereka. 

Bayangkan keadaan kamu di tempat mereka jika empat tahun tidak pulang bertemu dengan keluarga dan rakan-rakan yang membesar bersama kamu sebelum ini.

Jauh daripada keluarga sudah pasti menjadi detik yang paling sukar dalam hidup mereka untuk meneruskan perjuangan. 

Perasaan rindu tidak dapat disembunyikan lagi apabila ramai artis KPOP mula membatalkan kontrak mereka dan pulang ke pangkuan keluarga.

Tahun 2014 dan 2015 menyaksikan tahun kemurungan buat Kumpulan EXO apabila tiga anggota kumpulan tersebut mula menarik diri dan berniat membatalkan kontrak mereka. 

Kris mejadi anggota pertama yang meninggalkan Kumpulan EXO yang diikuti oleh Luhan dan yang terbaru Tao. Ketiga mereka merupakan anggota EXO-M (EXO mandarin). 

Mereka membuat keputusan untuk keluar dan memfailkan pembatalan kontrak di makhamah dan pulang ke pangkuan keluarga. 

Sehingga hari ini keputusan kes masih tergantung dan mereka bertiga kini giat bergerak secara solo.

Berikutan jadual latihan mereka pula, kesemua mereka harus mengikuti pelbagai kelas termasuk kelas nyanyian dan tarian. 

Mereka berlatih hampir seharian. 

Jadual rehat mereka pula bergantung kepada kepantasan mereka menghabiskan pembelajaran mereka pada hari itu. 

Ada antara mereka hanya mempunyai tiga jam sahaja waktu tidur sehari. Bergitu lah rutin harian mereka sebagai pelatih.

Kesungguhan dan ketabahan yang mereka tunjukkan telah mengajar peminat mereka untuk tidak mudah berputus asa dan terus berusaha untuk mengapai impian mereka walau sesukar mana pun.

5.  Rancangan realiti

Kebanjiran rancangan realiti yang dipertontonkan oleh stesen televisyen Korea menjadikan ramai yang berminat untuk menonton cerita Korea.

Ya benar, di negara kita juga mempunyai beberapa rancangan realiti. 

Namun, rancangan realiti yang dipertontonkan adalah kurang.

Antara rancangan realiti Korea yang mendapat perhatian pada hari ini seperti The Return Of Superman yang memaparkan realiti kehidupan seorang ayah yang menjaga anak-anak tanpa bantuan seorang isteri. 

Rancangan realiti ini semakin terkenal selepas kehadiran pasangan kembar tiga iaitu Daehan, Minguk dan Manse.

The Triplets, Daehan, Minguk,Manse / Via Soompi


Rancangan realiti ini dilihat berjaya menarik minat pengemar KPOP bukan sahaja pada peringkat usia remaja malah ibu bapa di negara kita turut mengemari rancangan tersebut.

Selain itu, rancangan realiti seperti EXO Showtime yang memaparkan kehidupan harian kumpulan terkenal tersebut mendapat perhatian penggemar KPOP.

 Kedekatan yang ditayangkan menjadikan peminat berasa dekat dan mengenali artis kesayangan mereka dengan lebih dekat. 

Di dalam rancangan tersebut menyaksikan dua belas anggota mereka mempamerkan diri mereka yang sebenarnya. 

Jadi tidak hairan penggemar KPOP merasakan mereka telah mengenali artis kesayangan mereka secara mendalam.

Selain itu, artis KPOP dilihat tidak sombong dan sangat mesra peminat apabila bertemu dengan peminat mereka.

 Keramahan mereka ini menjadikan mereka disayangi oleh peminat.

Maka, dengan kelebihan yang dimiliki di industri Korea tidak hairan lah KPOP mampu menjadi fenomena di seluruh dunia pada hari ini.