Post Top Ad

Post Top Ad

Sunday, 31 January 2016

22:49:00

Universal Studio Singapore


photo taken from hokelanatransport

REPOST FROM www.saudari.com




Dah beberapa bulan baru teringat nak upload entry ni. Kali ini saya dan keluarga memilih untuk melawat ke Universal Studio Singapore. USS sekarang ni sudah tidak asing lagi, dan dah menjadi salah satu destinasi yang kerap dilawati. Sekali sahaja dapat melawat pun sudah memadai.

Sebuah taman tema yang terletak di Singapura ini sudah pasti menjanjikan sesuatu yang hebat serta pengalaman yang tidak akan dapat dilupakan terutama kepada kanak-kanak! (padahal dah tua tua ni pun excited macam kanak-kanak cehh!)

Saya yang duduk di JB pun baru berkesempatan ke USS. Walaupun....sebelah JB je. Tapi apa yang saya boleh katakan, memang tak rugi lawatan kali ini.


Perjalanan saya kali ini, saya mendapatkan perkhidmatan pakej daripada ejen percutian. Yang tinggal di JB tu boleh lah usha usha pakej ni di Terminal Hentian Larkin. Di sana banyak ejen yang menawarkan pakej lawatan ke USS. Bagi yang tinggal di negeri lain, boleh je usha di laman laman web lain. Seriously, untuk ke USS, better ambil pakej. Sebab lebih murah dan pastinya mudah!

Lawatan kali ini dikenakan bayaran RM200 pakej termasuk pas lawatan (kepada sesiapa yang tidak ada passport), bas untuk pengangkutan pergi balik, tiket masuk ke taman tema, serta baucher makan 5 dollar dan baucher barangan 5 dollar.

Manakala harga tiket masuk pula (sekali masuk):
-74 Dollar untuk berumur 13-59 tahun, 
-54 Dollar kanak-kanak yang berumur 4-12 tahun 
-36 Dollar kanak-kanak yang berumur 4 tahun ke bawah.

Waktu beroperasi pula bermula jam 10 pagi sehingga 7 malam.




Nampaknya abah lebih excited ni! Jum explore apa yang menarik sangat di USS ni sampai ramai orang yang teringin sangat hendak ke sini.



Ohmaigad... Melangkah sahaja masuk ke taman temanya, dah rasa superb! Memang melebihi my expectation. Perasaan tu memang macam rasa dah masuk ke alam lain. Alam fantasi! Terus lupa yang diri ni dah 22 tahun (semasa ke sana) heee. 


Taman tema yang menawarkan 7 jenis bahagian seperti, Far Far Awaay, Madagascar, The Lost World, Hollywood, New York, Sci-Fi City dan Acient Egypt. Memang sehari tidak cukup melainkan kamu mendapatkan pass VIP yang tak perlu beratur tu. Tapi sebenarnya tak lama pun beraturnya. Memang cepat. Tak adalah lama sangat menunggu. Kecuali untuk beberapa game yang betul betul menjadi tumpuan seperti Transformer dan sudah tentu Roller Coster! 


Transformer 3D Ride ni memang menjanjikan satu kepuasan! And sebab tu, Transformer ni menjadi salah satu favourite saya di USS ni. Walaupun......beratur paling lama di USS. Kata orang, Transformer ni memang wajib masuk. Rugi tak masuk. Itu yang sanggup menunggu lamaaaaaa. 

Tapi dalam tu ada warning, sesiapa yang cepat pening better tak menunggu. Sebab memang pening saya masuk. Mungkin disebabkan grafik dan audio yang digunakan di dalam.Tapi bila dah naik roller coster 3D ni memang rasa berbaloi untuk beratur dan hilang segala pening. Nak try lagi sekali tapi sayang, masa tak mengizinkan. Kena kejar masa untuk habiskan satu harini.




Lihat sahaja roller coster ni, hilng terus pedoman dibuatnya. Dengan tak warm up apa apa, terus pilih nak naik roller coster dulu. Sebab dari malam semalamnya dah terbayang-bayang roller coster. Saya ni seorang yang suka kan extreme game terutama yang pada tahap ketinggian, memang suka. 

Terus terkejut badan ni. Memang awesome lah roller coster di USS ni. Rugi kalau tak cuba. Tapi kalau betul betul gayat atau ada masalah kesihatan, better jangan naik. Sebab memang menakutkan hahaha. Seriously!


Di Jurassic Park ni, memang kamu akan basah! Sebab di bahagian ni merupakan permainan air. Main masuk je lah main, sekali amik kau, siap buka kasut semua. Memang basah lah. Nasib baik memang standby bawa pakaian lebih. Bawa kasut lebih!

*Sorry tak ada gambar masa main semua permainan, sebab akan ada sportcheck sebelum naik, tak dibenarkan bawa apa apa barangan. 


Acah acah baca map, padahal tak reti baca. Ending apa depan mata, terus try.




So, ini lah food court yang disediakan di dalam taman tema. Sebenarnya banyak je lagi restoran lain, tapi baucher hanya boleh digunakan di food court ni sahaja. So far, makanan di USS ni tidak lah mahal sangat. Berpatutan bagi saya. 




Okayy, dalam banyak banyak saya paling suka adalah show ni. Mula mula tak tahu apa ada dalam ni, main masuk je lah sebab tengok orang semua berpusu pusu nak masuk. Rupanya ada show dan masa tu memang ada pelawat yang basah kuyup lah. Sebab show ni melibatkan pertunjukkan air. 

Memang rugi siapa tak cari show ni kalau ke sini. Wajib ya!

Di bahagian The Lost World, memang show yang menakjubkan bagi saya. Show lakonan yang dilakukan secara live atau pun real. Memang sound effect, props dan lakonan yang sangat mantap. Lima bintang!




Dah nak balik tu, benda wajib sudah pasti beli souveniors untuk di bawa balik. Ini part yang paling susah, kena kawal nafsu lah. Sebab rasa semua benda nak dibelinya! sebab setiap cartoon ada kedai souvenior nya sendiri. Bagi saya, harga souvenior dia pun berpatutan. Tak lah mahal sangat. Lagipun kan ada baucher tadi. Boleh lah buat tambah tambah.



Thank you USS sebab bawa aku masuk ke alam fantasi walaupun sekejap.



Sunday, 20 December 2015

08:45:00

Pesalah Juvana, "Terperangkap dalam kebebasan"



Pesalah juvana seringkali digelar sebagai “budak jahat” oleh masyarakat. Setiap pesalah ini mempunyai masa silam mereka yang tersendiri. Namun, jarang sekali masyarakat mahu mengenali golongan  ini terlebih dahulu.

Sebagai masyarakat, mereka memainkan peranan penting dalam membantu golongan ini untuk kembali membentuk sahsiah dan keperibadian mereka. Usaha pesalah juvana untuk kembali membuka lembaran baharu dalam hidup mereka, tidak akan berjaya atau sukar sekiranya masyarakat terus memandang rendah terhadap mereka.

Dapat dilihat dengan jelasnya masyarakat pada hari ini sering melontarkan tomahan terhadap golongan  ini. Perbuatan masyarakat yang mencela golongan juvana ini sepertinya langsung tidak memikirkan kesannya terhadap mereka dan terus memandang mereka ibarat parasit.

Layanan buruk yang masyarakat berikan kepada mereka sebenarnya akan menjadi salah satu faktor penyumbang kepada kegagalan golongan tersebut kembali menjalani hidup sebagai individu yang bebas. Golongan ini akan merasakan diri mereka seakan sudah tiada peluang untuk mendapatkan kehidupan mereka semula.

Tersepit dengan situasi tersebut dan cabaran hidup di luar yang sukar ditangani menyebabkan ada antara mereka kembali kepada cara hidup lama yang menghumban semula mereka ke sekolah juvana dan penjara buat kali seterusnya.



Masyarakat harus faham bahawa golongan ini telah menebus kesalahan mereka melalaui hukuman yang mereka jalani di sekolah juvana.

Jika undang-undang telah membenarkan mereka menjalani kehidupan sebagai seorang manusia yang bebas, mengapa masyarakat  harus menyekat peluang kedua mereka untuk membetulkan haluan hidup?.

 Konsep kebebasan mereka adalah “ terperangkap dalam kebebasan”.



“Terperangkap dalam kebebasan” merupakan tema kepada filem terbaru “Juvana The Movie 2”, sebuah filem yang tidak asing lagi di negara ini dan mempunyai pengikutnya yang tersendiri. Filem ini telah mengetengahkan sebuah realiti kehidupan golongan pesalah juvana.

Buat pertama kalinya filem yang mengetengahkan konsep seperti ini ditayangkan di negara ini. Bermula daripada drama 15 episod, cerita ini dilihat mendapat sambutan yang baik daripada semua peringkat usia. Walaupun drama ini mengetengahkan konsep golongan remaja yang bermasalah, namun ada ibu bapa yang menjadikan drama ini sebagai hiburan buat keluarga sambil mengambil iktibar daripada drama tersebut.

Setelah mendapat sambutan hangat, drama ini telah dibawa ke filem, juga tidak mengecewakan sehingga terhasilnya sambungan filem kedua (sedang ditayangkan) dan ketiga yang bakal menyusul tidak lama lagi.

Bukan bermaksud mahu mengetengahkan atau berbangga melihat kesalahan golongan pesalah juvana ini, tetapi dari sudut pandang lain, masyarakat boleh cuba mengenali keperibadian pesalah ini yang tidak pernah dilihat sebelum ini.

Setiap kesalahan yang dilakukan pasti ada sebab kerana setiap manusia itu melakukan kesilapan. Namun, mereka tetap berhak memiliki peluang kedua jika mereka benar-benar mahu berubah. Masyarakat tidak mengetahui apa yang telah pesalah juvana ini lalui ketika sepanjang dalam tempoh hukuman mereka.

Jadi, adalah tidak adil buat mereka jika terus-terusan dihukum walaupun setelah mahkamah memutuskan mereka kini bebas.

Layanan masyarakat seperti ini, kadang kala membuatkan mereka kembali memberontak dan kembali terjebak dengan kegiatan silam mereka. Di saat ini, masyarakat akan sekali lagi menuding jari dan menyalahkan golongan ini semata-mata tanpa sedar di mana punca sebenar berulangnya kesalahan tersebut.

Pesalah juvana ini seharusnya diberikan lebih perhatian dan tunjuk ajar oleh masyarakat kerana hanya masyarakat yang mampu mengembalikan kepercayaan golongan ini iaitu kepercayaan untuk kembali menempatkan diri dalam masyarakat dengan membuka peluang pekerjaan kepada mereka.

Mungkin ramai yang berpendapat bahawa golongan pesalah juvana ini langsung tidak berguna, tetapi tahukah masyarakat bahawa golongan ini telah dibekalkan persediaan bagi berdepan cabaran hidup sebenar apabila bebas kelak?.



Tempoh berada di dalam sekolah juvana bukan sahaja memberi kesempatan untuk golongan ini membetulkan jalan songsang yang dilalui sebelum ini, bahkan peluang melengkapkan diri dengan kemahiran untuk dimanfaatkan apabila keluar kelak.

Sebenarnya golongan ini mempunyai kebolehan tersendiri, namun mereka memerlukan bimbingan dan pendedahan agar ia dapat dimanfaatkan dengan cara yang betul apabila mereka menjalani hidup sebagai manusia bebas di luar nanti. Masyarakatlah yang menjadi pembimbing kepada mereka sebenarnya.

Di sekolah juvana, pelajar-pelajar ini telah diajar kemahiran seperti menukang, pertanian  dan kemahiran lain. Namun, bukan itu sahaja, mereka juga belajar seperti pelajar biasa di luar sana dengan menghadiri kelas seperti biasa bagi mempersiapkan diri untuk menghadapi peperiksaan seperti Sijil Penilaian Malaysia (SPM) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Afif, 20, merupakan salah seorang pelajar sekolah juvana yang telah membutikan bahawa golongan pesalah juvana juga mampu memperolehi keputusan yang cemerlang dalam pendidikan.

Afif telah dimasukan ke sekolah juvana, Sekolah Henry Gurney, Telok Mas, Melaka atas kesalah mencuri motosikal. Ketika ditangkap, Afif baru berusia 14 tahun. Sejak di masukan ke sekolah juvana, Afif telah berhasrat untuk mengubah nasib dirinya dengan belajar bersungguh-sungguh untuk berjaya dalam pelajarannya.



Dia merupakan Penerima Anugerah Akademik Terbaik Keseluruhan pada Majlis Anugerah Cemerlang Sekolah Integriti dan Sekolah Henry Gurney yang lalu dengan memperolehi keputusan yang cemerlang iaitu 8A dalam percubaan SPM yang didudukinya untuk kali kedua.

Selain mencatatkan keputusan yang baik dalam SPM, sekolah juvana juga boleh berbangga dengan kejayaan pelajarnya yang menyambung pengajian di IPT iaitu empat di peringkat ijazah sarjana, 19 peringkat ijazah sarjana muda dan 17 peringkat diploma menurut Ketua Pengarah Penjara Datuk Seri Zulkifli Omar.


Masyarakat harus memberi ruang dan peluang kepada golongan ini untuk meneruskan kehidupan. Jika benar mereka bersalah,hukuman akan mengadili mereka, jika tidak di dunia, tentunya hukuman akhirat menanti mereka. Natijahnya, janganlah masyarakat terus memandang negatif terhadap golongan ini. Semoga menjadi renungan kepada masyarakat yang masih mampu menikmati kehidupan bebas di luar ini. 

**credit photo to ASTRO AWANI, RTM 1, KOSMO!, GOOGLE

Friday, 4 December 2015

10:42:00

Penulisan pelancongan

By, Sheril Ameera.

Dunia hari ini dilihat semakin galak dengan perkembangan dunia media, antara medium yang popular adalah seperti, Facebook, Twitter, Instagram, Youtube dan lain-lain. Fenomena ini menjadikan medium Blog sebagai salah satu ikutan atau tren yang semakin mendapat tempat di hati pengikut tegar dunia media.



Media merupakan satu kuasa yang mampu mengubah sesuatu keadaan, termasuk gaya hidup seseorang. Media juga merupakan platform terbaik untuk berkongsi apa sahaja minat dan pendapat sama ada untuk tujuan perkongsian kebaikkan atau sebaliknya.

Blog bukan lah satu medium yang baharu, malah sudah lama wujud dalam industri media, cuma kurang mendapat perhatian pengikut media sebelum ini.

Mungkin sebelum ini, ramai berpendapat bahawa Blog merupakan sebuah medium yang agak formal dan lebih terarah kepada penulisan berbentuk ilmiah yang hanya sesuai bagi mereka yang lebih matang kerana cara penulisan yang agak panjang dan tidak terlalu friendly. Terutamanya, blog yang membincangkan isu-isu politik.

Namun, atmosfera dunia penulisan Blog dilihat semakin banyak mengalami perubahan dan dapat diterima baik oleh masyarakt hari ini bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia.

Walaupun wujudnya medium media yang baharu namun, Blog dilihat masih mempunyai kelompok pengikutnya yang tersendiri.

Fenomena kini menyaksikan ramai blogger pada hari ini bukan sahaja mahu berkongsi maklumat malah menjadikan Blog sebagai medium untuk mencari pendapatan tambahan dengan turut serta berkongsi iklan-iklan atau review di Blog mereka.

Review blog dilihat semakin menjadi tren dalam kalangan blogger, antara review yang paling kerap dikongsi pada hari ini adalah seperti review product, tempat makan, hotel dan destinasi perlancongan.

The world is a book, and those who do not travel read only one page”. Berbalik kepada perpatah tersebut, telah menjadi seperti satu tren di mana para blogger hari ini lebih kerap berkongsi destinasi percutian di Blog mereka.


Menggembaraan mungkin merupakan satu cara untuk kita keluar melihat dunia baru dan mencari sesuatu yang tidak pernah kita temui dalam kehidupan sebelum ini.

Oleh itu, sumbangan media atau blogger terhadap perkembangan industri pelancongan amat penting terutama sekali terhadap laporan yang bertanggungjawab mengenai isu pelancongan dan pembangunan industri pelancongan.

Objektif utama media pelancongan adalah untuk mempromosikan destinasi pelancongan di dalam dan luar negara.

Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Kementeri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, menunjukkan seramai 25.7 juta pelancong datang ke Malaysia pada tahun 2015. 

Objektif lain media pelancongan dan blogger adalah untuk menyalurkan informasi-informasi pelancongan kepada umum sekali gus mempengaruhi masyarakat merancang percutian.

Bukan sekadar blogger tegar yang boleh melakukannya, malah, sesiapa sahaja hari ini dilihat mampu menjadi blogger untuk berkongsi maklumat kepada pembaca.

Pekara pertama yang harus dilakukan oleh blogger adalah ke detinasi pilihan lalu membuat review terhadap destinasi tersebut berpandukan pengalaman peribadi mereka.

Berkongsi maklumat, tips, bajet, aktiviti dan banyak lagi melalui pengalaman dengan gaya yang lebih santai dan disertakan dengan gambar-gambar menarik sudah pasti mampu membantu menarik minat pembaca atau pengikut setia untuk mula merancang percutian ke destinasi tersebut.

Menarik minat masyarakat memahami situasi destinasi percutian yang ingin dituju sebelum pergi bercuti adalah penting.

Kelebihan kepada blogger yang memiliki skill menangkap gambar yang baik, mampu membangkitkan minat pembaca setelah melihat keindahan yang ditonjolkan di sesebuah destinasi terutamanya di destinasi yang jarang mendapat perhatian pelancong.

Seperti destinasi pelancongan di Eropah, Prague, mungkin namanya tidak segah Paris, London, Rome, Amsterdam dan banyak lagi negara Eropah yang sering menarik skop lensa kamera, namun, pelancong lupa akan keindahan yang dimiliki oleh negara Prague yang terletak di Republik Czech ini.

Namun, dengan bantuan, para blogger  mengetengahkan keindahan sesebuah destinasi tersebut, mampu menaikkan nama destinasi yang kurang mendapat perhatian sebaris dengan destinasi yang sudah terkenal.


Secara tidak langsung, pembaca akan melawat destinasi tersebut dan menyumbang kepada industri pelancongan dalam negara atau luar negara sekali gus membantu meningkatkan sektor ekonomi sesebuah negara.

Tidak  kurang juga destinasi destinasi menarik di dalam Malaysia. Banyak destinasi menarik yang harus dilawati di Malaysia, bukan hanya menumpukan destinasi di luar negara sehaja.

Penulisan Blog juga mampu merangsang minat di kalangan masyarakat untuk menjadikan budaya bercuti sebagai gaya hidup yang sihat buat semua golongan.

Oleh itu, media baru seperti Blog merupakan cara mudah untuk mendapatkan maklumat pelancongan yang terkini dan padat.

Selain blog, terdapat beberapa malajah pelancongan di Malaysia yang mempromosi industri pelancongan seperti Majalah Santai, Libur, Gaya Travel dan banyak lagi.




Kesimpulannya, secara dasarnya, peranan media terhadap pembangunan industri pelancongan sesebuah negara adalah besar dan banyak memberi kesan sama ada positif atau sebaliknya.

Media mampu menarik sejumlah  peminat dalam industri pelancongan, ini berikutan dengan cara penyampaian dan persembahan menarik yang tonjolkan.  

Tuesday, 10 November 2015

02:46:00

Jihad Melalui Lensa Kamera (bersama wartawan, Ashwad Ismail)

“…kalau ada seseorang keluar dari rumahnya untuk bekerja bagi membiaya anaknya yang masih kecil, maka ia telah berusaha Fisabilillah. Jikalau ia bekerja untuk dirinya sendiri agar tidak sampai meminta-minta pada orang lain, itu pun Fisabilillah” (HR. Thabrani).



Berbicara soal “jihad” sudah pasti ramai yang akan  membayangkan seseorang sedang berjuang dengan mengangkat senjata di medan perang. Namun, ramai yang lupa jika pekerjaan juga merupakan sebahagian ibadah yang mendorong kepada jihad menurut islam.

Pekerjaan seseorang menjadi ibadah dan jihad jika seseorang itu bekerja dengan niat yang baik iaitu kerana Allah dan bekerja untuk mencari rezeki buat keluarga dan diri sendiri.

Mengimbas kembali peristiwa penawanan Kapal Misi Kemanusian, Kapal Mavi Marmara pada tahun 2010, seorang aktivis yang juga wartawan Astro AWANI, Ashwad Ismail, 30, telah berkongsi pengalaman ketika menjadi tawanan tentera komander Israel.



Pengalaman pahit ketika ditawan selama hampir 28 jam oleh tentera Israel benar-benar telah membuka mata Ashwad sebagai seorang wartawan.

Wartawan atau pengamal media memang terkenal dengan pergaulan sosial yang luas dalam kerjaya seharian, namun, dengan perspektif tersebut tidak membuatkan golongan ini lupa akan tanggungjawab sebenar mereka.

Jarang sekali masyarakat mahu menyelami dunia sebenar kehidupan seorang wartawan dan melihat realiti sebenar yang dihadapi oleh pengamal media ini.

Menurut Ashwad, media memainkan peranan penting terutamanya seorang wartawan untuk mengetengahkan realiti. 


Wartawan Astro AWANI, Ashwad Ismail 25 (ketika hari kejadian)


Media merupakan perantara untuk memperjuangkan dan memaparkan dunia sebenar yang dihadapi oleh masyarakat di Gaza sejak beberapa dekad yang lalu.

Misi kemanusian yang disertai oleh Ashwad kali ini telah melibatkan beberapa aktivis dan pengamal media daripada beberapa buah negara.

Mereka berkumpul di satu perlabuhan untuk menyertai Misi Kemanusian Mavi Marmara sebelum ditawan oleh tentera Israel ketika di tengah lautan Mediterranean.

Semasa penawanan Kapal Mavi Marmara, disaksikan, sembilan orang aktivis dan wartawan telah ditembak mati.


Sembilan orang aktivis yang terkorban dalam tragedi tersebut. Al-Fatihah buat mereka yang beragama islam.

Namun, konsep jihad di sini bukan lah sekadar isu keagamaan tetapi lebih kepada isu kemanusiaan. Ramai antara aktivis yang terlibat dalam misi kali ini berasal daripada negara Eropah dan tidak mempunyai latar belakang agama islam. Mereka menyertai misi ini atas dasar tugasan dan misi kemanusiaan yang dibawa.

Bertugas sebagai seorang pengamal media tidak bermakna mereka tidak berpeluang untuk berjihad. Malah, pengamal media juga mampu berjihad mengikut jalan mereka sendiri.

Ketika detik cemas tembak menembak, seorang wartawan daripada Indonesia yang dikenali sebagai Suria, telah ditembak di bahu kanannya ketika sedang merakam kekejaman tentera Israel. Walaupun sudah tercedera, namun demi tugasan dan niat mahu berjihad, Suria tetap mengagahkan diri untuk terus merakam suasana ketika itu sebelum kameranya dirampas oleh tentera Israel.

Mendapatkan footage terbaik adalah lebih penting bagi pengamal media berbanding nyawa mereka sendiri ketika itu.





Footage ketika tragedi yang sempat dirakamkan

Walaupun menurut mereka, misi kali ini dikatakan “gagal” kerana mereka tidak sampai ke destinasi yang mahu dituju iaitu Gaza, namun, misi kedua mereka telah berjaya iaitu berjaya membuka mata dunia dengan memaparkan keadaan sebenar kekejaman Israel.

Namun bagi Ashwad, berjihad menurut pengamal media bukan lah sekadar berjihad melalui lensa kamera tetapi juga berjihad melalui penulisan.

Lensa kamera memaparkan gambaran yang berlaku harus lah seiringan dengan penulisan yang diterbitkan.

Setiap penulisan juga akan dihisab kelak di akhirat. Oleh itu, seorang wartawan atau sesiapa sahaja haruslah mengetengahkan realiti dan faktar yang benar dan tidak sehingga membawa kepada fitnah.
Peristiwa penawanan Kapal Misi Kemanusiaan, Mavi Marmara telah berjaya membuka mata masyarakat dunia, di mana semua negara telah bersatu memperjuangkan kebebasan tawanan dan mempertahankan hak asasi kemanusiaan.

Mereka yang terlibat dalam peristiwa ini telah secara tidak langsung berjihad di jalan Allah. Mereka yang mati ditembak juga telah disahkan sebagai mati syahid.

Walaupun sejarah hitam itu sukar dilupakan, namun, ia sedikit pun tidak mematahkan semangat para pengamal media untuk terus menyertai misi kemanusiaan yang seterusnya.

Menurut Ashwad, tiga bulan selepas sejarah hitam itu, dia dan rakan sekerja telah berangkat semula ke Gaza untuk misi kemanusiaan yang seterusnya namun kali ini melalui jalan darat.

Semua pekerjaan sudah pasti mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Bagaimanapun, ia berbalik semula kepada niat seseorang.

Apa cara sekali pun, mereka harus berusaha melaksanakan tugasan mengikut masa yang telah ditetapkan. Kepentingan diri diketepikan demi menyalurkan informasi yang terbaik untuk masyarakat sejagat.

Kelebihan memilih kerjaya sebagai seorang wartawan, mereka dapat merasa sendiri suasana yang sebenar berbanding masyarakat yang hanya mampu membaca daripada laporan yang dikeluarkan oleh media.

Namun, tugas seorang wartawan bukanlah sekadar berjalan ke merata tempat sahaja, tetapi mereka juga memegang amanah yang diberikan oleh syarikat dan Allah kepada mereka.

Mungkin ada yang berkata, kerjaya sebagai pengamal media terutama wartawan akan menghadapi kesukaran dalam pekerjaan dan bahaya, namun, jika dengan niat yang betul, segala yang sukar akan dipermudahkan olehNya.







credit **Gambar diambil daripada google. 


Persoalan....Bersediakah aku untuk menghadapi keadaan seperti tragedi ini?. 




Think about it..........










Ketika sesi temubual bersama Encik Ashwad Ismail.









Saturday, 26 September 2015

11:13:00

Wartawan bukan sekadar boneka di hadapan kamera

Berhubung dengan task khas aku kali ni, aku imbas semula perjalanan Senior Journalist, Encik Ashwad Ismail (meruapakan salah seorang idola aku dalam dunia kewartawanan) yang telah ditawan oleh Kapal Mavi Marmara pada tahun 2010 dulu.



Kehidupan seorang wartawan sering dikaitkan dengan kehidupan duniawi yang penuh dengan 'kebebasan' kadang kala. Tapi, jarang sekali orang mahu melihat realiti kehidupan sebenar seorang wartawan.

Mungkin nampak mudah perjalanan kehidupan seorang wartawan kata orang, "alah..apa susah, kerjanya menulis je"

Hah berbalik kepada "hanya menulis" tu lah, ramai yang tak tahu, bagaimana seorang wartawan berusaha untuk mendapatkan sesuatu berita itu. Apa jua cara sekalipun, mereka harus berusaha untuk laksanakan tugasan yang diberikan mengikut masa.

Social life mereka ketepikan demi tugasan. Kerja yang tidak menentu masanya. Bagaimana dengan kebajikan mereka?. Tak apa. Demi menyalurkan informasi kepada masyarakat, mereka ketepikan kepentingan diri sendiri.

Mungkin akan ada yang bersuara, "Dah tahu macam tu kerjanya kenapa kau pilih kerja tu". Mungkin mereka ada alasan tersendiri untuk memilih bidang ini. Sekali kau melangkah dalam dunia kewartawanan, pasti sedikit sebanyak minat tu akan kekal selalu (perasaan ingin tahu akan selalu ada).

Peristiwa ditawan oleh Komander Rejim Israel selama 28 jam cukup membuka mata masyarakat dunia. Bukan sekadar daripada segi kemanusian tetapi juga telah membuka mata masyarakat tentang kehidupan seorang pengamal media terutama kehidupan seorang wartawan.



Bagaimana pengorbanan mereka dalam usaha menyampaikan informasi kepada dunia.

Bukan sekadar masa yang dijadikan taruhan, malah, nyawa turut dijadikan taruhan demi pekerjaan.

Mungkin mereka tidak mampu untuk melakukan sesuatu yang lebih seperti menghunus senjata, namun, tetap akan ada satu peganggan mereka dalam bidang ini.

Sekurang-kurangnya, mereka ini telah "berjihad melalui lensa kamera" dengan semangat dan tekad untuk membuktikan kepada dunia tentang kekejaman yang berlaku di dunia ini terutama di dunia bergolak.

"Peranan media adalah untuk mengetengahkan realiti". ASHWAD ISMAIL






(Semoga aku boleh menghasilkan task yang baik untuk tugasan kali ni. Tunggu nanti...)

Tuesday, 22 September 2015

21:55:00

Backpacker vs Pakej percutian. Mana satu lebih baik?

Kebanyakkan antara kita memang mengidamkan percutian yang sempurna. 

So, kepada golongan ini, adalah digalakkan untuk memilih percutian secara berpakej. Percutian pakej sudah pasti menjanjikan  sebuah percutian yang sempurna.

Kamu boleh mendapatkan pakej percutian di agensi-agensi yang berdaftar di merata tempat.


TETAPI. apakah perbezaan antara backpacker vs pakej percutian. Mana satu lebih baik?


1.      Destinasi & Lokasi

Kamu tidak perlu risau mengenai destinasi dan lokasi jika kamu bercuti secara pakej  kerana destinasi nya telah ditetapkan oleh agensi itu sendiri. Ke manakah lokasi pilihan yang akan dituju sudah lengkap ada di dalam list agensi tersebut. 

Kamu hanya perlu ikut sahaja ke mana agensi akan bawa.

Berbeza pula dengan percutian secara backpacker, jika kamu mengamalkan percutian secara backpacker, kamu selalunya tidak mempunyai destinasi pilihan yang tetap. 


 “A good traveller has no fixed plan and is no intent on arriving”. 



Mungkin destinasi utama menjadi tujuan tetap kamu, tetapi kadang kala akan ke destinasi lain yang tidak pernah dirancang malah ke destinasi yang langsung tidak pernah kamu terfikir untuk pergi.

2.       Masa

Percutian secara pakej sudah pasti menjimatkan masa. Bermula daripada permulaan pengangkutan sehingga lah ke pengangkutan pulang, masanya telah ditetapkan. Jadi kamu tidak perlu risau dengan masalah masa. Semuanya akan pantas.

Tapi, satu kelemahan pakej adalah, kamu akan terikat dengan masa. Percutian secara pakej selalunya secara berkumpulan jadi kamu tidak boleh mengikut masa atau kepala kamu sendiri. Kamu harus mematuhi tempoh masa yang telah ditetapkan. Jika kamu diarahkan untuk berhenti di satu tempat selama 1 jam, maka kamu harus menepatinya bagi mengelakkan sebarang kerumitan kepada orang lain.

Dari segi masa, memberi kelebihan kepada backpacker. Di mana, kamu tidak perlu terikat dengan masa atau dengan sesiapa pun. Kamu bebas untuk bergerak tanpa perlu risau. Kerana kamu bergerak secara sendiri. So, suka hati kamu lah nak pit stop berapa lama pun!

3.      Pengalaman

Percakap soal pengalaman, percutian secra pakej dilihat memberi kurang pengalaman kepada kamu kerana kamu akan merasakan diri kamu dimanjakan oleh agensi kamu kerana semuanya telah disediakan.

Berbeza pula dengan pengalaman melalui backpacker, kamu akan dapat banyak pengalaman baru yang akan mendewasakan kamu. Mengajar diri kamu untuk menjadi seorang yang lebih berani dan matang dalam membuat sesuatu keputusan. 

Sebagai contoh, jika kamu sesat di satu tempat, kamu harus belajar survive sendiri tanpa bantuan sesiapa pun melainkan diri kamu sendiri. 


4.     Bajet

Betul lah kata orang, percutian dengan pakej ni lebih menjimatkan kerana semua telah termasuk dalam pakej seperti ticket masuk ke lokasi dan bayaran makan.

So, kamu tidak perlu risau sangat mengenai bajet melalui percutian kerana semua bajet kamu terkawal.

Bajet untuk backpacker pula tidak menentu. Kamu harus menyediakan duit sampingan takut-takut kamu terlebih bajet nanti!

p/s : Saya lebih selesa bergerak secara backpacker kerana paling penting tidak terikat dengan masa!

So, sebagai kesimpulannya, terserah kepada kamu untuk memilih percutian mengikut keselesaan yang kamu mahukan.