Post Top Ad

Post Top Ad

Friday, 13 January 2017

23:49:00

Tioman Island Clean-Up Day 2016

Hari Pembersihan Tioman (Article from Santai Travel Magazine)

Teks : Raja Sheril Ameera
Terima kasih : Berjaya Hotel Group

Baru-baru ini saya berpeluang menyertai trip ke Pulau Tioman bersempena program Tioman Island Clean-Up Day (TICD) 2016anjuran Berjaya Group. TICD pertama kali dianjurkan adalah pada tahun 2011 dan tahun ini merupakan tahun keenam penganjurannya.


​TICD 2016 ini diadakan adalah bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan penjagaan hidupan laut serta dalam misi mengekalkan kecantikan laut. Bertepatan dengan tema TICD 2016 iaitu "Together For Planet Earth", Pengurus Berjaya Tioman Resort, Encik Sonny  Gan, berharap, kempen ini dapat mencapai objektif utamanya bagi membantu menyelamatkan bumi dari sifat rakus manusia.

​Seperti tahun sebelumnya, penganjuran TICD 2016 mendapat sambutan yang memberangsangkan terutamanya daripada para penyelam dan rakan media. Seramai 112 orang penyelam telah menyertai TICD 2016 kali ini. Selain daripada rakan media masa, Berjaya Group turut menjemput beberapa rakan blogger dan wakil daripada Tourism Malaysia bagi menjayakan kempen TICD 2016 ini. Program ini dianjurkan selama tiga hari iaitu bermula 21 Oktober 2016 sehingga 23 Oktober 2016 yang lalu. Wakil dari Reef Check, Shark Saver dan Jabatan Taman Laut juga menghadirkan diri sebagai tanda sokongan terhadap program TICD 2016 ini .

Setelah menempuh perjalanan hampir enam jam dari Kuala Lumpur, saya dan rakan media lain, tiba di Berjaya Tioman Resort. Hilang segala penat sebaik mendarat di Pulau Tioman. Kemudahan yang disediakan oleh pihak Berjaya Tioman Resort juga benar-benar memuaskan dari segi fasiliti sehinggalah layanan yang diberikan. Seperti tahun-tahun sebelumnya, aktiviti utama para penyelam skuba adalah untuk melakukan penanaman terumbu karang dan memindahkan terumbu karang sedia ada di meja nurseri yang telah dibina oleh para penyelam yang menyertai TICD 2016 ini. Projek ini telah dimulakan sejak tahun lalu lagi dengan memulakan satu projek “Shelter in the sea” yang bernilai RM200,000.


67 batang paip konkrit telah ditanam di antara Berjaya Tioman Resort dan Pulau Rengis bertujuan untuk memberi perlindungan kepada hidupan marin sebaik sahaja batu karang mula berkembang. Pada TICD tahun ini, disediakan kawasan yang lebih besar dan konduksif untuk batu karang dan hidupan laut ini. Dengan semangat dan kerjasama yang ditunjukkan oleh para penyelam, pihak Berjaya Group telah memutuskan untuk terus menganjurkan TICD ini bagi tahun berikutnya. 

Pujian harus diberikan kepada pihak Berjaya Group terutamanya kumpulan Berjaya Tioman Resort kerana mengambil inisiatif menganjurkan TICD pada setiap tahun dalam usaha menyelamatkan bumi.



























Wednesday, 14 December 2016

00:32:00

Pascucci Café

Pascucci Café merupakan tempat minum yang ideal kepada pengemar kopi tegar. Pelbagai menu utama yang berasakan biji kopi disediakan di sini. Daripada kopi, jus dan juga makanan western dihidangkan di sini.

9 November yang lalu, kafe Itali terbesar ini telah merasmikan pembukaan cawangan baru nya yang terletak di Menara Hap Seng 2, Kuala Lumpur.  Pascucci Café telah memiliki 200 cawangan kafe di 20 buah negara termasuk empat di Malaysia iaitu di Menara Hap Seng 2, Menara LGB, Sunway Pyramid dan di Tropicana City Mall.






Rakan media telah dipanggil untuk tujuan memperkenalkan dan mempromosi kafe tersebut. Semasa perasmian tersebut, kami berpeluang mencuba pelbagai menu yang terdapat di Pascucci Café ini terutamanya hidangan kopi yang disediakan sebagai menu utama.


Antara menu yang saya berpeluang mencuba adalah Americano coffee. 
Memang tidak dinafikan, ia merupakan antara Americano yang terbaik pernah saya cuba setakat ini. Jadi, saya mencadangkan agar pengemar kopi tegar di luar sana untuk datang ke Pascucci Café ini bagi merasai sendiri kenikmatan biji kopi yang dihidangkan di setiap cawangan Pascucci Café ini. 






Friday, 9 December 2016

07:48:00

Ninjago The Ride, Legoland, Johor

Ninjago The Ride merupakan tarikan baharu yang terdapat di Taman Tema Legoland, Johor, Malaysia. Ninjago The Ride merupakan yang pertama di Asia setakat ini.

Pengurus Besar LEGOLAND® Malaysia Resort, Mark Germyn, Pengunjung bakal merasai sendiri pengembaraan berdefinasi tinggi 4Dimensi seperti di alam ninja sebenar di siri televisyen Ninjago.

Dengan pelaburan hampir RM40 juta, pihak Taman Tema Legoland, Malaysia berharap dapat menarik lebih ramai pengunjung pada masa akan datang.

Rakan media berpeluang mencuba sendiri Ninjago The Ride ini semasa majlis perasmian yang berlangsung pada November lalu. Train kereta api yang dilengkapi dengan dimensi yang berkonsepkan ninja ini benar-benar menarik untuk dicuba terutamanya untuk kanak-kanak.

Pengunjung berpeluang menjadi empat jenis ninja ketika dalam perjalanan sepanjang permainan Ninjago The Ride tersebut, iaitu, Ninja Kai (Kuasa Api), Ninja Cole (Kuasa Bumi), Ninja Zane (Kuasa Ais) dan Ninja Jay (Kuasa Kilat).


Pelancaran Ninjago The Ride di Taman Tema Legoland, Malaysia, telah disempurnakan Ketua Pengarah Tourism Malaysia Datuk Seri Mirza Mohammad Taiyab. Beliau turut berharap, agar tarikan baharu ini mampu membantu sektor pelancongan dan meningkatkan ekonomi negara. 




07:26:00

Dream Destination, Bali, Indonesia! #MyTravelokaEscapade

Bila bercakap soal destinasi idaman pasti semua orang terutamanya traveller mempunyai destinasi impian masing-masing! Bergitu juga dengan saya!

Wahhh mula dah berangan membayangkan percutian idaman ni. Okayy, sebaik sahaja saya mendapat email daripada salah sebuah agensi #MyTravelokaEscapade yang meminta saya untuk menulis sebuah artikel mengenai destinasi impian, memang sangat teruja lah untuk tulis, dan tak fikir panjang saya terus bersetuju menerima tawaran tersebut.

Beberapa destinasi telah disenaraikan, dan saya diminta untuk memilih salah satu destinasi sahaja. Hmmm pada mulanya memang sukar untuk membuat pilihan sebab destinasi yang disenaraikan memang menarik kesemuanya!

Tapi setelah dipertimbangkan, saya telah memilih Bali, Indonesia sebagai destinasi pilihan saya. 


Kenapa pilih Bali je? Sedangkan London, Hong Kong, Tokyo dan banyak lagi destinasi yang gah turut tersenarai.


Jawapan saya mudah “the most important is not the destination but the journey”. Saya percaya, tidak kira di mana pun destinasi yang kita lawati, jauh atau dekat, gah atau tidak, itu bukanlah batu pengukur yang mampu membuat kita mengenang perjalanan tersebut.

Secara jujurnya, saya belum pernah lagi ke Bali, Indonesia. Lawatan saya sebelum sebelum ini ke Indonesia adalah ke destinasi lain dan belum lagi ke Bali. Namun, secara jujurnya, Bali merupakan salah satu destinasi impian untuk saya lawati.

Malah, merupakan antara destinasi terawal yang pernah saya senarikan semasa sebelum saya menjadi travel journalist lagi. Malangnya, saya masih belum berkesempatan untuk ke sana bagi memenuhi impian awal saya itu.

Saya merupakan salah seorang pengemar wisata. Indonesia pula sudah tidak asing lagi dengan Wisata yang memang sangat terkenal kerana itu ramai pelancong asing datang ke Indonesia semata-mata hanya untuk menikmati keunikkan wisata yang terdapat di Indonesia.

Untuk melawat ke sesuatu destinasi, pelbagai aspek harus dititik beratkan, ini termasuklah soal ekonomi. Bukan lah kedekut untuk berbelanja lebih untuk travel, tapi bagi saya, biarlah ukur baju di badan sendiri. Berbelanja mengikut kemampuan hendaknya.

Dengan kegawatan ekonomi dan kejatuhan matawang ringgit sekarang, adalah menjadi salah satu faktor yang membuatkan terutamanya traveller untuk memikirkan destinasi terbaik untuk dilawati berhubung dengan perbelanjaan yang bakal dikeluarkan.

Jadi bagi saya, memilih Bali, Indonesia sebagai pilihan adalah satu pilihan yang tepat buat ketika ini kerana dari segi pertukaran mata wang. Seperti semua ketahui, matawang ringgit adalah lebih tinggi berbanding rupiah. Jadi di sini, boleh lah merancang dengan lebih baik jumlah budget yang bakal digunakan.

Pertukaran mata wang merupakan faktor utama mengapa saya memilih Bali, Indonesia sebagai destinasi pilihan.

Seperti saya nyatakan di atas, Bali merupakan antara destinasi terawal yang pernah terlintas di kepala ini sejak saya meminati dunia travel ini. Jadi jika saya diberi peluang untuk ke Bali, sudah pasti dapat memenuhi wistlist saya dan mengimbau kembali impian dan angan-angan saya dahulu ewaahh!

Kalau dah bercakap soal Bali, sudah tentu lah pekara pertama yang terlintas adalah Kuta Beach yang sememangnya sinonim dengan nama Bali. Kalau dah Pantai Kuta ni, sudah tentulah berkaitan dengan aktiviti air seperti surfing yang sangat terkenal di sana!

Disebabkan itu lah, Bali, menjadi salah satu destinasi impian saya. Kira nak try surfing di Kuta Beach tu sebagai salah satu wishlist lah. Walaupun diri ini tak pandai surf, tetapi jika diberikan peluang untuk mencuba, pasti tidak akan melepaskan peluang keemasan tersebut!

Lagi pula surfing di Kuta Beach, Bali fuhhh memang bergaya hahaha!

Nak takut apa kan, walaupun tak pandai surf, pasti ada trainer professional yang bakal mengajar. Alaaa…Setakat tertelan air Kuta Beach tu pekara biasalah kepada beginner kan.

Kepada kaum wanita pula yang kurang minat untuk surfing ni, boleh je tinggalkan pasangan anda di pantai tu dan bersiar-siar di sekitar kerana terdapat bergitu banyak pusat membeli belah di Kuta. Anda pasti teruja!

Selain itu, di Pantai Seminyak, Nusa Dua, Tanah Lot, Pantai Dreamland, Pantai Pendawa, Pantai Tanjung Benoa dan Pantai Lovina, juga sangat sinonim dan terkenal di Bali, Indonesia.

Selain itu, saya benar-benar mahu ke Bali, Indonesia kerana, saya mahu menangkap sendiri gambar keindahan sunset di pantai di Bali. Sejujurnya, saya merupakan seorang yang obsess kan keindahan sunset. Kalau ke pantai tak kira ke mana sahaja, pekara yang tidak akan dilepaskan adalah untuk menangkap gambar scenery sunset.


Jika ke account instagram saya, memang banyak gambar sunset yang saya upload. Setiap tempat mempunyai nilai sunset yang berbeza. Kata orang, hanya memori yang akan kekal dan tidak akan berubah selamanya.

Berjalan di gigi air pada waktu senja sambil menanti terbenamnya matahari, pastinya bakal menjadi antara moment terbaik kepada traveller. Dan Bali, Indonesia merupakan antara destinasi terbaik untuk menyemadikan impian tersebut.

Ehemmm apa lagi jika pergi bersama pasangan, pasti menjadi moment romantis yang akan dikenang selamanya. Oleh itu,  Bali menjadi sebagai salah satu destinasi berbulan madu yang terkenal.

Selain keindahan scenery Kuta Beach, Bali, pelancong yang mengemarkan kehijauan alam sekitar juga, tidak salah jika anda memilih Bali, sebagai destinasi pilihan. Tempat yang dimaksudkan yang seterusnya adalah Ubud, Bali.

Selain keindahan pantai yang sudah pasti dijanjikan di Bali ini, namun, sebenarnya masih banyak lagi aktiviti yang menarik yang mampu dilakukan di Bali. Ini termasuk lah water rafting di Ubud. Kepada pengemar aktiviti lasak seperti saya, adalah tidak silap jika ke Bali, anda mengunjungi Ubud untuk aktiviti water rafting ini.

Keindahan air Sungai Ayung yang hijau dan jernih itu pasti menenangkan si penglihat!

Di Ubud juga terdapat padang padi yang tercantik di Asia Tenggara. Senang cerita, memang hijau lah mata memandang dengan keindahan alam kalau berada di Ubud ni.

Kepada pengemar photography seperti saya, sudah pasti Bali merupakan destinasi pilihan yang tepat kerana, di Bali memang sangat terkenal dengan Pura nya.Di sekitar Bali sahaja terdapat hampir 15 pura yang terkenal dalam kalangan para pelancong.

Memang tepat sangat lah untuk anda mneghabiskan hari anda di pura pura yang terdapat di Bali. Pasti foto yang dihasilkan memuaskan! Uhhh tiba tiba rasa nak booking ticket ke Bali sekarang juga!

Hah jangan dilupakan juga Uluwatu Temple, tebing batu kapur yang memang terbaik untuk bergambar! Tak perlu jauh jauh ke Norway untuk dapatkan gambar di tebing tinggi macam tu. Kena pada teknik bergambar, confirm memang cantik hasilnya!


Saya juga teringin benar untuk menyaksikan sendiri Tarian Kecak Uluwatu di Pura Uluwatu yang sangat popular itu. Selain mencintai hasil photography, saya juga pencinta budaya dan tradisi. Oleh itu, saya mahu mendapatkan hasil photography terbaik mengenai subjek iaitu tarian tradisi tersebut.


Alangkah indahnya percutian ke Bali, Indonesia ini. Complete semua yang saya minati terdapat di sana. Senang cerita mampu memenuhi minat dan kehendak hati ni lah. Semoga tidak lama lagi, impian saya ini mampu dipenuhi.


#MyTravelokaEscapade #MyTravelokaEscapade #MyTravelokaEscapade #MyTravelokaEscapade
#MyTravelokaEscapade #MyTravelokaEscapade #MyTravelokaEscapade #MyTravelokaEscapade
#MyTravelokaEscapade #MyTravelokaEscapade #MyTravelokaEscapade #MyTravelokaEscapade

*Photocredit to www.pojiegraphy.com , #bpbali (twitter) & google photo

Monday, 14 November 2016

18:59:00

Xierra Thermal Pants


Walaupun badan saya ni bersaiz kecil, tapi tak bermakna saya tak ambil berat tentang kesihatan diri atau tak terfikir untuk bersenam. Tak kira besar mana, bagai mana rupa bentuk badan pun, seseorang itu harus lah tetap menjaga kesihatan diri terutamanya dengan bersenam.

Sebagai seorang wartawan, terutamanya wartawan travel, saya sangat memerlukan penjagaan kesihatan diri yang sempurna demi melaksanakan tugasan saya. Stamina haruslah sentiasa berada di tahap terbaik!

Jadi kecil atau besar bukanlah alasan untuk tidak bersenam!

Baru baru ini saya telah menggunakan Xierra Thermal Pants sebagai support saya ketika bersenam.



 Xierra Thermal Pants telah direka khas menggunakan fabrik neothermal yang mampu membantu memerangkap haba dengan lebih cepat. Cara ini mampu membantu membuang lemak di peha, pinggul dan perut secara efektif.

Memang akan berpeluh lebih banyak lah. Ehhh...tapi jangan risau! Walaupun berpeluh dengan kuantiti yang banyak, tapi tak akan ada kesan di luar seluar ni. Jadi tak lah nampak dah lencun tu hahaha (Kering dan selesa di bahagian luar).

Selain itu, Xierra Thermal Pants menjadi pilihan saya kerana design dan colournya yang menarik! iaitu dark purple. Jahitan yang kemas dan berkualiti tinggi juga membuatkan pelanggan merasa tertarik untuk mendapatkan Xierra Thermal Pants sebagai koleksi. Terutama kepada kaki gym tu, jangan lupa dapatkan Xierra Thermal Pants by www.xierra.com

Harga yang ditawarkan pula sangat berpatutan iaitu hanya RM 139.00 sahaja!



Malah, selebriti tempatan seperti Fara Fauzana dan Jihan Musa juga mempercayai kualiti Xierra Thermal Pants ni. Mereka turut menggunakan Xierra Thermal Pants ketika bersenam. Jadi tiada alasan untuk anda tidak mempercayai kualiti Xierra Thermal Pants ini.

Sambil bersenam, menjaga kesihatan diri, anda juga berpeluang memenangi wang tunai bernilai RM 1,000 ringgit secara TUNAI! mudah sahaja dengan menyertai cabaran Xierra Thermal Pants lose weight.


Caranya mudah, anda hanya perlu
1. Like page Xierra
2. Share post ini (pastikan setting public)
3. Upload gambar before & after di FB anda dengan caption bagaimana Xierra Thermal Pants mengubah gaya hidup sihat anda & hashtag #xierraweightlosschallenge (pastikan setting public)
4. Gambar peserta WAJIB memegang Xierra Thermal Pants (sebagai bukti pembelian)
.
PEMENANG akan di pilih pada bulan JANUARI. Transformasi TERBAIK & caption paling menyentuh hati akan dipilih sebagai pemenang!

Jangan lepaskan peluang untuk menyertai contest tersebut!



Untuk maklumat lanjut :
Whatsapp: 010-847 2611
Instagram: @xierra.official

Sunday, 13 November 2016

23:08:00

Tioman Island Clean-Up Day (TICD) (Part 3)

Bila dah seharian beraktiviti, dari kering ke basah ke kering semula, jom lah check in bilik pula! Saat yang dinanti nantikan untuk tengok keadaan bilik yang disediakan di Berjaya Tioman Resort ni.

Dalam pukul 6.30 petang kami dibahagikan kepada bilik kami.


Ini lah bilik saya dan Sanda. Room 219.





What do you expect? Kalau dah Berjaya Hotel tu, mana mana cawangan pon, sah sah lah sangat selesa!

Kami diberi masa lebih kurang sejam untuk bersiap siap bersihkan diri semua untuk dinner di Restoran Sri Nelayan sekali lagi. 

Pada jam 7.30malam kami semua mula berkumpul di Restoran Sri Nelayan untuk dinner bersama para divers. Ini kali pertama kami bergabung bersama divers. Sambil dinner tu, kami disajikan dengan video presentation mengenai TICD 2016 ini oleh para divers termasuk dari Malaysia dan Singapura. 

Rilex...Aktiviti hari pertama kami tidak habis setakat petang tadi je. Ada lagi!

Ingat lagi tak di entry part 1 ada kata, siapa yang dapat like gambar paling banyak akan ada dapat hadiah?. 


Hah ini lah hadiahnya, candle light dinner tepi laut weyh! So pemenangnya adalah Neyra dan Halim. Tahniah :)

Yang tak menang tu jangan nak feeling feeling hahaha makan je ramai ramai kan Restoran Sri Nelayan tu hahaha!

Sedang mereka berdua ni menikmati candle light dinner tu, yang lain, kami di bawa night walk di tepi laut fuhhh sedap betul cuaca pada waktu malam. Angin aginnya.....GM Berjaya Tioman, Mr.Sonny, sendiri yang bawa kami untuk night walk tu.

Kami disuruh untuk tangkap burung yang terdapat di Jeti tu, katanya, kalau dapat tangkap, buat permintaan, mungkin akan dimakbulkan hahaha tapi sayang...No one yang berbakat malam tu kahkahkah! Fail! semua tak dapat tangkap. Mampu tengok jelah tangkap gambar.

Dah habis melayan perasaan malam tu dengan angin sepoi sepoi bahasa di tepi laut, marilah kita balik bilik dan berehat untuk aktiviti esok pula. Kumpul semula tenaga setelah seharian tak berhenti beraktiviti.

GoodNight Tioman!!