Post Top Ad

Post Top Ad

Monday, 29 December 2014

Bye Semester Tiga.

Esok bermula lah peperiksaan akhir untuk semester tiga ini... Apabila bermula nya peperiksaan akhir, maka menandakan, semester ini akan berakhir.

Aku turut sependapat dengan Shahril.. Di mana semester kali ini adalah semester terbaik yang pernah kami sekelas lalui..Rasa sayang untuk kami tinggalkan semester kali ini..Terlalu banyak kesan yang ditinggalkan dalam hidup kami..Hubungan kami semakin hari, semakin akrab..Baru study week tak jumpa, kami dah mula rindu ni..Bertapa rapatnya kami..

Namun dalam kemeriahan semester kali ini.... Kami dikejutkan dengan kehilangan demi kehilangan.. Kami kene akur.. Di mana semester kali ini kami telah kehilangan dua classmate kami.. Echa & Nisa.. Kehilangan yang mengejut bagi kami.. Kedua dua mereka terpaksa extend semester kali ini sebab masalah kesihatan dan masalah peribadi.. Kami sangat merasai kehilangan korang.. Apa pon..semoga kita semua jumpa lagi walaupon kita tak akan satu kelas lagi sampai bila-bila..Kita tak akan convo sama-sama..Tapi InsyaAllah kita jumpa di masa depan..

Tapi apa yang jadi pon, life's must go on kan.. Yang masih ada ni harus meneruskan perjuangan kami.


Tak keterlaluan aku katakan semester kali ini semester yang sangat hetic!

Semester yang paling banyak mengajar kami setakat ini.. Kami belajar untuk menerima sikap masing2 dengan lebih terbuka.. Cuba faham setiap antara kami.. "Masalah kau,masalah kami".

Kami menghadapi dugaan yang boleh tahan juga lah dengan class,lecturer kami.

Dengan segala kerja last minute..Memang TOUGH!

Seminggu terakhir semester merupakana hetic week ever!

Tuhan saja yang tahu apa yang kami rasa..Apa yang kami lalui..Tak makan, tak tidur..Hidup memang tak terurus..Pergi class sampai ramai yang tak mandi..Lagi epic bila ada yang gosok gigi pon tak sempat..Baju tak payah cakap lah memang tarik mana sempat je..tak iron la..Kami stay faculty dari pukul 8.30 pagi smpai ke 10.00 malam..kau rasa apa?.. Ya Allah..berkat kerjasama antara kami, kami mampu lalui saat saat getir ni bersama walaupon ada yang sampai menangis di akhir semester sebab terlalu penat, stress.. Terima kasih rakan-rakan..Korang semua kawan terbaik..Kita tak akan mampu lalui ni semua sendiri kan..





Mana sempat lelap,lelap aje kejap..Lantai pon jadi lah..sejam dapat lelap dah cukup bagus sangat!
Ni baru sebahagian..Ramai lagi tapi tak sempat lah semua nak curi curi snap gambar hang tidoq!




Ni muka aku dah dua hari tak tidur..dua hari tak makan!



Setough mana pon semester..kami akan lalui bersama.. 


TERIMA KASIH MC241 S3A untuk kenangan terindah semester ini..

Serta kenangan terindah dalam hidup aku..






No comments:

Post a comment