Banyak faktor yang memungkinkan
seseorang wanita itu menjadi pilihan si jejaka. Namun, di sini ingin
diketengahkan tujuh faktor utama yang menjadi perhatian si jejaka dalam memilih
pasangan mereka.
1.Ilmu agama
Yang pertama sudah pasti tuntutan agama.
Kaum hawa yang memiliki ilmu agama yang baik sudah pasti menjadi dambaran semua
kaum adam.
Ilmu agama menjadi asas penting dalam sesebuah perhubungan kerana
agama mampu menjadi hala tuju perhubungan yang baik untuk pasangan.
Usah risau
jika anda tidak memiliki ilmu agama yang baik, ini tidak bermakna anda tidak
boleh menjalinkan hubungan atau berumah tangga, kerana ia masih boleh
dipelajari walaupun setelah berumah tangga kerana proses pembelajaran adalah
sepanjang hayat.
2. Jadi diri sendiri.
Sebaik-baik manusia adalah mereka yang menjadi diri sendiri.
Bagi
memikat hati seorang lelaki, kamu tidak perlu menjadi orang lain.
Cukup dengan
menjadi siapa diri kamu yang sebenarnya.
Jangan sesekali menjadi wanita yang si
dia inginkan kerana si dia sebenarnya jatuh hati bukan pada diri kamu yang
sebenarnya tetapi pada bayangan yang si dia mahukan.
Adalah tidak baik bagi
kamu kerana kamu tidak dicintai seikhlas hati si dia.
Seteruk dan seburuk mana
pun diri kamu, itu adalah diri kamu.
Dari situ kamu mampu menilai keikhlasan
pada diri si dia.
Sama ada si dia mampu menerima kekurangan dan kelebihan kamu
atau tidak.
Yang paling penting, kamu tidak perlu berpura-pura menjadi orang
lain seumur hidup kamu.
Jika kesempurnaan yang si dia dambarkan, percayalah,
mereka tidak akan pernah temui kerana tiada apa yang sempurna di dunia ini.
Kadang kala yang kecil itu lah kesempurnaan.
Namun, jika kamu merasakan diri
kamu banyak kekurangan, kenapa tidak kamu perlahan-lahan cuba memperbaiki
kelemahan diri demi kebaikkan diri.
Semoga niat yang baik dipermudah.
3. Jangan sentiasa merasakan diri itu sempurna.
Jangan lah bersungguh-sungguh mahu buktikan diri kamu terlalu
sempurna sehingga tiada kurangnya.
Tidak salah jika sekali sekala kamu mengakui
kelemahan diri kamu depan si dia.
Bukan lah bermaksud kamu memperbodohkan diri
kamu.
Cuma adakalanya manusia itu lemah.
Sebagai contoh saat kamu jatuh dan
memerlukan sokongan.
Jangan pernah malu untuk memberitahu si dia yang kamu juga
perlukan seseorang untuk meluahkan isi hati kamu.
Saat kamu menangis, kamu
perlukan tempat untuk menangis.
Jangan setiap kali kamu menyatakan “I’m ok”,
sedangkan saat itu kamu sangat memerlukan seseorang.
Jangan sesekali berharap signal “I’m ok” kamu itu akan difahami
oleh si dia kerana lelaki selalu beranggapan apabila kamu memberitahu kamu
adalah dalam keadaan baik, mereka benar-benar mempecayainya.
4. Jangan cabar 'kelelakian' lelaki.
Jangan mencabar kelelakian lelaki bermaksud jangan sesekali
mencabar ego lelaki kerana lelaki adalah sangat tidak mengemari jika ego mereka
dicabar.
Fenomena hari ini, ramai wanita yang mengakui diri mereka setanding
lelaki.
Sedangkan hakikatnya, lelaki dan wanita tetap tidak akan pernah sama.
Hebat mana pun seorang wanita itu, ‘sesado’ mana pun, seorang wanita tetap
memerlukan sorang lelaki untuk menyokong mereka dari belakang.
Sebenarnya,
lelaki juga mampu menilai tahap kemampuan seseorang wanita itu.
Jadi jangan ego
ya!
5. Tabah.
Wanita memang hatinya lembut dan mudah terusik.
Lasak macam mana
pun seorang wanita itu, dia tetap wanita dan memiliki naluri sensitif itu.
Tapi
yang membezakan seseorang wanita itu adalah bagaimana cara mereka mengawal
tahap ketabahan hati mereka saat mereka bersedih.
Kebanyakkan lelaki lebih tertarik
pada wanita yang tabah.
Bagi lelaki, wanita yang menangis itu adalah normal
kerana itu adalah lumrah setiap manusia untuk menangis ketika mereka bersedih.
Tapi wanita yang mampu tersenyum semula selepas menangis adalah wanita yang
kuat dan dikagumi oleh lelaki.
“Wanita yang tabah adalah wanita yang menangis
di malam hari dan bangun dengan senyuman”.
Bagi lelaki wanita seperti ini mampu
berdikari.
6. Terima kelemahan si dia.
Setiap manusia pasti ada kelemahan mereka tersendiri.
Sesempurna
mana pun seseorang di mata orang lain, percaya lah, mereka tetap manusia yang
jauh daripada kesempurnaan.
Wanita yang hebat tidak akan terus menghukum
seorang lelaki dengan kelemahan mereka termasuk yang berkaitan dengan masa
silam mereka.
Sebaliknya, belajarlah untuk memahami mereka.
Sebagai contoh jika
seorang lelaki itu adalah pengamal hubungan sejenis sebelum ini, tidak salah
jika kamu cuba memahami kaum seperti ini terlebih dahulu sebelum terus menilai
mereka.
Jika niat mereka untuk berubah, biarkan masa silam mereka terus menjadi
masa silam.
Jangan pernah ungkit kesilapan mereka.
Kamu bersama mereka untuk
masa hadapan bukan berundur di masa silam mereka.
Kamu harus belajar menerima
dirinya yang baru.
Jika kamu terus menghukum masa silam mereka, sampai bila
mereka mahu menemui diri mereka yang baru?.
Kenyataan di masa silam tidak akan
pernah berubah.
Sedarlah, di saat kamu terus menghukum mereka, mereka lebih
sedaya upaya untuk melawan kesilapan mereka selama ini.
Semua manusia mempunyai
masa silam mereka.
7. Pendengar setia.
7. Pendengar setia.
Lelaki dan ego tidak dapat dipisahkan.
Mereka selalu berusaha
untuk menutupi kelemahan diri mereka.
Antara pekara yang paling sukar dilakukan
oleh seorang lelaki adalah untuk berkongsi masalah mereka dengan orang lain
terutama dengan kaum wanita kerana menurut mereka wanita ini kadang kala mulut
tempayan.
Jadi bagi kaum wanita, beri ruang kepada lelaki untuk mendekati kamu
untuk menjadikan kamu tempat untuk mereka berkongsi isi hati mereka.
Tidak
susah, hanya mendengar. Tetapi, apabila kamu telah mendapat kepercayaan mereka,
jangan sesekali kamu mengkhianati mereka.
No comments:
Post a Comment