Post Top Ad

Post Top Ad

Sunday 5 July 2015

Perjalanan ke TV- Al Hijrah

Sambungan entry yang lepas. Pengalaman melawat ke station TV Al-Hijrah. Sebenarnya group kami ada 4 orang. Tapi sorang lagi tak dapat join this assignment atas sebab tertentu. So kami decide untuk pergi bertiga sahaja setelah mendapat nasihat daripada pensyarah. 

(TAPI kali ni aku tak nak cerita pasal pasal assignment kami. Apa detail detail dia. Pasal apa semua sangat. Sebab aku nak bercerita lebih pasal perjalanan kami sahaja.)


Selepas kelas pagi, kami terus cari makan breakfast dulu. Kemudian dalam pukul 11.30 tu kami terus ke KL. ke TV station pilihan kami iaitu TV Al-Hijrah. 


Dalam pukul 12 suku tu kami sampai. Sebenarnya agak nervous. Serius. Sebab tak tau lah macam mana bentuk kerja yang menanti kami dekat dalam nanti. Tak tau diri masing masing dah get ready atau belum. Nervous nervous juga. Selfie selfie juga hah!

**ehh nak tau tak apa itu jodoh?. salah satunya macam hari tu. Kami tak plan pon nak pakai baju apa. Cuma kami letak syarat pakai kemeja and slack je. Baju office lah kira. Ehh sekali masuk masuk pagi tu tengok tiga tiga pakai baju colour baby blue! 
Samapikan wartawan kami pon tanya "korang memang plan pakai baju biru ke?"
HAHAHA! tak lah. SURATAN atau KEBETULAN sahaja. Padahal aku tengok dah macam pengawas perpustakaan je!


So buat homework sikit sementara menunggu pukul 1. Tugasan kali ni kami dipecahkan kepada dua tugasan. Satu tugasan kene follow Broadcast Journalist. Satu tugasan lagi kene stay di TV Station untuk buat TV News Production.

Disebabkan group kami tak cukup orang, so kami decide, Qashah pergi ikut BJ and Sheril and Pojie stay untuk buat TV news. 

Tapi hari tu Qashah kene masuk office pukul 1 tengahri untuk ikut BJ tu ke lokasi untuk PC. Tapi aku dengan Pojie kene masuk office pukul 3 petang.


Weyh pisang tau tak nak tunggu lagi 2 jam!

Nak buat apa?!


Taraaaa!! 

"Kami kini berada di Muzium Negara!"

HAHAHA! tu saja tempat yang paling dekat kan. Terfikir nak ke sana je lah. Aku memang suka pergi muzium ni. Sambil tu bawa la sorang tu sebab dia tak pernah sampai lagi.


Menyempat ada selingan tengah buat kerja ni!

Apabila Sherilalala dan Pojierarara bergabung habis! ada sahaja kerja merepek dorang nak buat.





"Mana kamu berdua lagi 3 jam?" Krik krik bila tiba tiba lecturer tanya mana kami lepas Aqashah pergi assignment hahaha kecut terus dua dua bila ingat kami ke mana! Ok lah tu. Bukannya kami pergi berjimba sangat kan. Tak tau dah nak buat apa lagi 3 jam tu.


Habis solat zohor terus kami balik ke office semula. Get ready untuk kami pulak buat tugasan. 
Cepat salin baju semula!
Hahaha sumpah lawak mengelabah masing masing nak bersiap semula. Ya lah mula mula dah siap smart smart ni pakai baju kerja. Sat lagi dapat info kene masuk lagi 3 jam. Tukar lah semula baju. Gantung. Lepas merayap kene tukar semula. Peh baju pon dah renyukseribu dah macam belacan!


Padahal muka dah tahap lemau habis!

Tapi kemon Sheril & Shahril masuk kerja!


Kehadiran kami disambut oleh wartawan dan pembaca berita TV-Al Hijrah - Encik Khairy Amry.


Producer - Puan Shima


Tugasan TV news ni memerlukan kami untuk meneliti setiap sudut news management. Dari awal collect berita sehingga lah berita tu on air di berita utama jam 8 malam.




Tak tau lah Si Qashah tu macam mana dekat luar sana. Apa je dia buat. Tak apa Sheril & Pojie tunggu Qashah balik office!




Rakaman secara langsung berita petang TV Al-Hijrah.



Masing masing nak juga pose....



Abang Khairy sedang membuat VO -Voice Over (Bilik ni memang agak cute. Masuk 3 orang je dah ok kodd)








Ok nampak tak muka tepu tunggu Qashah balik office. Cepat Qashah kami nak sambung kerja ni....Tapi kena tunggu kau balik dulu...


Finally dalam pukul 5 suku Qahah balik!



Mehh kacau Qashah buat kerja pulak!

Lepas solat asar tu kami duduk minum dengan Abang Khairy dekat cafe. Tapi Qashah kene balik office awal sebab dia ada kerja lagi. So aku, Pojie, Abang Khairy lepak minum kejap. Sambil tu Abang Khairy tak lokek shared cerita cerita personal dia dengan kami. Pasal kerja semua disharednya. Seronok juga dengar pengalamannya.


Sekali lagi kami berpecah. Qashah sorang dekat bilik sistem. Aku dan Pojie di studio rakaman. First time ni dapat tengok berita on air depan mata secara langsung! Live! excited juga nak tengok. Sanggup tunggu sampai ke malam semata mata nak tengok live. Ohh nasib Pojie drive sendiri. Bawa kereta sendiri so tak perlu terkejar kejar sangat nak balik tu. Lambat pon tak apa.





Tapi time iklan tu aku keluar dari studio aku pergi dekat Qashah. Sebab Pojie suruh aku back up Qashah kat bilik sistem tu. So aku merasa dua dua situation dalam satu hari tu. Qashah tak dapat tengok on air. Pojie tak dapat tengok bilik sistem bekerja.



Orang bekerja aku menyibuk je!


Habis je berita..aiii siapa taknak berangan kan. Acah acah duduk kat meja pemberita hahaha!


Sat... bagi akak betul kan baju dulu. Ya sampai ke malam dah macam belacan masing masing!








Bersama wartawan yang Qashah follow - Encik Adi Akmal

Beliau juga merupakan pembaca berita. Beliau adalah pembaca berita pertama di TV- Al Hijrah sejak tv station tu diperkenalkan!


Yeahh selesai tugasan untuk hari tu..Hari yang sangat panjang!

(Perhati jelah budak budak ni kan - Abang Khairy)






TQ so much Abang Khairy kerana sudi menerima kehadiran kami dan seharian melayan kerenah kami. Paling penting tunjuk ajar yang kami tak akan dapat dekat mana mana!


Bersama crew crew yang masih tinggal di office sehingga habis hari tu. Terima kasih kerana melayan kami dengan baik sangat. Menerima kehadiran kami dengan sangat baik.



Sumpah dorang memang sporting!

THANK YOU TV- AL HIJRAH!

(Ada rezeki ketemu lagi)

Aku bersyukur kerana mengambil Journalism. Bukan semua orang di luar sana mendapat peluang untuk merasai semua ni. Tak semua orang dapat masuk tv station suka suka. Tengok cara mereka menghasilkan berita, cara bekerja. Yang penting dapat tengok berita on air secara langsung!


Balik memang dah barai masing masing. Dari siang ke malam. Dalam pukul 9 lebih baru kami balik. Aku sampai dah tertidur!















3 comments:

  1. macm mn say nk contact utk sy siarkan program saya di tv alhijrah?

    ReplyDelete
    Replies

    1. macm mn saya nk contact tv alhijrah, utk sy siarkan program saya di tv alhijrah?

      Delete
    2. Awak boleh email kepada editor Al-Hijrah. Sila google - hugungi kami (Al-Hijrah) selalunya ada di web mereka email. Terima kasih.

      Delete