Ada Apa di “Sebalik Tabir” Semasa Saya Backpacker (4 hari 3 malam) Ke Krabi & Hatyai Thailand?
Repost from www.saudari.com
Baru-baru ini saya telah backpacker ke Krabi dan Hatyai 4 hari 3 malam bersama rakan-rakan.
Pulang sahaja ke Malaysia, ramai yang dah mula bertanya, berapa anggaran kos sepanjang perjalanan saya. So, untuk entry kali ni saya akan shared kan kos yang dikeluarkan sepanjang perjalanan ke Krabi dan Hatyai serta apa sahaja yang saya boleh buat dengan bajet saya di sana.
Percutian kali ini saya memilih untuk
backpacker iaitu percutian dengan bajet yang rendah.
JB-HATYAI (HARI PERTAMA PERJALANAN)
Memandangkan saya menetap di JB dan travel
partner saya, Wahida, di KL, so seawall jam 10.30 pagi saya telah berangkat ke
KL menaiki bas dari Station Larkin dan tiba di TBS dalam pukul 3 lebih (agak
lambat sebenarnya sepatutnya pukul 2 lebih dah sampai).
Saya memilih bas Pasific Express dan anggaran
tiket sekitar RM37.
Kali ni saya dan rakan memilih sedikit kelainan dengan membuat keputusan untuk ke Krabi dengan menaiki bas.
Kalau flight tu
rasanya dah selalu sangat naik, so kali ni nak cabar diri sikit walaupun
kedua-dua nya perempuan dan ini merupakan kali pertama kami travel ke Krabi dan
Hatyai.
"Kalau ada adik-adik yang nak try buat kelainan macam kami, make sure parents tahu semua plan kamu dan kamu memang sudah bersedia menghadapi segala kemungkinan kerana kamu akan ke kawasan yang sangat tidak familiar dan bahaya jika kamu adalah perempuan.
Kan dah kata buku nota sangat penting *selak semula catatan sebab ada yang dah lupa
Kami memilih perkhidmatan bas Sri Maju dengan harga tiket RM 60 sehingga ke Hatyai.
Saya memang saran kan kepada kamu untuk memilih bas Sri Maju ni sebab memang berbaloi.
Saya memang saran kan kepada kamu untuk memilih bas Sri Maju ni sebab memang berbaloi.
Dengan keadaan bas yang sangat selesa (seat yang besar dan ada selimut yang disediakan), driver yang ok dan yang paling penting, kira sampai destinasi on time juga lah.
Bila
perjalanan malam ni, saya lebih banyak tidur lah.
Setelah
menempuh perjalanan selama 6 jam, kami tiba di Changlun.
Berhenti makan
sekejap, driver memungut passport kami untuk mengisi white card, setiap seorang
dikenakan bayaran RM5.
HATYAI-KRABI (HARI PERTAMA PERJALANAN)
Selesai
sahaja urusan passport, kami meneruskan perjalanan semula menuju ke imigresen
Thailand.
Sekejap
je urusan imigresen ni. Settle cop passport semua, kami naik semula ke bas.
Tapi saya agak tertanya masa ni, kenapa tak ada pemeriksaan beg ya macam di
sempadan kita atau seperti di pintu masuk Singapore (cuma kami diarahkan untuk
membawa turun semua beg, tapi kemudian jalan seperti biasa je). Ok tak apa lah.
Mungkin sistem yang berbeza.
Tiket bas dari JB-KL
(RM37)
Tiket bas Pudu Sentral –
Hatyai (RM60)
Upah isi white card (RM5)
Jimat
di situ kerana kami tak makan semasa di perhentian Changlun tadi.
Kemudian
kami meneruskan perjalanan semula ke Hatyai. Perjalanan sambung lagi dalam 2
jam.
Tepat
8 jam perjalanan kami seperti dijadualkan, kami tiba di agensi Sri Maju di
Hatyai.
Ok ni sedikit pengalaman
yang tak best saya nak kongsikan.
Tiba sahaja di agensi tu, kami bersiap sekejap, keluar sahaja dari toilet,
datang seorang lelaki menghampiri kami berhampiran kaunter, menawarkan
perkhidmatan van ke destinasi pilihan lain seperti Krabi, Phuket dan lain-lain.
Kami dengan blur sikit baru keluar
toilet pun, dengar lah lelaki tu explain offer dia, kami pon ok consider dengan
offer dia. Then kami di bawa ke agensi lain dengan menaiki tuk-tuk. Bayaran
tuk-tuk 40 Bath (RM4) seorang.
Kami
ingatkan dia dari agensi Sri Maju juga, rupanya dia masuk ke kedai Sri Maju
sahaja untuk mencari pelanggan (ulat tiket la).
Kemudian
kami mendapatkan perkhidmatan van dari Hatyai ke Krabi dengan harga yang mahal
sebenarnya. Bila dah duduk diam baru perasan kan. Yela baru sampai blur lagi
dan itu pertama kali kan dah kena tipu sekali! Kami bayar 1700 Bath / RM 170
(return) RM 85 (sehala) setiap seorang untuk perkhidmatan van tersebut.
Sepatutnya boleh dapat lagi murah dalam RM55-65 sahaja. Tak apa kita kena
sekali ni.
Kami
terus ambil perkhidmatan return sebab senang. Menurut mereka di situ, memang
tak akan ada teksi yang boleh kami nak suka-suka tahan untuk balik dari Krabi
ke Hatyai nanti. Sebab memang sistem mereka siapa yang nak balik akan amek
return sebab van ni akan jemput kami pada tarikh balik di hadapan hotel kami
nanti.
So
sekarang saya dah belanjakan RM272. (Boleh
save bajet lagi sebenarnya kalau pilih agensi yang lebih murah)
Tapi
nasib baik van yang disediakan memang terbaik. Selesa. So, tak terkilan sangat
lah. Kalau tidak naya lah sebab perjalanan dari Hatyai ke Krabi mengambil masa
dalam 5 jam. Van memang selesa dengan seat yang selesa, aircond yang kuat, siap
ada tv. Dah penat tu memang tidur terus naik van.
(Walaupun
selesa van nya, tapi saya sangat tidak menyarankan kamu untuk memilih agen ni
sebab perkhidmatan yang agak……Baca sampai habis baru tahu kenapa).
Sesekali
tersedar tu ada juga cuci mata melihat pemandangan di Hatyai. Tapi tak ada yang
special pon for me sebab sepanjang perjalanan, sama je macam suasana di
Malaysia dengan pokok getah dan perumahan yang sama macam taman-taman dan
kampung di Malaysia. Dah rasa macam jalan di Melaka pula.
Semasa
pejalanan kami ada berhenti rehat di hentian rehat di sini. Dalam 20 minit juga
sebelum teruskan perjalanan (sekali lagi kami tidak makan apa-apa sebab macam
tak yakin lagi makanannya). Tak fikir makan lagi masa ni sebab dalam kepala dah
terbayang katil dan pantai sahaja!
KRABI (HARI PERTAMA)
Sekali
lagi kami diuji, bila driver kami tak jumpa hotel kami. Puas lah pusing sampai
ke Krabi town kemudian patah balik ke Ao Nang agak jauh juga. Tanya orang sana
sini, hah ini lah masalah besar, bahasa.
Di sebabkan driver ni langsung tak boleh
berbahasa inggeris, faham pun tidak, susah lah bila saat-saat macam ni. Bagi
isyarat pun tak faham sangat. Sampai kan saya kena tulis dekat kertas. Kemudian
seorang lagi penumpang kena tuliskan dalam ejaan Thailand. Endingnya, kami pit
stop di kaunter tourism. Baru lah clear sikit.
Kalau tidak rasa macam ‘ayam dan
itik’ bercakap. Seorang cakap bahasa Thailand, seorang cakap Bahasa Inggeris.
Sudahnya, guna bahasa isyarat!
Pejalanan
yang sepatutnya 5 jam dah jadi lebih 6 jam sebab tak jumpa hotel.
Fuhh….Bayangkan bertapa letihnya. Terutama saya yang dari JB ni, perjalanan
yang ditempuh hampir 24 jam, seharian. Tapi ni semua kami ambil sebagai
pengalaman dan mencabar diri sendiri.
Ok
kalau hotel kami memilih 2 hotel. 2 malam di hotel Ascot Hotel dan 1 malam di 3
Bees Guesthouse. Saja nak try hotel yang berbeza. Tapi untuk urusan hotel,
rakan travel saya seorang lagi, Pojie yang uruskan. Dia yang membuat pilihan
hotel dan pembayaran untuk kami. Pojie pula stay di hotel yang lain, Good Wills
Hotel. Jadi kami stay di 3 hotel yang berbeza sepanjang di sana.
Bajet
untuk hotel pula, 2 malam di Ascot Hotel RM 112.18 dan 1 malam di 3 Bees
Guesthouse RM39.30 . Jumlah RM151.48. Tapi jumlah tu saya bahagikan kepada dua
orang. Jadi setiap seorang harus bayar RM75.74 untuk 3 malam hotel.
So far
total saya sudah RM 347.74.
Lepas
puas pusing-pusing baru lah jumpa hotel kami. Sampai sahaja kami terus check
in. Pojie dah dari pagi sampai sebab dia datang naik flight. So saya dan
Wahidah, decide untuk rest dulu sebelum keluar mencari laut! Sebab
masing-masing dah lepak.
Sementara
nak menunggu sunset tu. First day, kami hanya bersantai sahaja sebab sampai pun
dah tengahari. Lepas tu penat semua, so kami decide untuk ambil angin sahaja di
Ao Nang Beach sambil mencari pakej-pakej aktiviti untuk esoknya.
Sambil
tu kami try dulu Nutella Banana Pancake yang memang terkenal di Krabi ni. Rugi
kalau ke sini tapi tak cuma this pancake.
Selain
Nutella, banyak lagi pilihan macam yang tersenarai di papan pada gambar di bawah. Memang banyak stall yang menjual pancake di sini.
Tadaaa
nutella banana pancake! Kami dapat kan dengan harga 40 Bath atau RM4.
So
sekarang perbelanjaan sudah RM 351.71
Ok
berbalik kepada misi utama iaitu mencari pakej terbaik untuk beraktiviti
esoknya.
Setelah
puas pusing kawasan sekitar Ao Nang, kami dapat tempat agensi terbaik! Pakej
yang ditawarkan di agensi ni so far yang termurah dan terbaik aktiviti yang
disediakan. So kami dah dapat aktiviti untuk esok! Apakah aktivitinya?. Ok
teruskan membaca!
Dah
gembira dapat pakej aktiviti esok, apa lagi, menyempat kami kacau ratu-ratu di
sini hahaha!
Tapi hati-hati sebab kalau snap gambar dengan mereka ni pon kena
bayaran tau! 20 Bath setiap seorang. So, sebab kami gatal pergi melayan, kena
lah ketuk 60 Bath untuk 3 orang wanita celup ni.
Serius kamu jangan melayan!
Kata nak save bajet kan. Tapi dah gatal pergi menambah bajet lagi!
So far
sekarang saya dah belanjakan RM 353.71
Hah
segala penat terus hilang bila dah dapat tengok this scenery.
Next
apa lagi…Dah habis menjamu mata dengan sunset, tiba masa menjamu perut pula.
Untuk dinner malam ni kami decide untuk makan makanan yang agak ok sikit lah.
Lagi pun baru first day, so masih belum sempat mencari kedai makan yang lebih
baik dan lebih murah.
Kami
dinner di Moti Mahal (nama kedai mahal tau!). Kami pesan makanan sepinggan
hidangan je. Macam nasi goring daging. Senang. Plus pulut mangga.
Untuk
dinner malam tu saya bayar 150 Bath atau RM 15 untuk makanan dan minuman.
Duit
terus mengalir.
Sekarang sudah RM 366.71
saya belanja kan.
Dah
letih, so balik hotel tidur! Kena simpan tenaga secukupnya sebab aktiviti esok
memang seharian dari tengahri sehingga lah ke malam.
KRABI (HARI KEDUA)
Hari
kedua kami tetap bangun awal dan keluar ambil angin di Ao Nang Beach. Rugi
pula rasanya kalau datang sini tapi habiskan masa dengan tidur je kan. So, jum
cuci mata!
Sempat
juga lah part time dekat pam minyak. Menariknya pam minyak di sini ade sebuah
je dan terletak di tepi-tepi jalan. Cara nak bayar masukkan duit macam kita
bayar parking dekat Jusco.
Dah
pukul 12 tengahri kami pun balik hotel masing-masing untuk bersiap-siap.
So
aktiviti kami pada hari ini adalah 7
island!
Berikut tentatif
aktiviti sepanjang hari :
12.30 PM : Pick up
service from Ao Nang.
Tepat
jam 12.30 van tiba di hotel dan membawa kami ke destinasi. Perjalanan mengambil
masa 15 minit.
Setibanya,
kami diminta untuk mendaftar nama dan diberi sticker dan goggle setiap seorang
(kalau hilangkan goggle, kena denda 400 Bath, so jaga elok-elok!).
Perjalanan
kami untuk tiba di pulau pertama agak lama juga. Mula-mula macam excited, lama
sangat sampai mengantuk nak tunggu….
Tadaaa
finally snorkeling! Memang sangat seronok bila dah ‘dilepaskan’. Setiap pulau
kami stop untuk snorkeling atau berenang dalam 30 minit. Berenang lah, menyelam
lah sepuasnya satu hari suntuk tu!
Si Island : Popular
location for excellent snorkeling the marine life here will amaze you.
Ok
gambar yang bawah ni antara benda yang best dan rugi kalau tak cuba semasa
aktiviti hari itu.
Tapi memang agak bahaya.
Sebab tu
tak ramai yang nak cuba. Untuk satu bot tu boleh kira dalam lima atau enam
orang sahaja yang nak buat paling ramai pun dalam tujuh atau lapan orang.
Kebanyakkan nya memang orang putih lah. Sebab dorang ni kan adventurous. Kalau
daripada bot saya adalah dalam enam orang je buat. Tiga orang melayu termasuk
saya dan Wahidah.
Saya
dan Wahidah memang sukakan cabaran dan extreme game.
Kami mempunyai minat yang
sama. So, masa ni saling lah mencabar sesama kami untuk mencuba.
Mula-mula
tu perhatikan je lah orang lain dari bot lain buat dulu. Nak make sure juga
selamat ke tidak!
Untuk
aktiviti ni, kami diberi kebebasan untuk buat. Just jaga diri lah. Kalau tak
yakin, jangan buat!
Untuk
terjun cliff jumping ni, kami kena buka life jacket untuk terjun.
So, buka life
jacket, panjat banjaran tu, terjun terus sampai dasar dalam laut tu. Tanpa life jacket!
Tapi
lepas timbul tu, akan ada lah yang tolong campakkan semula life jacket tu dekat
kamu.
Yang bagusnya, semua orang yang nak buat tu akan kerjasama.
Seorang akan
pegangkan tangga tu supaya kamu naik, seorang akan tolong kamu untuk panjat,
seorang akan tunggu dan campakkan kamu life jacket bila kamu timbul semula. Tak
kira lah melayu ke, orang putih ke. Semua tolong.
Memang
satu kerugian kalau dah bayar pakej dan tak buat cliff jumping ni!
Sekali
dah terjun ke dasar tu, memag terasa nikmat dia! Kalau diberi peluang lagi,
memang saya akan buat lagi cliff jumping ni. Lagi tinggi akan panjat. Nak lawan
orang putih tu, memang tidak lah. Tinggi sangat mereka ni cabar diri.
Phranang Cave : Visit
Pranang Cave (tapi kami just lalu je tapi tak masuk pon cave tu sebab kami tak
amek pakej untuk jejak ke sempadan lain. Sebab kalau jejak kaki dekat tanah
pulau tertentu akan dikenakan bayaran masuk ke sempadan lah kira 400 Bath. Tapi
kami tak bayar untuk tu).
Disediakan juga air mineral dan buah-buahan (nenas dan tembikai) untuk kami alas perut sebelum makan malam.
Ini
namanya berenang sampai pengsan!
Cantik
sangat sunset pada petang tu. Dengan cuaca yang elok, dapat lah kami berpelung
melihat sunset.
Next,
kami ke Pulau Poda pula. Kami diarahkan untuk tukar bot di tengah laut untuk ke
sini. Sebab siapa yang tak beli pakej yang ada BBQ, dorang akan naik bot lain.
Dipecahkan lah. Dua trip juga lah yang ambil kami sebab ramai.
Tadaa!
Di sini lah kami semua berhenti untuk makan malam seperti yang termasuk dalam
pakej. Ok juga makanan yang disediakan. Tapi kalau lapar boleh je tambah.
Pengalaman
yang sangat seronok bila dapat bersantai macam ni dekat pulau. Makan
ramai-ramai, berhadapan laut. Cantik sangat! Pelbagai bangsa semua duduk santai
bersama.
Dah
rasa macam suasan cerita survival pula.
Di
Pulau Poda ni merupakan hentian yang paling lama lah berhenti. Lebih sejam
rasanya.
Habis
sahaja makan dan bersantai, kami disediakan dengan pertunjukkan “abang api”
oleh tour guide kami.
Memang
meriah suasana semua berkumpul tengok pertunjukkan tersebut. Sangat terhibur!
Setelah
selesai semua pertunjukkan, kami diarahkan untuk naik semula ke bot kami
mengikut agen kami seperti sticker kami pakai.
Masa
ni agak kelam kabut juga lah, sebab dah malam, gelap cuma ada cahaya bulan dan
lampu yang malap dari bot sahaja. So agak bergelap dan kabur-kabur lah kami
semua masuk ke laut dengan beg, goggle semua, berebut nak naik.
Agak berpusu
lah. Tambahan, bila dah malam tu, air dah mula pasang, so agak tinggi lah air.
Kalau yang pendek nya 157 cm macam saya ni, agak dah paras bahu juga lah air
masa tu untuk panjat naik bot.
Masa
tu nak gelak pun ada, sebab apa?. Serius dah serupa sangat macam pelarian
Rohingya! Yelah jalan bawah bot macam tu.
Lepas tu nanti akan ada lah penumpang
lain yang akan tolong sambutkan beg –beg dari atas bot. Kami kena angkat lah
beg atas kepala supaya tak masuk air, sebab ada handphone semua dalam tu. So
adalah, gilir-gilir yang tolong. Kita pas kan dari bawah bot, mereka akan
sambut.
Terima
kasih siapa yang buat kerja amal tu.
Seronok
lah, rasa banyak kerjasama antara kami sepanjang aktivit ni.
Tour
guide yang juga baik kepada kami semua. Service terbaik.
Seeing plankton :
Complete the evening with a refreshing swim amidst the bio-luminescent phosphor the sea around you.
Ok
ni last pit stop kami, pulau terakhir, kami snorkeling di malam hari. Gelap
gulita. Tapi jangan risau, Untuk malam punya snorkeling ni, disediakan tali
yang telah diikat dari bot ke banjaran. So, kami semua diarahkan untuk beratur
dan bergayut pada tali tu supaya tak jadi apa-apa sebab memang gelap.
Tapi,
bila dah selam tu baru lah kami Nampak planton.
Untuk
yang ni, agak sekejap saya turun, sebab tak tahu kenapa masa tu, goggle saya
ada problem, bila dah selam tu memang air masuk, memang telan air dan rasa
lemas sikit.
Agak panic juga sebenarnya, sebab dalam gelap, dengan lemas sikti,
nak pegang tali tu lagi, memang panic juga…So saya decide untuk naik semula ke
bot.
Lain
kali check dulu! Jangan main terjun je.
9.00 PM : Back to
Railay.
Seperti
dijadualkan, jam 9 malam kami tiba semula di jeti. Pulangkan goggle semua,
tunggu driver.
9.15 PM : Arrive to your
hotel.
Jam
9.15 malam, kami tiba di hotel masing-masing dengan basah kuyup!
Untuk
pakej 7 Island ni kami bayar 800 Bath atau RM 80.
Bilik
yang disediakan memang sangat selesa! Puas hati! Katil yang empuk, bilik yang
bersih, siap TV, Ice box semua, complete.
Permandangan
daripada sliding belakang. Nampak lah view banjaran.
Balik
rehat kan diri sekejap. Lepas tu saya dan Wahidah keluar ambil angin sekejap di
Ao Nang Beach sebelum balik ke hotel semula dan tidur.
Habis hari pertama dan
kedua kami di Krabi.
Should do cliff jumping lagi. Too bad masa pergi tu tak berapa nak sihat. Adeh! Part kena kacau 'makcik' vogue tu tak boleh blah!
ReplyDeleteLain kali double check, ubat jangan tertinggal!
DeleteAigooo 'makchik' tu memang trauma teruk dibuatnya!
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletenak tanya solat macam mana sepanjang naik boat tu
ReplyDeletesalam... kalau macam tu, kamu boleh buat solat jamak bagi memudahkan.Kalau masa tak sesuai juga, kamu boleh qada solat.
Delete3 bees guesthouse okay tak?
ReplyDeleteHai! okayy sebolehnya sy tak sarankan. sebab beberapa faktor. kamu ade email? boleh sy reply di email?. give me your email.
DeleteHii, haa okay boleh. alifabdazis@gmail.com
DeleteThankyou! :)
saya dah email :)
DeleteKenapa cliff jumping tu takleh pakai life jacket? :(
ReplyDeletesebab kalau pakai life jacket nnti kamu jump terapung je. tak rasa lah ke dasar laut tu :)
Deletesalam.. hai :) boleh suggest best hotel tak? kalau ada itenerary lagi best. tlg email dekat saya boleh? anora0309@gmail.com
ReplyDeleteSalam. Saya sudah email Thanks! :)
DeleteAssalamualaikum . Boleh tolong suggest tak mana2 hotel murah dkt aonang and berapa cost dia? And satu lagi kalau saya prefer naik keretapi to krabi ok tak dari naik bas from kl?
ReplyDeleteWaalaikumsalam. Kalau sy memang suggestkan Ascot Hotel. Semalam dalam RM 32 masa sy pergi dulu. Memang selesa, bersih & dekat dengan Ao Nang Beach. Actually naik keretapi lagi best sebab ada katil. Boleh lah tidur selesa sikit. Banding bas. Sy naik bas sebab masa tu ticket train dah sold out. So 2nd choice naik bas. Tapi kalau tidur naik train tu hati2. Jaga beg2 semua sebab kita tak tahu siapa yg dekat dengan kita.
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletehii. nak tanya, mcm mana nk cari Mariam Travel & Tour tu ye?kt area mana :)
ReplyDeleteSalam.. boleh share suggestion hotel n itenary sis.. sy nk ke krabi bln september ni. So nk cari info.
ReplyDeleteEmail : nazirul.akhmal@gmail.com
Delete