Post Top Ad

Post Top Ad

Sunday, 13 November 2016

Tioman Island Clean-Up Day (TICD) (Part 2)

Perjalanan kami dari Tanjong Gemok Jetty mengambil masa sekitar sejam lebih sebelum tiba di Pulau Tioman. *Kepada sesiapa yang mabuk laut tu, lebih baik makan pil dulu sebab perjalanan mengambil masa yang agak lama iaitu hampir 2 jam untuk tiba!


Masa kami pergi pula dengan cuaca yang kurang baik. Dengan hujan, laut bergelora. Yelah dah nak hujung hujung tahun ni, nak musim monsoon sudah. Sebenarnya tak berapa sesuai untuk aktiviti laut.

Pada jam 2.00 petang, kami tiba di Berjaya Tioman Resort. 

Kami diberikan welcoming briefing yang meriah oleh pihak Berjaya di Restoran Sri Nelayan.



Sekali gus, lunch sekali di sana. Memang tak sabar sabar lah semua nak makan yalah dah tengahri, perut pon dah lapar. Makanan yang disediakan juga sangat menyelerakan. 





Setelah relax kan diri, selepas makan, jam 3.30 petang kami dibawa mengelilingi kawasan Berjaya Tioman Resort oleh Team Berjaya. Kami diberikan pilihan sama ada untuk berbasikal ataupun menaiki bugge bagi aktiviti ini. Huru hara juga lah bila masing maisng berpusu pusu dengan basikal sekali ramai hahaha! Tapi memang meriah sebab team kali ni semua sporting habis!







Ini dia Pilot saya, Zul from The Sun Daily Newspaper





Ohh yeahh...Co-Pilot duduk diam je kat belakang hahaha!😆

Kami dibawa melawat jenis jenis bilik yang terdapat di Berjaya Tioman Resort ini (bagi tujuan review). Setelah selesai review semua jenis bilik, kami meneruskan hari dengan aktiviti yang lebih menarik!





Memang first day, sampai sampai je dah padat aktivitnya. Kami belum sempat check in lagi ni terus kena buat aktiviti. Tapi memang fun!

Kami terus mengayuh ke padang golf untuk tujuan pengenalan dan review. Walaupon padangnya tidak besar, tapi dengan kedudukan yang bersebelah laut dan hutan rimba, memang terasa tenang suasana untuk bermain golf di sana.








Setelah selesai sesi pengenalan, kami dikehendaki mengayuh semula basikal dan berkumpul di dive center berhadapan laut.


Ketika itu, kami diberi briefing mengenai aktiviti seterusnya. Di mana kami akan membuat lagi empat aktiviti, which is, golf, snorkeling, kayaking dan glass bottom boat. Excited kan?!

Tapi kami dipecahkan kepada beberapa kumpulan. Yalah, kalau semua nak buat aktiviti yang sama secara serentak memang tak tercukup lah. Mana nak cari stick golf tu banyak banyak, kayak, life jacket lagi kan. So, kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan bagi memudahkan. Kira kami buat sistem rotation lah. Semua orang berpeluang merasai semua aktiviti.

*Aktiviti harini memang favorite saya lah. Sebab saya gemarkan aktiviti air. Ngam sangatlah!

Group saya pada masa tu telah memilih golf sebagai aktiviti pertama. Kami memilih golf dulu sebab malas nanti dah basah basah nak naik buat aktiviti kering pula, better kering dulu, lepas tu lencun terus hihi


Jaga jaga...Geng pensabit rumput nak sabit rumput ni!😜






Fuhhh terasa diri macam Tiger Woods!


Setelah selesai golf, group kami ke aktiviti seterusnya which is, snorkelling! my favourite ni!

Masing masing cepat cepat lah ke tepi pantai tu untuk menaiki bot ke tengah laut, untuk snorkelling. Sebelum tu, kami diberi sedikit briefing mengenai aktiviti tersebut dan diberi life jacket dan goggle. 












Bertapa bahagianya masing masing dapat terjun dalam air ni! Macam macam patten pon ada!




Sedih tak ada dalam gambar sebab masa ni saya dah buat misi menyelamat hahaha


Ni hah selamatkan kayak Kakak kita ni hahaha tak memasal pergi naik boat, bersnorkeling, balik kena dayun kayak pula sebab Kak Ellie dah cramp lol! Semua orang balik naik bot siap bergambar bagai....sedih..... Kena lah bawa balik kayak ni ke jeti semula. Memang feeling habis aku berkayak sorang sorang sambil mata melayan sunset fuhhh. Nak repeat rasanya! 

Sampai sampai je abang beach boy datang tanya "Awak memang main aktiviti laut ke?. Biasa berkayak?. Awak ni diver ke?". Amboii abang...Macam machine gun dia duk tanya ya!. 

"Ehh tak adalah abang. Ini baru kali kedua saya berkayak. Last tahun lepas di Krabi. Ini pun saya dayun je. Diver?. Memang tidak lah hahaha saya snorkeling je lah. Tapi saya suka lah aktiviti air ni"

"Sebab saya perhatikan awak dari tadi. Kemain awak berenang sorang sorang tak ikut yang lain, mengajar orang berenang lagi (sebab that time aku ada selamatkan someona yang hampir lemas hihi), lepas tu berkayak sorang sorang. Baik awak ambil lesen diver".

Tak memasal berborak jadinya dengan abang tu sementara menunggu yang lain sampai. Aduh...kita yang berkayak sampai dulu lol 😂







Tak melepaskan peluang menikmati sunset pada petang tu.


This is Tioman bro! Gila tak awesome!



Glass bottom boat sahaja yang aku tak sempat nak buat sebab cuaca dah agak mendung petang tu. Gambar di atas ni, Group Kak Ellie, Abang Adam & Adrian sempat buat.




Hari pon dah senja, marilah bersiap siap balik ke lobby untuk check in bilik. 


GAMBAR GAMBAR CREDIT TO SEMUA MEDIA YANG TERLIBAT: Santai Travel Magazine, The Sun Daily Newspaper, 1twenty80 Magazine, K-Network Media, Malaysiafoodies.com, www.ieyra.com, malaysiabackpackers.com, uw.com dan www.yazidizzat.com, Tian, Wayne, Berjaya Group (semua yang telah berkongsi gambar. Tak ingat dah nak credit satu satu sebab dah banyak sangat gambar). TERIMA KASIH!





No comments:

Post a Comment