Post Top Ad

Post Top Ad

Monday 17 August 2015

Pengalaman backpacker ke Krabi & Hatyai (Part 1)



Ada Apa di “Sebalik Tabir” Semasa Saya Backpacker (4 hari 3 malam) Ke Krabi & Hatyai Thailand?


Repost from www.saudari.com



Baru-baru ini saya telah backpacker ke Krabi dan Hatyai 4 hari 3 malam bersama rakan-rakan.


Pulang sahaja ke Malaysia, ramai yang dah mula bertanya, berapa anggaran kos sepanjang perjalanan saya. So, untuk entry kali ni saya akan shared kan kos yang dikeluarkan sepanjang perjalanan ke Krabi dan Hatyai serta apa sahaja yang saya boleh buat dengan bajet saya di sana.
Percutian kali ini saya memilih untuk backpacker iaitu percutian dengan bajet yang rendah. 

JB-HATYAI (HARI PERTAMA PERJALANAN)

Memandangkan saya menetap di JB dan travel partner saya, Wahida, di KL, so seawall jam 10.30 pagi saya telah berangkat ke KL menaiki bas dari Station Larkin dan tiba di TBS dalam pukul 3 lebih (agak lambat sebenarnya sepatutnya pukul 2 lebih dah sampai).

Saya memilih bas Pasific Express dan anggaran tiket sekitar RM37.

Kali ni saya dan rakan memilih sedikit kelainan dengan membuat keputusan untuk ke Krabi dengan menaiki bas. 

Kalau flight tu rasanya dah selalu sangat naik, so kali ni nak cabar diri sikit walaupun kedua-dua nya perempuan dan ini merupakan kali pertama kami travel ke Krabi dan Hatyai.
"Kalau ada adik-adik yang nak try buat kelainan macam kami, make sure parents tahu semua plan kamu dan kamu memang sudah bersedia menghadapi segala kemungkinan kerana kamu akan ke kawasan yang sangat tidak familiar dan bahaya jika kamu adalah perempuan.
Kan dah kata buku nota sangat penting *selak semula catatan sebab ada yang dah lupa
Okayy, kami bertolak dari Pudu Sentral pada pukul 10.00 malam.



Kami memilih perkhidmatan bas Sri Maju dengan harga tiket RM 60 sehingga ke Hatyai.

Saya memang saran kan kepada kamu untuk memilih bas Sri Maju ni sebab memang berbaloi.
Dengan keadaan bas yang sangat selesa (seat yang besar dan ada selimut yang disediakan), driver yang ok dan yang paling penting, kira sampai destinasi on time juga lah.

Bila perjalanan malam ni, saya lebih banyak tidur lah.


Setelah menempuh perjalanan selama 6 jam, kami tiba di Changlun. 

Berhenti makan sekejap, driver memungut passport kami untuk mengisi white card, setiap seorang dikenakan bayaran RM5.

HATYAI-KRABI (HARI PERTAMA PERJALANAN)

Selesai sahaja urusan passport, kami meneruskan perjalanan semula menuju ke imigresen Thailand.

Sekejap je urusan imigresen ni. Settle cop passport semua, kami naik semula ke bas. 

Tapi saya agak tertanya masa ni, kenapa tak ada pemeriksaan beg ya macam di sempadan kita atau seperti di pintu masuk Singapore (cuma kami diarahkan untuk membawa turun semua beg, tapi kemudian jalan seperti biasa je). Ok tak apa lah. Mungkin sistem yang berbeza.

So far, buat masa sekarang saya telah belanjakan RM102.

Tiket bas dari JB-KL (RM37)

Tiket bas Pudu Sentral – Hatyai (RM60)

Upah isi white card  (RM5)

Jimat di situ kerana kami tak makan semasa di perhentian Changlun tadi.
Kemudian kami meneruskan perjalanan semula ke Hatyai. Perjalanan sambung lagi dalam 2 jam.

Tepat 8 jam perjalanan kami seperti dijadualkan, kami tiba di agensi Sri Maju di Hatyai.


Ok ni sedikit pengalaman yang tak best saya nak kongsikan. Tiba sahaja di agensi tu, kami bersiap sekejap, keluar sahaja dari toilet, datang seorang lelaki menghampiri kami berhampiran kaunter, menawarkan perkhidmatan van ke destinasi pilihan lain seperti Krabi, Phuket dan lain-lain.  

Kami dengan blur sikit baru keluar toilet pun, dengar lah lelaki tu explain offer dia, kami pon ok consider dengan offer dia. Then kami di bawa ke agensi lain dengan menaiki tuk-tuk. Bayaran tuk-tuk 40 Bath (RM4) seorang.


Kami ingatkan dia dari agensi Sri Maju juga, rupanya dia masuk ke kedai Sri Maju sahaja untuk mencari pelanggan (ulat tiket la).

Kemudian kami mendapatkan perkhidmatan van dari Hatyai ke Krabi dengan harga yang mahal sebenarnya. Bila dah duduk diam baru perasan kan. Yela baru sampai blur lagi dan itu pertama kali kan dah kena tipu sekali! Kami bayar 1700 Bath / RM 170 (return) RM 85 (sehala) setiap seorang untuk perkhidmatan van tersebut. 

Sepatutnya boleh dapat lagi murah dalam RM55-65 sahaja. Tak apa kita kena sekali ni.


Kami terus ambil perkhidmatan return sebab senang. Menurut mereka di situ, memang tak akan ada teksi yang boleh kami nak suka-suka tahan untuk balik dari Krabi ke Hatyai nanti. Sebab memang sistem mereka siapa yang nak balik akan amek return sebab van ni akan jemput kami pada tarikh balik di hadapan hotel kami nanti.





So sekarang saya dah belanjakan RM272. (Boleh save bajet lagi sebenarnya kalau pilih agensi yang lebih murah)

Tapi nasib baik van yang disediakan memang terbaik. Selesa. So, tak terkilan sangat lah. Kalau tidak naya lah sebab perjalanan dari Hatyai ke Krabi mengambil masa dalam 5 jam. Van memang selesa dengan seat yang selesa, aircond yang kuat, siap ada tv. Dah penat tu memang tidur terus naik van.

(Walaupun selesa van nya, tapi saya sangat tidak menyarankan kamu untuk memilih agen ni sebab perkhidmatan yang agak……Baca sampai habis baru tahu kenapa).

Sesekali tersedar tu ada juga cuci mata melihat pemandangan di Hatyai. Tapi tak ada yang special pon for me sebab sepanjang perjalanan, sama je macam suasana di Malaysia dengan pokok getah dan perumahan yang sama macam taman-taman dan kampung di Malaysia. Dah rasa macam jalan di Melaka pula.

Semasa pejalanan kami ada berhenti rehat di hentian rehat di sini. Dalam 20 minit juga sebelum teruskan perjalanan (sekali lagi kami tidak makan apa-apa sebab macam tak yakin lagi makanannya). Tak fikir makan lagi masa ni sebab dalam kepala dah terbayang katil dan pantai sahaja!


KRABI (HARI PERTAMA)

Sekali lagi kami diuji, bila driver kami tak jumpa hotel kami. Puas lah pusing sampai ke Krabi town kemudian patah balik ke Ao Nang agak jauh juga. Tanya orang sana sini, hah ini lah masalah besar, bahasa. 

Di sebabkan driver ni langsung tak boleh berbahasa inggeris, faham pun tidak, susah lah bila saat-saat macam ni. Bagi isyarat pun tak faham sangat. Sampai kan saya kena tulis dekat kertas. Kemudian seorang lagi penumpang kena tuliskan dalam ejaan Thailand. Endingnya, kami pit stop di kaunter tourism. Baru lah clear sikit. 

Kalau tidak rasa macam ‘ayam dan itik’ bercakap. Seorang cakap bahasa Thailand, seorang cakap Bahasa Inggeris. Sudahnya, guna bahasa isyarat!

Pejalanan yang sepatutnya 5 jam dah jadi lebih 6 jam sebab tak jumpa hotel. Fuhh….Bayangkan bertapa letihnya. Terutama saya yang dari JB ni, perjalanan yang ditempuh hampir 24 jam, seharian. Tapi ni semua kami ambil sebagai pengalaman dan mencabar diri sendiri.

Ok kalau hotel kami memilih 2 hotel. 2 malam di hotel Ascot Hotel dan 1 malam di 3 Bees Guesthouse. Saja nak try hotel yang berbeza. Tapi untuk urusan hotel, rakan travel saya seorang lagi, Pojie yang uruskan. Dia yang membuat pilihan hotel dan pembayaran untuk kami. Pojie pula stay di hotel yang lain, Good Wills Hotel. Jadi kami stay di 3 hotel yang berbeza sepanjang di sana.

Bajet untuk hotel pula, 2 malam di Ascot Hotel RM 112.18 dan 1 malam di 3 Bees Guesthouse RM39.30 . Jumlah RM151.48. Tapi jumlah tu saya bahagikan kepada dua orang. Jadi setiap seorang harus bayar RM75.74 untuk 3 malam hotel.

So far total saya sudah RM 347.74.

Lepas puas pusing-pusing baru lah jumpa hotel kami. Sampai sahaja kami terus check in. Pojie dah dari pagi sampai sebab dia datang naik flight. So saya dan Wahidah, decide untuk rest dulu sebelum keluar mencari laut! Sebab masing-masing dah lepak.

Sementara nak menunggu sunset tu. First day, kami hanya bersantai sahaja sebab sampai pun dah tengahari. Lepas tu penat semua, so kami decide untuk ambil angin sahaja di Ao Nang Beach sambil mencari pakej-pakej aktiviti untuk esoknya.




Sambil tu kami try dulu Nutella Banana Pancake yang memang terkenal di Krabi ni. Rugi kalau ke sini tapi tak cuma this pancake. 


Selain Nutella, banyak lagi pilihan macam yang tersenarai di papan pada gambar di bawah. Memang banyak stall yang menjual pancake di sini.




Tadaaa nutella banana pancake! Kami dapat kan dengan harga 40 Bath atau RM4. 

So sekarang perbelanjaan sudah RM 351.71


Ok berbalik kepada misi utama iaitu mencari pakej terbaik untuk beraktiviti esoknya. 





Setelah puas pusing kawasan sekitar Ao Nang, kami dapat tempat agensi terbaik! Pakej yang ditawarkan di agensi ni so far yang termurah dan terbaik aktiviti yang disediakan. So kami dah dapat aktiviti untuk esok! Apakah aktivitinya?. Ok teruskan membaca!


Dah gembira dapat pakej aktiviti esok, apa lagi, menyempat kami kacau ratu-ratu di sini hahaha!

Tapi hati-hati sebab kalau snap gambar dengan mereka ni pon kena bayaran tau! 20 Bath setiap seorang. So, sebab kami gatal pergi melayan, kena lah ketuk 60 Bath untuk 3 orang wanita celup ni. 

Serius kamu jangan melayan! Kata nak save bajet kan. Tapi dah gatal pergi menambah bajet lagi! 

So far sekarang saya dah belanjakan RM 353.71


Hah segala penat terus hilang bila dah dapat tengok this scenery.








Next apa lagi…Dah habis menjamu mata dengan sunset, tiba masa menjamu perut pula. 

Untuk dinner malam ni kami decide untuk makan makanan yang agak ok sikit lah. Lagi pun baru first day, so masih belum sempat mencari kedai makan yang lebih baik dan lebih murah.

Kami dinner di Moti Mahal (nama kedai mahal tau!). Kami pesan makanan sepinggan hidangan je. Macam nasi goring daging. Senang. Plus pulut mangga.


Untuk dinner malam tu saya bayar 150 Bath atau RM 15 untuk makanan dan minuman.
Duit terus mengalir. 

Sekarang sudah RM 366.71 saya belanja kan.

Dah letih, so balik hotel tidur! Kena simpan tenaga secukupnya sebab aktiviti esok memang seharian dari tengahri sehingga lah ke malam. 

KRABI (HARI KEDUA)


Hari kedua kami tetap bangun awal dan keluar ambil angin di Ao Nang Beach. Rugi pula rasanya kalau datang sini tapi habiskan masa dengan tidur je kan. So, jum cuci mata!





Sempat juga lah part time dekat pam minyak. Menariknya pam minyak di sini ade sebuah je dan terletak di tepi-tepi jalan. Cara nak bayar masukkan duit macam kita bayar parking dekat Jusco.


Dah pukul 12 tengahri kami pun balik hotel masing-masing untuk bersiap-siap.


Tepat jam 12.30 tegahari van kami (termasuk dalam pakej) jemput di depan hotel kami. Menuju ke destinasi.

So aktiviti kami pada hari ini adalah 7 island!


Berikut tentatif aktiviti sepanjang hari :

12.30 PM : Pick up service from Ao Nang.

Tepat jam 12.30 van tiba di hotel dan membawa kami ke destinasi. Perjalanan mengambil masa 15 minit.



12.45 PM : Depart from local pier to 7 island.

Setibanya, kami diminta untuk mendaftar nama dan diberi sticker dan goggle setiap seorang (kalau hilangkan goggle, kena denda 400 Bath, so jaga elok-elok!).

1.00 PM : Pickup service from Railay.


Di jeti, kami dipecahkan mengikut sticker yang kami pakai kerana setiap bot ada pakej yang berbeza.



Keadaan dalam bot. Ada juga menjual makanan ringan. Iya lah tahu lah bila dah berenang mesti akan lapar. Ni lah masanya agen nak buat duit kan!



Chicken Island : Snorkeling on coral reef.



Perjalanan kami untuk tiba di pulau pertama agak lama juga. Mula-mula macam excited, lama sangat sampai mengantuk nak tunggu….

Tak sabar dah nak terjun ni!




Tadaaa finally snorkeling! Memang sangat seronok bila dah ‘dilepaskan’. Setiap pulau kami stop untuk snorkeling atau berenang dalam 30 minit. Berenang lah, menyelam lah sepuasnya satu hari suntuk tu!

Si Island : Popular location for excellent snorkeling the marine life here will amaze you.

Tup Island : Swimming in the famous sandbanks and sunset in the front of the island.




Ok gambar yang bawah ni antara benda yang best dan rugi kalau tak cuba semasa aktiviti hari itu.

Which is “Cliff jumping!”



Tapi memang agak bahaya. 

Sebab tu tak ramai yang nak cuba. Untuk satu bot tu boleh kira dalam lima atau enam orang sahaja yang nak buat paling ramai pun dalam tujuh atau lapan orang. 

Kebanyakkan nya memang orang putih lah. Sebab dorang ni kan adventurous. Kalau daripada bot saya adalah dalam enam orang je buat. Tiga orang melayu termasuk saya dan Wahidah. 

Pojie tak buat hahaha!



Saya dan Wahidah memang sukakan cabaran dan extreme game. 

Kami mempunyai minat yang sama. So, masa ni saling lah mencabar sesama kami untuk mencuba.

Mula-mula tu perhatikan je lah orang lain dari bot lain buat dulu. Nak make sure juga selamat ke tidak!

Untuk aktiviti ni, kami diberi kebebasan untuk buat. Just jaga diri lah. Kalau tak yakin, jangan buat!

Untuk terjun cliff jumping ni, kami kena buka life jacket untuk terjun. 

So, buka life jacket, panjat banjaran tu, terjun terus sampai dasar dalam laut tu. Tanpa life jacket!

Dah dekat bawah tu, pandai-pandai lah kamu berenang ke apa untuk timbul semula ke atas.



Tapi lepas timbul tu, akan ada lah yang tolong campakkan semula life jacket tu dekat kamu. 

Yang bagusnya, semua orang yang nak buat tu akan kerjasama. 

Seorang akan pegangkan tangga tu supaya kamu naik, seorang akan tolong kamu untuk panjat, seorang akan tunggu dan campakkan kamu life jacket bila kamu timbul semula. Tak kira lah melayu ke, orang putih ke. Semua tolong.

Memang satu kerugian kalau dah bayar pakej dan tak buat cliff jumping ni!

Sekali dah terjun ke dasar tu, memag terasa nikmat dia! Kalau diberi peluang lagi, memang saya akan buat lagi cliff jumping ni. Lagi tinggi akan panjat. Nak lawan orang putih tu, memang tidak lah. Tinggi sangat mereka ni cabar diri.

But still, I’m proud of myself sebab berjaya cabar diri sendiri lagi.

Phranang Cave : Visit Pranang Cave (tapi kami just lalu je tapi tak masuk pon cave tu sebab kami tak amek pakej untuk jejak ke sempadan lain. Sebab kalau jejak kaki dekat tanah pulau tertentu akan dikenakan bayaran masuk ke sempadan lah kira 400 Bath. Tapi kami tak bayar untuk tu).

Taming Island : Sightseeing beautiful island.




Disediakan juga air mineral dan buah-buahan (nenas dan tembikai) untuk kami alas perut sebelum makan malam.



Ini namanya berenang sampai pengsan!


Cantik sangat sunset pada petang tu. Dengan cuaca yang elok, dapat lah kami berpelung melihat sunset.

Poda Island : Dinner and BBQ, on the beach and make a photography. After dinner a spectacular fire show, performance by your tour guide.



Next, kami ke Pulau Poda pula. Kami diarahkan untuk tukar bot di tengah laut untuk ke sini. Sebab siapa yang tak beli pakej yang ada BBQ, dorang akan naik bot lain. Dipecahkan lah. Dua trip juga lah yang ambil kami sebab ramai.





Tadaa! Di sini lah kami semua berhenti untuk makan malam seperti yang termasuk dalam pakej. Ok juga makanan yang disediakan. Tapi kalau lapar boleh je tambah.



Pengalaman yang sangat seronok bila dapat bersantai macam ni dekat pulau. Makan ramai-ramai, berhadapan laut. Cantik sangat! Pelbagai bangsa semua duduk santai bersama.

Dah rasa macam suasan cerita survival pula. 





Di Pulau Poda ni merupakan hentian yang paling lama lah berhenti. Lebih sejam rasanya.
Habis sahaja makan dan bersantai, kami disediakan dengan pertunjukkan “abang api” oleh tour guide kami.

Memang meriah suasana semua berkumpul tengok pertunjukkan tersebut. Sangat terhibur!
Setelah selesai semua pertunjukkan, kami diarahkan untuk naik semula ke bot kami mengikut agen kami seperti sticker kami pakai.

Masa ni agak kelam kabut juga lah, sebab dah malam, gelap cuma ada cahaya bulan dan lampu yang malap dari bot sahaja. So agak bergelap dan kabur-kabur lah kami semua masuk ke laut dengan beg, goggle semua, berebut nak naik. 

Agak berpusu lah. Tambahan, bila dah malam tu, air dah mula pasang, so agak tinggi lah air. Kalau yang pendek nya 157 cm macam saya ni, agak dah paras bahu juga lah air masa tu untuk panjat naik bot.

Masa tu nak gelak pun ada, sebab apa?. Serius dah serupa sangat macam pelarian Rohingya! Yelah jalan bawah bot macam tu. 

Lepas tu nanti akan ada lah penumpang lain yang akan tolong sambutkan beg –beg dari atas bot. Kami kena angkat lah beg atas kepala supaya tak masuk air, sebab ada handphone semua dalam tu. So adalah, gilir-gilir yang tolong. Kita pas kan dari bawah bot, mereka akan sambut.

Terima kasih siapa yang buat kerja amal tu.

Seronok lah, rasa banyak kerjasama antara kami sepanjang aktivit ni.

Tour guide yang juga baik kepada kami semua. Service terbaik.

Sangat disarankan untuk ke Mariam Travel.        




Seeing plankton : Complete the evening with a refreshing swim amidst the bio-luminescent  phosphor the sea around you.

Ok ni last pit stop kami, pulau terakhir, kami snorkeling di malam hari. Gelap gulita. Tapi jangan risau, Untuk malam punya snorkeling ni, disediakan tali yang telah diikat dari bot ke banjaran. So, kami semua diarahkan untuk beratur dan bergayut pada tali tu supaya tak jadi apa-apa sebab memang gelap.

Tapi, bila dah selam tu baru lah kami Nampak planton.

Untuk yang ni, agak sekejap saya turun, sebab tak tahu kenapa masa tu, goggle saya ada problem, bila dah selam tu memang air masuk, memang telan air dan rasa lemas sikit. 

Agak panic juga sebenarnya, sebab dalam gelap, dengan lemas sikti, nak pegang tali tu lagi, memang panic juga…So saya decide untuk naik semula ke bot.

Lain kali check dulu! Jangan main terjun je.

9.00 PM : Back to Railay.

Seperti dijadualkan, jam 9 malam kami tiba semula di jeti. Pulangkan goggle semua, tunggu driver.

9.15 PM : Arrive to your hotel.

Jam 9.15 malam, kami tiba di hotel masing-masing dengan basah kuyup!

Untuk pakej 7 Island ni kami bayar 800 Bath atau RM 80. 

So total perbelanjaan sekarang RM446.71



Ni lah hotel kami untuk 2 malam pertama. Ascot Hotel.




Bilik yang disediakan memang sangat selesa! Puas hati! Katil yang empuk, bilik yang bersih, siap TV, Ice box semua, complete.




Bilik air yang bersih. Itu penting!



Permandangan daripada sliding belakang. Nampak lah view banjaran.

Balik rehat kan diri sekejap. Lepas tu saya dan Wahidah keluar ambil angin sekejap di Ao Nang Beach sebelum balik ke hotel semula dan tidur.

Habis hari pertama dan kedua kami di Krabi.


 Credit Photo to  www.pojiegraphy.com

19 comments:

  1. Should do cliff jumping lagi. Too bad masa pergi tu tak berapa nak sihat. Adeh! Part kena kacau 'makcik' vogue tu tak boleh blah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lain kali double check, ubat jangan tertinggal!
      Aigooo 'makchik' tu memang trauma teruk dibuatnya!

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. nak tanya solat macam mana sepanjang naik boat tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam... kalau macam tu, kamu boleh buat solat jamak bagi memudahkan.Kalau masa tak sesuai juga, kamu boleh qada solat.

      Delete
  4. 3 bees guesthouse okay tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai! okayy sebolehnya sy tak sarankan. sebab beberapa faktor. kamu ade email? boleh sy reply di email?. give me your email.

      Delete
    2. Hii, haa okay boleh. alifabdazis@gmail.com
      Thankyou! :)

      Delete
  5. Kenapa cliff jumping tu takleh pakai life jacket? :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab kalau pakai life jacket nnti kamu jump terapung je. tak rasa lah ke dasar laut tu :)

      Delete
  6. salam.. hai :) boleh suggest best hotel tak? kalau ada itenerary lagi best. tlg email dekat saya boleh? anora0309@gmail.com

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum . Boleh tolong suggest tak mana2 hotel murah dkt aonang and berapa cost dia? And satu lagi kalau saya prefer naik keretapi to krabi ok tak dari naik bas from kl?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Kalau sy memang suggestkan Ascot Hotel. Semalam dalam RM 32 masa sy pergi dulu. Memang selesa, bersih & dekat dengan Ao Nang Beach. Actually naik keretapi lagi best sebab ada katil. Boleh lah tidur selesa sikit. Banding bas. Sy naik bas sebab masa tu ticket train dah sold out. So 2nd choice naik bas. Tapi kalau tidur naik train tu hati2. Jaga beg2 semua sebab kita tak tahu siapa yg dekat dengan kita.


      Delete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. hii. nak tanya, mcm mana nk cari Mariam Travel & Tour tu ye?kt area mana :)

    ReplyDelete
  10. Salam.. boleh share suggestion hotel n itenary sis.. sy nk ke krabi bln september ni. So nk cari info.

    ReplyDelete