Post Top Ad

Post Top Ad

Saturday 25 April 2015

09:14:00

i-City Waterpark

 Sem kali ni memang tough..Baru minggu pertama sudah mula rasa tekanan dan cabarannya.Memang berbeza dengan sem lepas. Sem lepas,sem yang paling rilex bagi aku. Cuma seminggu terakhir sem sahaja yang kami mengelabah habis sebab segala benda nak kene submit. Tapi dalam kesempitan masa sem lepas, kami masih sempat spend time untuk our social life. Tapi sem ni nampak gaya nya TER SESANGAT limited! Boleh katakan 'hampir' habis social life kami.

Sem kali ni memang kene penuhkan hari hari dengan tugasan.

 Isnin→ Ahad
Ahad←Isnin

Masa free saja kami gunakan untuk buat tugasan luar. Kadang kadang tu tak ada masa free pon kami berlari sekejap kejar event kalau ada gap class. Memang agak mengelabah lah. Sana sini nak dikejarkan. Semua ada tanggungjawab sendiri. Boleh nampak busy dia. Sem ni setelah 2 bulan baru aku berpeluang untuk balik. Wooo perningkatan untuk diri sendiri hahahaha! Kalau tak paling lama pon 3 minggu sekali mesti balik. Kali ni tak ada fikir nak balik pon.

Ada masa sampai satu tahap kau rasa 'macam' penat and kau akan sedih bila kau mula rasa homesick. Standard lah rasa macam tu. Tak normal kalau kau langsung tak homesick lagi lagi bila dah lah jauh lepas tu kerja menimbun.. pressure.. Tapi time ni lah kau kene belajar untuk handle diri kau. Kau kene cari cara lain untuk kembalikan semangat kau supaya jangan give up. Banyak cara sebenarnya. Tapi terpulang pada kau samada kau nak pilih yang mana.

Bila kita jauh dengan keluarga, kawan kawan lah yang menjadi semangat kau untuk terus berdiri. Aku milih untuk bersama mereka. Walaupun busy dengan tanggungjawab masing masing, kami tetap 'curi' sikit masa untuk 'gembirakan hati' sendiri.

So nak jadikan cerita, aku & a few classmate aku decide untuk spend time dekat i-city. Walaupun 'sekadar' i-city yang depan mata tu je. (Depan mata pon...Kemain payah nak jejakkan kaki ke situ!) Kebetulan ada offer. Which is RM 15 for ticket waterpark & Lunch kat hotel. Wooo jimat! Siapa taknakkan! Itu jam juga terus booking online. TQ Pojie book for me and Qashah.

Habis je class terus gerak pergi! Bila lagi masa yang ada kan... Kebetulan ada sikit masa & ada offer.. Sapu lah.


See.. Tak tipu memang RM15 SAHAJA! 
Taktau la still ada offer atau tidak.. Try surf web i-ticket.









Selain gila camera.. Kami juga gila makan!
Orang paling gila or orang gila makan is Abe & Eliza.
SAKA!



Hakak hakak Sudan ni kata "You guys so cute!"
Well said!
hahahaha!
Our Friendship memang cute #Oops


Nak dijadikan cerita ringkasnya..Eliza si kaki tidur ni mengantuk tengah mandi! 
Serius doe how come kau boleh mengantuk time mandi!
Sebab aku sayangkan perempuan ni, aku pon gigihkan diri lah dukung dia ni yang berat hampir 50kg ni!
Kang tak memasal dia tidur atas pelampung karang --'







Masing masing perangai bila nampak camera kan.
Tak reti duduk diam. Orang dah kata diam diam nak snap gambar.
Kan dah.. sorang sorang jadi 'badak air' jatuh!


Actually bawa budak sorang ni enjoy dulu before esoknya dia nak terbang ke Europe.
Nanti dia rindu panas Malaysia pulak!
Itu yang pukul 12tghri pon boleh bantai mandi kolam. 
Memang asli Malaysian!


Lagipun kalau tak pergi sekarang, bila lagi nak pergi?. Nak merasa Waterpark i-city kan?. 
Duduk Shah Alam dah 2 tahun.. Tapi tak pernah lagi masuk waterpark i-city ni.
So lepas ni kalau ada orang luar bertanya pasal I-City Waterpark ni boleh la jawap.
Tak ada lah orang cakap "duduk depan tu pon tak pernah pergi ke?".

Ok as conclusion, aku nak cakap yang BERBALOI dengan harga yang kami dapat dengan hari yang kami penuhi ni. Makanan dekat hotel tu memang sedap!
Tu yang saka Abe & Eliza mintak makan!
Waterpark nya pon not bad best!
Lagi lagi part Tornedo tu pehhhh daebak!

InsyaAllah sisa lagi 6 bulan sebelum melangkah keluar dari sini, kami masih berpeluang untuk merasai lagi kenangan bersama. Sekejap kan masa yang tinggal? :') sedih....
Tinggal satu sem sahaja lagi InsyaAllah. Kemudian dah practical and masa ni masing masing dah berpecah..........