Post Top Ad

Post Top Ad

Wednesday 19 August 2015

Pengalaman backpacker ke Krabi & Hatyai (Part 2)

Ada Apa di “Sebalik Tabir” Semasa Saya Backpacker (4 hari 3 malam) Ke Krabi & Hatyai Thailand?


Repost from www.saudari.com




KRABI (HARI KETIGA)

Pada hari ketiga di Krabi, seawal jam 8.00 pagi saya dan rakan-rakan telah menunggu di lobby hotel untuk dijempt ke destinasi untuk aktiviti yang seterusnya.

Aktiviti kami pada hari ini adalah berkayak, dengan bayaran sebanyak 400 Bath (RM 40).

Jadi perbelanjaan saya kini, RM 486.71.

Perjalanan hari ini lebih lama berbanding semalamnya, dalam 30 minit juga perjalanan baru tiba di Ao Tha Lane Bay.

Pakej hari ini bermula jam 8.00 pagi sehingga 12.30 tengahari.

Bagi saya aktiviti hari ini juga sangat berbaloi!

Kerana dengan bayaran yang bergitu murah, kamu boleh menikmati pemandangan yang cantik dan paling penting berkayak sepuasnya sehingga penat!

Jarak berkayak memang jauh, tapi saya tak ingat berapa KM.
Sampai sahaja dah lihat view yang macam ni memang tak sabar rasanya!




Sebelum tu, kami disuruh untuk tulis nama dulu dalam buku peserta dan diberikan air mineral dan life jacket setiap seorang.

Boleh buat pilihan sama ada untuk mendayung berdua atau bertiga. Kepada sesiapa yang tak tahu mendayung tak apa, jangan risau…Sebab pekerja di sana boleh teman kan, mereka akan dayungkan untuk kamu. 

So tak ada alasan tak cuba!



Berada di tengah lautan, siapa yang tak merasa tenang kan?. Macam ikan yang dilepaskan ke laut rasanya, bebas nak berkayak di lautan luas!




.Bersyukur melihat keindahan alam ciptaan Tuhan.









Dah penat tu, kami diberi masa berehat sekejap. Boleh lah snap gambar ke, nak berenang ke.

Dah puas tu, balik semula ke jeti.

Syukur juga cuaca yang sangat elok pada hari tu.

Tapi bila dah tengahari tu ombak dah mula kuat, air dah mula pasang, memang susah nak dayung and control dekat 500 meter terakhir sebelum sampai ke jeti.

Memang kena kerjasama untuk dayung supaya nak melawan arus tu.

Sampai sahaja di jeti, kami membersihkan diri di tempat yang disediakan (terdapat 3 shower terbuka disediakan).

Kemudian kami dihidangkan dengan buah-buahan sebagai alas perut sebelum pulang ke hotel semula.


Sekali lagi saya memang sarankan untuk memilih pakej ni sebab memang puas hati!

Oh lupa, sebelum ke aktiviti berkayak ni, saya dan Wahida telah check out dari Ascot Hotel.

Sebelum tu sempat lah tumpang barang-barang di hotel Pojie tinggal, di Hotel Good Will dulu. 

Balik sahaja dari berkayak, kami terus ambil barang dan check in di Hotel 3 Bees Guesthouse pula.




Hotel kali ni lebih simple berbanding hotel sebelum ini iaitu Ascot Hotel.

Kalau bagi pendapat peribadi saya sendiri, saya lebih memilih Ascot Hotel kerana sangat selesa berbanding hotel 3 Bees Guesthouse ni. 

Hotel ni juga memang kurang selesa, keadaan yang….

Ok saya tak sarankan sangat lah untuk memilih hotel ni (Untung satu malam sahaja tinggal).

Ascot Hotel, adalah terbaik.

Seperti biasa, dah penat tu check in, terus naik bilik rehat dulu. Lagi pun tak boleh keluar petang tu sebab hujan. So kena tunggu malam juga baru boleh keluar.

Berhenti sahaja hujan, kami pon turun jalan-jalan di Ao Nang Beach sambil mencari souvenir untuk dibawa balik.

Malam ni merupakan malam terakhir kami di Krabi. So, jum nikmati malam terakhir ni dengan cuci mata sepuasnya.

Sedih sebenarnya nak tinggalkan Krabi sebab rasa sekejap sangat dan belum puas lagi.

Malam terakhir ni kami lebih banyak bersantai sahaja. Lagipun Krabi ni mati cepat malam. Dalam pukul 11 dah start nak tutup.Ditambah pula malam tu hujan. So agak terbatas juga pergerakkan kami.

Tak lengkap lah kalau ke Thailand tapi tak merasa diurutkan?. 

So, malam ni kami semua pergi berurut. Tuah kami, malam tu kami dapat offer sebab ramai yang buat.

Untuk urutan kaki dan satu badan adalah dengan harga yang sama iaitu 200 Bath atau RM 20 sahaja untuk sejam.

Memang terbaik!

Lega rasanya dapat berurut lepas puas beraktiviti. Kira RM 20 tu halal lah sebab memang berbaloi.
Tiba masa untuk mencari sesuatu untuk dibawa pulang. 

Gila rasanya sebab memang banyak kedai souvenir di sekitar Ao Nang Beach ni. Sepanjang jalan dan harga yang ditawarkan juga sangat berpatutan!
Dah penat berjalan sampai ke hujung, perut dah lapar, malas lah nak berjalan. So kami amek tuk-tuk untuk ke kedai makan. Bayaran tuk-tuk seperti biasa 30 Bath setiap seorang. Bermakna kami bayar RM 9.


So far, perbelanjaan saya sudah RM515.17.
Malam ni kami decide nak makan pure tomyam dari Thailand. So, kami memilih Ausana Thai Food & Seafood.

Memang puas rasanya bila dapat nikmati makanan-makanan Thailand yang sebenar. Tomyam nya memang pedas!

Harga makanan di kedai ni juga berpatutan. Memang boleh sangat lah makan di sini. Yang penting HALAL!

Tapi untuk dinner malam ni saya tak ingat berapa sebab, Pojie yang belanja kami. Yelah, esok pagi-pagi kami dah nak balik. Thank you Fawzy.


Habis sahaja makan, saya dan Wahida balik ke hotel dan berkemas sebelum tidur.


Krabi (Hari keempat)


Jam 11 pagi, van yang pada hari pertama hantar kami tu pun datang jemput kami untuk pulang ke Hatyai.

HATYAI (HARI KEDUA)

Setelah menempuh 5 jam perjalanan, kami tiba di Hatyai.
Maka, bermula lah episode duka ku ewah!
Ni lah sebab saya kata di awal tu, jangan pilih agensi van kami ni.
Sebab kami diturunkan di tepi jalan di mana pun kami tak tahu.
Yang saya ingat kawasan tu berhampiran dengan station bas tambang.
Pak cik! Kami bayar untuk dihantar sampai ke agensi kamu semula tau!
Masa ni memang pengalaman yang tak best, saya dan Wahida dah mula naik angin dengan driver tu tak faham bahasa English kemudian kertas bayaran kami dia sengaja tak nak pulang kan bila kami mintak semula.
Saya masih control lagi, tapi Wahida dah naik angin, saya cuba rilex kan dia sekejap sebab fikir tu tempat orang je.
Dah agak bertekak, driver tu pun jalan je dengan kertas resit kami!
Kami ni dah terpinga-pinga tak tahu apa.
Dah agak kecoh masa tu, kebetulan ada warung tepi jalan dan kebetulan lagi seorang yang tengah makan tu sapa kami “kakak kenapa?” untung sahaja ada orang yang boleh cakap melayu dan Thailand!
Wahida pun terangkan kepada pemuda tu apa dah jadi, kemudian pemuda tu pun terangkan semula kepada driver tu untuk pulangkan resit kami.
Tapi driver tu memang biadap!
Dia jalan je!
Kami pun, “tak apa dia nak blah…Aku ade simpan lagi satu resit sebenarnya” nasib baik saya masih simpan resit pembayaran masa pergi.
So, boleh saya refer balik, mana agensi tu! (sorry bab ni memang emosi sikit).
Sebab tu orang kata, segala resit, bukti pembayaran ke apa semua simpan sebaik mungkin.
Jadi hal macam ni, boleh rujuk semula.
Datang pula seorang mak cik ni, tukang masak warung tu, tegur kami.
Mak cik ni pun boleh cakap melayu.
So, dia nak tengok resit tu, kemudian dia dan pemuda tadi nasihatkan kami untuk ke agensi tu dengan menaiki tuk-tuk sebab lebih selamat memandangkan kami berdua perempuan.
Mak cik tu pun tahankan kami tuk-tuk dan dia bagi resit kami kepada driver tu dan bawa kami ke agensi tersebut.
Sampai sahaja di agensi tu, saya pula naik angin, mana tidaknya, bila kami tanya kenapa driver tu berhenti kan kami di tepi jalan, dia pun buat-buat tak faham dengan muka yang menyakitkan hati, dia terus arahkan kami untuk jalan kaki sendiri ke depan tu cari agensi Sri Maju tu.
Tuhan je tau macam mana rasa tahan marah masa tu sebab nak lebih-lebih tu kawasan dia. Ada yang tak balik nanti.
Saya dan Wahida pun tarik beg dan terus jalan je.
Decide untuk cari sendiri mana agensi Sri Maju tu.
Cara kami nak cari?
Ni satu tips, kalau sampai je mana-mana at least, snap lah gambar kawasan tu sikit atau record video lagi bagus.
Daripada gambar dan video tu lah kami refer balik check kawasan mana kami lalu masa hari pertama tu.
Kami teringat, agensi tu bersebelahan dengan main CIMB di situ.  So, kami jadikan CIMB tu sebagai penunjuk arah walaupun tak tahu lah kami ni di area mana.
Mula lah seorang kiri, seorang kanan, terus, belok (jalan ikut kaki je).
Kami ada berbaki lagi 2 jam sebelum bas balik KL sampai.
Tapi kami saja jalan kaki tak ambik public transport sebab nak save budget katanya.
Dah belok kiri, kanan, satu lagi penunjuk arah kami, dekat dengan station kereta api.
Kami pun cari station kereta api.
Yang tak tahannya, tak sedar diri tengah sesat, boleh pula sambil tu tengok fun fair, berjalan cari makanan, cari surat khabar Thailand(souvenir wajib aku kalau ke mana-mana, sebagai wartawan, aku jadikan surat khabar sebagai koleksi peribadi).
So, selagi tak jumpa masa tu, memang tak akan gerak lah.
Paling gila, sempat lagi….
Singgah bengkel tepi jalan, semata-mata nak suruh orang bengkel tu snap kan gambar kami berdua.

Tak takut hilang betul masing-masing.
Sepatutnya kami kejar masa.
Sampai di station minyak, kami tanya orang tempatan dekat situ, CIMB area mana, untung orang tu pandai cakap English.
Dah dekat dengan kawasan tu, saya dan Wahida pun decide nak try naik motor sapu tepi jalan tu.
Saja nak try lagipun dah terasa beg ni berat dari tadi berpusing je.
Kami naik dua motor, setiap motor 30 Bath atau RM3.

Saya dah habiskan RM 545.71 setakat ini.
Kami tiba di di agensi Sri Maju dengan selamat akhirnya!
Berbaki sejam sahaja lagi sebelum bas sampai. Terus lepak sekejap.
Untung di agensi ni ada Wifi.So, relax lah sekejap.
Dah ok sikit saya tanya pasal van kami tadi, masa ni lah baru kami tahu van tu ulat ticket dari agensi lain.
Kemudian kami dinasihatkan lain kali untuk ambik dari agensi ni juga.
Menurut tauke Sri Maju tu, memang ramai dah kena tipu.
Dorang turunkan di tepi jalan supaya kami terlepas bas atau tak jumpa agensi sepatutnya, so kami akan beli ticket bas yang baru dengan agensi mereka pula.
Sayang sekali…
Sheril dan Wahida masih bijak lagi.
Dan macam kata Pojie “nasib baik korang ni hati kental…”
Dapat perempuan hati lembut mau menangis tepi jalan kalau kena macam kami.
Tapi saya selalu cakap “benda boleh settle….”
Alhamdulillah semua nya selamat walaupun dari awal datang ada je benda tak kena.
Tapi akhirnya pasti kami boleh survive.
Sementara tunggu bas datang, Wahida sempat lah jalan di sekitar kawasan tu untuk tengok makanan-makanan yang dijual, tapi tak beli sebab macam tak percaya je halalnya.
So, setakat tengok je lah.
Tepat jam 7 malam, bas kami tiba.
Oh, jangan lupa, sebelum tu kami setiap seorang kena bayar tambahan 15 Bath atau RM 1.50 untuk bayar duit insuran.
WAJIB!
Ticket balik dari Hatyai ke Pudu pula RM 50.
So jumlah perbelanjaan saya kini RM 597.21

KL-JB

Setelah menempuh perjalanan selama 8 jam, kami pun tiba dengan selamat di Pudu Sentral.
Saya pula terus ke TBS pagi tu, terus beli tiket bas balik ke JB dengan harga RM 36.
So saya dah belanjakan RM 633.21 untuk keseluruhan perjalanan 4 hari 3 malam.
5 jam perjalanan, baru lah saya selamat tiba di Larkin.
Sangat meletih kan!
Perjalanan selama 24 jam sehari.
Apa yang saya belajar daripada perjalanan saya kali ini, walaupun pelbagai dugaan kami lalui sehingga lah nak balik, tapi pengalaman ni sangat berharga bagi saya dan rakan-rakan saya.
Kata orang, “jauh perjalanan, luas permandangan”.
Banyak benda yang kami belajar.
Lepas ni, hati kena lagi sado lah kalau untuk next trip!
Entry kali ini saya tujukan khas buat travel partners saya, Wahida dan Pojie, terima kasih untuk pengalaman yang sangat awesome ni!
Jumpa di next destination!


 Credit Photo to  www.pojiegraphy.com

No comments:

Post a Comment