Post Top Ad

Post Top Ad

Saturday 29 October 2016

23:04:00

SARAWAK CULTURAL VILLAGE, KUCHING, SARAWAK

Keunikan budaya merupakan identiti sesebuah negara. Masyarakat dan adat adalah sesuatu yang sangat sinonim yang tidak dapat dipisahkan. Malaysia memang  terkenal dengan pelbagai bangsa dan kemewahan budaya.

Kepelbagaian budaya di negara ini merupakan satu aset yang bernilai dan harus terus dipelihara agar dapat dikenali oleh generasi di masa hadapan. Bagi mengenali dengan lebih dekat dan secara langsung, pengunjung boleh melawat ke Sarawak Cultural Village (Kampung Budaya Sarawak), Suntubong, Kuching, Sarawak.



Sarawak Cultural Village, merupakan satu lokasi paling ideal buat pengemar budaya dan adat tidak kira untuk pengunjung dalam atau pon luar negara. Sarawak Cultural Village, bakal memperkenalkan kehidupan sebenar etnik yang wujud di Malaysia terutamanya di Negeri Sarawak.

Perjalanan yang mengambil masa 45 minit dari Bandar Kuching, pasti berbaloi dengan pengalaman yang bakal dirasai sendiri di Sarawak Cultural Village ini. Setelah disajikan dengan pemandangan indah sepanjang perjalanan ke Sarawak Cultural Village, pengunjung bakal disajikan pula dengan keistimewaan yang tersembunyi di bumi kenyalang ini.




Sarawak Cultural Village merupakan antara lokasi wajib dikunjungi apabila anda berada di Sarawak. Rugi jika ke Sarawak tapi tidak singgah ke Sarawak Cultural Village ini. Dengan hanya dikenakan bayaran sebanyak RM 60.00 setiap seorang dewasa dan RM 30.00 kanak-kanak, pasti tidak merugikan dengan apa yang terdapat di sini.

 “Muzium hidup” ini memperkenalkan rumah-rumah budaya pelbagai bangsa seperti Rumah Bidayuh, Rumah Panjang, Rumah Iban, Rumah Orang Ulu, Rumah Penan, Rumah Melanau, Rumah Melayu dan Rumah Cina.





Setiap rumah mempunyai keunikan yang tersendiri. Selain dapat merasai sendiri keadaan di dalam rumah, pengunjung juga disajikan dengan persembahan tarian, alatan tradisional dan juga makanan tradisional etnik mereka yang dimasak langsung di situ.












Selain itu, pengunjung juga boleh mencuba alatan tradisional yang terdapat di situ seperti sumpit. Penggunjung boleh mencuba dengan bayaran hanya RM 2.00 bagi setiap batang sumpit.

Bagi pengunjung yang mahu membawa balik cenderamata pula, terdapat kraftangan  yang dihasilkan oleh etnik mereka sendiri dan dijual dengan harga yang berpatutan di setiap rumah budaya.

Setelah puas meneroka setiap sudut rumah budaya di Sarawak Cultural Village, pengunjung bakal dipersembahkan pula dengan pesembahan teater kebudayaan. 






Teater kebudayaan ini mengambil masa 45 minit untuk tontonan para pengunjung. Dua kali dalam sehari antara jam 11.30 pagi sehingga jam 12.15 petang dan jam 4 petang sehingga jam 4.45 petang. Tarian zapin, tarian Iban, tarian Melanau, tarian Silat, dan banyak lagi dipersembahkan oleh kaum mereka sendiri.

Sungguh kagum dengan budaya yang dipersembahkan di Sarawak Cultural Village ini. Jika sebelum ini, pengunjung tidak pernah melihat sendiri kekayaan yang dimiliki di negara tercinta ini, kini, anda mampu berbangga dan kagum dengan nilai keunikan yang negara miliki.

Sarawak Cultural Village, menjadi bukti bahawa masyarakat Malaysia mampu hidup dalam kelompok masyarakat yang berbilang kaum dan budaya. Walaupun Malaysia kian pesat membangun dengan kemajuan, namun, budaya dan adat tidak harus dilupakan. Malah, menjadi satu identiti yang harus dikekalkan.




Seni dan budaya kini dilihat telah menjadi sebahagian daripada pakej pelancongan yang menyumbang kepada ekonomi negara. Oleh itu, Sarawak Cultural Village merupakan satu khazanah penting buat bumi kenyalang ini bagi membantu sektor pelancongan Negeri Sarawak dan Malaysia.

Sebelum meninggalkan Sarawak Cultural Village, pengunjung bakal membawa balik cenderamata iaitu passport Sarawak Cultural Village. Passport tersebut akan diberi sebaik sahaja masuk ke Sarawak Cultural Village. Pengunjung diminta untuk mengambil cop di setiap rumah budaya yang dilawati sebagai bukti anda telah berkunjung ke rumah tersebut. Setelah selesai semua kunjungan, passport itu bakal menjadi milik anda sebagai cenderamata.

Waktu operasi
9 pagi – 4.45 petang

Cultural Shows
11.30 pagi – 12.15 petang
4 petang – 4.45 petang

Bayaran Masuk
RM 60 (Dewasa)
RM 30 (Kanak-Kanak 6-12 tahun)

Lokasi
Sarawak Cultural Village, Pantai Damai, Santubong,
Kuching, Sarawak

Hubungi
+6082-846 108 / 846 078

19:52:00

Banana Chocolate, Banane Munch

Sebagai seorang traveller, saya pastinya suka kan sesuatu yang mudah dan ringkas. Ini termasuklah makanan pilihan.

Selalunya kalau nak pergi travel tu memang tak lepas lah daripada bawa makanan ringan atau pun orang panggil kudapan. Aii maklumlah, dalam perjalanan nak ke destinasi yang dituju confirm akan lapar punya, so mesti lah nak ada back up alas perut!

Hah! mehh sini nak kenalkan produk baharu yang menjadi pilihan saya untuk dibawa travel bersama. Iaitu "BANANE MUNCH" kerepek pisang yang disaluti coklat. Pehhh memang power lah rasanya!

Photo credit to Neyra

Bersesuaian dengan tagline nya "Feel the happyness in each bite". Confirm confirm lah akan rasa happy, betul tak tipu...Siapa je tak happy kan kalau dapat makanan hahaha lagi pula coklat memang akan membangkitkan rasa happy kepada si pemakannya!

Dari segi packaging nya, memang BANANE MUNCH ni mudah dibawa sebab dipack dengan kotak yang bersize kecik dan ringan. Tapi isi nya tetap mantap!

Ramuan yang terdapat di dalam BANANE MUNCH ini termasuk lah :
-coklat susu (gula, lemak sayuran, serbuk whey powder, koko, susu tepung skim, pengemulsi, letin soya, vanilin,) kerepek pisang (pisang dan garam).

Produk keluaran tempatan ini dikeluarkan oleh NUNOS Legacy Sdn Bhd yag beroperasi di Pusat komersial Arena Bintang, Seksyen U5, Shah Alam, Selangor.

Kepada sesiapa yang mahu mendapatkan BANANE MUNCH ni boleh lah follow social media BANANE MUNCH ni di

Facebook : BANANE MUNCH HQ
Instagram : BANANE MUNCH
Talian : +6012-808 8804

Pasti terasa nikmat coklat pisangnya di setiap gigitan!

Okayy nak pergi order for next trip! Kena bawa banyak banyak ni sebagai back up huhuhu!



Boleh dapatkan dengan harga RM7.50 sekotak