Post Top Ad

Post Top Ad

Sunday 20 December 2015

08:45:00

Pesalah Juvana, "Terperangkap dalam kebebasan"



Pesalah juvana seringkali digelar sebagai “budak jahat” oleh masyarakat. Setiap pesalah ini mempunyai masa silam mereka yang tersendiri. Namun, jarang sekali masyarakat mahu mengenali golongan  ini terlebih dahulu.

Sebagai masyarakat, mereka memainkan peranan penting dalam membantu golongan ini untuk kembali membentuk sahsiah dan keperibadian mereka. Usaha pesalah juvana untuk kembali membuka lembaran baharu dalam hidup mereka, tidak akan berjaya atau sukar sekiranya masyarakat terus memandang rendah terhadap mereka.

Dapat dilihat dengan jelasnya masyarakat pada hari ini sering melontarkan tomahan terhadap golongan  ini. Perbuatan masyarakat yang mencela golongan juvana ini sepertinya langsung tidak memikirkan kesannya terhadap mereka dan terus memandang mereka ibarat parasit.

Layanan buruk yang masyarakat berikan kepada mereka sebenarnya akan menjadi salah satu faktor penyumbang kepada kegagalan golongan tersebut kembali menjalani hidup sebagai individu yang bebas. Golongan ini akan merasakan diri mereka seakan sudah tiada peluang untuk mendapatkan kehidupan mereka semula.

Tersepit dengan situasi tersebut dan cabaran hidup di luar yang sukar ditangani menyebabkan ada antara mereka kembali kepada cara hidup lama yang menghumban semula mereka ke sekolah juvana dan penjara buat kali seterusnya.



Masyarakat harus faham bahawa golongan ini telah menebus kesalahan mereka melalaui hukuman yang mereka jalani di sekolah juvana.

Jika undang-undang telah membenarkan mereka menjalani kehidupan sebagai seorang manusia yang bebas, mengapa masyarakat  harus menyekat peluang kedua mereka untuk membetulkan haluan hidup?.

 Konsep kebebasan mereka adalah “ terperangkap dalam kebebasan”.



“Terperangkap dalam kebebasan” merupakan tema kepada filem terbaru “Juvana The Movie 2”, sebuah filem yang tidak asing lagi di negara ini dan mempunyai pengikutnya yang tersendiri. Filem ini telah mengetengahkan sebuah realiti kehidupan golongan pesalah juvana.

Buat pertama kalinya filem yang mengetengahkan konsep seperti ini ditayangkan di negara ini. Bermula daripada drama 15 episod, cerita ini dilihat mendapat sambutan yang baik daripada semua peringkat usia. Walaupun drama ini mengetengahkan konsep golongan remaja yang bermasalah, namun ada ibu bapa yang menjadikan drama ini sebagai hiburan buat keluarga sambil mengambil iktibar daripada drama tersebut.

Setelah mendapat sambutan hangat, drama ini telah dibawa ke filem, juga tidak mengecewakan sehingga terhasilnya sambungan filem kedua (sedang ditayangkan) dan ketiga yang bakal menyusul tidak lama lagi.

Bukan bermaksud mahu mengetengahkan atau berbangga melihat kesalahan golongan pesalah juvana ini, tetapi dari sudut pandang lain, masyarakat boleh cuba mengenali keperibadian pesalah ini yang tidak pernah dilihat sebelum ini.

Setiap kesalahan yang dilakukan pasti ada sebab kerana setiap manusia itu melakukan kesilapan. Namun, mereka tetap berhak memiliki peluang kedua jika mereka benar-benar mahu berubah. Masyarakat tidak mengetahui apa yang telah pesalah juvana ini lalui ketika sepanjang dalam tempoh hukuman mereka.

Jadi, adalah tidak adil buat mereka jika terus-terusan dihukum walaupun setelah mahkamah memutuskan mereka kini bebas.

Layanan masyarakat seperti ini, kadang kala membuatkan mereka kembali memberontak dan kembali terjebak dengan kegiatan silam mereka. Di saat ini, masyarakat akan sekali lagi menuding jari dan menyalahkan golongan ini semata-mata tanpa sedar di mana punca sebenar berulangnya kesalahan tersebut.

Pesalah juvana ini seharusnya diberikan lebih perhatian dan tunjuk ajar oleh masyarakat kerana hanya masyarakat yang mampu mengembalikan kepercayaan golongan ini iaitu kepercayaan untuk kembali menempatkan diri dalam masyarakat dengan membuka peluang pekerjaan kepada mereka.

Mungkin ramai yang berpendapat bahawa golongan pesalah juvana ini langsung tidak berguna, tetapi tahukah masyarakat bahawa golongan ini telah dibekalkan persediaan bagi berdepan cabaran hidup sebenar apabila bebas kelak?.



Tempoh berada di dalam sekolah juvana bukan sahaja memberi kesempatan untuk golongan ini membetulkan jalan songsang yang dilalui sebelum ini, bahkan peluang melengkapkan diri dengan kemahiran untuk dimanfaatkan apabila keluar kelak.

Sebenarnya golongan ini mempunyai kebolehan tersendiri, namun mereka memerlukan bimbingan dan pendedahan agar ia dapat dimanfaatkan dengan cara yang betul apabila mereka menjalani hidup sebagai manusia bebas di luar nanti. Masyarakatlah yang menjadi pembimbing kepada mereka sebenarnya.

Di sekolah juvana, pelajar-pelajar ini telah diajar kemahiran seperti menukang, pertanian  dan kemahiran lain. Namun, bukan itu sahaja, mereka juga belajar seperti pelajar biasa di luar sana dengan menghadiri kelas seperti biasa bagi mempersiapkan diri untuk menghadapi peperiksaan seperti Sijil Penilaian Malaysia (SPM) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Afif, 20, merupakan salah seorang pelajar sekolah juvana yang telah membutikan bahawa golongan pesalah juvana juga mampu memperolehi keputusan yang cemerlang dalam pendidikan.

Afif telah dimasukan ke sekolah juvana, Sekolah Henry Gurney, Telok Mas, Melaka atas kesalah mencuri motosikal. Ketika ditangkap, Afif baru berusia 14 tahun. Sejak di masukan ke sekolah juvana, Afif telah berhasrat untuk mengubah nasib dirinya dengan belajar bersungguh-sungguh untuk berjaya dalam pelajarannya.



Dia merupakan Penerima Anugerah Akademik Terbaik Keseluruhan pada Majlis Anugerah Cemerlang Sekolah Integriti dan Sekolah Henry Gurney yang lalu dengan memperolehi keputusan yang cemerlang iaitu 8A dalam percubaan SPM yang didudukinya untuk kali kedua.

Selain mencatatkan keputusan yang baik dalam SPM, sekolah juvana juga boleh berbangga dengan kejayaan pelajarnya yang menyambung pengajian di IPT iaitu empat di peringkat ijazah sarjana, 19 peringkat ijazah sarjana muda dan 17 peringkat diploma menurut Ketua Pengarah Penjara Datuk Seri Zulkifli Omar.


Masyarakat harus memberi ruang dan peluang kepada golongan ini untuk meneruskan kehidupan. Jika benar mereka bersalah,hukuman akan mengadili mereka, jika tidak di dunia, tentunya hukuman akhirat menanti mereka. Natijahnya, janganlah masyarakat terus memandang negatif terhadap golongan ini. Semoga menjadi renungan kepada masyarakat yang masih mampu menikmati kehidupan bebas di luar ini. 

**credit photo to ASTRO AWANI, RTM 1, KOSMO!, GOOGLE

Friday 4 December 2015

10:42:00

Penulisan pelancongan

By, Sheril Ameera.

Dunia hari ini dilihat semakin galak dengan perkembangan dunia media, antara medium yang popular adalah seperti, Facebook, Twitter, Instagram, Youtube dan lain-lain. Fenomena ini menjadikan medium Blog sebagai salah satu ikutan atau tren yang semakin mendapat tempat di hati pengikut tegar dunia media.



Media merupakan satu kuasa yang mampu mengubah sesuatu keadaan, termasuk gaya hidup seseorang. Media juga merupakan platform terbaik untuk berkongsi apa sahaja minat dan pendapat sama ada untuk tujuan perkongsian kebaikkan atau sebaliknya.

Blog bukan lah satu medium yang baharu, malah sudah lama wujud dalam industri media, cuma kurang mendapat perhatian pengikut media sebelum ini.

Mungkin sebelum ini, ramai berpendapat bahawa Blog merupakan sebuah medium yang agak formal dan lebih terarah kepada penulisan berbentuk ilmiah yang hanya sesuai bagi mereka yang lebih matang kerana cara penulisan yang agak panjang dan tidak terlalu friendly. Terutamanya, blog yang membincangkan isu-isu politik.

Namun, atmosfera dunia penulisan Blog dilihat semakin banyak mengalami perubahan dan dapat diterima baik oleh masyarakt hari ini bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia.

Walaupun wujudnya medium media yang baharu namun, Blog dilihat masih mempunyai kelompok pengikutnya yang tersendiri.

Fenomena kini menyaksikan ramai blogger pada hari ini bukan sahaja mahu berkongsi maklumat malah menjadikan Blog sebagai medium untuk mencari pendapatan tambahan dengan turut serta berkongsi iklan-iklan atau review di Blog mereka.

Review blog dilihat semakin menjadi tren dalam kalangan blogger, antara review yang paling kerap dikongsi pada hari ini adalah seperti review product, tempat makan, hotel dan destinasi perlancongan.

The world is a book, and those who do not travel read only one page”. Berbalik kepada perpatah tersebut, telah menjadi seperti satu tren di mana para blogger hari ini lebih kerap berkongsi destinasi percutian di Blog mereka.


Menggembaraan mungkin merupakan satu cara untuk kita keluar melihat dunia baru dan mencari sesuatu yang tidak pernah kita temui dalam kehidupan sebelum ini.

Oleh itu, sumbangan media atau blogger terhadap perkembangan industri pelancongan amat penting terutama sekali terhadap laporan yang bertanggungjawab mengenai isu pelancongan dan pembangunan industri pelancongan.

Objektif utama media pelancongan adalah untuk mempromosikan destinasi pelancongan di dalam dan luar negara.

Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Kementeri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, menunjukkan seramai 25.7 juta pelancong datang ke Malaysia pada tahun 2015. 

Objektif lain media pelancongan dan blogger adalah untuk menyalurkan informasi-informasi pelancongan kepada umum sekali gus mempengaruhi masyarakat merancang percutian.

Bukan sekadar blogger tegar yang boleh melakukannya, malah, sesiapa sahaja hari ini dilihat mampu menjadi blogger untuk berkongsi maklumat kepada pembaca.

Pekara pertama yang harus dilakukan oleh blogger adalah ke detinasi pilihan lalu membuat review terhadap destinasi tersebut berpandukan pengalaman peribadi mereka.

Berkongsi maklumat, tips, bajet, aktiviti dan banyak lagi melalui pengalaman dengan gaya yang lebih santai dan disertakan dengan gambar-gambar menarik sudah pasti mampu membantu menarik minat pembaca atau pengikut setia untuk mula merancang percutian ke destinasi tersebut.

Menarik minat masyarakat memahami situasi destinasi percutian yang ingin dituju sebelum pergi bercuti adalah penting.

Kelebihan kepada blogger yang memiliki skill menangkap gambar yang baik, mampu membangkitkan minat pembaca setelah melihat keindahan yang ditonjolkan di sesebuah destinasi terutamanya di destinasi yang jarang mendapat perhatian pelancong.

Seperti destinasi pelancongan di Eropah, Prague, mungkin namanya tidak segah Paris, London, Rome, Amsterdam dan banyak lagi negara Eropah yang sering menarik skop lensa kamera, namun, pelancong lupa akan keindahan yang dimiliki oleh negara Prague yang terletak di Republik Czech ini.

Namun, dengan bantuan, para blogger  mengetengahkan keindahan sesebuah destinasi tersebut, mampu menaikkan nama destinasi yang kurang mendapat perhatian sebaris dengan destinasi yang sudah terkenal.


Secara tidak langsung, pembaca akan melawat destinasi tersebut dan menyumbang kepada industri pelancongan dalam negara atau luar negara sekali gus membantu meningkatkan sektor ekonomi sesebuah negara.

Tidak  kurang juga destinasi destinasi menarik di dalam Malaysia. Banyak destinasi menarik yang harus dilawati di Malaysia, bukan hanya menumpukan destinasi di luar negara sehaja.

Penulisan Blog juga mampu merangsang minat di kalangan masyarakat untuk menjadikan budaya bercuti sebagai gaya hidup yang sihat buat semua golongan.

Oleh itu, media baru seperti Blog merupakan cara mudah untuk mendapatkan maklumat pelancongan yang terkini dan padat.

Selain blog, terdapat beberapa malajah pelancongan di Malaysia yang mempromosi industri pelancongan seperti Majalah Santai, Libur, Gaya Travel dan banyak lagi.




Kesimpulannya, secara dasarnya, peranan media terhadap pembangunan industri pelancongan sesebuah negara adalah besar dan banyak memberi kesan sama ada positif atau sebaliknya.

Media mampu menarik sejumlah  peminat dalam industri pelancongan, ini berikutan dengan cara penyampaian dan persembahan menarik yang tonjolkan.